No teacher (part 2)

Battle of the kingka

"Al-kisah....." kata yongguk sebagai mukaddimah ceritanya. Mereka memberikan 102% fokus terhadap yongguk. Cerita hantu menarik minat pelajar-pelajar lain untuk menyertai exo dan bap lalu mereka meramaikan suasana.

"Kejap, kejap, tak syoklah dengar cerita hantu kalau tak gelap kan." Ujar baekhyun lalu menyuruh tao menutup pintu, tingkap, langsir dan segala apa yang patut di tutup. Tao menuruti arahan baekhyun dengan sempurna sekali. Dia menutup segala yang ada termasuk satu persatu zip beg milik rakan sekelasnya. Tak tahulah nak cakap si tao ni terlebih rajin atau terlebih makan ubi kayu sampai jadi lurus bendul macam gitu sekali. 

Jongup pula menyeramkan suasana dengan menyalakan lilin yang entah dari mana dia dapat dan meletakkannya di tengah-tengah meja. Suasana bertambah seram lagi apabila yongguk menghalakan lampu suluh ke mukanya. (Lagi sekali, jangan tanya dari mana dia dapat lampu suluh tu) (bap kan alien jadi faham-fahamlah kalau tiba-tiba muncul je benda-benda aneh dalam cerita ni). Ok berbalik dekat cerita. Dengan muka yongguk yang sedia ada seram di tambah lagi dengan cahaya lampu suluh menyebabkan beberapa pelajar pengsan sebelum cerita di mulakan lagi. Sampai macam tu sekali penangan muka yongguk.

"Pada suatu hari aku berjalan menuju ke bilikku yang terletak di tingkat 3 rumahku..." cerita yongguk di sertai dengan bunyi tapak kaki sebagai suara latar yang di buat oleh daehyun. "pak pak pak!" Entah betul ke tidak bunyi tapak kaki yang di buat daehyun tu.

"Setelah sampai ke bilik, aku berjalan ke balkoni dan menikmati angin malam yang sepoi-sepoi bahasa..." "Shiuuuuuuuuuu~~~ shiuuuuuuu~" kini giliran zelo pula meniru bunyi desiran angin.

"Suara cengkerik menghiasi suasana malam yang sunyi..." "krik... krik...." youngjae pula membuat intonasi.

"Suara burung hantu tidak kalah kepada suara cengkerik lalu mereka pun berlumba suara." "kukkukuku~ kukkukukku~" jongup mengambil watak burung hantu dan berlawan dengan si cengkerik youngjae. "Kukukkkukukukku!!!!" "Krik krik krik!!!" Sang burung hantu dan sang cengkerik masing-masimg bersemangat berlawan suara menyebabkan suasana kelas tidak ubah seperti suasana hutan belantara.

"Di sebabkan suara mereka yang bising, aku berjalan menuju ke katil dan tidur sehingga keesokkan hari. Begitulah kisah yang aku alami semalam." Kata yongguk menamatkan ceritanya. 

"Fantastic!" Ujar lay sambil bangun menepuk tangan untuk yongguk.

"Kejap! Yongguk! Itu je ke?! Dorang semua dapat watak! Tapak kaki lah, anginlah. Habis aku ni nak campak mana?! Gini ek korang kita putus geng!" Kata himchan tidak puas hati. 

"Itu semua tak penting! Yang penting, part mana yang seramnya cerita ni?" Ujar suho.

"Chyeah! Thanks lay" "yo himchan bukan macam tu. Chill mah friend." " hehe tak adalah, yang seramnya sebab aku lupa nak siapkan kerja rumah yang cikgu jessie bagi semalam sebab tertidur, gila kau, dahlah kalau dia marah macam gorilla hilang suami, nasib baik aku sempat copy youngjae tadi." Balas yongguk memberikan keterangan satu persatu. "Bang yongguk!!! Kenapa awak tak siapkan kerja awak?!! Awak jangan main-main dengan saya tau!!" Akhirnya himchan memegang watak sebagai cikgu jessie. Dia begitu 'in' dalam melakonkan wataknya dengan di sertai lenggok seperti ahli sihir yang jahat. Boleh dapat anugerah oscar mamat ni. Setelah melakonkan watak sebagai cikgu jessie, himchan memeluk yongguk sambil menangis terharu. "Aku sayang korang geng, kita buddiezzz forevahh." jerit himchan.

"Booooooooooooo......" jerit ahli exo. Mereka membaling gumpalan kertas terhadap yongguk yang masih di peluk himchan di sebabkan cerita yongguk tadi. Yongguk menjadi kurang sabar lalu memberi pandangan maut terhadap members exo. Secara pantas, mereka menghentikan balingan mereka lalu menyembunyikan wajah masing-masing setelah melihat muka yongguk. Muka yongguk tu barangkali lebih seram dari hantu.

"Cerita korang ni semua tak mencabar langsung! Pui!" Sehun bangkit lalu memberi pandangan sinis terhadap bap. 

"Mai sini, biar abang-abang yang cerita, kalau tak sampai ke puncak gunung kinabalu, bukan Oh Sehun namanya." Kata sehun dengan megahnya.

"Sehun! Sehun!" Sorak kai. "Go maknae! Go sehun!" Baekhyun pula bersorak sambil menari. Gedik pula dia.

"Ni, aku bukan nak cakap besar, bukanlah nak cakap aku ni berani ke apa, tapi memang aku berani pun, cerita ni bukan mitos semata-mata, benda ni pernah berlaku dekat alam nyata. Cis! Aku sendiri yang alami situasi ni. Korang-korang yang lemah semangat, aku nasihat baik tak payah dengarlah." Kata-kata sehun itu membuatkan mereka curious.

"Ok, satu hari ni, aku kena tinggal sorang-sorang dekat rumah sebab entahlah family aku lupa aku ni wujud. Dorang pergi kenduri birthday nenek angkat aku tanpa aku. Tapi gua rilek je, tu perkara biasa. takde effect pun kat hati jantan aku ni." kata sehun. Xiumin mengangguk laju mengiyakan sehun.

"Time malam tu, aku tengok tv dekat ruang tamu, pastu aku dengar orang ketuk pintu luar. aku berlakon macam tak ada apa-apa lah kan, aku kan lelaki, buat apa nak takutkan? Betul tak?" Kata sehun lagi, hidungnya yang sedia ada tinggi di tinggikan lagi.

"Ugh.... be- be-betul betul be- betul." Jawab xiumin dengan nada menggigil. Sehun memandang satu persatu wajah rakan sekelasnya. Masing-masing menunjukkan riak wajah ketakutan. 'Heh, termakan jugak dorang ni dengan cerita aku' kata hati sehun sambil dia tersenyum sinis. Dia memandang wajah mereka-mereka sebelum menyambung ceritanya itu.

"Aku check luar rumah tak ada sesapa so aku sambung tengok tv. Tiba-tiba, rumah aku black out. Masa tu tepat-tepat pukul 12 malam. Ok aku rilek je, cool je since aku ni kan lelaki sejati. Jiwa kena kental beb. Pantang anak Korea Selatan menyerah kalah. Jadi aku pun on handphone aku dalam gelap-gelap tu biar kasi ada cahaya." Kata sehun lagi. "Sehun, beraninya awak." puji naeun. "Sehun, saia taa kuad." kata namjoo pula. Sehun pun apa lagi, senyum banggalah dia tu bila kena puji dengan budak perempuan. Sedang asyik sehun tersenyum tu, tiba-tiba bunyi pelik yang kuat datang. "GAAAAAARRRRHHHHHHHH!!!!!!"

"OH MAK KAU!!!!! HAN- HAN- HANTU KE TU???!" Jerit sehun lalu memeluk chen yang berada di sebelahnya dengan erat. Sementara yang lain menunjukkan reaksi terkejut + pelik terhadap bunyi tersebut, tetapi ada juga di antara mereka yang sudah lali dengan bunyi tersebut iaitu ahli bap.

"Hehe. Sorry gais! Aku lupa nak sarapan pagi tadi. Sebab tu dia tengah marah ni." Kata daehyun tersipu malu sambil menghalakan jari telunjuknya terhadap perutnya. Mereka yang lain melarikan pandangan semula terhadap sehun yang segera melepaskan pelukannya terhadap chen.

"Heh! Jiwa kental lah sangat" kata taemin. "Poorah lelaki sejati konon."  Kata woohyun pula. Kris menepuk belakang sehun sebagai tanda semangat sambil membisikkan, "takpe sehun hari ni bukan hari kau." "sehun, kau boleh." Sehun menahan air mata jantannya dari mengalir kerana terharu dengan bisikan kris. Dia mengetapkan bibirnya sambil mengangguk.

"Tuk tuk tuk tuk tuk." Tiba-tiba, bunyi ketukan pintu kedengaran. Mereka yang terpengaruh dengan cerita hantu tadi menggigil ketakutan. "Weh si- si- siapa tu?" Soal xiumin. Sementara onew memainkan peranannya sebagai ketua kelas dengan beraninya menuju ke arah pintu dan mencuba membukanya. 

"TUK TUK TUK TUK TUK! " Bunyi ketukan semakin kuat kedengaran apabila onew sedang cuba membuka pintu lalu membuatkannya terkejut dan berundur secara pantas. Onew jatuh terduduk di pangkuan yongguk. Yongguk menolak badan onew dengan keras terhadap suho, sementara suho pula menolaknya ke arah himchan dan situasi ini berulang sehingga onew jatuh ke atas lantai lalu pengsan tak sedarkan diri. Beginilah nasib dirinya sebagai ketua kelas yang malang. 

"Korang, kita kena bersatu dalam situasi ni, kita kena lawan hantu tu, ok aku ada satu idea..." kata suho selaku ketua exo mententeramkan situasi. suho mengambil alih peranan ketua kelas onew yang pengsan dengan mencadangkan ideanya. Mereka mengangguk laju dan mengabaikan keadaan onew yang terlantar di atas lantai.

"Tengoklah kalau idea kau tu boleh pakai. So, apa cadangan kau suho?" Tanya yongguk pula selaku ketua bap.

"Kita tangkap hantu tu lepastu dera dia, sorang kena buka pintu laju-laju lepastu orang yang kat belakang kena cepat-cepat tangkap kepala hantu tu guna beg plastik hitam. Lepas tu kita ikat hantu tu dan dera dia puas-puas. Siapa setuju angkat tangan?" Setelah suho menyatakan cadangannya semua pelajar mengangkat tangan termasuk onew yang masih terlantar di atas lantai. Akan tetapi, seorang pelajar enggan mengangkat tangan membuatkan semua orang mengalihkan pandangan terhadap pelajar itu. Dan pelajar itu ialah tak lain tak bukan, moon jongup. 

"So... moon jongup, kau ada idea lagi best dari suho ke?" Tanya chanyeol.

"Aku tak setuju part dera tu, kenapa tak bedah je hantu tu buat eksperimen? Mana tahu hantu tu jenis jarang di jumpai? Boleh jadi billionaire kalau jual." Jongup mengutarakan pandangannya dan mereka bersetuju dengan cadangan jongup itu. Taktahulah mereka salah anggap yang hantu itu sama jenis dengan makhluk asing atau mereka terpengaruh dengan wang ringgit. Suka hati dioranglah. Setelah kata-kata persetujuan di capai, buat pertama kalinya ketua bap dan exo masing-masing berjabat tangan.

"Ok, aku nak sorang ahli bap ambil peranan buka pintu. Sesiapa yang beranilah." Kata suho. Ahli bap tiba-tiba menyibukkan diri masing-masing bagi mengelakkan diri mereka mengambil tugas membuka pintu tersebut. 

"Daehyun, kalau kau bukak pintu aku belanja kau makan kat kantin seminggu." kata youngjae. Dia tahu dengan taktik kotor macam tu, confirm daehyun nak punya.

"Ok!" Jerit daehyun. Kan dah cakap. Cepat je dia respon kalau melibatkan makanan. Youngjae tersenyum jahat apabila taktik kotornya menjadi.

"Ok... sorang ahli exo pula kena tangkap kepala hantu tu. So siapa boleh?" Mereka juga berpura-pura menyibukkan diri masing-masing. Tak boleh jadi ni.

"Ceh... baekhyun, aku tahu lah kau takut an? Dasar pengecut!" Sengaja daehyun mencabar kejantanan baekhyun. 

"Mmm- ma- mana ada! Eleh kau tu pun sama sebenarnya! Kau setuju pun sebab dapat belanja makan seminggu! Tapi hakikatnya kau pun penakut macam tikus! Ini semua poyo! Pui!" Jerit baekhyun.

"At least aku setuju! Dah takut nak bising pulak! Pui balik." Ok musuh tradisi dah muncul dah. Padahal baru je tadi ketua dorang berjabat tangan.

"Ok fine! Aku bukan penakutlah!" Akhirnya baekhyun setuju kerana tercabar dengan kata-kata daehyun meskipun dia menyesal sejenak kerana perasaan takut.

Mereka mengambil posisi masing-masing bagi melengkapkan misi menangkap hantu tersebut. Suho memberi isyarat sedia dengan tangan lalu daehyun membuka pintu dan baekhyun segera menangkap kepala hantu tersebut dengan beg plastik hitam. Mereka yang lain menahan hantu tersebut daripada melepaskan diri dan mengikat hantu tersebut di atas kerusi. Setelah berjaya mereka bersorak gembira sambil ber 'high-five'. Tidak kurang juga dengan musuh tradisi berpelukan antara satu sama lain kerana teruja dengan kejayaan mereka. Masing-masing lupa yang mereka tu musuh tradisi. Sementara jongup sudah bersiap sedia untuk sesi eksperimen dengan memakai mask. 

"Nanti dulu! Ni saya! Cikgu hyungdon!" Tiba-tiba hantu itu bersuara di sebalik beg plastik hitam tersebut.

"Tipu! Cikgu hyungdon kan kat hospital sekarang ni. Hek eleh hantu ni nak menyamar jadi cikgu hyungdon pulak. Aku cepuk karang. " Kata luhan.

"Ni saya la murid-murid! Saya dah baik dah. Apa yang kamu semua merepek ni! Saya bukan hantu lah!" Jelas Cikgu hyungdon.

"Cikgu hyungdon! Cikgu pasti ke cikgu boleh ajar dengan situasi-" Belum sempat Pengetua park meneruskan kata-katanya, beliau di sapa dengan situasi yang kurang menyenangkan di hadapan matanya. Semua pelajar menghalakan pandangan terhadap pengetua park termasuk moon jongup yang masih dengan mask di mukanya dan jangka lukis di tangannya sebagai peralatan membedah.

"APA YANG KAMU SEMUA BUAT NI?????!!!!!!" Jerit pengetua park menggegarkan satu bangunan.

Dan pada hari itu, satu sejarah tercipta apabila satu sekolah memperlihatkan seluruh warga 4 cempaka menjalankan hukuman lari keliling padang.

"So, youngjae. Kau nak belanja aku apa kat kantin nanti? Aku rasa kan, aku nak pekena bakso kaw kaw makcik leha dengan nasi lemak ayam. Pastu kalau tambah kuih karipap 3 ketul sebagai dessert mesti best." Bisik daehyun terhadap youngjae sambil kakinya tidak berhenti berlari. Youngjae hanya mampu menangis di dalam hati sambil mengucapkan selamat tinggal terhadap duit poketnya.

 

-----------------------------------------------------------------------------------

 

Hello gais, di sini saya nak memohon ampun dan maaf sebab dah tinggalkan cerita ni nak dekat setahun and maybe dah lebih setahun dah kut huhu. Sorry sangat-sangat kat siapa-siapa yang tunggu bila cerita ni nak update ( kalau adalah ). Bukan niat saya nak lepaskan cerita ni tapi sudah tertinggal tanpa sengaja huhu. Lepas ni saya harap saya dapat meneruskan perjuangan menulis cerita ni dengan kerap lagi. Harap korang boleh bagi feedbacks lah. Feedbacks dari kalian semua amat saya hargai. Terima kasih atas kesabaran korang semua selama ini. huhu.

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wu_Family_EXO
#1
Chapter 15: kalo tau nak juga ikut min dngn gain pegi stalk baekdae.. xD
wah, x sangka daehyun terima juga nama baekkie tu.. hahaha
omg!! part last mmng terbaik.. satu kelas terkejut tu.. dgn daehyun langsung x jawab soalan youngjae pastu baekhyun yang tetiba tegur daehyun and baekhyun is baekkie's papa.. pergh confirm lawak muka budak2 kelas tu lagi2 exo ngan bap.. xD
author mmng terbaik.. hehehe
5days_fin
#2
Chapter 15: Bole tak korang gi je dating then keluarkn tae hyung utk aq... Huhuhu okey jk je
sperti yg dijngka, cerita author memey jjang.
Wu_Family_EXO
#3
Chapter 14: sedih betul dpt kwn mcm youngjae.. typing sampai setengah jam last2 bluetick je dapat.. xD
hahaha as expect from the troll master.. xD
baek dgn dae pegi je la 'dating' berdua.. xD
5days_fin
#4
Chapter 13: bole berjanggut lau aq tnggu si yongguk ni bls msj xD
btw jjang sgt cerita ni. keep update authornim^^
Wu_Family_EXO
#5
Chapter 13: seriously?? boleh gila baca cite.. hahaha xD
baek ngan himchan x boleh blah..
yongguk..ntah apa la dia nak ckpkan x habis2 typing je.. xD
kesian suho berhuhu sendiri.. xD
author mmng the best..
Jelly_Warrior
#6
Chapter 13: Tu dia laaaaaa...chapter ni sumpah lawak namateyyyy....himchan frust sgt dgn sale tu...adoyaiii...lawak gila >.<
darkblood #7
Chapter 13: Omg soooo funny xD pls update moreee xD
Aida_Rusdi
#8
Chapter 13: oh my bang cool, meh le kita berwasap sesama XD