Omona!

Battle of the kingka

9 tahun kemudian (ketika bap dan exo berumur 16 tahun)

"Weh korang! Aku ada koleksi gambar-gambar kai oppa korang!! Lai lai siapa nak beli mai sini. Tak mahal pun, sekeping RM10 je!" jerit seorang pelajar lelaki berkaca mata tebal dengan rambutnya di biarkan menutupi mata. lelaki ni hanya ingin dikenali sebagai OverdoseJ iaitu singkatan daripada Overdose Junior. Identiti sebenar di rahsiakan. Dia ni merupakan stalker hardcore exo dan photographer yang handal di SMK Seoul tetapi tiada siapa tahu identiti sebenarnya. Personalitinya dari luar nampak memang boleh nampaklah dia ni bertepatan dengan ciri-ciri seorang stalker yang menggerunkan tapi dia ada sebab kenapa dia memilih jalan ni. Untung banyak mah~ Sesiapa yang nak tengok gambar-gambar oppar di ambil dari pelbagai angle dengan kualiti yang tinggi bolehlah hubungi OverdoseJ ni. Tapi dia hanya ambil gambar exo, sesiapa yang berniat nak suruh dia ambil gambar bap, harap maaf ye. OverdoseJ dengan bap ni tak kamcing di sebabkan oleh

1) Kewujudan pesaing hebat OverdoseJ iaitu Best Absolute Paparazzi atau BAPA yang merupakan photographer merangkap stalker terulung bap. Dia ni lah yang kacau bisnes OverdoseJ.

2) habislah nanti kena balun dengan exo fans yang pantang nampak orang bersekongkol dengan bap. Duduk hospital 3 bulan gamaknya kalau exo fans tahu. Uih simpang weh.

ok berbalik kepada situasi OverdoseJ mempromote koleksi gambar-gambar exo.

"gambar kai je ke? Member lain tak ada?" Tanya seorang pelajar kepada OverdoseJ 'hekeleh, apa kau ingat aku ni tak ada kerja lain ke selain pergi kejar 12 orang makhluk tu? Banyak lagi kerja aku nak buat, sidai kain baju, bagi lembu aku makan, susukan kucing aku. Cukup baik aku nak amikkan gambar ni untuk korang. Dasar manusia tak bersyukur' marah OverdoseJ dalam hati. Taknaklah cakap kuat-kuat nanti lari pulak pelanggan dia karang.

"ni koleksi extraordinary tau! tengok ni, jarang dapat tengok kai buat macam ni kat sekolah, yang ni gambar dia makan sambal belacan depan TV, korang pernah nampak dia buat ni kat sekolah? Ni limited edition punya" Pujuk OverdoseJ bagi menaikkan minat exo fans.

"kyaaa~ priceless gila tengok kai macam ni! Hot sangat tengok dia tahan pedas." Kata seorang daripada exo fans.

"kan? Manly gitu~ Aku suka laki yang tahan pedas! Kasi angkat sama ini gambar." celah pelajar lain pula. Priceless? Hot? Manly? muka macam nak melepas je.

"weh aku cop dulu seh gambar ni!"

"eh minah ni aku yang pegang dulu."

Dan bermulalah sesi tarik rambut antara mereka. OverdoseJ pun apa lagi, cabutlah dulu sebelum rambut dia pun tak pasal-pasal botak nanti. 'hurm, apalah nasib aku ni, tujuan aku bagi mencari sesuap nasi dan memenuhi fantasi fangirls yang gilakan oppars dorang tu. Tak ke mulia tu? tapi sekarang ni, sesuap nasi pun belum masuk ke tekak aku ni' keluh hati OverdoseJ mengenang nasib dirinya sambil bertemankan irama tradisional yang dipercayai daripada perutnya.

"eodini? mwohani? where are you money?" dalam perjalanan OverdoseJ menuju ke locker sambil menukar lyrics lagu bap (suka hati dia je =.= ), OverdoseJ terpandang suatu cahaya yang menjadi jawapan untuk segala persoalannya. Kris yang baru balik dari sesi latihan bola keranjang! Situasi ini merupakan peluang keemasan bagi OverdoseJ memperolehi untung lebih, maknanya dia tak perlu buat kerja sambilan hujung minggu ni. Dia pun apa lagi, keluarkanlah senjata rahsianya dari dalam bagnya, iaitu kamera dslr yang di anggapnya sebagai nyawanya. Perlahan-lahan dia mengekori Kris sambil kameranya yang tak lepas daripada tangannya.

Apabila Kris memasuki bilik mandi, dia merasakan sesuatu yang aneh tetapi dia hanya menidakkan perasaannya itu. Kris menarik nafas panjang sebelum membuka begnya dan mencapai telefon bimbitnya. Kris menjengah sekitar kawasan itu dan mendapati sekelilingnya kosong. Dia tidak sedar akan kewujudan OverdoseJ di situ yang setia memerhati gerak-gerinya. "ok! Mari kita sambung sesi tarian ballet di sini" Kata Kris sambil membuka lagu rentak ballet dengan kuat dan bersedia dengan tariannya.

"pffffffffffffffffffffttttttttttt" OverdoseJ cuba menahan ketawanya di sebalik pasu bunga apabila melihat oppa yang menjadi pujaan ramai menari ballet di hadapannya.

"si- si- siapa tu?????" jerit Kris segera mematikan lagunya apabila terdengar sesuatu yang pelik.

OverdoseJ segera menerkup mulutnya itu. 'haish tak pasal-pasal mamat ni boleh perasan lak' kata hati OverdoseJ. OverdoseJ kembali menjengah dari sebalik pasu-pasu tu dan terkejut apabila mendapati Kris berada tepat di hadapannya.

"oh! hi!" Tegur OverdoseJ. *Awkward* Kris memandangnya dengan riak wajah kebingungan.

"oh ni hah! rumput kat pasu ni panjang-panjang ek? ish ni mesti kes pak cik jaesuk curi tulang ni. Tak pun pakcik gary. Ha- haha- ha" jelas OverdoseJ sambil mencabut rumput yang berada di dalam pasu tu. 'rumput? lantak aa'

"apa benda kat tangan kau tu? meh sini aku tengok" Kata Kris sambil merentap kamera dslr dari tangan OverdoseJ. 'habislah aku. Omma, maafkan saya sebab semalam termasukkan serbuk milo kat dalam kari yang omma buat semalam sumpah ingatkan tu serbuk kari' Kata OverdoseJ dalam hati sambil melihat Kris menggodeh kamera dslrnya dengan reaksi mukanya yang tak boleh di baca.

"aku rasa kita kena bincang beramai--ramai, meh sini aku bagi kau kenal dengan member-member aku." Kata Kris sambil menarik OverdoseJ dari situ.

'Andwaeeeeeeee!!!!' Jerit hati OverdoseJ

------------------------------------------------------------------------------------

korang rasalah siapa OverdoseJ tu?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wu_Family_EXO
#1
Chapter 15: kalo tau nak juga ikut min dngn gain pegi stalk baekdae.. xD
wah, x sangka daehyun terima juga nama baekkie tu.. hahaha
omg!! part last mmng terbaik.. satu kelas terkejut tu.. dgn daehyun langsung x jawab soalan youngjae pastu baekhyun yang tetiba tegur daehyun and baekhyun is baekkie's papa.. pergh confirm lawak muka budak2 kelas tu lagi2 exo ngan bap.. xD
author mmng terbaik.. hehehe
5days_fin
#2
Chapter 15: Bole tak korang gi je dating then keluarkn tae hyung utk aq... Huhuhu okey jk je
sperti yg dijngka, cerita author memey jjang.
Wu_Family_EXO
#3
Chapter 14: sedih betul dpt kwn mcm youngjae.. typing sampai setengah jam last2 bluetick je dapat.. xD
hahaha as expect from the troll master.. xD
baek dgn dae pegi je la 'dating' berdua.. xD
5days_fin
#4
Chapter 13: bole berjanggut lau aq tnggu si yongguk ni bls msj xD
btw jjang sgt cerita ni. keep update authornim^^
Wu_Family_EXO
#5
Chapter 13: seriously?? boleh gila baca cite.. hahaha xD
baek ngan himchan x boleh blah..
yongguk..ntah apa la dia nak ckpkan x habis2 typing je.. xD
kesian suho berhuhu sendiri.. xD
author mmng the best..
Jelly_Warrior
#6
Chapter 13: Tu dia laaaaaa...chapter ni sumpah lawak namateyyyy....himchan frust sgt dgn sale tu...adoyaiii...lawak gila >.<
darkblood #7
Chapter 13: Omg soooo funny xD pls update moreee xD
Aida_Rusdi
#8
Chapter 13: oh my bang cool, meh le kita berwasap sesama XD