The battle begins...
Battle of the kingka"Exo daebak!"
"Apa-apapun Bap tetap nombor satu dalam sekolah ni!"
"Bap? Apakah? Adakah bibimbap?"
"haters boleh pergi jauh-jauh! Kami tetap pencinta setia Bap"
"kami pencinta tegar exo! Babyz boleh balik hisap susu dekat rumah!"
"Diamlah! Korang nak tahu tak? Aku pernah nampak exo oppa korang dah masuk toilet tak cuci tangan! Lepas tu pergi makan nasi kandar pakai tangan yang tak cuci tu!"
"Aku pulak pernah nampak Bap oppa yang korang dok gila-gilakan tu menari lagu secret shy boy dekat dalam kelas bila tak ada orang nampak!"
"exo fans boleh diam!"
"Babyz boleh pergi nangis dekat mama korang. Nama pun dah bayi!"
"Babyz mari kita tarik rambut exo fans ramai-ramai"
"Apa lagi exo fans! jom kita baling belon air dekat babyz secara berjemaah"
"1.....2.....3"
"SERANGGGGGG!!!!!!!"
Dan beberapa ketika kemudian....
"korang! Korang! Bap dengan exo dah ada dekat dewan lah!" Kata encik penyampai maklumat, Kim Myungsoo seraya membuatkan pergaduhan antara mereka terhenti. Habislah jugak baju dorang basah lencun.Rambut tak payah cakap lah. hairankan kenapa cikgu tak halang mereka? Sebab cikgu pun join mereka sekali kalau nak tahu.
"apa lagi!!!! serbuuuuuu!!!"
Sementara di dewan.....
"aku tengok kau ni kejap kecik kejap besar je" kata Kris
"tu sebab kau tu rabun itik" jawab yongguk seperti acuh tak acuh.
"mwo????!" Jerit kris seraya menghampiri yongguk.
Suasana menjadi semakin tegang apabila segerombolan kumpulan tadi mengelilingi mereka.
[!!!!] BERITA GEMPAR! Pergaduhan antara dua grup kingka popular, Bap dan Exo sedang rancak berlangsung di Seoul Highschool. Siapa yang akan memenangi perlawanan ini?
Sekejap je berita mengenai mereka tersebar.
Sementara.......
Mak Cik Taeyeon yang sedang melayan macam-macam aznil dirumah, "Omona!!" Jeritnya terkejut apabila mendapat tahu berita mengenai Bap dan Exo.
Sidang media juga telah diadakan dari tingkap ke tingkap bagi mendapatkan undian majoriti penduduk taman seri bahagia sama ada memilih antara Bap ataupun Exo.
"Saya sokong Bap! Hidup Bap!" kata pak cik Jae Suk kepada tukang kebun yang lain. "Satu korea! Satu exo! We are one" jerit pak cik gary. Sidang mesyuarat itu disertai bersama tukang-tukang kebun yang lain. Antaranya termasuklah Pak Cik Haha, Pak Cik Suk jin, Pak Cik Sparta a.k.a Jong Kook dan Abang Zirafah a.k.a Kwang Soo.
kembali kepada keadaan di dewan....
"kami ada 12, buat apa kami nak takut dengan korang yang ada 6 je" kata kai sambil tersenyum sinis.
"betul tu! Exo chaiyok!" Kata salah seorang peminat exo sambil memegang sepanduk 'chen oppa sentuh penyapu yang aku pegang semalam'
"walaupun kami berenam tetapi kami steady!" jawab Youngjae dengan tenang.
"diamlah kau!" Sampuk sehun.
"eleh kau! Dahlah semalam bersin tersembur bubble tea dekat meja lay lepas tu kutip balik masuk mulut!" kata Youngjae sambil diikuti dengan gelak ketawa daripada ahli Bap yang lain.
"betulkah? Patutlah meja hyung basah semacam je semalam" kata lay sambil buat muka innocent.
"Ish! Mana ada hyung! Kau Youngjae! Baik kau diam!" Ugut Sehun. Tetapi malangnya Youngjae hanya menjelirkan lidahnya kearah Sehun.
"kalau korang anak jantan, jomlah lawan" sampuk daehyun tiba-tiba.
"lawan! lawan!" Jerit mereka yang berada di dewan.
"FINE! Dekat mana?! Bila?!" Jawab Luhan
"dekat sinilah! kat mana lagi~ apa hang pikir nak lawan dekat zoo kah?" kata daehyun dengan loghat busannya yang comel. Fangirls pun cair bila dengar loghat daehyun tu. Fanboys pun tak kurang cairnya!
"kejap! bagi aku 5 minit" Kata daehyun sambil beredar dari situ seketika meninggalkan ahli exo yang kebingungan. Tak kurang juga bap. Mereka fikir apa yang daehyun cuba nak buat. Bayang daehyun hilang daripada pandangan. Zzap zzap terus lesap. Macam ninja.
"heh! Lari ke?" Tanya Baekyun. Ahli member bap hanya terdiam. Mereka sendiri pun tak ada idea.
Setelah beberapa ketika muncullah manusia yang bernama Jung Daehyun.Dan macam ninja juga daehyun muncul.
"jom battle makan cheesecake paling banyak dengan aku" kata daehyun bersama-sama dengan kotak yang berisi cheesecake yang menggunung.
Pulak dah.......
Comments