No teacher

Battle of the kingka

Ketiadaan Cikgu Hyungdon menyebabkan kelas 4 Cempaka tidak ubah seperti suasana di pasar. Ketiadaan beliau di percayai kerana cedera selepas terjatuh menaiki unta semasa lawatannya ke Zoo Negara bersama keluarganya. Bertubi-tubi nasib malang menimpa beliau. Selepas kes tercekik biji durian kali ni kes lain pula. Nasib kau lah Cikgu Hyungdon.

"Korang jangan bising! Siapa buat bising aku tulis nama kat papan hitam!" Ketua kelas Onew yang di gelar Si Skema Onew memberi amaran. Sementara pelajar lain tidak menghiraukan amarannya lalu sambung melakukan perbuatan tidak bermoral mereka seperti marathon mengelilingi kelas, sesi ujibakat 4 Cempaka got talent dan tidak kurang juga sesi dandanan percuma tajaan Kim Himchan.

Sementara...

Di bawah pohon mempelam yang rimbun, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan menerpa ke wajah Yongguk. Yongguk tersenyum sambil jari-jemarinya erat memegang berus lukisan. Di dalam mindanya terbayang bayangan tigger berposing sambil memegang machine gun, lalu jari-jemarinya lembut melukiskan bayangan di dalam mindanya di atas kanvas putih. Malang tidak berbau apabila dia merasakan ada sesuatu jatuh dari atas pokok mengenai tepat ke kepalanya.

"Woi! korang ingat aku tunggul ke apa kat depan ni?!" Jerit Onew sambil membuka sebelah kasut hitamnya yang sudah beberapa bulan tidak di basuh itu lalu melontarkannya ke arah pelajar di hadapannya. Rasa kalau lempar kasut tu dekat Tasik Chini, konfem ikan-ikan dalam tu koma sebulan. Kasut yang di lempar Onew tepat mengena ke atas kepala yongguk yang sedang lena di buai mimpi.

"AGHHHH TUPAI GERGASI!!!" Jerit yongguk sambil melontarkan kasut Onew yang di sangkakan tupai itu dengan kuat ke arah luar kelas dan masuk tepat ke dalam longkang.

"Oh my bata........." Onew berlari mendapatkan kasut bata preciousnya itu. Tetapi belum sempat dia mahu mendapatkan kasutnya itu Yongguk terlebih dahulu menghalangnya sambil membuat muka bengis.

"kau ingat kau boleh lari, aku sedap-sedap tadi dapat inspirasi dalam tidur, kau boleh campak kasut kau yang dah macam rupa belacan tamat tempoh kat aku." Marah yongguk dengan wajahnya persis wajah penunggu gua. Onew menggigil ketakutan. Elak terkucil pulak Si Onew tengok muka bengis Yongguk. Kalah muka Pak Jongkook a.k.a Sparta si tukang kebun bila orang jahanamkan pokok bunga yang dia tanam.

"Weh korang sini tolong aku heret si skema ni. Kurung dia ni bersama penyapu-penyapu kat dalam stor belakang. Memang layak dah ni. Muka pun macam penyodok dah aku tengok." Arah yongguk kepada ahli bap. Mereka hanya menuruti kehendak ketua geng mereka.

"Ada kata-kata terakhir sebelum kau lenyap?" Tanya yongguk.

"A- Ak- Aku nak ucapkan selamat tinggal kat budak-budak 4 Cempaka dan nak serahkan tugas aku sepenuhnya kat penolong kelas, Yuri. Anak-anak semua jangan meratapi pemergian aku ni, aku pergi pun tak lama, i'll miss yall" kata Onew sambil air matanya jatuh berguguran.

Sementara itu....

"Weh kau nak tahu tak? semalam aku nak beli ubat nyamuk...... nyamuk tak ada.... hahaha." Kata si penolong yuri kepada rakan-rakannya

"hurmmm negeri huruf B apa ek.....? B...... Bu....? Ba...? Batu Pahat?" Fikir Jackson yang Asyik main bingo bersama membernya yang lain.

"Apa benda yang kat dalam longkang tu? tikus hanyut ke?" Si tukang cuci Pak Sukjin menggosok-gosok matanya bagi mengenalpasti makhluk yang terdampar di dalam longkang luar kelas 4 Cempaka. Kasut bata hitam milik Onew itu di sangkakannya tikus hanyut. Pak Sukjin yang rabun teruk itu tidak memakai cermin matanya kerana di sembunyikan oleh beruk belaannya di rumah.

Onew pasrah di bawa oleh geng bap ke arah stor yang berada di belakang kelas. Pemergiannya langsung tidak diendahkan.

"Korang, aku ada cerita seram. Nak dengar tak?" Kata Baekhyun kepada ahli exo.

"Cer cite, cer cite" Kata Chanyeol

"Ok cerita dia macam ni, semalam aku makan kat kantin, aku nampak senior minzy makan mee hoon soto... Aku tiba-tiba rasa tak sedap hati. Seram weh. Bulu roma aku meremang kot. Korang nak tahu apa yang seramnya?" Tanya baekhyun sambil membuat muka ketakutan. Sementara Tao menekup telinganya.

"Ap- apanya?" Tanya Kris memberanikan diri.

"Masalahnya semalam hari Isnin. menu utama nasi lemak. Mana ada mee hoon soto dalam menu, Mee hoon soto kan menu hari Rabu." Sambung Baekhyun menyebabkan mata ahli exo terbeliak.

"Da- dari ma- mana ek dia dapat mee hoon soto tu?" Perkara itu menjadi tanda tanya kepada mereka. Bulu roma masing-masing tegak berdiri.

"Aku ada cerita lagi seram dari tu!" Sergah suatu suara dari arah belakang Baekhyun. Mereka yang sedang cuba merungkai misteri Mee hoon soto senior Minzy terkejut dengan sergahan itu dan lantas menoleh ke arah suara itu. Suara milik salah seorang musuh ketat mereka.

"Boleh kitorang join?" Tanya Daehyun. Ahli exo menganggukkan kepala mereka, curious juga nak tahu apa yang bakal di ceritakan oleh Si Daehyun tu. Musuh tak musuh, cerita seram mesti di dahulukan. Setelah mendapat izin daripada ahli exo, Daehyun dan ahli bap segera menyertai mereka.

"Sabtu lepas aku jalan sorang-sorang malam-malam nak pergi kedai, nak beli coklat. Memang jalan sunyi lah time tu. Masa dah sampai kedai tu aku belilah coklat kan...... Ada lah dalam 29 bungkus..." Cerita Daehyun dengan penuh saspen.

"Le- lepas tu?" Celah Kai.

"Time aku nak jalan balik rumah, aku memang tak nampak apa-apa tau, serius, memang gelap sangat. Time tu memang aku tak rasa apa-apa. Tapi di sebabkan aku ni anak jantan, abang long kawasanlah katakan, aku rileks je jalan. Tu semua tak patahkan semangat aku. Tu semua tak mencabar. Apa yang menyeramkan bila aku sampai kat depan rumah."

"Apa terjadi?" Tanya Baekhyun menggigil ketakutan.

"Kau nak tau, coklat kat tangan aku semua habis, yang tinggal bungkusan dia je. Memang masa jalan tu aku tak rasa apa-apa kot. Hantu mana entah yang songlap." Sambung Daehyun sambil mengetap gigi. Tidak puas hati dengan hantu yang songlap coklat dia. Yang tinggal hanya plastik dan kenangan.

Sementara mulut ahli exo dan bap kecuali Youngjae ternganga luas seperti tidak mempercayai apa yang telah di ceritakan oleh Daehyun. Hantu songlap coklat, seram kot cerita yang di bawa oleh Daehyun tu. Tak pernah berlaku di alam nyata.

'Sebenarnya kau lah hantu tu daehyun.' Kata Youngjae dalam hati. Dia sendiri ada kat depan Daehyun masa tu. Ketika itu, dia singgah ke rumah Daehyun untuk mendapatkan buku latihannya yang di pinjam (tanpa izin) oleh Daehyun. Tapi, masa dia sampai, dia di beritahu oleh emaknya Si Daehyun yang Daehyun pergi kedai. Jadi dia tunggu sehingga Daehyun pulang dari kedai. Bila Daehyun sampai, dia ternampak mulut Daehyun comot dengan coklat tetapi Daehyun berkeras mendakwa coklatnya di makan oleh benda ghaib. Youngjae ingin memberitahu mereka tapi dia tak mahu pula spoilkan mood dorang. Biarkan sahajalah mereka dengan dunia fantasi mereka tu......

"Kalau aku bagitahu korang cerita aku ni takut karang ada yang tak boleh tidur malam." Ujar Yongguk pula.

"Tak apa, kitorang ready nak dengar." Kata Suho. Mereka mengangguk pantas kata-kata Suho.

"Okay begini cerita dia.........."

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wu_Family_EXO
#1
Chapter 15: kalo tau nak juga ikut min dngn gain pegi stalk baekdae.. xD
wah, x sangka daehyun terima juga nama baekkie tu.. hahaha
omg!! part last mmng terbaik.. satu kelas terkejut tu.. dgn daehyun langsung x jawab soalan youngjae pastu baekhyun yang tetiba tegur daehyun and baekhyun is baekkie's papa.. pergh confirm lawak muka budak2 kelas tu lagi2 exo ngan bap.. xD
author mmng terbaik.. hehehe
5days_fin
#2
Chapter 15: Bole tak korang gi je dating then keluarkn tae hyung utk aq... Huhuhu okey jk je
sperti yg dijngka, cerita author memey jjang.
Wu_Family_EXO
#3
Chapter 14: sedih betul dpt kwn mcm youngjae.. typing sampai setengah jam last2 bluetick je dapat.. xD
hahaha as expect from the troll master.. xD
baek dgn dae pegi je la 'dating' berdua.. xD
5days_fin
#4
Chapter 13: bole berjanggut lau aq tnggu si yongguk ni bls msj xD
btw jjang sgt cerita ni. keep update authornim^^
Wu_Family_EXO
#5
Chapter 13: seriously?? boleh gila baca cite.. hahaha xD
baek ngan himchan x boleh blah..
yongguk..ntah apa la dia nak ckpkan x habis2 typing je.. xD
kesian suho berhuhu sendiri.. xD
author mmng the best..
Jelly_Warrior
#6
Chapter 13: Tu dia laaaaaa...chapter ni sumpah lawak namateyyyy....himchan frust sgt dgn sale tu...adoyaiii...lawak gila >.<
darkblood #7
Chapter 13: Omg soooo funny xD pls update moreee xD
Aida_Rusdi
#8
Chapter 13: oh my bang cool, meh le kita berwasap sesama XD