"Misi jongup"

Battle of the kingka

Pada pagi sabtu yang permai,

"Ting tong! Ting tong!" Zelo menekan punat loceng pintu berkali-kali.

"Jongup! Oh jonguppppp!! Jongup!!" Tidak cukup dengan loceng rumah, bunyi suara zelo pula berkumandang di hadapan pagar apabila belum ada respon dari tuan rumah.

Sementara, seorang kanak-kanak memberi pandangan yang kurang senang terhadap zelo oleh sebab suaranya yang bising tu. Zelo kemudiannya menjulingkan matanya sambil menjelirkan lidah sebagai respon tak mahu kalah kepada kanak-kanak itu menyebabkan budak tu menangis lalu beredar apabila melihat riak wajahnya yang hodoh. Zelo tersenyum puas apabila melihat budak tu menangis.

"Oh, Lilo, buat apa pagi-pagi buta datang rumah ni?" Kata maknya si jongup selepas membuka pintu rumahnya.

"Mak moon, nama saya bukan Zelo tapi Lilo!!!! Eh bukan! Saya Zelo!" Terang zelo. Dia pun dah konfius dengan nama dia. Sebelum dia menyambung percakapannya, zelo terlebih dulu menarik nafas panjang.

"Tujuan saya datang kemari untuk mengajak jongup menjalankan kehidupan yang sihat dengan bersenam. Sebagai remaja yang positif, saya ingin menyeru kepada remaja-remaja yang lain dalam mengikuti kata-kata menteri kesihatan korea dalam menjalankan hidup yang sihat! Hidup Korea!" Bagus betul jawapan si Zelo tu. Bersemangat betul dia. Contohilah remaja positif seperti Zelo tu.

"Baguslah tu Milo, makcik pun dah tak tahu nak buat apa dengan si jongup tu, tak habis-habis dengan anime dia tu, sekarang ni, tengah gila pulak dengan apa tu nama dia, ultro man? setan man? entah makcik taktahulah. Kamu tolonglah nasihatkan dia tu sikit, kalau makcik ni dah tak makan dah kata-kata ni." Kata mak moon sambil menyiapkan breakfast. Hari ni menu sarapan mee goreng je.

"One punch man lah mak moon! Lagi satu mak moon, nama saya bukan milo tapi zelo!" Terang Zelo sambil buat muka macam nak nangis.

"Apa-apa jelah. nama kamu tu hah yang susah sangat nak sebut." balas mak moon pendek.

"btw, mana si jongup ni mak moon tak turun turun lagi dari tadi?" Tanya Zelo.

"Entahlah si jongup tu, tengah tidurlah tu kot, kamu pergilah bilik dia." Kata mak moon sambil tangannya gigih menyiapkan sarapan pagi. Tanpa membuang masa, Zelo pun melangkah ke bilik jongup untuk melihat keadaannya. Zelo menerjah masuk ke bilik jongup tanpa mengetuk pintu biliknya terlebih dahulu. Zelo berasa lega apabila mendapati sekujur tubuh di seliputi selimut di atas katil. Dia perlahan-lahan menuju ke katil jongup lalu menerpa ke tubuh itu. Dia terkejut apabila mendapati tubuh itu bukan milik moon jongup tetapi merupakan patung saitama ( karakter one punch man ) bersaiz manusia. Moon jongup tu fanatik sampai patung saiz manusia pun di belinya. Suka hati kau lah jongup, janji kau happy.

Zelo mula berasa risau dan memikirkan kebarangkalian tentang ke mana hilangnya moon jongup. Dia berjalan mundar-mandir di bilik jongup sambil fikirannya tidak henti menganalisis spekulasi-spekulasi bagi mendapatkan jawapan. ( ceh ayat )

*Detective zelo mode : on*

"Ok, semalam hari jumaat, pagi-pagi aku jumpa jongup, kitorang lawan siapa dapat picit jerawat bambam orang tu menang. Aku kalah since jongup guna taktik kotor. Jadi aku kena penalti bagi piggy back kat dia sebab dia kata dia nak hirup udara yang aku hirup selama ni. Aku pun tak dapat kenal pasti tujuan dia nak buat benda tu. Tapi aku fikir balik yang dia tu moon jongup dan itu perkara normal bagi moon jongup. ok, lepas tu masa rehat, tak ada perkara ajaib berlaku, cuma si daehyun jelah rembat ayam jongup masa dia beli air tapi aku just buat tak nampak. Syukurlah dia rembat ayam jongup dari ayam aku. masa balik tu pulak, aku dengar macam si jongup dengan lay cakap bahasa pelik, eh... wait.... entah-entah....." Mata zelo beralih ke arah batu yang berada di atas meja belajar jongup semasa dia mengenang peristiwa semalam. Zelo akhirnya mendapat satu kebarangkalian. Zelo kemudiannya mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket. 'Apa pulak password wifi rumah ni? Adoi terpaksa guna data la ni' sempat pula zelo mengomel seorang diri dalam keadaannya yang kalut tu.

Kepada: grup whatsapp "geng kapak 💪💀"

Me: korang! Aku rasakan si jongup dah kena culik dengan alien!! 😱

Yjayo: weh. alien tu mana wujud, tu semua mitos je lah zelo, aku rasa kau ni tengah mamai lah.

(Bang Cool sedang menaip...)

Daebom: kan~~? Lately ni mknn aku asyik hilang je~!! 😭😭aku pn rasa ni semua kerja alien aa ni~!! 😠😠😠 apa lg~?? jomlah kite pg tangkap alien tu~!!!

(Diva celup menukar nama grup kepada "himchan's fans 😗")

Me: serius la korg! Aku siap jumpa batu pelik ats meja si jongup and smlm aku dgr dia ckp bhs pelik dgn lay. err.

(Bang Cool sedang menaip.........)

Yjayo: wait asal si jongup berbual ngan musuh kita? Takleh jd ni. Kita jumpa tmpt biasa. Woi dae siap cpt! Aku otw pergi rmh kau dulu.

(Zelo menukar nama grup kepada "misi jongup")

Daebom: oi jaeeee~~

Yjayo: apa dia damchu?

Daebom: jgn lupa bawak jajan sekali~~ 😆😆😆

Yjayo: 😑

Diva celup: uolls~ i bru nak mandi ni. btw, I siap lama tau 😗👑

Yjayo: kalau lmbt kitorang jln dulu. bye.

Diva celup: k fine! Bye!

Mereka menamatkan perbualan mereka sampai di situ sahaja sebelum berjumpa satu sama lain.

Sementara,

(Bang Cool masih lagi menaip.......)

------------------------------------------------------------------------------------

"So, korang nak buat apa je hari ni?" Tanya ketua suho.

"Aku ikut kau." Balas chen.

"Aku pun." Balas xiumin pula.

"Weh aku serious ni!" Kata suho balik.

"Aku pun serious." Balas baekhyun.

"Aku pun." Balas chanyeol pula.

"Ugh..... apa kata kita pergi makan dulu...." Cadang suho.

"Aku ok je." Balas sehun.

"Aku pun." Balas luhan pula.

"So, ada cadangan nak makan kat mana?" Tanya suho lagi.

"Aku tak kisah." Balas kris.

"Aku pun." Balas tao pula.

Maka, suho pun berhuhu berseorangan di situ.

------------------------------------------------------------------------------------

"Jongup!!!!!!! Moon jongup!!!!!!!!!!!" Jeritan zelo di dengari satu mall. Mereka mengambil keputusan untuk mencari jongup di kawasan kebiasaan mereka melepak.

"Weh wehhhh!!!!" Jerit himchan. Mereka menoleh ke arah himchan yang sedang terlopong.

"Apa dia? Kau dah nampak jongup ke?" Tanya youngjae.

"Gilalahhhh!!!!!! Tidakkkkkk!!!!!" Jerit himchan lagi sebelum merebahkan diri di atas lantai lalu menepuk-nepuk lantai. Kesian kat lantai tu. Si himchan pula dah macam gaya anak beruk tak dapat susu.

"Eh kau dah kenapa? Bangun weh! Buat malu kot orang nampak!" Kata youngjae sambil mengangkat himchan.

"Ah! Tak kira! Yang kedai body shop tu tak tanggalkan iklan sale 50% yang baru habis semalam tu siapa suruh?! Argh! Kenapa aku tak tahu awal-awal ada sale?!" Kata himchan sambil meraung kesedihan.

"Ah sudah....." kata si youngjae sambil menggosok kepalanya.

------------------------------------------------------------------------------------

"Eh chanyeol, kau nampak tak apa yang aku nampak?" Tanya baekhyun kepada chanyeol yang sedang asyik menjilat aiskrim perisa strawberry itu.

"Nampak apa? Awek cun ke??? Mana??? Mana???" Jawab chanyeol dengan teruja.

"Bukanlah! Kau kalau pasal awek cun cepat je! Tu hah! Kumpulan budak hingusan kat sana tu! Ish! Apa si himchan tu buat menangis kat atas lantai? Meroyan ke? Ish buat malu jelah." Mulut baekhyun tidak berhenti mengutuk bap sambil mentertawakan keadaan himchan sebelum matanya terpandang iklan diskaun body shop yang baru sahaja tamat tempoh pada hari semalamnya.

"Seriously?????!!!! Why???! Why????!!" Kini, giliran baekhyun pula meraung di atas lantai.

"Eh? Baekhyun? Kau ok tak?" Tanya chanyeol selepas menghabiskan kon aiskrimnya dengan sekali ngap.

"HUAAAAAAAAAAA!!!!!!!!" jerit baekhyun lagi sambil melakonkan aksi yang sama dengan apa yang himchan buat. Itulah penangan kepada para shopaholics bila terlepas tarikh diskaun.

------------------------------------------------------------------------------------

Jam menunjukkan tepat pukul 5 petang. Bap masih lagi tidak dapat menjumpai moon jongup. Bau pun tak dapat kesan apalagi batang hidung. Sementara itu, cepat sahaja berita kehilangan moon jongup telah tersebar ke kelab peminat bap. Masing-masing sibuk mencari insan yang bernama moon jongup di setiap pelusuk tempat.

"Oppa!! Where are you?! We miss you oppa!!! 😢 #savemoonjongup" tweet by @uppie_lover

"I hate you alien ahjussi, pulangkan balik our oppa! #savemoonjongup" tweet by @saya_isteri_jongup

"#dont #savemoonjongup biarkan je dia kena culik alien huhu" tweet by @park_chanyeol

Berikut merupakan tweet-tweet yang di post org ramai. Hashtag #savemoonjongup telah trending worldwide di twitter. Tetapi, jongup masih belum lagi di jumpai. Akhirnya bap pasrah dengan sesi pencarian moon jongup lalu merelakan jongup di culik alien. Zelo menelefon mak moon sebelum dia beredar pulang.

"Hello mak moon! Ni saya zelo, saya nak minta maaf sangat sebab tak dapat selamatkan jongup!" Kata zelo sambil menahan perasaan sebak di dada dalam talian. 

"Hah? Apa yang kamu merepek ni? Jongup ada ni hah tengah layan anime nama soto ke apa ni hah. Kamu kata nak ajak dia senam pagi tadi tapi kenapa tiba-tiba menghilang pula?" Kata mak moon konfius.

"Eh? Habis tu kenapa pagi tadi saya cari punya cari si jongup tapi tak jumpa? Saya ingat dia dah kena culik alien." Tanya zelo lagi.

"Kena culik alien? Zorro? Kamu ok tak ni? Ish kamu pergilah tanya jongup sendiri. Makcik dah pening dah ni." Kata mak moon lalu mematikan panggilannya. Malas dia mahu melayan zelo. Zelo kemudiannya merenung lama telefon bimbitnya itu lalu mengalirkan air mata yang sudah lama di tahannya.

"Nama saya zelo makcik.... bukan zorro....." ngomel zelo seorang diri.

Seketika kemudian......

Daripada: grup whatsapp "misi jongup"

Sailormoon: korang. aku bru check hp aku ni. anyway, apa maksud nama tu?

Me: 😑

Sailormoon: ?

(Bang Cool sedang menaip...)

Diva celup: 💔💔 my 50% saleeeeee

Sailormoon: ????????

Yjayo: kitorang sume pakat taknak ckp ngan zelo seminggu.

Me: bknnya salah aku pun! jgnlah buat cemni kt aku 😢 weh jongup, pg td kau pergi mane? Asal aku cari kau dlm bilik takde.

Daebom: xpe zelo aku kan ada~~ lau kau belanja aku aiskrim seminggu, aku janji aku lyn kau baik2~! 😉😉

(Bang Cool sedang menaip...........)

Sailormoon: ohhhhhh! Sorry! Aku tertidur dlm bilik air masa mandi pagi td hehehehe

Me: ?? 😑😑😑 ??? Then explain bhs apa yg kau berbual ngan lay smlm and batu apa kat atas meja kau tu?

Yjayo: kau still percaya psl alien tu ke zelo?

Me: diamlah kau! Td kata taknak bual ngan aku 😞

Yjayo: fine!!

(Diva celup menukar nama grup kepada "goodbye 50% 💔💔💔")

Sailormoon: yg psl lay tu kitorang smlm lwn siapa paling expert ckp bhase korea secare terbalik. Aku mng pastu lay belanja aku keychain saitama hyung and psl batu tu lak, aku simpan as kenanganlah masa aku pergi pulau jeju cuti sk tu.

Daebom: hahahaha~~!!

Bang Cool: 👍

Yjayo: punyalah lama si yongguk ni taip tp tu je balas dia.

Me: 😑😑😑😑😑

(Bang Cool sedang menaip.....)

Yjayo: dahlah slow sngtlah kau ni yongguk! Baik aku tido lagi bagus. bye korang semua (kecuali zelo)

Me: 😭😭😭😭😭

Sailormoon: naruto marathon. bye.

Dan begitulah tamatnya kisah misteri pencarian moon jongup. Mereka menamatkan sesi perbualan mereka sampai di situ pada hari itu.

Hmm kecuali mamat sorang ni.

(Bang Cool masih lagi gigih menaip......)

Agaknya, apalah yang dia cuba nak sampaikan tu ek.......

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wu_Family_EXO
#1
Chapter 15: kalo tau nak juga ikut min dngn gain pegi stalk baekdae.. xD
wah, x sangka daehyun terima juga nama baekkie tu.. hahaha
omg!! part last mmng terbaik.. satu kelas terkejut tu.. dgn daehyun langsung x jawab soalan youngjae pastu baekhyun yang tetiba tegur daehyun and baekhyun is baekkie's papa.. pergh confirm lawak muka budak2 kelas tu lagi2 exo ngan bap.. xD
author mmng terbaik.. hehehe
5days_fin
#2
Chapter 15: Bole tak korang gi je dating then keluarkn tae hyung utk aq... Huhuhu okey jk je
sperti yg dijngka, cerita author memey jjang.
Wu_Family_EXO
#3
Chapter 14: sedih betul dpt kwn mcm youngjae.. typing sampai setengah jam last2 bluetick je dapat.. xD
hahaha as expect from the troll master.. xD
baek dgn dae pegi je la 'dating' berdua.. xD
5days_fin
#4
Chapter 13: bole berjanggut lau aq tnggu si yongguk ni bls msj xD
btw jjang sgt cerita ni. keep update authornim^^
Wu_Family_EXO
#5
Chapter 13: seriously?? boleh gila baca cite.. hahaha xD
baek ngan himchan x boleh blah..
yongguk..ntah apa la dia nak ckpkan x habis2 typing je.. xD
kesian suho berhuhu sendiri.. xD
author mmng the best..
Jelly_Warrior
#6
Chapter 13: Tu dia laaaaaa...chapter ni sumpah lawak namateyyyy....himchan frust sgt dgn sale tu...adoyaiii...lawak gila >.<
darkblood #7
Chapter 13: Omg soooo funny xD pls update moreee xD
Aida_Rusdi
#8
Chapter 13: oh my bang cool, meh le kita berwasap sesama XD