Friend or Enemy?

Battle of the kingka

Dan sesi kaunseling pun bermula.....

"anak-anak sekalian, sedarlah kamu semua sebelum terlambat, saya bukan nak kata apa, saya cuma kesian dekat Cikgu Kim yang terpaksa tahan dengan karenah kamu ni. Cikgu Kim tu sudah diibaratkan darah daging saya yang saya jaga seperti menatang minyak yang penuh. Tak kasihankah kamu kepada dia?" Kata Cikgu Lee sambil menyeka air matanya yang tak henti menitis. Berdrama swasta pulak beliau. Over sudah!

Sementara bap dan exo

"zzzzzzzz" Mereka asyik lena dibuai mimpi mendengar cerita Cikgu Lee yang ala-ala macam bed time story tu. Hanya insan yang bernama Jung Daehyun sahaja yang terjaga. Bukan sebab dia sibuk mendengar, tetapi sebab mulutnya yang sibuk mengunyah chocopie yang dirembatnya daripada yang lain tak bukannya mangsa tetapnya iaitu Zelo. Bukan pelanggan sahaja tau ada tetap, mangsa pun sama jugak. Daehyun merenung ke dalam mata Cikgu Lee yang kebingungan. Masing-masing memandang tepat antara satu sama lain.

"om cikgu nak sikit?" tanya daehyun terkumat-kamit dek mulutnya yang dipenuhi dengan chocopie.

Pulak dah....

*Sabar Lee, sabar. mereka ni masih budak lagi* fikir Cikgu Lee sambil mengetap giginya yang agak jarang tu.

"bap, exo, bangun." Panggil Cikgu Lee sambil menggoncang badan mereka.

"huwargh~~ dah habis ke?"

"cikgu! Bila nak habis ni? Saya nak bagi ayam saya makan dekat belakang sekolah"

"cikgu lee, nak balik"

"cikgu~~"

"erm, saya baru nak mula ni, kalau kamu dengar kata, kamu boleh balik ya" banyak songel betul budak bap dan exo ni. Di sebabkan Cikgu Lee ni guru kaunseling terpaksalah beliau bersabar. Cikgu Lee ni bukan calang-calang orang. Pernah menang anugerah cikgu penyayang dan berdedikasi peringkat antarabangsa tau. Tak lupa juga pernah mendapat juara pakaian paling glamor peringkat sekolah kampung jugak. Jadi, jangan pernah memandang rendah terhadap Cikgu Lee. Ok, cukup sampai disitu.

"saya nak buat satu game. nama game ni truth or dare. Kalau botol ni terarah kepada salah satu daripada kamu, kamu kena pilih nak truth atau dare. Faham?" Terang Cikgu Lee.

"YES SIR!" jawab mereka.

"ok biar saya pusing dulu" kata cikgu lee sambil memusingkan botol. botol itu kemudiannya berhenti berpusing dan mengenai Luhan.

"truth or dare?" tanya cikgu lee.

"truth."

"lulu nak cakap yang lulu ni sebenarnya manly" kata luhan. Semua mata merenung ke arahnya dan dia kemudiannya disambut dengan gelak ketawa daripada kedua-dua belah pihak bap dan juga exo.

"sorry luhan hyung tapi tao pernah nampak hyung main barbie adik hyung masa tao datang rumah hyung dulu" kata tao. Jujur sungguh budak ni.

"err itu sebab adik hyung paksa!" tipu luhan

"im the barbie boy~ in the barbie world~" Youngjae menyanyi sambil menari ala-ala barbie di hadapan luhan. Motifnya untuk mengejek luhan.

"yah! diamlah!" jerit luhan sambil menahan malu.

"jadi, buktikanlah yang kau tu manly" ugut yongguk.

"er ak- aku pernah terlanggar kerusi tapi nangis 5 minit je tau!" Kata luhan dengan bangganya. Mereka semua terdiam dan membuat muka biar-benar-dia-ni-fikir-benda-tu-manly? Apapun, bagi luhan perbuatan itu dikira manly. Biar apa orang nak kata asalkan dia tahu yang dia tu manly. Mari kita sama-sama sokong pemikiran luhan.

"ok, luhan pusing botol tu pulak" arah cikgu lee. Luhan menuruti dan botol itu kemudiannya terkena jongup. jongup kemudiannya memilih truth.

"ceritakan rahsia gelap kau" tanya luhan.

"erm, uppie ada kawan lain" kata jongup sambil tersenyum. oh, budak ni sungguh innocent.

"apa? Tak pernah cerita pun kat kitorang?"

"sampai hati jongup"

"zelo tak nak kawan dengan hyung!"

exo kemudiannya tersenyum jahat. Memang gemar mereka melihat bap bergaduh.

"ceritalah sikit pasal kawan kau tu" tanya luhan dengan motifnya ingin memancing bap untuk gaduh dengan lebih lanjut.

"oh nama kawan uppie tu olaf, papa olaf, john dan james. kan uppie ada cerita dekat hyung!" Jelas jongup dengan excitednya.

ternyatalah nama yang disebut oleh jongup tu hanyalah watak imaginasi yang direka oleh jongup semata-mata dan merupakan hak milik jongup sendirian berhad. bap berasa agak lega kerana itu semua hanyalah rakan imaginasi jongup sahaja.

"ok, giliran uppie pulak" kata jongup kegirangan. Dia kemudiannya memusingkan botolnya dan tepat terkena d.o.

"aku pilih dare" jawab d.o acuh tak acuh.

"berlakon jadi elsa dan nyanyi lagu let it go" arah jongup sambil tersenyum. D.o kemudiannya membuat muka -_- dan menuruti jongup. Dia menjadikan alas meja sebagai mantel yang diikatnya dileher dan mula mengikut gaya elsa. Jongup kemudiannya menjadi watak sampingan, olaf dan ikut menari. Selepas tamatnya persembahan d.o dan jongup, mereka semua memberikan tepukan yang gemuruh. Dan permainan truth or dare diteruskan sehingga habis giliran masing-masing.

"aku pernah makan ayam sehun bila dia tinggalkan dekat atas meja masa hari tu.jangan salahkan aku sebab mata aku sendiri nampak ayam tu menari-nari sambil nyanyi 'makanlah saya~~' serius!" kata daehyun.

"patutlah bila aku balik dah licin pinggan aku, aku fikir hantu mana makan." kata sehun menahan marah.

"yongguk, aku nak kau menari lagu snsd, gee" arah suho

"daebak yongguk hyung~ dari mana belajar?" tanya zelo sambil membuat thumbs up. Dia kemudiannya bersembunyi di belakang gergasi chanyeol apabila ternampak muka bengis yongguk.

hubungan mereka menjadi semakin rapat sepanjang sesi kaunseling itu dijalankan. Mereka tidak lagi bergaduh sebaliknya berseronok antara satu sama lain.

"Sebenarnya zelo nak kawan dengan exo. Taknak musuh-musuh lagi." Kata zelo dengan ikhlas.

"betul tu, lay pun merasakan benda yang sama"

"chen pun!"

"aku pun!"

"mulai hari ni janji ok tak mahu gaduh-gaduh lagi?"

"JANJI!"

Cikgu lee yang memerhatikan perubahan mereka tersenyum gembira. Akhirnya usaha beliau membuahkan hasil. Tak sia-sia beliau pernah menang pelbagai anugerah. Ternyata sesi kaunseling ini mendatangkan kejayaan. Akhirnya berbaik juga budak bap dan exo ni.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wu_Family_EXO
#1
Chapter 15: kalo tau nak juga ikut min dngn gain pegi stalk baekdae.. xD
wah, x sangka daehyun terima juga nama baekkie tu.. hahaha
omg!! part last mmng terbaik.. satu kelas terkejut tu.. dgn daehyun langsung x jawab soalan youngjae pastu baekhyun yang tetiba tegur daehyun and baekhyun is baekkie's papa.. pergh confirm lawak muka budak2 kelas tu lagi2 exo ngan bap.. xD
author mmng terbaik.. hehehe
5days_fin
#2
Chapter 15: Bole tak korang gi je dating then keluarkn tae hyung utk aq... Huhuhu okey jk je
sperti yg dijngka, cerita author memey jjang.
Wu_Family_EXO
#3
Chapter 14: sedih betul dpt kwn mcm youngjae.. typing sampai setengah jam last2 bluetick je dapat.. xD
hahaha as expect from the troll master.. xD
baek dgn dae pegi je la 'dating' berdua.. xD
5days_fin
#4
Chapter 13: bole berjanggut lau aq tnggu si yongguk ni bls msj xD
btw jjang sgt cerita ni. keep update authornim^^
Wu_Family_EXO
#5
Chapter 13: seriously?? boleh gila baca cite.. hahaha xD
baek ngan himchan x boleh blah..
yongguk..ntah apa la dia nak ckpkan x habis2 typing je.. xD
kesian suho berhuhu sendiri.. xD
author mmng the best..
Jelly_Warrior
#6
Chapter 13: Tu dia laaaaaa...chapter ni sumpah lawak namateyyyy....himchan frust sgt dgn sale tu...adoyaiii...lawak gila >.<
darkblood #7
Chapter 13: Omg soooo funny xD pls update moreee xD
Aida_Rusdi
#8
Chapter 13: oh my bang cool, meh le kita berwasap sesama XD