Lonely day

Battle of the kingka

Malam itu, Jung Daehyun berasa sangat tidak keruan.

Ceritanya bermula begini.

Pada malam sabtu yang indah, Daehyun menonton tv show kegemarannya iaitu masterchef korea. Tiba-tiba, ada sesuatu menarik perhatiannya. “Berita tergempar! Kedai cheesecake milik Jamie Oliver mendapat perhatian masyarakat korea!” Daehyun menjojolkan biji matanya sambil menguatkan volume tv pada tahap maksimum. “CHEESECAKE!” Jerit daehyun sambil mendekatkan dirinya ke arah televisyen 80 inci itu.

“Kedai ini baru dibuka semalam dan jumlah pelanggan yang beratur di hadapan kedai ini mencecah 800 orang yang menyebabkan kesesakkan jalan raya di bandar seoul sehingga menyebabkan anggota rela turun membantu meredakan keadaan. Cheesecake istimewa ini di buat sendiri oleh Chef Jamie Oliver!” Daehyun melihat gambar cheesecake yang terpapar di skrin televisyennya sambil menelan air liurnya.

“Anda pasti tak mahu ketinggalan!” Daehyun terus mencapai handphonenya lalu menaip sesuatu.

Whatsapp: To: Yjayo

Daehyun: Jae!!!!!!!

Setelah 3 minit.

Yjayo: What?

Daehyun: Teman aku esok pergi kedai cheesecake!

Yjayo: typing...

Setelah 30 minit.

Yjayo: *bluetick*

Daehyun mengerutkan dahinya. “takpelah, esok aku serang rumah diorang.”

Pada malam itu, Daehyun tidak dapat melelapkan mata kerana asyik membayangkan cheesecake. Dia hampir termakan ubat giginya semasa memberus gigi kerana berangan ubat giginya itu berperisa cheesecake. Itulah puncanya dia tidak keruan malam itu. Ya, kerana cheesecake.

Pada keesokkan harinya.

“Wah! Bagus anak mama bangun awal-awal pagi ni. Ada apa-apa aktiviti ke hari ni?” Tegur mama daehyun apabila melihat anaknya segak bergaya menuruni tangga.

“Daedae nak try makan dekat kedai cheesecake baru buka.” Kata daehyun sambil duduk di kerusi meja makan lalu mencapai bungkusan nasi lemak yang dibeli bibiknya di gerai Makcik Choa.

“Aik! Mama baru ingat nak buat cheesecake hari ni.” Kata Mama Daehyun.

“Tapi mama, kedai ni baru buka tau lepastu cake dia Chef Jamie Oliver yang buat sendiri.” Balas daehyun dengan matanya yang bersinar. Tahu jelah Daehyun tu kalau cerita bab makanan terutama cheesecake memang bersemangat betul.

“Takpelah, mama tetap nak buat. Nanti malam kamu makanlah. Awak pun makan jugak tau.” Kata mama daehyun sambil tersenyum ke arah daehyun dan juga papanya. Kedua-dua mereka membeliakkan biji mata. Bukannya terbeliak sebab apa, Mereka ingat lagi first time mereka rasa cheesecake buatan Pn. Jung. Malam tu mereka dikejarkan ke klinik akibat cirit-birit disebabkan cheesecake Pn Jung. Sejak dari itu, hidup mereka dihantui oleh cheesecake Pn Jung. “Jangan biarkan hidup anda di selubungi cheesecake misteri Mama Daehyun”.

“Papa! Papa!” Bisik daehyun kepada papanya.

“Apa? Kamulah cakap!” Bisik papanya pula. Mama daehyun tidak menyedari perbuatan mereka.

“Kita osom.” Bisik papanya lagi lalu mereka berlawan osom di bawah meja. Daehyun gunjing, papanya kertas. “YESSS!!!” Jerit daehyun mengejutkan mamanya yang sedang leka menyapu jem strawberry pada roti. Mama Daehyun mengerutkan dahinya melihat kerenah anak tunggalnya itu. ‘Demam ke anak aku ni?’ Bisik mama Daehyun dalam hati. Daehyun tersengih melihat mamanya dan papanya pula mengeluh.

“Hmmmm. Awak tak payahlah susah-susah buat cake tu. Bibik kan ada. Suruh je bibik buat.” Papa daehyun memberanikan diri.

“Tapi hari ni saya terlebih rajin pula. Sekali-sekala apa salahnya.” Balas mama daehyun.

“Tapi cheesecake awak tak sed-” Papa daehyun tak jadi sambung percakapannya apabila melihat riak muka mama Daehyun berubah.

“Eh, tak, saya nak bawa awak pergi shopping hari ni.” Cover papa daehyun. Pn Jung mula tersenyum kembali. Daehyun dan papanya menarik nafas lega lalu high five di bawah meja.

“Okay bye bye mama! papa!” Jerit Daehyun selepas habis sarapannya.

‘Kita pergi rumah Youngjae dulu’ monolog Daehyun seorang diri. Apabila sampainya Daehyun di rumah youngjae, dia segera menekan loceng rumahnya.

“Eh Daehyun! Mai masuk.” Ajak Pn Yoo setelah membuka pintu.

“Takpelah auntie, saya kejap je ni. Nak ajak Jae keluar je.” Balas Daehyun.

“Oh, Jae takdelah Daehyun, dia kata nak pergi atas gunung. Nak belajar ekosistem kat sana katanya.” Jelas Pn Yoo pula. Daehyun membuat muka sedih.

Ala, Takpelah auntie.” balas daehyun dengan kecewa.

“Mehlah sarapan dulu, auntie masak spaghetti hari ni.” Ajak Pn Yoo.

“OKAY!” Tak Daehyun lah kalau tolak ajakan untuk makan tu kan.

‘Try rumah Jongup lah pulak’. Daehyun menapak ke rumah jongup setelah selesai makan di rumah Youngjae.

“Oh Daebak! Jongup pagi-pagi dah keluar, katanya nak cari rare pokemon. Makcik pun taktahu apa bendanya tu.” Kata Mak Moon setelah Daehyun mengajak anak jantannya keluar. Jongup sekarang sudah ada pekerjaan baru iaitu Pokemon master. Yelah sejak-sejak wujudnya Pokemon go ni. Sibuk betul dia sejak ada apps tu sekarang.

“Hm. Nama saya Daehyun bukan Daebak. Ok takpelah Mak Moon. Byebye.” Balas Daehyun lalu beredar dari situ dengan kecewa.

‘Ish takde sesiapa ke yang free hari ni?’ Daehyun mula naik angin lalu menyepak batu jalan dengan kuat sebanyak beberapa kali. Dua orang makcik yang kebetulan sedang bergossip disitu melihat perbuatan daehyun itu lalu menggeleng kepala.

“Ish ish anak siapa lah tu. Vandalisme betul”

“Kan kan, memang sorrylah nak jadi menantu aku.”

“Oi Cik Sowon. Kau mana ada anak perempuan. Takkan kau nak jodohkan dengan anak laki kau tu.”

“Eh, kau ni, selisih! Maksud aku, kalau aku ada anak perempuan.”

“Haih. Yelah.”

Daehyun cover malu dengan mengeluarkan handphonenya. Dia cuba menelefon yongguk. “Ini adalah peti simpanan suara untuk nomb-” Daehyun di sapa oleh suara wanita dalam talian.  Suara itu memang mahal betul. Habis duit kalau dia yang jawab. Daehyun kemudiannya cuba menefon Zelo dan Himchan tetapi di jawab dengan suara wanita yang sama. ‘Haih buat habis kredit je’.

Daehyun berasa putus asa lalu mengambil keputusan untuk pergi seorang diri.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Korang, Aku pergi toilet kejap. Korang tunggu sini ea. Jangan tinggalkan aku pulak!” Kata baekhyun kepada membernya yang lain.

Dia segera beredar dari situ.

“Weh, jom kenakan Baekhyun. Kita tinggalkan dia kat sini. Aku nak tengok dia boleh survive tak kalau kena tinggal sorang-sorang dekat sini.” Cadang Chen kepada mereka yang lain sambil membuat senyuman jahat.

“Jom!” Yang lain setuju dengan cadangan Chen itu kecuali Xiumin.

“Tak baik tau korang.” Kata Xiumin. Baik betul Xiumin tu, Sungguh beruntung Baekhyun dapat kawan seperti Xiumin.

“Aku belanja kau aiskrim nanti.” Offer Suho. “Orait!” Balas Xiumin laju. Ok. Tarik balik pujian kat Xiumin tadi.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

‘Baekhyun, sesungguhnya kau seorang yang macho’ Monolog Baehyun seorang diri di hadapan cermin.

‘Baekhyun, Asal kau handsome sangat ni?’ Dia kemudiannya flip rambutnya lalu menggigit bibirnya.

Orang yang lalu-lalang di situ memberi pandangan serong terhadapnya. “kurang kasih sayang agaknya budak ni.” “tak cukup vitamin budak ni.” bisik orang yang berada di situ.

‘Ok Byun Baekhyun yang kacak, nanti kita jumpa lagi.’ Kata Baekhyun lagi lalu membuat kenyitan mata yang terakhir sebelum beredar dari situ. Dia mencari-cari kelibat membernya tetapi satu batang hidung pun tak nampak.

Grup Whatsapp: Fabulous monsters

Kkaebsong: uolls kat mana???

5 minit kemudian.

Kkaebsong: hello????

10 minit kemudian.

Kkaebsong: H

Kkaebsong: E

Kkaebsong: L

Kkaebsong: L

Kkaebsong: O

Kkaebsong: ;-(((((

Puas Baekhyun spam messejnya di group whatsapp tersebut tetapi tetap tiada reaksi. Mereka terlebih dahulu mute group itu kerana mahu mengenakan Baekhyun. Baekhyun kemudiannya putus asa lalu mengambil keputusan untuk berjalan seorang diri.

‘Diorang ingat aku tak boleh survive sorang-sorang ke? Ceh, ni Byun Baekhyun lah.Korang tengok jelah nanti!’ Bisik Baekhyun dalam hati. Dan seperti biasa, dia menghabiskan monolognya dengan bangga diri.

Setelah 20 minit dia ditinggalkan disitu,

‘Huaaaaa! Mana diorang ni???? MOMMY!!!’ Monolog Baekhyun kembali. Kali ini, perasaannya berubah menjadi takut pula kerana ditinggalkan seorang diri di situ. Baekhyun yang penuh dengan rasa bangga diri tadinya berubah menjadi Baekhyun yang penakut. Dia berjalan mundar-mandir sambil menahan air mata dan hingusnya yang seakan mahu keluar. Keadaannya itu tidak ubah seperti ibu kucing yang kehilangan anaknya. Sedang dia berjalan mundar-mandir, matanya tiba-tiba terpana ke arah kelibat seorang mamat yang cukup tidak di gemarinya. Mamat itu kemudiannya menyedari pandangan Baekhyun lalu mereka berbalas pandangan.

 

“ENGKAU!!!” Jerit mereka berdua serentak.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wu_Family_EXO
#1
Chapter 15: kalo tau nak juga ikut min dngn gain pegi stalk baekdae.. xD
wah, x sangka daehyun terima juga nama baekkie tu.. hahaha
omg!! part last mmng terbaik.. satu kelas terkejut tu.. dgn daehyun langsung x jawab soalan youngjae pastu baekhyun yang tetiba tegur daehyun and baekhyun is baekkie's papa.. pergh confirm lawak muka budak2 kelas tu lagi2 exo ngan bap.. xD
author mmng terbaik.. hehehe
5days_fin
#2
Chapter 15: Bole tak korang gi je dating then keluarkn tae hyung utk aq... Huhuhu okey jk je
sperti yg dijngka, cerita author memey jjang.
Wu_Family_EXO
#3
Chapter 14: sedih betul dpt kwn mcm youngjae.. typing sampai setengah jam last2 bluetick je dapat.. xD
hahaha as expect from the troll master.. xD
baek dgn dae pegi je la 'dating' berdua.. xD
5days_fin
#4
Chapter 13: bole berjanggut lau aq tnggu si yongguk ni bls msj xD
btw jjang sgt cerita ni. keep update authornim^^
Wu_Family_EXO
#5
Chapter 13: seriously?? boleh gila baca cite.. hahaha xD
baek ngan himchan x boleh blah..
yongguk..ntah apa la dia nak ckpkan x habis2 typing je.. xD
kesian suho berhuhu sendiri.. xD
author mmng the best..
Jelly_Warrior
#6
Chapter 13: Tu dia laaaaaa...chapter ni sumpah lawak namateyyyy....himchan frust sgt dgn sale tu...adoyaiii...lawak gila >.<
darkblood #7
Chapter 13: Omg soooo funny xD pls update moreee xD
Aida_Rusdi
#8
Chapter 13: oh my bang cool, meh le kita berwasap sesama XD