CHAPTER 2 - Mistake...

Please Love Me...

 

Dae Hyun mengeluh sambil memandang ke luar tingkap. Plebagai usaha dan cara telah dibuat untuk dia menambat hati Jong Up, namun semuanya sia-sia apabila dia sendiri yang terluka.

 

"Apa lagi yang awak nak saya buat supaya awak terima saya, Jongie? Apa salah saya sampai awak dingin dengan saya? Susah sangat ke untuk awak cintakan saya? Tak banyak yang saya minta. Hanya cinta, Jongie. Susah ke?" ngomel Dae Hyun dengan berlinangan air mata.

 

Kedengaran pintu dibuka dan Dae Hyun segera mengesat air matanya. "Awak dah balik?" soal Dae Hyun sebaik sahaja Jong Up melangkah masuk ke dalam rumah. Dae Hyun segera bangun dari tempat duduknya, lalu dia menghampiri Jong Up. "Awak nak makan? Saya dah siapkan makan malam." Ucap Dae Hyun sambil dia menyimpan briefcase Jong Up di dalam bilik dan keluar semula.

 

"Mari kita makan." Dae Hyun mengajak sambil memegang tangan Jong Up. Jong Up menepis tangannya dengan kasar.

 

"Aku tak lapar!" tengking Jong Up sehingga Dae Hyun tersentak. "Kau ni pekak, ke bodoh?! Aku pernah cakap yang aku takkan makan makanan yang kau masak. Kau dah lupa, ke? Lain kali, jangan nak buat rajin. Berhenti berusaha untuk ambil hati aku, sebab aku takkan pernah terima kau sebagai isteri aku, selama-lamanya! Arasseo?!" Jong Up segera keluar dari rumah dan menghempas pintu sekuatnya. Dae Hyun mulai menangis teresak-esak. Hatinya begitu terluka.

 

Malam itu...

 

Dae Hyun masih lagi menangis di dalam biliknya sendiri (dia dan Jong Up tidak sebilik). Di telinganya masih terngiang-ngiang kata-kata Jong Up tadi. "Dia takkan terima aku selama-lamanya? Sampai hati awak, Jongie...I really love you..." Dae Hyun menangis sehingga akhirnya dia terlelap.

 

Jong Up pulang dalam keadaan mabuk sehingga dia tidak menyedari yang dia menuju ke bilik Dae Hyun. Dia menghampiri katil Dae Hyun dan perlahan naik ke atas katil. Di matanya kini, dia hanya nampak Young Jae yang sedang tidur. "I love you..." ucapnya sambil mengucup leher Dae Hyun dan Dae Hyun mula terjaga.

 

"Jongie, stop it! Apa yang awak buat ni? Let me go!" teriak Dae Hyun sambil dia cuba melepaskan diri dari genggaman Jong Up. 

 

"I love you..." ucap Jong Up dan Dae Hyun berhenti meronta. 'He love's me? Really?' getus hati Dae Hyun dan dia merelakan tubuhnya disentuh Jong Up. Dia gembira kerana dalam tempoh 2 tahun, ini pertama kali Jong Up 'menyentuhnya'. Dia gembira akhirnya dia dimiliki Jong Up sepenuhnya dan dia menganggap Jong Up telah menerimanya.

 

Keesokan paginya, Jong Up yang terjaga dari tidur terkejut apabila mendapati dia kini berada di dalam bilik Dae Hyun. Dia segera meleraikan pelukan Dae Hyun dan dia bergegas turun daripada katil. Dia semakin terkejut apabila mendapati mereka berdua .

 

"Apa yang aku dah buat? Did we having se...No! It was a mistake!" Jong Up meramas kasar rambutnya. "Aku tak sepatutnya 'sentuh' dia. I don't love him." ngomel Jong Up sendirian, namun cukup kuat untuk didengari Dae Hyun yang dah terjaga. Air matanya mula mengalir.

 

"What do you mean by mistake? Awak masih tak terima saya sebagai pasangan awak yang sah?" soal Dae Hyun.

 

"I'm sorry! Just forget about what happen. I'm drunk last night...maybe i though you Young Jae so...i'm sorry..." Jong Up segera bersiap dan beredar daripada situ.

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
terima kasih kpd sume yg komen n subscribe citer ni >_

Comments

You must be logged in to comment
Bluetearsbluesorrow
#1
I'm sorry this story seems great will you make a English version I can tell a lot of people likes it
angel2001 #2
Can you write this in english?I'm sorry :( I really really really like arranged marriage fanfics..But I want happy ending..Can I authornim?Sorry :(
limchiayi
#3
Chapter 5: Hmm... Jong up tak layak untuk dae hyun
nalulol #4
Chapter 4: daehyun tu laki ke pompuan ? 0.0
ELFlisa #5
Chapter 9: nakal betul si zelo ni...
put_up
#6
Chapter 25: ahhaha XD sempat plk daehyun pengsan~