There's no solution

Battle of the kingka

"Hah kan bagus macam ni. Kalau macam tu biar saya panggil Cikgu Kim. Beliau pasti gumbira melihat korang sudah berbaik." Kata Cikgu Lee sambil bersiulan lagu Mr Mr menuju keluar dari situ. sungguh teruk bunyi siulan beliau.

"ahh~ yonggukkie~" panggil xiumin sambil mendempangkan tangannya setelah 2 minit 38 saat Cikgu Lee keluar dari situ. Dia bersedia untuk memeluk yongguk. Dari anak mata innocentnya, dia terbayangkan yongguk berubah menjadi tigger yang comel membuatkan perasaannya menggila untuk memeluk yongguk.

"jangan panggil aku dengan nama tu!" kata yongguk menahan malunya. Sungguh dia malu apabila orang menggelarnya dengan gelaran yang comel tu. Perasan dah dewasa sangatlah tu. Padahal hobinya setiap minggu ialah mewarna buku tigger. Yongguk menolak pelukan Xiumin membuatkan kanak-kanak yang berusia 7 tahun itu jatuh tersembam. Padahal dia baru tolak sedikit sahaja tetapi impaknya seperti kena langgar lori balak.

"huuuuuuuu arghhhh~~!" Sungguh lantang suara Xiumin menangis memecahkan gegendang telinga kanak-kanak yang berada di situ. Sementara jongup yang kebingungan pergi ke hadapan Xiumin untuk melihat secara lebih dekat wajah Xiumin menangis. Jongup kemudiannya ketawa kerana kelakar melihat hingus Xiumin turun naik. Dia bercadang mahu menyentuhnya tetapi ditepis oleh Tao membuatkan dia bengang lalu menarik rambut Tao.

"berani kau tolak kasih sayang xiumin aku!" Kata Kai yang bengang terhadap tindakan yongguk itu. Sungguh dia marah kerana Xiumin itu dianggapnya sebagai insan yang tidak berdosa. Di dalam kepalanya, dia terbayangkan Xiumin menghisap botol susu sambil memberi pandangan innocent tahap maksima. Yongguk menghiraukan bebelan kai yang tak ubah seperti nenek jiyeon. Nenek jiyeon merupakan jiran yongguk. Pernah sekali tu yongguk sedang bermain bola di belakang rumahnya, muncul nenek jiyeon bertanyakan kepada yongguk dia sedang buat apa. Sudah terang lagi bersuluh yang yongguk sedang bermain bola, apa nenek jiyeon fikir dia sedang bagi ikan paus makan ke? Tetapi bagi menjaga perasaan hormatnya terhadap orang tua, terpaksalah yongguk menjawabnya dengan betul. Lepas itu boleh sampai ke mana pula orang tua tu membebel pasal bola. "kalau nak tahu, aunty jiyeon minat pasukan bola Malaysia! Aunty minat pemain handsome tu... ala...siapa tu...aaron aziz kalau tak silap!" Nenek jiyeon menggelarkan dirinya sebagai aunty kerana beliau tak nak mengaku yang beliau sudah lanjut usia. Yongguk hanya mengangguk terhadap fakta entah apa-apa yang diberikan nenek jiyeon. kucingnya yang di beri nama tigger tu pun sudah lari terlebih dahulu bila nampak nenek jiyeon. Ok, Yongguk memang gila tigger dari dalam cerita kartun Winnie & Pooh walaupun dia ganas. Hatta semua benda yang dia suka diberikannya nama tigger. Kai sekarang ini memang tak ubah seperti nenek jiyeon. Annoying kuasa sejuta. Bagi menghiraukan kai, Yongguk mula membayangkan kai menjadi gingerbread man seperti dalam cerita shrek dan yongguk sebagai raja kerdil yang sadis mengugut kai si gingerbread man masuk ke dalam gelas berisi susu.

Sementara ahli bap dan exo yang lain....

"daehyun! turun dari almari tu! Kau memang nak kena dengan aku!" Jerit baekhyun apabila mendapati begnya hilang disyakinya diambil oleh daehyun. Sementara daehyun melambaikan buku tulis milik baekhyun dari atas almari yang agak tinggi itu. Macam mana daehyun tu boleh berada di atas almari itu menjadi persoalan misteri. "lay! Tunduk!" Arah baekhyun. Lay yang tidak mengerti apa-apa hanya menuruti arahan baekhyun dan baekhyun dengan segeranya memijak atas badan lay bagi mendapatkan daehyun. "ah! dah nak dapat ni" kata baekhyun setelah berjaya menarik rambut daehyun tetapi harapannya mati apabila yang ditariknya itu bukanlah rambut daehyun tetapi bulu ayam. Dia kemudiannya mencampakkan bulu ayam itu dengan kuat dan tepat mengenai kepala Youngjae yang asyik membaca buku sejarah. Youngjae yang sedang fokus itu terkejut dan menyangkakan bahawa ada hantu yang membaling sesuatu ke arahnya. Dia menjerit ketakutan dan berlari mengelilingi bilik kaunseling itu.

"HANTUUUUU!!" Jerit Youngjae membuatkan Luhan turut sama berlari. Walaupun luhan menganggap dirinya manly tetapi itu semua hanyalah poyo. Mereka berlari tanpa arah tujuan. Berlari ke arah mana tidak pasti. Tetapi, apa yang pasti keadaan bilik kaunseling itu tidak ubah seperti kandang kambing. Malah lebih teruk dari itu. Baekhyun yang tidak puas hati itu menolak lay pergi dari situ membuatkan badan lay berguling-guling lalu berlanggaran dengan Youngjae dan Luhan yang tidak berhenti berlari sedari tadi. Mereka tidak ubah seperti boling. Daehyun menoleh ke arah baekyun sambil menjelirkan lidahnya sebelum menyambung kerja kotornya. Asap mula keluar dari telinga dan hidung baekhyun. Dengan perasaan marahnya, baekhyun menarik meja dan diletakkannya berhadapan dengan almari itu. Ketinggiannya yang tidak seberapa itu memaksa dia terlompat-lompat di atas meja itu bagi mendapatkan daehyun.

Manakala Xiumin masih tidak henti menangis dan tangan jongup masih melekat di rambut Tao. Mereka seperti tiada jalan penyelesaian.

Himchan pula asyik bertekak dengan Suho. Masing-masing berbidas antara Secret dan Snsd yang mana paling hot. Akhirnya himchan memilih dirinya sebagai yang paling hot membuatkan Suho hampir mengeluarkan bibimbap yang dimakannya semalam.

Zelo yang melihat baekhyun terlompat-lompat di atas meja itu membuatkan dia mahu menyertai baekhyun sekali. fikirnya baekhyun sedang membuat konsert diatas meja itu. Lagi-lagi bila dia nampak cebisan kertas putih yang jatuh dari atas almari itu. Di sangkakannya confetti tetapi itu hanyalah cebisan kertas daripada buku baekhyun yang dikerjakan daehyun dan ditaburkan dari atas almari itu. Baekhyun yang sudah kepenatan turun dari meja itu lalu menyertai lay, youngjae dan luhan yang masih berbaring menghempap antara satu sama lain akibat kes pelanggaran tadi.

Zelo menyambung persembahan yang disangkakan sudah tamat oleh baekhyun itu dan menarik perhatian ahli exo yang lain menyaksikan persembahan daripada zelo di atas meja itu. Bulu ayam yang dibaling baekhyun tadi dijadikan guitar bagi zelo. Mereka yang lain bersorak dengan persembahan gemilang yang ditunjukkan zelo itu. Sehun bertindak memberi bunga plastik yang diambilnya daripada pasu bunga dan memberinya kepada Zelo. Mereka kemudiannya bersama-sama menyanyikan lagu 'my heart will go on' sambil melakonkan watak titanic. Sehun berlakon sebagai jack dan Zelo sebagai rose. Chen kemudiannya berdiri sambil menepuk tangan dengan kuat. Air matanya tidak berhenti mengalir. Sungguh tersentuh dengan persembahan duet Sehun bersama Zelo itu.

"terima kasihlah sebab belanja saya pisang goreng tadi. Susah-susah je." kata Cikgu Lee

"tak ada apapun. Tu pun sempena tanda terima kasih saya. Tak sangka betul dalam masa sekejap je mereka boleh berbaik." kata Cikgu kim keriangan.

"yelah, memang tak silap saya menang anugerah Cikgu paling berdedikasi kan?" Kata Cikgu Lee dengan bangga. Hidung yang sedia ada kembang dikembangkan lagi.

Cikgu Kim memulas tombol pintu bilik kaunseling itu sambil ketawa berduet bersama Cikgu Lee.

"betul betul bet-" belum sempat Cikgu Kim mahu mengangguk ala-ala upin dan ipin, dia dikejutkan dengan suasana bilik kaunseling ketika itu.

Meja dan kerusi berselerakan.

Cebisan kertas bertaburan.

Kanak-kanak keriangan tidak kurang juga yang bertempiaran.

hidung kembang Cikgu Lee menjadi kempis.

"saya memang sudah agak mereka ni memang tiada jalan penyelesaian...." Keluh Cikgu Kim. Akhirnya air mata jantan menitik laju dari mata Cikgu Kim diikuti dengan Cikgu Lee.

"Apalah nasib kami....."

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wu_Family_EXO
#1
Chapter 15: kalo tau nak juga ikut min dngn gain pegi stalk baekdae.. xD
wah, x sangka daehyun terima juga nama baekkie tu.. hahaha
omg!! part last mmng terbaik.. satu kelas terkejut tu.. dgn daehyun langsung x jawab soalan youngjae pastu baekhyun yang tetiba tegur daehyun and baekhyun is baekkie's papa.. pergh confirm lawak muka budak2 kelas tu lagi2 exo ngan bap.. xD
author mmng terbaik.. hehehe
5days_fin
#2
Chapter 15: Bole tak korang gi je dating then keluarkn tae hyung utk aq... Huhuhu okey jk je
sperti yg dijngka, cerita author memey jjang.
Wu_Family_EXO
#3
Chapter 14: sedih betul dpt kwn mcm youngjae.. typing sampai setengah jam last2 bluetick je dapat.. xD
hahaha as expect from the troll master.. xD
baek dgn dae pegi je la 'dating' berdua.. xD
5days_fin
#4
Chapter 13: bole berjanggut lau aq tnggu si yongguk ni bls msj xD
btw jjang sgt cerita ni. keep update authornim^^
Wu_Family_EXO
#5
Chapter 13: seriously?? boleh gila baca cite.. hahaha xD
baek ngan himchan x boleh blah..
yongguk..ntah apa la dia nak ckpkan x habis2 typing je.. xD
kesian suho berhuhu sendiri.. xD
author mmng the best..
Jelly_Warrior
#6
Chapter 13: Tu dia laaaaaa...chapter ni sumpah lawak namateyyyy....himchan frust sgt dgn sale tu...adoyaiii...lawak gila >.<
darkblood #7
Chapter 13: Omg soooo funny xD pls update moreee xD
Aida_Rusdi
#8
Chapter 13: oh my bang cool, meh le kita berwasap sesama XD