Daehyun vs Baekhyun

Battle of the kingka

Pada suatu pagi yang indah lagi permai....

 

"Daehyun bak sini balik diari aku!" Jerit baekhyun yang berumur 7 tahun.

Kecil-kecil dah ada diari tau. Tak padan baru darjah satu dah pandai tulis diari. Punyalah kuat bermadah budak ni.

"mama baekkie hari ni tak belikan kuih bahulu favorite baekkie seperti biasa. Baekkie sedih sangat. Sampai hati mama!" diari baekyun dibaca dengan kuat.

Semua mata terarah kepada daehyun kerana suaranya yang kuat mengalahkan Ning Baizura. Satu kelas mentertawakan baekhyun yang tercungap-cungap mengejar manusia yang bernama Jung Daehyun. Satu kelas.... Kecuali insan yang bernama Moon Jongup yang sedari tadi di dalam dunianya yang sendiri. Entah dia perasan ke tidak yang kelas 1D dalam keadaan huru-hara pada waktu itu. Agak-agak dia tengah fikir apa? Mungkin dia sedang terbayangkan dia dan olaf sedang menikmati musim panas di tepi pantai. Jongup dan olaf harus sedar bahawa olaf berasal daripada ais. Pengkhianatan terhidu apabila exo members yang lain pun turut mentertawakan baekhyun. Cis, dimanakah terletaknya slogan "we are one" mereka? Fikir baekhyun.

"Jung daehyun!!!!!" Jerit baekhyun.

habis kerusi meja ditolaknya untuk mendapatkan daehyun. Daehyun tu pun tahu-tahu jelah macam ninja. Dari dukun manalah dia belajar skil macam ninja tu. Sambil daehyun membaca diari Baekhyun, mulutnya tak lepas mengunyah coklat snickers yang dirembatnya daripada Zelo. Ya, Sekali lagi Zelo menjadi mangsa. *Sambil menyelam minum air* fikir daehyun. Dia membaca diari itu sambil giginya diselaputi dengan coklat.

Mereka berdua ni lah yang paling hardcore membenci antara satu sama lain. Musuh tradisilah katakan. Daehyun tak suka baekhyun sebab bagi dia baekhyun ni cengeng, kuat nangis. Pantang betul dia bila tengok lelaki nangis. Bagi dia lelaki hanya akan nangis dua kali sahaja sepanjang hidupnya.

1) Masa lepas keluar dari perut ibu

2) Bila tak ada orang nak bagi makanan kat dia.

Inilah prinsip hidup entah apa-apa yang telah menjadi intipati dalam hidup daehyun.

Baekhyun pula tak suka daehyun sebab daehyun selalu kacau dia. Tak pernah satu kali dalam hidupnya daehyun tak kacau dia. Bagi dia daehyun ni tak ubah seperti lipas yang dekat dalam cerita Oggy and the Cokcroaches tu. Muka pun nak dekat sama. Sampai dalam mimpi pun daehyun masuk tau. Pernah sekali tu sedap-sedap je baekhyun mimpi menunggang kambing di taman bunga dan tengah-tengah seronok tu daehyun boleh muncul secara tiba-tiba lalu menolak baekhyun jatuh dari kambing tu. Lalu daehyun mengikat keempat-empat kaki kambing tu dan menyumbatkan sebiji tomato dalam mulut kambing tersebut ala-ala macam nak buat barbeku. Sampai dalam mimpi pun daehyun boleh gila makan.

"woi daehyun baca lagi aa" pinta Yongguk menahan ketawanya.

"24 April.... tadi baekkie ada ternampak Cikgu Kim bukan main sedap korek hidung. Ingat baekkie- " tiba-tiba bacaan daehyun dihentikan bila Youngjae membuat satu isyarat memuncungkan mulutnya sambil membisikkan sesuatu kepada daehyun.

"Cikgu! Cikgu!" Bisik Youngjae.

"Mwo? Ciku?"

"c-i-k-g-u t-u" bisik Youngjae lagi.

"cari kutu?"

Daehyun yang memiliki kesengalan tahap maksima tidak memahami apa yang Youngjae mahu sampaikan lalu menyambungkan bacaannya.

"kat mana tadi...oh.... Ingat baekkie tak perasan agaknya! seronok betul dia korek sampai mengalir air mata Cikgu Kim dibuatnya. hahaha" Seronok betul budak daehyun ni baca.

"Weh! Asal korang diam! kelakar kot" tanya daehyun. pelik.

"Lepas tu Cikgu Kim buat apa" tegur suatu suara.

"oh lepas tu dia pergi kesat dekat- ah um ah cik- cik- cikgu Kim!" Terhenti segala bacaan daehyun apabila mendapati Cikgu Kim sedang berada di muka pintu sambil bercekak pinggang. Manakala baekhyun sedari tadi tergamam.

"lepas tu saya buat apa?" Tanya Cikgu Kim lagi. Daehyun meneguk air liurnya yang kering.

"uh ah saya ada misi negara! Bye" ujar daehyun segera beredar dari situ.

"JUNG DAEHYUN! awak nak lari mana tu" jerit Cikgu Kim.

Dan bermulalah sesi kejar-mengejar antara guru dengan anak muridnya.

Pulak dah....

Selepas 14 pusingan mengelilingi sekolah akhirnya si ninja daehyun berjaya tumpas ke tangan Cikgu Kim. Bukan senang tau nak tangkap Daehyun. Cikgu Kim telah merancang beberapa strategi dengan memasang perangkap dengan meletakkan sepinggan cheese cake di tengah-tengah laluan pelajar. Berharap mangsanya tertipu dengan helahnya. Daehyun pun apa lagi, serbulah. Rezeki jangan ditolak. Tanpa disedari, ketika daehyun enak mensantapi makanan favoritenya itu, Cikgu Kim muncul dari belakang dan mencekupnya.

di dalam kelas 1D...

"JUNG DAEHYUN! Saya nak awak tulis 'minta maaf Cikgu Kim, saya janji tak akan buat lagi' pada papan hitam 200 kali balik ni!" Arah Cikgu Kim. Baekhyun ketawa kegirangan apabila mendapat tahu daehyun kena denda sedap-sedap rasa maggi cukup rasa dengan Cikgu Kim.

"Byun Baekhyun! Awak jangan nak happy sangat ye! Saya denda awak tulis 'saya janji tak tulis buruk-buruk lagi pasal Cikgu Kim' pada papan hitam sebanyak 100 kali sebab awak tulis benda buruk pasal saya kan?" Pandangan Cikgu Kim terarah kepada Baekhyun.

"Ala! Tak acilah" bantah Baekhyun sambil menumbuk mejanya dengan kuat. Dia kemudiannya terlompat-lompat sambil mengibaskan tangannya. Sakit lerrr tu.

"Tak adanya nak ala ala. untuk bap dan exo! Disebabkan kes tempoh hari dan sebab awak semua banyak buat hal, saya nak kamu semua menjalani sesi kaunseling esok? Faham?" Arah Cikgu Kim.

"sesi kaunseling tu apa?" Bisik Zelo tiba-tiba kepada jongup

"sesi melting bersama olaf kot?" jawab jongup sambil menggaru kepalanya.

"asal korang berdua sengal tahap kuda ni? Dah tahu kaunseling tu- kaunseling tu..... Err.... Apa dia kai?" Tanya Sehun.

"Sesi untuk kira duit syiling lah!" Jawab kai dengan penuh konfiden.

"Tak! Salah tu kai! maksud dia, sesi lawan-lawan tengok siling" bantah chanyeol.

"oh....." Mereka hanya mengiyakan sahaja. Terserlah kesengalan masing-masing tapi maafkanlah sahaja mereka kerana mereka hanya berumur 7 tahun pada ketika itu dan masih mengenali dan belajar mengenai kehidupan.

Tetapi, dengan sesungguhnya mereka tidak tahu bahawa sesi kaunseling itu akan membawa perubahan pada diri mereka.

 

perubahan apakah??

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wu_Family_EXO
#1
Chapter 15: kalo tau nak juga ikut min dngn gain pegi stalk baekdae.. xD
wah, x sangka daehyun terima juga nama baekkie tu.. hahaha
omg!! part last mmng terbaik.. satu kelas terkejut tu.. dgn daehyun langsung x jawab soalan youngjae pastu baekhyun yang tetiba tegur daehyun and baekhyun is baekkie's papa.. pergh confirm lawak muka budak2 kelas tu lagi2 exo ngan bap.. xD
author mmng terbaik.. hehehe
5days_fin
#2
Chapter 15: Bole tak korang gi je dating then keluarkn tae hyung utk aq... Huhuhu okey jk je
sperti yg dijngka, cerita author memey jjang.
Wu_Family_EXO
#3
Chapter 14: sedih betul dpt kwn mcm youngjae.. typing sampai setengah jam last2 bluetick je dapat.. xD
hahaha as expect from the troll master.. xD
baek dgn dae pegi je la 'dating' berdua.. xD
5days_fin
#4
Chapter 13: bole berjanggut lau aq tnggu si yongguk ni bls msj xD
btw jjang sgt cerita ni. keep update authornim^^
Wu_Family_EXO
#5
Chapter 13: seriously?? boleh gila baca cite.. hahaha xD
baek ngan himchan x boleh blah..
yongguk..ntah apa la dia nak ckpkan x habis2 typing je.. xD
kesian suho berhuhu sendiri.. xD
author mmng the best..
Jelly_Warrior
#6
Chapter 13: Tu dia laaaaaa...chapter ni sumpah lawak namateyyyy....himchan frust sgt dgn sale tu...adoyaiii...lawak gila >.<
darkblood #7
Chapter 13: Omg soooo funny xD pls update moreee xD
Aida_Rusdi
#8
Chapter 13: oh my bang cool, meh le kita berwasap sesama XD