Hang Out (2)

Battle of the kingka

Sedang asyik baekhyun bercerita tentang koleksi-koleksi barbie di rumahnya kepada rakan-rakannya, hidungnya tertangkap sesuatu bau yang cukup dikenalinya. Dia kemudiannya bangun dari kerusi sambil menghentak meja foodcourt dengan kuat menyebabkan Tao tersedak mee hailamnya. Kris kemudiannya menepuk-nepuk belakang Tao yang seperti tak cukup oksigen tu.

"aku cukup kenal dengan bau ni....." Kata baekhyun perlahan. Sangkaannya tepat apabila wajah daehyun terpacul di hadapan pintu gerbang foodcourt secara tiba-tiba. Pandangan daehyun beralih ke arah Baekhyun dan masing-masing memandang dengan pandangan yang tajam seperti pisau yang baru di asah. Bagai ada daya tarikan magnet di situ. Setelah 5 minit 25 saat, himchan tiba lalu menepuk bahu daehyun.

"weh, kenapa diri je kat sini? kau ingat kau handsome sangat ke nak jadi model tak laku kat sini. Tadi bukan main kebulur" tegur himchan sebelum matanya beralih ke arah baekhyun. Himchan kemudiannya mengalihkan pandangannya ke arah Exo dan satu wajah yang tidak di kenalinya.

Sementara.....

"Youngjae! Kau boleh buat. Sikit je lagi tu nak sampai." Kata Zelo kepada Youngjae setelah melihat dia baring terlungkup di atas lantai. Jongup kemudiannya meluru ke arah Youngjae sambil menggoyang-goyangkan badan Youngjae.

"Korang, aku dah tak boleh teruskan perjuangan. Biarlah aku terkorban di sini." Kata Youngjae perlahan.

"tidak!!!!!! tanpa kau, tiadalah trio aiskrim neapolitan. jangan tinggalkan kami!!!" Jerit Zelo. Jongup kemudiannya menghembus hingusnya di baju youngjae.

"demi tiggerku yang tersayang, lautan api pun sanggup ku redah" Kata yongguk sambil berusaha merangkak menuju ke foodcourt. Hek eleh bro! Nak jalan pergi foodcourt pun tak larat, inikan pula nak redah lautan api.

"Korang!!" Jerit himchan.

Pandangan mereka berempat beralih ke arah Daehyun dan Himchan yang masing-masing kelihatan berapi.

"Aku taknak makan kat foodcourt tu! foodcourt tu dah di cemari dengan kuman-kuman exo!! Katakan tidak pada kuman!" Kata himchan dengan bengang. Daehyun pula mengangguk-angguk laju. Dia tidak menghiraukan cacing yang kelaparan di dalam perutnya itu. Pride must come first! Yongguk menjadi speechless kerana usahanya selama ini untuk merangkak ke foodcourt menjadi sia-sia.

"Ibu.....tolong yongguk....." Kata Yongguk perlahan.

Sementara ibu yongguk yang asyik melayan mohabbatein di rumah tersedak.

"ada siapa panggil aku ke?" ngomel ibu yongguk. Dia mengendahkan perasaannya apabila muka Shah Ruck Khan terpacul di hadapan TV.

"fuyoooh. hensemnya!!!" jerit ibu yongguk ber-fangirling seorang diri.

-----------------------------------------------------------------------------------

"ish! hilang selera aku tengok muka makhluk dua orang tu tadi." Kata baekhyun. Bengangnya masih belum reda.

"kalau macam tu...apa kata aku habiskan nasi kau..." kata kai sambil tangannya perlahan-lahan mencapai pinggan baekhyun. Baekhyun hanya membiarkan kai men-conquer pinggannya yang masih berisi nasi goreng cendawan.

"kat mana ada kita, mesti diorang nak ada" Kata sehun pula.

"tulah pasal! Kalau aku dapat dorang nak je aku korek lubang hidung diorang guna garfu ni!" Kata luhan sambil melakonkan aksi mengoreknya dengan garfu di tangannya.

"kalau akulah.... Aku nak je bagi dorang telan pinggan ni." Kata Chanyeol pula. Ahli exo mengangguk-angguk tanda setuju dengan rancangan Chanyeol

"Lay, kalau kau, kau nak buat apa kat dorang?" Tanya baekhyun kepada lay.

"hmmm. Kalau aku......... Aku tipu dorang, bagi roti inti telur. Tapi bila dorang makan sebenarnya dalam tu ada mayonnaise je. Hahaha." Jelas lay tentang rancangan jahatnya. Ahli exo yang lain hanya memandang lay yang sedang ketawa terbahak-bahak itu dengan pandangan yang sunyi sambil memikirkan betapa sucinya rancangan jahat Lay itu.

"Oh jungkook...." tegur suho secara tiba-tiba kepada Jungkook yang asyik mengelamun sejak dari tadi. Jungkook membetulkan posisi duduknya apabila mata tiba-tiba beralih ke arahnya.

"Kau dah tahu kan yang kitorang dah cam identiti kau..." Sambung Suho. Jung kook hanya mengangguk perlahan. Tidak berani untuk bertanya dari mana mereka dapat info mengenai dirinya. Di saat itu, dia hanya bimbangkan nyawanya. Ceh, macamlah exo tu kumpulan gangster je nak ambil nyawa dia. Apa-apa jelah si Jungkook tu.

"kitorang benarkan kau ambil gambar kitorang..." Kata suho lagi. Mata Jungkook terbuka luas. Salah dengar ke dia ataupun suho dah buang tebiat.

"ye. kitorang tak tipulah! kau boleh ambil gambar kitorang. Kitorang takkan halang kau lagi lepas ni." Kata Kris pula.

"ter-- ter-- terima kasih hyungs!" Kata Jungkook. 'yessss!! Baik lah! Lepas ni aku boleh dapat income aku balik.' "hehehe...." Ketawa Jungkook perlahan.

"Apa yang kelakarnya?" Tanya Xiumin.

"tak!!! tadi saya ternampak kucing betina tu reject kucing jantan kat hujung sana tu. Frust menonggeng kucing jantan tu ha...haha...ha" Tipu Jungkook.

'Ada kucing ke kat dalam mall ni' Fikir Xiumin sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

----------------------------------------------------------------------------------

"Akak mcd! saya nak order double cheeseburger 2 biji, lagi....spicy chicken mcdeluxe 3 biji hmmm.... quatre pounder nak sebiji ke 2 biji ek? sebiji kot.... Lepastu.... big mac sebiji, hmmmm...." Fikir daehyun sambil matanya tidak lepas memandang menu di skrin MC Donald yang terpampang besar di hadapan kaunter.

Sementara.....

"weh orang depan, ko boleh cepat sikit tak?"

"woi, kitorang pun nak beli weh!!"

"cepatlah! Aku dah nak terkucil tunggu sini dari 30 minit yang lepas." Kata orang yang ke sebelas berdiri di hadapan kaunter Mc Donald. Daehyun hanya tidak mengendahkan manusia yang berada di belakangnya. Hatinya hanya tertumpu kepada menu di hadapannya.

Setelah 40 minit mengambil order, Daehyun selesai membayar kesemua makanan yang di belinya ((guna duit himchan)), dengan gembiranya dia membawa dulang ke meja sambil di bantu Zelo dan Jongup.

"korang!! korang! Aku ada satu teka teki nak tanya korang!" Kata Daehyun sambil membuka bungkusan Mc chickennya.

"Cuba korang teka! Burger apa yang paling happy?" Tanya daehyun sambil menyuakan burger ke dalam mulutnya.

"urmmm. Happy meal?" Jawab Youngjae.

"salah!!!!!" Kata Daehyun.

"bergerdil????" Jawab jongup sambil menggaru kepalanya.

"Salahlah!! Jawapannya ialah berger...mbira!!!! Hahahaha" Kata Daehyun dengan mulutnya penuh dengan Mc Chicken dan juga Fries. Ahli Bap yang lain hanya memandang gelagat daehyun itu. Sungguh buruk perangai. Percayalah, sesungguhnya mereka sudah alami yang lebih teruk dari itu.

-----------------------------------------------------------------------------------

"Comel je kan daehyun-oppa makan burger?" Tanya Eunji kepada Bomi.

"yelah! alangkah indahnya kalau aku jadi straw tu." Kata bomi apabila dia melihat Daehyun menyedut coke dengan rakus. Dia kemudiannya meneropong ke arah Zelo yang sedang menggaru belakang badannya.

"hensemnya......." Kata Bomi perlahan.

"Woi! Korang tengah buat apa hah?" Sergah Chorong dari belakang membuatkan kedua-dua mereka terlompat.

"oh mak kau!!" jerit Bomi.

"bertuah betul lah kau ni Chorong! Hampir gugur jantung aku ni tau!! Kalau ada penderma takpe lah jugak!" Marah Eunji.

"hek eleh! Korang yang kerja mengintip anak jantan orang apa kehalnya ni?" Tanya Chorong.

"bukan senang nak nampak bap kat luar sekolah. Omg~ tak sangka jumpa diorang kat sini! Kyaaa~" Kata Bomi ber-fangirling.

"anyway, mana yang lain-lain?" Tanya Eunji.

"Oh, dorang dekat food court, ni aku datang nak tarik korang pergi foodcourt."

"taknak! Aku nak duduk sini!" Kata Bomi.

"Aku pun! Aku sanggup berlapar demi bap oppas tercinta." Kata Eunji pula.

"Tapi kat foodcourt ada Exo! Aku lagi suka Exo~ kyaaa~" Kata Chorong.

"OMO OMO SERIOUS KE NI? Maknanya diorang ada dalam satu bangunan! Ni tak boleh jadi!! Aku kena inform berita ni dekat page pencinta bap & exo dekat fb ni!!!!" Kata Naeun sambil mengeluarkan laptop yang tersemat di backpacknya.

[!!!!!!!] Berita tergempar! Bap dan Exo berada di City Square!!!!!! Sila datang bagi memeriahkan suasana di sini!

------------------------------------------------------------------------------------

Suasana di City Square pada hari itu tidak seperti biasa.

Ramai yang berkunjung tanpa mengira pangkat dan tingkat umur. Masing-masing membawa banner masing-masing. Ada juga yang memakai t-shirt yang melambangkan cinta mereka terhadap bap dan exo.

"I love Exo!"

"Who needs oxygen when you have bap"

"Omma, sila restui hubungan saya dengan sehun"

"moon jongup sila kahwini saya!"

Berikut merupakan perkataan yang tertera di banner masing-masing. Dan ada banyak lagi yang tak sempat di baca.

Ada juga yang mengambil keuntungan dengan membuka gerai menjual merchs bap dan juga exo.

Suasana di City Square Mall pada hari itu sesak dengan manusia.

Sementara.....

"Weh! Apa kena dengan mall aku hari ni?" Kata pemilik City Square Mall.

"entahlah Tan Sri, saya pun musykil ni." Kata salah seorang bodyguard kepada Tan Sri tersebut.

"Tepi sikitlah pakcik, saya tak nampak bap oppas saya sebab pakcik halang!" Marah seorang peminat tegar bap kepada pemilik City Square itu.

"eh budak! Kau tak kenal ke siapa orang ni? Dia ni VIP kat sini tau!" Marah salah seorang body guard kepada Tan Sri tersebut terhadap peminat bap itu.

Peminat tersebut hanya menjelirkan lidah ke arah mereka lalu beredar dari situ meninggalkan mereka kebingungan berdiri di situ.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wu_Family_EXO
#1
Chapter 15: kalo tau nak juga ikut min dngn gain pegi stalk baekdae.. xD
wah, x sangka daehyun terima juga nama baekkie tu.. hahaha
omg!! part last mmng terbaik.. satu kelas terkejut tu.. dgn daehyun langsung x jawab soalan youngjae pastu baekhyun yang tetiba tegur daehyun and baekhyun is baekkie's papa.. pergh confirm lawak muka budak2 kelas tu lagi2 exo ngan bap.. xD
author mmng terbaik.. hehehe
5days_fin
#2
Chapter 15: Bole tak korang gi je dating then keluarkn tae hyung utk aq... Huhuhu okey jk je
sperti yg dijngka, cerita author memey jjang.
Wu_Family_EXO
#3
Chapter 14: sedih betul dpt kwn mcm youngjae.. typing sampai setengah jam last2 bluetick je dapat.. xD
hahaha as expect from the troll master.. xD
baek dgn dae pegi je la 'dating' berdua.. xD
5days_fin
#4
Chapter 13: bole berjanggut lau aq tnggu si yongguk ni bls msj xD
btw jjang sgt cerita ni. keep update authornim^^
Wu_Family_EXO
#5
Chapter 13: seriously?? boleh gila baca cite.. hahaha xD
baek ngan himchan x boleh blah..
yongguk..ntah apa la dia nak ckpkan x habis2 typing je.. xD
kesian suho berhuhu sendiri.. xD
author mmng the best..
Jelly_Warrior
#6
Chapter 13: Tu dia laaaaaa...chapter ni sumpah lawak namateyyyy....himchan frust sgt dgn sale tu...adoyaiii...lawak gila >.<
darkblood #7
Chapter 13: Omg soooo funny xD pls update moreee xD
Aida_Rusdi
#8
Chapter 13: oh my bang cool, meh le kita berwasap sesama XD