OverdoseJ

Battle of the kingka

Suasana kelas 4 cempaka agak hiruk-pikuk kerana ketiadaan Cikgu Hyung Don merangkap guru pendidikan sivik yang di percayai di tahan wad beberapa hari kerana tertelan biji durian. 

"weh chanyeol, ko rasalah kan aku ni ada chance tak nak jadi model?" Tanya baekhyun kepada chanyeol sambil menunjukkan gaya cat-walk. 'oh maii i'm fabulous' Kata baekhyun dalam hati

"woi, dah macam Nyah aku tengok! balik rumahlah. Dahlah pendek! Ada hati nak jadi model konon. Puiihhh lah. Tak tenang aku nak melantak bekal zelo kat sini." Kata daehyun segera menutup bekal zelo yang di ambil dari begnya. tak tahu zelo pergi mana, cirit-biritlah tu akibat terlebih makan cherry tomato (tak ada kena mengena) Tu yang daehyun ambil kesempatan dalam kesempitan dan makan bekal mangsanya. Tetapi seleranya termati apabila melihat baekhyun berjalan kucing di hadapannya. geli geleman katanya.

"diamlah boncet! Asal aku tengok kau je kau tengah makan, asal kau tengah makan je aku tengok kau, rimaslah weh!" Marah baekhyun balik.

"siapa kau panggil boncet hah ketot? Dasar ketot tak sedar diri! Meh sini bagi aku stapler mulut longkang kau tu!" marah daehyun sambil membawa stapler ke arah baekhyun. Dia mengetap-ngetap stapler tu sambil buat muka cam iblis. Habislah Jung daehyun dah jadi Jung daevil.

"oh no! My precious mouth! chanyeol tolong aku!" Jerit baekhyun lalu bersembunyi di belakang chanyeol yang agak tinggi lampai itu. Chanyeol pun apa lagi, bertindaklah selaku pelindung baekhyun.

"jangan risau baekhyun! Boboiboy ada di sini untuk menyelamatkan keadaan! Terbaik~" Kata chanyeol. Sempat jugak dia masukkan tagline kartun boboiboy. Banyak tengok kartun budak ni. Ish ish.

"apaan sih! Minggir! Minggir" tengok tu loghat busan daehyun dah keluar. Chanyeol bertindak menahan daehyun dengan menekan kepala daehyun. kekuatan chanyeol membuatkan daehyun tidak dapat bergerak ke mana-mana. Dah macam kura-kura yang terbalik cuba nak lepaskan diri dah si daehyun tu.

"hoi lepaslah! Yongguk hyung! Himchan hyung! Youngjae! Jongup! Zelo! Anybody! help me help me help meeeeeeee~" jerit daehyun macam dalam lagu crash tu.

Sementara itu.....

Youngjae sedang tekun membuat homework pendidikan sivik yang ditugaskan oleh cikgu hyung don mengenai 50 adab-adab menggunakan tandas awam. Hek eleh sivik je pun. Sivik pun sivik lah. Pelajar cemerlang mana boleh miss homework.

Himchan sedang memegang cermin sambil membelek mukanya. "oh maiiii! Is that pimple?????!" Jerit himchan seperti kucing kehilangan anaknya apabila mendapati terdapat sebijik jerawat kecil tumbuh betul-betul di celah lubang hidungnya. "ANDWAEEE!! aku kena balik! Malunya!!" Jerit himchan lagi.

"one shot! Lemme tell sumthin' that ya already know! u just get to rock to me U NA MEAN! CHYEAHH!" yang si yongguk tu pulak tengah ngigau lah tu.

"uhuk huk huk." Sedu-sedu tangisan jongup. tengah layan pinocchio lah tu. Mesti dia sedih part jongsuk berpisah dengan park shinhye. Tak.. Sebenarnya Jongup tengah tengok Naruto. Aik? tengok Naruto pun boleh nangis? Pelik kan? Tak tahulah camner dia boleh nangis. Hanya jongup jelah yang tahu sebabnya.

Zelo sedang mencuci tangannya di dalam tandas sambil terasa sesuatu. 'ada orang panggil aku ke? ah biarlah' belum sempat zelo nak beredar dari situ, dia mencengkam perutnya. 'aduiii dia datang balik'

Tiba-tiba kelas 4 Cempaka di kejutkan dengan kehadiran Kris ala-ala macam abang long yang datang nak conquer kawasan. Lagi-lagi dengan tangannya yang tidak lepas menggenggam kolar OverdoseJ. Gayanya tak ubah macam gangster kampung dusun.

"exo! berkumpul!" Arah Kris selaku ketua exo M dan menyuruh anak-anak buahnya berkumpul di satu tempat. Gaya macam nak bersidang dalam geng kongsi gelap kat dalam filem tu. Tapi bezanya cuma yang ni antara budak hingusan jelah. Chanyeol kemudiannya melepaskan daehyun lalu menyertai exo sementara baekhyun mengekorinya di tepi sambil sempat menjelirkan lidah kepada daehyun. Daehyun menjojolkan matanya yang tak berapa nak besar tu sambil berbisik 'ko siaplah nanti' kepada baekhyun. Kris menarik OverdoseJ lalu menghentakkannya ke atas kerusi.

"apa pasal ni Kris hyung?" Tanya Tao.

"korang cuba tanya apa yang dia dah buat." Kata Kris yang membuatkan ahli-ahli exo kebingungan.

"apa yang dia buat? eh jangan-jangan dia ni dah buat onar kat anak dara orang tak. weh apa ko dah buat aa?!" Tuduh kai sambil mendekati OverdoseJ seolah-olah mahu mencekiknya. OverdoseJ pula buat muka seolah-olah mahu terkincit akibat terlampau takut.

"oi kai! relaxlah! dengar dulu apa dia nak kata" Kata suho menenangkan keadaan.

"say- say- say- saya- saya" belum sempat OverdoseJ mahu menyambung ayatnya sehun terlebih dahulu menghentak meja sambil menjerit "SAYA APA???!!!" lantas membuatkan Youngji bangun daripada tidur sambil menjerit "OH MAK KAU KAHWIN LARI SAMA BAPAK TIRI NENEK AKU!" woah epic betul dia melatah. Ok kembali semula ke situasi OverdoseJ dengan exo tadi.

"haish! Dia ni dah ganggu privasi kita! Tengok ni koleksi gambar-gambar yang dia dah ambil. Nasib baiklah dia tak ambil gambar aku pakai suit telletubbies sabtu lepas" Kata Kris lalu menyerahkan kamera dslr milik OverdoseJ kepada ahlI exo.

"lol telletubbies? Yo Yo Yo Man aku tak sangka kau macam ni. Tengok macam manly tapi mentaliti cam kanak-kanak." Kata Luhan. Trademark 'yo yo yo man' tu haruslah ada. Kris hanya menjeling ke arah Luhan dengan satu jelingan yang maut.

Sementara OverdoseJ, 'please lah sel-sel otak berhubung. Kau kena pikir cara macam mana nak selesaikan masalah ni. Think.....think.....think' fikir OverdoseJ ala-ala macam gaya Jimmy Neutron.

"Saya nak mintak maaf sebab amik gambar korang tanpa kebenaran. Saya bukan apa, saya cuma nak cari rezeki lebih untuk sara hidup saya dan adik-adik saya. Saya ni orang susah, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang tak makan langsung. Jadi, saya terpaksa buat kerja ni. Saya relakan jiwa saya untuk buat kerja ni demi adik-adik saya kat rumah tu. Ku relakan jiwa~" Kata OverdoseJ sambil mengelap air mata palsu dan dia sempat juga nyanyi lagu hazama. pandai dia tipu.

sementara itu.....

"Tao dah tak tahan dah! Kesian kat dia ni!" Kata Tao sambil mengelap air mata yang tak henti jatuh di bahu lay. Hek eleh over noh mamat ni.

"betul jugak tu! Kesian kot" celah Chen pula.

"hmm ok, kami lepaskan kau! Tapi kau kena ingat, lain kali aku takkan lepaskan kau! Apa yang kau buat tu salah! Ganggu privasi orang. Aku nasihatkan kau cari kerja lain. Banyak lagi kat luar sana." Kris memberi amaran.

"betul jugak cakap Kris tu. Lagipun kau ni budak junior kan? Kau tak boleh buat macam ni kat senior. Siapa nama kau hah budak?" Celah Baekhyun pula.

'aduhai mana boleh nak lepaskan kerja ni! Banyak untung kot! omg dia nak tahu nama sebenar aku? Habislah nanti identiti aku terbongkar! Andwae!" Kata OverdoseJ dalam hati.

"weh jawablah bila orang tanya! Dalam mulut ada batu ke?" Tanya Baekhyun dengan nada sinis. OverdoseJ hanya meneguk air liurnya. 'ish abang diva ni! Mulut becok macam kak joyah kat belakang rumah aku! Aku sekel karang terus bisu' kata OverdoseJ. Tapi dalam hati jelah. "ok, gini je lah. Di sebabkan kau taknak buka mulut. Apa kata hujung minggu ni kau join kitorang keluar. Manalah tahu masa tu hati kau terbuka ke nak bagitahu." Cadang Suho selaku ketua exo. 'Sebagai ketua, kita haruslah berfikiran rasional. Tak bolehlah nak bagi tekanan kat budak-budak kan' fikir Suho sambil tersenyum bangga.

Sementara mulut OverdoseJ luas terlopong. 'Somebody help me'

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wu_Family_EXO
#1
Chapter 15: kalo tau nak juga ikut min dngn gain pegi stalk baekdae.. xD
wah, x sangka daehyun terima juga nama baekkie tu.. hahaha
omg!! part last mmng terbaik.. satu kelas terkejut tu.. dgn daehyun langsung x jawab soalan youngjae pastu baekhyun yang tetiba tegur daehyun and baekhyun is baekkie's papa.. pergh confirm lawak muka budak2 kelas tu lagi2 exo ngan bap.. xD
author mmng terbaik.. hehehe
5days_fin
#2
Chapter 15: Bole tak korang gi je dating then keluarkn tae hyung utk aq... Huhuhu okey jk je
sperti yg dijngka, cerita author memey jjang.
Wu_Family_EXO
#3
Chapter 14: sedih betul dpt kwn mcm youngjae.. typing sampai setengah jam last2 bluetick je dapat.. xD
hahaha as expect from the troll master.. xD
baek dgn dae pegi je la 'dating' berdua.. xD
5days_fin
#4
Chapter 13: bole berjanggut lau aq tnggu si yongguk ni bls msj xD
btw jjang sgt cerita ni. keep update authornim^^
Wu_Family_EXO
#5
Chapter 13: seriously?? boleh gila baca cite.. hahaha xD
baek ngan himchan x boleh blah..
yongguk..ntah apa la dia nak ckpkan x habis2 typing je.. xD
kesian suho berhuhu sendiri.. xD
author mmng the best..
Jelly_Warrior
#6
Chapter 13: Tu dia laaaaaa...chapter ni sumpah lawak namateyyyy....himchan frust sgt dgn sale tu...adoyaiii...lawak gila >.<
darkblood #7
Chapter 13: Omg soooo funny xD pls update moreee xD
Aida_Rusdi
#8
Chapter 13: oh my bang cool, meh le kita berwasap sesama XD