As they grow up...

Battle of the kingka

14 tahun yang lepas. (semasa bap dan exo berumur 3 tahun)

"ah kai-ah~ jangan tarik lampin jongup tu!"

"Yonggukie~ kenapa pergi tendang bongkah bangunan yang suho buat tu?"

"Kris! Kenapa pergi conteng raksasa dekat muka zelo?"

Nilah suasana yang biasa terjadi di Nurseri Mak Lah. Masuk ni dah 32 orang berhenti kerja kerana tak tahan dengan kerenah Bap dan Exo. Yelah! Asyik gaduh je memanjang. Kalau time dorang tak gaduh pun masa tidur. Budak-budak ni memang musuh sejak azali lagi. Bila dah besar makin menjadi.

"yay! mama itew agi olipop obewi" (mama kita bagi lollipop strawberry) jerit chanyeol kegirangan. Padahal sedang seronok-seronok chanyeol tak sedar bahawa ada mata yang memandang gerak gerinya. Belum sempat dia menyumbat lollipop ke dalam mulut, Ssap! lollipop tu hilang dari genggaman dia.

"daehyunnie napew amek ollipop channie?!" marah chanyeol. Tetapi daehyun hanya tersenyum jahat sambil menyuakan lollipop ke dalam mulutnya. Chanyeol apa lagi, pergilah kejar si daehyun tu demi mendapatkan lollipopnya balik.

"sinilah tu olipop itew" kata chanyeol sambil mencuba menarik lollipop tu keluar dari mulut daehyun. Tetapi daehyun bertindak dahulu dengan menggigit lollipop itu dan apabila chanyeol mendapati bahawa hanya tinggal batang sahaja dia mula buat muka sedih.

1....2....3

"waaaa! olipop channie! omma!!!!" Suara chanyeol yang kuat itu mengejutkan rakan-rakannya yang lain. Mereka yang tidak tahu apa-apa hanya mengikut chanyeol menangis.

"huarrghhhh!"

"waaa! Olipop channie kena curi!"

"omma! lulu nak balik!!!" ok yang ni tak ada kena mengena dengan kes kecurian lollipop chanyeol tu tapi disebabkan dorang masih kecil, bila orang lain nangis dia pun sibuk nak nangis.

Pulak dah..

Bila mereka meningkat dewasa sedikit perangai masing-masing pun berubah. Bukan berubah menjadi makin baik, makin dahsyat lagi mereka memusuhi antara satu sama lain.

10 tahun yang lepas (semasa Bap dan Exo berumur 7 tahun)

"ok kelas~ hari ni saya nak adakan kuiz!" Kata Mr Kim yang hanya disambut oleh beberapa sorakan. Itu pun daripada jongup dengan lay sahaja. Yang lain semua hanya menundukkan kepala dan ada juga yang langsung tidak menyedari kehadiran Mr Kim ke kelas itu. Bak kata pepatah Mr Kim tu seperti tetamu yang tidak diundang.

"Xiumin! kau nak tahu? semalam kan sasuke lawan dengan ichigo dalam cerita dragon ball! Gempak habis! Pastu boom boom bla bla sasuke pengsan bla bla goku muncul"

ceh gempak je budak ni cerita. Padahal si xiumin dah kena tipu dengan cerita kai tu. Sejak bila pulaklah sasuke dengan ichigo muncul dalam cerita dragon ball? Menipu benor nampaknya.

"dah habis cerita belum? Kalau dah saya nak teruskan dengan kuiz saya" kata Mr Kim menahan marah. *ish sabo je lah dengan budak-budak ni*

"Yah yongguk! Bangun sekarang!" Jerit Mr Kim sambil mengetuk meja Yongguk dengan kuat. "Skuad! Belakang pusing!" Jerit yongguk setelah terbangun dari tidurnya.

"apa yang belakang pusingnya? Dah sebelum awak kena pusing dengan saya pergi basuh muka tu dulu" arah Mr Kim. Macam-macam ragam budak kelas dia. Lama-kelamaan boleh kena tekanan darah tinggi.

"ok berbalik dengan kuiz saya tadi, sila angkat tangan bila nak jawab ok!" Arah Mr Kim.

"heh! Kalahlah Bap! kalau nak tahu, exo ni expert tau" kata D.O sambil tersenyum bangga. Hidungnya sengaja dikembangkan.

"diamlah pendek" jawab himchan membuatkan D.O membuat muka ":o"

"ok! soalan pertama! Sekiranya awak ada 14 potongan cheesecake, 4 awak bagi dekat kawan, 2 lagi awak bagi dekat adik awak, berapa yang tinggal?" tanya Mr Kim.

"oh saya! saya! saya!"

"ye daehyun?"

"tinggal 14! Mana boleh nak bagi dekat dorang! Saya suka cheesecake! No no cheesecake is mine!" jawab daehyun dengan konfiden.

"Jung daehyun! Saya nak awak kemas kelas sebelum balik hari ni!" Marah Mr Kim.

"tapi...."

"tak ada tapi-tapi! Ok untuk soalan saya yang kedua ialah soalan bahasa inggeris. Dengar betul-betul. "you want to meet your uncle at 2 p.m, but you saw your friend, loki on your way. he introduced his brother, thor and when you finished talking with both of them you went to the market to buy fruits for your uncle, the question is, who you saw first?" Soal Mrs Kim. Pelajar semua dah garu kepala mereka

"me!!!"

"yes sehun?? What's the answer?"

"hurm... I met the bubbletea seller first.because I want to buy bubbletea first" jawab sehun.

"memang betul sehun. Betul sangat"

"jjinja?! YES!!!!"

"memang betullah firasat saya bahawa awak akan teman daehyun kemas kelas hari ni"

Dan kuiz itu bersambung sehingga 1 jam setengah tetapi malangnya tak ada satu pun jawapan yang masuk akal daripada Bap dan Exo.

"kenapa kayu boleh timbul atas air?"

"sebab kayu tu boleh berenang"

"contoh hidupan dalam air?"

"spongebob squarepants!"

"Bap dan Exo! Saya nak kamu semua, kemas kelas sebelum balik ni!" Arah Mr Kim membuatkan mereka terpaksa akur.

"ish tak pasal-pasal kena kemas kelas ni! dahlah macam sarang tikus! Yah daehyun bangun sebelum aku jirus air atas kau!" bebel baekhyun dengan nada marah.

Tetapi daehyun hanya membuat muka selamba badak sambil menelan chocopie yang di rembatnya dari dalam beg zelo tanpa disedari oleh zelo yang sedang khusyuk menyapu sampah di belakang kelas bersama jongup. Sementara luhan, xiumin, kris, d.o, kai dan tao sedang membentuk satu pasukan bola sepak yang diadili oleh lay dan pengulas tidak berbayar,chanyeol di hadapan kelas. Bolanya berupa segumpal kertas yang dililit dengan sellotape. pintu dijadikan sebagai gawang gol. Pelik-pelik imaginasi budak lelaki ni.

Manakala yang selebihnya pula sibuk mengemas kelas. Tapi bukan makin kemas, malah semakin berselerak satu kelas di buatnya. Mana taknya, bila yongguk sapu sampah dan terkaut sampah dari suho, suho marahkan si yongguk ambil sampah dia. Lepas tu bila yongguk bagi semua sampah dia dekat suho, suho tolak balik sampah tu pada yongguk. Lumba-lumba pulak sampah siapa paling banyak.

Yang si jongup dengan zelo pula, nampak je khusyuk menyapu, tapi apa yang disapukan pun tak tahu lah. Agaknya sampah yang disapu mereka itu ibarat saiz mikroorganisma agaknya. Himchan pula bila sapu, sikit-sikit je nak sapu tangan guna dettol. elergik habuk katanya. cara pegang penyapu jangan cakaplah. Macam gaya-gaya nak main golf pun ada. Manakala Youngjae dan Chen sudah sesat di alam ghaib. Tak nampak pun batang hidung masing-masing.

"Weh blah lah kaki tu! Aku nak mop ni" kata baekhyun kepada daehyun. Macamlah baekhyun tak tahu perangai daehyun tu. Degil tahap keldai. Si baekhyun tu pun samalah tahap kedegilannya. Masing-masing tak mahu beralah. Apa lagi, bila si degil bertemu si degil. Memang gamaknya tiada kesudahanlah.

"nah rasakan!" Kata baekhyun sambil mencurahkan air mop ke atas kepala daehyun.

"bangkai punya manusia! Andwae! My chocopie" bukan pakaiannya yang kotor yang dirisaukan oleh daehyun, sebaliknya chocopie yang dicurinya itu yang daehyun risaukan. Daehyun berpegang kepada prinsip hidupnya di mana 'pantang manusia menyentuh makananku, pasti hidupnya tak akan selamat'

"BYUN BAEKHYUN!!!" Jerit daehyun dan baekhyun apa lagi, lari lintang-pukang bila dia lihat imej daehyun dikepalanya berubah menjadi raksasa yang menakutkan seperti di dalam cerita ultraman. Meja-meja yang telah di susun habis berterabur semula dan sampah yang yongguk dan suho berebutkan tadi habis berkecah disebabkan oleh daehyun dan baekhyun. Kelas 1D tidak ubah seperti tongkang pecah pada ketika itu.

"ok pelajar-pelajar saya ada bawakan minu-" belum sempat Mr Kim mahu melangkah ke dalam kelas..

"what the-"

"luhan! Shoot!" Jerit Xiumin. Dan malangnya bola tu terkena tepat ke atas kepala Mr Kim. Pandangan masing-masing terarah kepada Mr Kim. *gulp*

"yeah! Gol! Gol!" Jerit pengulas suara, chanyeol masih lagi tidak menyedari kehadiran Mr Kim.

suasana sepi untuk seketika sewaktu masing-masing terpandang muka Mr Kim yang berubah menjadi seperti singa.

"krik......krik.....krik....."

"lariiiiii!!!!!"

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wu_Family_EXO
#1
Chapter 15: kalo tau nak juga ikut min dngn gain pegi stalk baekdae.. xD
wah, x sangka daehyun terima juga nama baekkie tu.. hahaha
omg!! part last mmng terbaik.. satu kelas terkejut tu.. dgn daehyun langsung x jawab soalan youngjae pastu baekhyun yang tetiba tegur daehyun and baekhyun is baekkie's papa.. pergh confirm lawak muka budak2 kelas tu lagi2 exo ngan bap.. xD
author mmng terbaik.. hehehe
5days_fin
#2
Chapter 15: Bole tak korang gi je dating then keluarkn tae hyung utk aq... Huhuhu okey jk je
sperti yg dijngka, cerita author memey jjang.
Wu_Family_EXO
#3
Chapter 14: sedih betul dpt kwn mcm youngjae.. typing sampai setengah jam last2 bluetick je dapat.. xD
hahaha as expect from the troll master.. xD
baek dgn dae pegi je la 'dating' berdua.. xD
5days_fin
#4
Chapter 13: bole berjanggut lau aq tnggu si yongguk ni bls msj xD
btw jjang sgt cerita ni. keep update authornim^^
Wu_Family_EXO
#5
Chapter 13: seriously?? boleh gila baca cite.. hahaha xD
baek ngan himchan x boleh blah..
yongguk..ntah apa la dia nak ckpkan x habis2 typing je.. xD
kesian suho berhuhu sendiri.. xD
author mmng the best..
Jelly_Warrior
#6
Chapter 13: Tu dia laaaaaa...chapter ni sumpah lawak namateyyyy....himchan frust sgt dgn sale tu...adoyaiii...lawak gila >.<
darkblood #7
Chapter 13: Omg soooo funny xD pls update moreee xD
Aida_Rusdi
#8
Chapter 13: oh my bang cool, meh le kita berwasap sesama XD