Hang Out (1)

Battle of the kingka

Pada pagi sabtu yang hening lagi permai lagi indah lagi nyaman dan pelbagai lagi jenis lagi, bunyi ayam jantan berkokok menandakan tamatnya sesi beradu, burung-burung sibuk mencari rezeki, Bunyi motor putu mayam bergema dari setiap sudut perumahan di Taman Desa Matoki, Seoul.

"i'm the barbie girl~ in the barbie world~" tiba-tiba kedengaran bunyi ringtone yang bergema disebalik himpunan tigger-tigger di atas katil.

"himchan~ phone kau bunyi lah." Kata yongguk dengan suara serak-serak basah ala-ala kumpulan black metal. Dah suara normal pun lebih deep dari lautan pasifik, inikan pula suaranya ketika bangun tidur. Seram sejuk je dengar.

"you can touch my hair~ undress me everywhere~~ wow wow yippee yo yay~" mak aih siap ada remix pula lagu barbie ni. Yongguk yang geram dengan bunyi annoying yang datang dari handphone yang di sangkakan milik himchan itu segera bangun dari pembaringannya. Rambutnya tak ubah seakan beruk di dalam hutan belantara, bahkan beruk pun lagi bertauliah. Rasa-rasa kalau letak yongguk dekat tengah-tengah keluarga beruk pun orang tak akan perasan. Ataupun silap-silap beruk tu panggil yongguk sebagai daddy. Cukup berbeza dengan penampilan yang dibawanya ke sekolah. Okay. sungguh panjang deskripsi tentang rambut yongguk.

"WOI HIMCHAN! BAIK KO JAWAB PHONE KO SEBELUM AKU MAKAN PHONE TU!!" Jeritan yongguk bergema disetiap kawasan kejiranan.

Sementara.....

"oi diamlah! penat aku dodoikan sugar glidder aku! tengok dia dah bangun!" Jerit jiran seberang rumahnya.

"woof! woof! woof! Naega ulf geurae ulf awooo~" bunyi anjing belakang rumahnya menyalak. Anjing tu agaknya genius sampai hafal lagu exo.

"woi orang sebelah! Ko pikir rumah ni bapak kau yang bayar sewa kah?" Jerit jiran sebelahnya pula.

"gukkie! Apasal bising sangat pagi-pagi buta ni!! Ko tengok jiran-jiran dah bising tu!!" Jerit ibu yongguk sambil mengetuk pintu bilik yongguk yang di lingkari dengan dawai besi dan papan tanda *pergi berambus* dengan senduk kayunya. Beliau sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi tetapi sesi memasak ramyun menjadi tidak tenang kerana yongguk. Tak cukup tangan beliau di buatnya. Yongguk mengeluh lalu mencapai phone yang mengganggu tidurnya itu.

"tak guna! Ni mesti kerja himchan tukar ringtone aku." kata yongguk sambil menekan punat nokia 3310nya dengan ganas. ceh mentang-mentang handphone tu hardcore kena tembak dengan bazuka pun tak musnah. Dia mendapati 30 miscalls dan 50 messages dan hampir kesemuanya datangnya daripada manusia yang bernama kim himchan. hampir kesemuanya. satu je message datang dari nombor lain. Tu pun hotlink, dia suruh yongguk topup lagi 3 hari. Dengan perasaan malasnya yongguk mendail nombor himchan.

"gukkkieeeeee" baru je 3.05 saat yongguk call himchan, dia dah angkat.

"bro! kau nak hape hah pepagi buta ni? lepas tu sedap-sedap main tukar ringtone aku! Aku cekik karang baru tau" marah yongguk.

"ihikkkk~ gukkie~ jom teman aku shopping!" Ajak himchan dengang suara yang sengaja di gedikkan.

"pffft! mimpi lah kalau ko ingat aku nak teman ko shopping! Bwekkkk! Bye aku nak sambung tido" belum sempat yongguk menghentikan panggilannya, himchan terlebih dahulu menjerit.

"nanti dulu! dengar baik-baik! Kalau kau nak tigger kau selamat baik kau dengar cakap aku dulu!" Ugut himchan si penculik tigger.

"nooooo! Patut aku rasa kosong semacam je! kau rupanya yang culik tigger aku yang ke 120!" kata yongguk sambil matanya meliar mencari-cari kelibat tiggernya yang ke 120 itu. Hatinya mula menjadi tidak senang.

"kalau kau nak tigger kau selamat, kau datang ke city square untuk membuat tuntutan pada waktu 1130 pagi!" Ugut himchan lagi dan segera mematikan telefon. Yongguk jatuh melutut ke atas lantai.

"ma baby tigger......"

---------------------------------------------------------------------------------

"OverdoseJ, baik ko bitau nama sebenar ko kat aku sebelum aku patahkan tulang empat kerat ko biar jadi sekerat je! Ko jangan main-main aku ada tali pinggang hitam!" ugut sehun apabila hanya dia dengan OverdoseJ sahaja yang berada di mall sementara menunggu para members. OverdoseJ meneguk air liurnya yang terasa kesat.

"weh sehun! OverdoseJ" Tegur chanyeol dan baekhyun sambil melambai-lambai kearah mereka. Sehun terus mematikan niatnya untuk menyambung perbuatannya kepada OverdoseJ itu. Sehun kemudiannya memberi pandangan i'm-watching-you ke arah OverdoseJ

"korang dah lama sampai? Korang berbual apa je tadi?" Tanya baekhyun dengan excited.

"oh- kitorang berbual pasal...... pasal overdosej ni hah! sanggup kerja part time semata-mata nak beli susu anak kucing dia yang dah jadi anak yatim piatu." Tipu sehun. Nampaknya mereka terbeli kata-katanya itu apabila baekhyun lantas memberi pandangan simpati terhadap OverdoseJ lalu mengusap rambutnya. Overdosej kelihatan bingung.

"weh korang!!" Pandangan mereka berempat beralih kepada segerombolan budak-budak bawah umur yang digelar sebagai exo.

"wassup guys" jerit sehun kegirangan.

"so. apa plan kau hari ni suho?" Tanya xiumin.

"aku dah bersetuju dengan pendapat baekhyun untuk make-over budak ni" Kata suho sambil memberi thumbs up kepada baekhyun.

"let's go!" Jerit baekhyun kepada mereka.

------------------------------------------------------------------------------------

"yongguk?" Soal daehyun apabila dia ternampak kelibat yongguk sekitar city square.

"oh daehyun! Kau pun kena blackmail dengan si himchan jugak?"

"actually himchan janji nak belanja aku cheesecake dari kedai wang kong yang limited edition tu kalau aku teman dia." jelas daehyun

"cheesecake pun ada limited edition ke? Aku rasa cam semua cheesecake rasa cheese." Kata yongguk sambil menggaru kepalanya.

"kau lain! lidah kau tu kesat cam batu bata! that's why lah kau takde deria rasa! Lainlah aku ni, lidah bervariasi, serba boleh. orang lain sendiri pun panggil aku honey vocal!" Jelas daehyun lagi dengan hidung yang sengaja di tinggikan. Yongguk sekadar membuat muka tenuk.

"huk aloh kau ni dah dasar banyak makan tu ada je nak buat alasan" Kata yongguk. Daehyun hanya mencebik.

"Yo!" Jerit trio aiskrim nepolitan iaitu youngjae, jongup dan juga zelo dengan serentak.

"nampaknya himchan memang nak tengok kita menderitalah hari ni....." Keluh yongguk.

"UOLLS~" panggil himchan dengan langkah bersahaja bertemankan kipas lipat di tangannya.

'dia dah datang dah...' keluh mereka berenam dalam hati.

Setelah 3 jam 26 minit mereka menemani himchan bershopping sakan...

"himchan! burger king dekat depan sana je weh. Jom singgah?" Ajak daehyun dengan nada yang penat.

"seupeurojima no no no~ hangsang got anya no no no~ wait lah body shop ada buat promotion hari ni sempena birthday nenek tiri kepada pengasas dia." Kata himchan lalu berjalan meninggalkan daehyun yang terpinga-pinga.

"weh sumpah tulang lutut aku rasa cam nak pecah!" Kata daehyun lalu menoleh ke belakang untuk melihat membersnya yang lain. Dia melihat yongguk di papah oleh jongup dan zelo sementara youngjae melutut ke lantai sambil kedua-dua tangannya mengcengkam lehernya

"air........air......" ucap youngjae perlahan.

------------------------------------------------------------------------------------

Sementara menunggu OverdoseJ keluar dari bilik persalinan, Kris menarik lengan suho kerana dia sudah tidak tahan dengan sikap toleransi suho terhadap overdoseJ.

"suho! aku tak fahamlah kenapa kita kena dekat dengan budak tu. Dia tu bukan bagi faedah pun kat kita." Protes kris. Ahli exo kemudiannya mengalih pandangan kepada kedua-dua ketua mereka. Suho pula hanya mengukir senyuman. Macam ada udang di sebalik mi hoon tomyam je senyuman suho tu.

"Kris, kau pun tahu kan aku ni takkan associate ngan seseorang tu kalau dia tak bagi faedah pape kat kita." Balas suho.

"maksud kau?" Tanya kris kebingungan.

"aku dah suruh Chen siasat dah latar belakang overdoseJ tu. Nama dia Jung Kook dan dia junior kita setahun." Jelas suho lagi.

"habis tu?" Sampuk luhan pula.

"relax derr aku belum habis cerita lagi. dia ni paparazzi kita dan dia pesaing kuat dengan paparazzi bap, BAPA.Paparazzi bap tu berpengaruh! Kita kena kerjasama ngan dia untuk jatuhkan reputasi BAPA sebab sesiapa yang sokong kumpulan nasi tu merupakan musuh kita jugak.." Sambung suho lagi dengan senyuman lebar yang penuh makna. Kesebelas-sebelas mereka kemudiannya mengangguk-ngangguk dan ikut sama tersenyum.

Setelah selesai overdosej aka jungkook ber-make over, sehun pergi ke arahnya lalu meletakkan tangannya ke atas bahu jungkook.

"heh! Kau ni sebenarnya, handsome jugak ek.......Jungkook" bisikan sehun membuatkan mata jungkook terjegil keluar.

"ok guys jom pergi makan." Ajak suho kepada mereka.

------------------------------------------------------------------------------------

"himchan! Berapa lama lagi kau nak habis ni?" Tanya daehyun dengan muka yang penuh kegigihan walaupun perutnya sudah meriah dengan concert LOS ataupun Live On Stomach.

"k fine! Tapi aku bagi masa 30 minit je" Kata himchan. Tak sampai hati pula dia melihat riak wajah daehyun yang penuh dengan belas kasihan tu. Tenaga daehyun kembali pulih apabila mendengar jawapan daripada himchan itu. Dengan segera dia berlari ke arah food court yang berdekatan di ikuti dengan himchan yang berjalan seperti nyonya jual kuih. Sementara yang lain pula merangkak-rangkak seperti zombie menuju ke food court. Langkah daehyun terhenti segera apabila dia ternampak sekumpulan manusia yang cukup di kenalinya di food court.

"Exo..............." kata daehyun perlahan.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wu_Family_EXO
#1
Chapter 15: kalo tau nak juga ikut min dngn gain pegi stalk baekdae.. xD
wah, x sangka daehyun terima juga nama baekkie tu.. hahaha
omg!! part last mmng terbaik.. satu kelas terkejut tu.. dgn daehyun langsung x jawab soalan youngjae pastu baekhyun yang tetiba tegur daehyun and baekhyun is baekkie's papa.. pergh confirm lawak muka budak2 kelas tu lagi2 exo ngan bap.. xD
author mmng terbaik.. hehehe
5days_fin
#2
Chapter 15: Bole tak korang gi je dating then keluarkn tae hyung utk aq... Huhuhu okey jk je
sperti yg dijngka, cerita author memey jjang.
Wu_Family_EXO
#3
Chapter 14: sedih betul dpt kwn mcm youngjae.. typing sampai setengah jam last2 bluetick je dapat.. xD
hahaha as expect from the troll master.. xD
baek dgn dae pegi je la 'dating' berdua.. xD
5days_fin
#4
Chapter 13: bole berjanggut lau aq tnggu si yongguk ni bls msj xD
btw jjang sgt cerita ni. keep update authornim^^
Wu_Family_EXO
#5
Chapter 13: seriously?? boleh gila baca cite.. hahaha xD
baek ngan himchan x boleh blah..
yongguk..ntah apa la dia nak ckpkan x habis2 typing je.. xD
kesian suho berhuhu sendiri.. xD
author mmng the best..
Jelly_Warrior
#6
Chapter 13: Tu dia laaaaaa...chapter ni sumpah lawak namateyyyy....himchan frust sgt dgn sale tu...adoyaiii...lawak gila >.<
darkblood #7
Chapter 13: Omg soooo funny xD pls update moreee xD
Aida_Rusdi
#8
Chapter 13: oh my bang cool, meh le kita berwasap sesama XD