Lonely day (part 2)

Battle of the kingka

"ENGKAU!" Jerit mereka serentak lagi serasi lagi sehati sejiwa. Baekhyun sungguh benci melihat wajah insan yang berada di hadapannya sekarang sampai dia merasakan kalau ada tong sampah di hadapannya mahu dia muntah hijau dekat dalam tong sampah tu juga. Ya, insan itu tak lain tak bukan ialah musuh tradisi tujuh keturunannya, Jung Daehyun. Tak kurang pula dengan Daehyun, dia membayangkan dia ada kuasa magik macam Harry Potter jadi dia boleh menukar Byun Baekhyun menjadi batu dan membuangnya kedalam sungai han. Sampai macam tu sekali benci. Memang tak boleh ngam masing-masing ni. Ini disebabkan mereka memiliki pemikiran dan minat masing-masing. Kalau Baekhyun tuxedo, Daehyun baju melayu. Kalau Daehyun Lee Chong Wei, Baekhyun Lin Dan. Kalau Baekhyun Maid Sama, Daehyun One punch man. Memang tak boleh masuk lah senang kata. 

Baekhyun memandang musuhnya dengan pandangan yang sinis sambil berkata, "Heh. Kena tinggal ngan member ke. Nampak sangat orang tak suka kau." 

"Eh, orang kat depan aku ni cakap dengan cermin ke?" Sahut Daehyun pula.

"Apa dia?!!!" Balas Baekhyun sambil mengetap giginya. Mereka kemudiannya memberi pandangan tajam antara satu sama lain. Kalau mereka kat dalam tv sekarang kat mata mereka ada renjatan elektrik sambung antara satu sama lain.

"Kruuuuuuuuu.... " Setelah 20 minit mereka berpandangan di situ, perut Daehyun mengeluarkan bunyi yang kuat dan menyebabkan dia tersedar yang dia belum makan cheesecake Chef Jamie Oliver. Baekhyun mentertawakan keadaannya itu. 

"Ehem hem." Daehyun cover malu dengan buat-buat batuk. "Kau ingat lawak ke?" Sambung Daehyun sambil membuat muka bengang.

"Kau dah bengang ada je. Dahlah! Dari tengok muka kau yang macam donkey dahagakan rumput lebih baik aku blah dari sini." Kata Baekhyun sambil mahu membuka langkah beredar dari situ. Sebelum dia beredar dari situ dia terdengar bunyi yang pelik. Dia memandang muka Daehyun sambil mengerutkan dahinya. 

"Aku tahulah kau lapar tapi asal teruk sangat bunyi perut kau tu?" Soal Baekhyun.

"Tu bukan bunyi perut aku lah." Balas Daehyun sambil membuat muka seposen.

"Habistu bunyi apa?" Soal Baekhyun lagi.

"Aku rasa ada benda gerak-geraklah kat belakang pasu bunga tu." Balas Daehyun lagi sambil menuding jari telunjuknya kearah pasu bunga besar yang berada di belakang Baekhyun. Baekhyun kemudiannya menjadi panik lalu bersembunyi di belakang Daehyun sambil memegang bahu Daehyun. Dia menyedari tindakannya lalu menolak Daehyun dengan kuat membuatkan Daehyun jatuh tersembam ke tanah.

Daehyun kemudiannya berdiri semula dan berpaling ke arah Baekhyun. Sebelum dia hendak menarik kolar baju Baekhyun, Baekhyun terlebih dulu mengangkat tangannya gaya Chun Songyi dalam cerita My love from star lalu berkata, "Sawry."

Daehyun mengeluh panjang lalu mendekati pasu bunga besar itu. Baekhyun mengambil keputusan hanya memandang dari jauh. Daehyun kemudiannya menjengah ke belakang pasu bunga itu dan dia cuba untuk mencapai benda yang berada di belakang pasu itu. Baekyun menutup matanya dengan kedua-dua belah tapak tangannya kerana membayangkan tangan Daehyun di terpa makhluk yang berada di belakang pasu itu.

Ternyata benda yang berada di belakang pasu itu merupakan seekor anak kucing. "Macam mana kau boleh sesat dalam mall ni? Mana mama kau?" Kata Daehyun sambil mengusap kepala anak kucing itu. Baekhyun melepaskan kedua-dua tangannya perlahan-lahan lalu membuka matanya perlahan-lahan. Dia menarik nafas lega setelah mengenalpasti identiti makhluk itu. Daehyun kemudiannya menyerahkan anak kucing itu kepada Baekhyun sebelum membuka kardigannya dan membalut anak kucing itu. 

"Weh, apa kau nak buat ngan kucing ni?" Tanya Baekhyun.

"Aku nak cari ibu dia. Kalau tak jumpa aku bawak balik jelah." Balas Daehyun sambil menenangkan anak kucing itu yang tak reti duduk diam. 

"Hmm, biar aku tolong kau cari mak dia." Kata Baekhyun sedia menawarkan khidmat.

"Eh, tadi bukan kau takut ke sampai tutup mata bagai. Boleh ke kau cari mak dia kalau dah kau pengecut macam tikus. Silap-silap ibu dia terkam kau sebab ingat kau tikus." Balas Daehyun sinis.

"Diamlah kau! Tadi aku ingat ada monster kat belakang pasu tu. Sebab tulah aku panik!" Kata Baekhyun pula dengan nada bengang.

"Heh. Yelah tu. Weh kau tolong pegang dia kejap. Aku nak beli makanan untuk dia." Kata Daehyun kepada Baekhyun sambil menyerahkan anak kucing itu kepada Baekhyun. Baekhyun tiada pilihan lain selain menuruti permintaan Daehyun itu.

Sementara,

"OH MY GUCCI! Kau nampak tak apa yang aku nampak?" Kata Gain kepada Min sambil tangannya tak lepas memegang teropong yang terarah kepada sesuatu.

"Apa dia? Apa dia? Bak sini teropong tu." Kata Min lalu merampas teropong yang berada di tangan Gain.

"Omg! Finally! My dream comes true!" Sambung Min apabila melihat kelibat Baekhyun dan Daehyun menerusi teropong milik Gain. Dia kemudiannya mengelap air matanya sebelum meneruskan kembali pengintipannya.

"Weh! bak sini balik teropong tu! Aku pun nak tengok!" Kata Gain sambil cuba mengambil balik teropong miliknya itu. Min menolak muka Gain dengan tangan kanannya sambil sebelah lagi tangannya memegang teropong. 

"Mana Daehyun nak pergi tu! No! Jangan tinggalkan Baekhyun!" Kata Min lagi.

Gain yang tidak tahan dengan perbuatan Min itu menolak Min jatuh ke dalam fountain yang berada di hadapan mereka. Min menarik tangan Gain dan mereka berdua menyimbah air kearah satu sama lain sebelum di tarik keluar oleh pengawal keselamatan. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Lamanya kau pergi! Beku aku tunggu kat sini!" Kata Baekhyun dengan nada marah.

"Kau ni buat baik sikit pun berkira." Kata Daehyun pula.

"Masalahnya dah satu jam aku kat sini! Sampai berdengkur meow kecik ni tidur. Dahlah tadi ada nenek mengorat aku! Kau pergi mana lama-lama tadi?" Soal Baekhyun.

"Yelah, yang selera dengan kau nenek tua je..." Balas Daehyun sambil membuat muka toya. Baekhyun kemudiannya memberi pandangan maut.

"Yelah yelah! Aku beratur beli cheesecake limited edition tadi. Kedai tu baru buka so ramai orang nak beli. Nah satu bungkus untuk kau!" Jelas Daehyun sambil menghulurkan bungkusan cheesecake kepada Baekhyun. Ternyata Daehyun bertimbang rasa dengan musuh ketatnya. Yelah, rasa bersalah jugalah dia tinggalkan Baekhyun lama dengan anak kucing tu dekat situ.

"Kau nak buat apa sekarang dengan anak kucing ni?" Tanya Baekyun sambil menyerahkan anak kucing itu kepada Daehyun dan mengambil bungkusan cheesecake darinya.

"Nampak gaya, aku kena bela lah dia ni. Takkan nak biar dia sorang-sorang. Nasib baik dah tumbuh gigi." Kata Daehyun.

"Eceh. Kau ni lembut jugak ek. Dalam hati ada taman rupanya." Usik Baekhyun.

"Kau pernah makan penumbuk?" Soal Daehyun. Dia menghela nafas panjang sebelum menyambung percakapannya. "Lagipun aku lembut dengan binatang dan perempuan je." Sambungnya. Baekhyun membuat muka geli.

Mereka berjalan keluar dari mall itu terlebih dahulu sebelum di tangkap pengawal keselamatan kerana membawa haiwan di dalam mall. Daehyun kemudiannya membuka plastik yang mengandungi makanan kucing lalu memberi anak kucing itu makan. Baekhyun mengusap-ngusap badan anak kucing itu sambil tersengih seperti cipan mendapat bunga. Dia tak sedar yang Daehyun dalam diam sedang mengambil gambarnya. Matanya kemudian terarah kepada Daehyun yang tiba-tiba sahaja senyap dan menyedari perbuatan Daehyun. Mukanya menjadi priceless lalu cuba merampas telefon Daehyun tetapi tidak berjaya kerana tubuhnya yang lembik dan tidak berdaya melawan Daehyun. Dia kemudiannya berputus asa lalu kembali semula kearah anak kucing yang sedang menghabiskan makanannya itu.

"Lepasni kalau kau kenakan aku, tahulah apa aku nak buat dengan gambar-gambar ni. Silap-silap peminat kau lari tengok muka kau dalam gambar ni." Ugut Daehyun sambil meninggikan hidungnya yang sedia ada tinggi itu.

"Aku terajang kau dulu!" Balas Baekhyun.

"Eh? Kau nak ambik phone aku tadi pun struggle bukan main? Lagi nak terajang aku." Perli Daehyun. Baekhyun sekadar menjelirkan lidahnya.

"Weh, kau nak bagi nama apa kat kucing ni?" Soal Baekhyun sahaja tukar topik. Dia dah malas nak marah Daehyun sebab dah terbiasa di perlakukan seperti itu. Kesian Baekhyun.

"Pasu? Sebab aku jumpa dia kat belakang pasu?" Jawab Daehyun dengan bersahaja.

"Eee buruknya nama kau bagi. Sama la macam kau buruk." Kata Baekhyun. Saja dia mahu balas dendam.

"Kau ada idea ke?" Tanya Daehyun pula. Dia pun malas nak layan provokasi dari Baekhyun.

"Hmmmmm. Baekkie? Sebab dia comel macam aku." Cadang Baekhyun. Daehyun kemudiannya memberi pandangan serong terhadap Baekhyun. Dia tidak menunjukkan tanda setuju atau tidak setuju kerana dia tahu perangai diva musuh ketatnya. Sedangkan ada seorang membernya juga diva iaitu Himchan. jadi dia sudah masak dengan perangai kaum-kaum diva. 

"Mengaku jelah nama Baekkie tu sedap. Ok mulai sekarang aku nak panggil dia Baekkie! Baekkie! Nanti papa datang tengok baekkie selalu ok?" Kata Baekhyun dengan nada gembira sambil mengusap misai Baekkie.

"Oi. Dia tak ada papa macam kaulah. Heh! Ingat aku nak bagi kau jejak rumah aku." Kata Daehyun mematahkan semangat Baekhyun.

"Kejamlah kau ni! Baekkie memerlukan kasih sayang aku!" Balas Baekhyun pula. Daehyun sekadar menggelengkan kepalanya. Dia menyedari yang perangai Baekhyun bukanlah seburuk mana dan dia merasakan yang mereka boleh jadi kawan perlahan-lahan. Baekhyun juga merasakan benda yang sama. Walaupun Daehyun kejam terhadapnya, tetapi dia juga ada ciri-ciri seorang yang baik. Dia masih boleh terima perangai Daehyun dan Daehyun juga boleh terima perbezaan antara mereka. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Weh Daehyun, aku dengar rumor kau dengan Baekhyun hang out sabtu lepas?" Tanya Youngjae dengan nada curious. Himchan yang sedang menempek BB cream di mukanya segera memberhentikan perbuatannya itu. Yongguk yang sedang lena tidur pula automatik bangun apabila dia terdengar nama musuh mereka. Masing-masing terarah kepada Daehyun bagi mendapatkan penjelasan dari mulut tuan badan itu sendiri.

Daehyun pula tidak membalas pertanyaan Youngjae itu. Matanya fokus melihat gambar-gambar baekkie yang di ambilnya sepanjang penjagaannya. Setakat ni dalam 800 gambar sudah di save kedalam telefon bimbitnya. Ternyata Daehyun sudah obses dengan anak kucing itu.

"Yo Baekhyun! Kitorang ada news dari-" Kata-kata Chanyeol terputus apabila dia mendapati Baekhyun yang baru tiba di muka pintu kelas meluru ke arah Daehyun yang sedang asyik dengan telefonnnya itu.

"JUNG DAEHYUN!" Jeritan Baekhyun itu membuatkan satu kelas terarah kepadanya dengan mata yang terbuka luas. 

"Yo Baekhyun!" Sahut Daehyun. Kesemua mereka tidak mempercayai apa yang sedang berlaku di hadapan mata mereka. Daehyun yang se dari tadinya fokus dengan telefonnya itu boleh menyahut panggilan Baekhyun. Sedangkan pertanyaan dari Youngjae pun diendahnya. Pelik bin Ajaib.

"Kau ada ambik gambar baekkie? Meh sini aku nak tengok!" Tanya Baekhyun dalam nada excited.

"Baekkie?" Masing-masing dalam kekeliruan.

"Opkoslah! Dah comel sangat aku pun tak boleh resist." Balas Daehyun.

"Heh. Sebab aku papa dia mestilah comel! Bak phone kau!" Kata Baekhyun pula.

"EHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH????!!!!!!!!!!!!!!" Jerit satu kelas.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wu_Family_EXO
#1
Chapter 15: kalo tau nak juga ikut min dngn gain pegi stalk baekdae.. xD
wah, x sangka daehyun terima juga nama baekkie tu.. hahaha
omg!! part last mmng terbaik.. satu kelas terkejut tu.. dgn daehyun langsung x jawab soalan youngjae pastu baekhyun yang tetiba tegur daehyun and baekhyun is baekkie's papa.. pergh confirm lawak muka budak2 kelas tu lagi2 exo ngan bap.. xD
author mmng terbaik.. hehehe
5days_fin
#2
Chapter 15: Bole tak korang gi je dating then keluarkn tae hyung utk aq... Huhuhu okey jk je
sperti yg dijngka, cerita author memey jjang.
Wu_Family_EXO
#3
Chapter 14: sedih betul dpt kwn mcm youngjae.. typing sampai setengah jam last2 bluetick je dapat.. xD
hahaha as expect from the troll master.. xD
baek dgn dae pegi je la 'dating' berdua.. xD
5days_fin
#4
Chapter 13: bole berjanggut lau aq tnggu si yongguk ni bls msj xD
btw jjang sgt cerita ni. keep update authornim^^
Wu_Family_EXO
#5
Chapter 13: seriously?? boleh gila baca cite.. hahaha xD
baek ngan himchan x boleh blah..
yongguk..ntah apa la dia nak ckpkan x habis2 typing je.. xD
kesian suho berhuhu sendiri.. xD
author mmng the best..
Jelly_Warrior
#6
Chapter 13: Tu dia laaaaaa...chapter ni sumpah lawak namateyyyy....himchan frust sgt dgn sale tu...adoyaiii...lawak gila >.<
darkblood #7
Chapter 13: Omg soooo funny xD pls update moreee xD
Aida_Rusdi
#8
Chapter 13: oh my bang cool, meh le kita berwasap sesama XD