CHAPTER 23 - Semua okey ^^

Please Love Me...

Semoga terhibur dengan chapter baru ni, ya? Minta maaf sebab dah lama tak update ^^

____________________________________________________________________________________

 

"Dia tak apa-apa. Nasib baik tikaman tu tak mengenai mana-mana organ penting dia. Kamu boleh masuk melawat dia." jelas doktor yang merawat Young Jae. Hyung Sik tersenyum lega. Dia lega kerana orang yang dicintainya selamat.

 

"Terima kasih doktor!" ucap Hyung Sik sambil berjabat tangan dengan doktor itu.

 

"Sama-sama. Dah memang tugas saya." balas doktor itu dengan senyuman. "Saya harap kamu akan jaga dia dengan lebih baik dari sebelum ni sebab nasib baik takkan jadi selalu."

 

"Apa maksud doktor?" soal Hyung Sik.

 

"Sebenarnya tikaman tu memang tak mengenai organ penting isteri kamu, tapi ia hampir-hampir mengenai bayi yang dikandungnya. Dan seperti yang saya cakap tadi, ini berkaitan dengan nasib baik isteri kamu. So, jaga la dia dengan baik. Ya? Good luck!" jelas doktor itu, seraya menepuk bahu Hyung Sik sebelum beredar.

 

Hyung Sik terlopong. Apa betul ke apa yang didengarnya tadi? Bayi yang dikandung Young Jae? So, Young Jae is...

 

Dengan perlahan, Hyung Sik melangkah masuk ke dalam wad Young Jae dan menghampiri katilnya. Dia masih tak percaya, atau tak menyangka yang perkara itu adalah benar. Dia duduk di kerusi bersebelahan katil.

 

"Youngie, betul ke apa yang doktor tu cakap? Kenapa awak tak bagitau saya? Youngie ah, buka la mata awak dan tolong saya lepas dari kekusutan ni...Youngie ahh..." rayu Hyung Sik sambil tangan Young Jae dipegangnya.

 

"Awak cakap, kita tak boleh bersama sebab awak tak boleh bagi saya zuriat, tapi sekarang... kenapa? Saya tak faham Youngie. Awak ada sebab lain ke yang buat awak rasa kita tak boleh bersama? Ha? Jawab la, Youngie...saya perlu tau...i need to know the truth..." Hyung Sik menundukkan kepalanya sambil menggenggam erat tangan Young Jae.

 

"Adakah awak rasa saya tak layak jadi ayahnya? Atau awak masih marahkan saya sebab 'sentuh' awak tanpa kerelaan awak? Please, Youngie...saya perlukan penjelasan awak..." rayu Hyung Sik. Tanpa disangka air matanya mula mengalir. Dia terasa dipinggirkan oleh Young Jae.

 

*****

 

Sementara itu, Jong Up masih mengejar Dae Hyun di luar hospital. Dae Hyun berjalan selajunya sampai Jong Up terpaksa berlari mendapatkannya.

 

"Hyunnie, kot ya pun nak marah, jangan la jalan laju sangat! Bahaya tau?" tegur Jong Up yang masih ketinggalan di belakang.

 

"Kenapa awak ikut saya? Pergi la kat Youngie awak tu! Hari ni baru saya sedar yang saya ni memang tak setanding si Young Jae tu sebab cinta awak kat dia still mendalam. Lepas ni, saya taknak lagi berharap apa-apa pun dari awak dah. Cukuplah selama ni saya fikir hati awak hanya ada saya! Saya taknak ditipu lagi dengan harapan kosong! Saya benci awak!" marah Dae Hyun dengan langkah yang semakin laju meninggalkan Jong Up di belakang. Air matanya tak berhenti mengalir.

 

"Hyunnie, stop! Jangan laju sangat! Bahaya la!" Jong Up berlari ke arah Dae Hyun dan segera mencapai tangannya untuk memberhentikannya. "Hyunnie..."

 

'PANG!' satu tamparan dari Dae Hyun hinggap di pipi Jong Up. Dae Hyun memandang Jong Up dengan penuh kemarahan.

 

"Saya benci awak!! Saya taknak tengok muka awak lagi, arasseo?!" teriak Dae Hyun dengan sebaknya. Dia mula mengatur langkah bila Jong Up segera menariknya lalu mengucupnya.

 

*****

 

Beberapa minit kemudian, suara Young Jae mula kedengaran. Hyung Sik yang sedang berdiri menghadap tingkap, segera mendapatkannya.

 

"Youngie? Youngie, awak dah sedar? Baguslah! Awak ada sakit kat mana-mana tak? Nak saya panggilkan doktor?" soal Hyung Sik.

 

Young Jae hanya menggeleng, kemudian matanya mengamati keadaan sekeliling.

 

"Saya kat mana?" soalnya perlahan dengan suara yang lemah.

 

"Awak ada kat hospital. Awak ingat tak apa yang jadi?" soal Hyung Sik sambil dia duduk di birai katil.

 

"Hospital?" Young Jae cuba mengingat perkara yang berlaku sebelum ni, namun gagal. "Apa dah jadi?" soal Young Jae sebelum dia mengerang bila dia cuba bangun dari pembaringannya.

 

"Hei, awak jangan banyak bergerak. Parah nanti kalau jahitan luka awak terbuka." ucap Hyung Sik, lalu dia membaringkan Young Jae semula.

 

"Jahitan?"

 

"Awak ditikam di perut masa nak selamatkan saya tadi. Luka awak dah dijahit dan awak akan sembuh dalam beberapa hari lagi. Thanks!" jelas Hyung Sik.

 

"Oo, baru saya ingat. Thanks back sebab tolong saya juga. Kalau awak tak bawa saya ke sini tepat pada masanya, tentu saya dah 'takder'." gurau Young Jae dalam senyuman. Walaupun tubuhnya masih lemah, tapi itu tak menghalang dia dari tersenyum melihat Hyung Sik di sisinya.

 

Tak dinafikan yang Young Jae masih mencintai Hyung Sik, dan perasaannya itu takkan pernah terluput.

 

"Ya, kalau saya tak bawa awak ke sini tepat pada masanya, bukan nyawa awak saja yang terancam tapi babypun takkan sempat tengok dunia ni." ucap Hyung Sik.

 

Young Jae tergamam bila dia dengar pasal, 'baby'nya? Dia memandang Hyung Sik dengan tanda tanya.

 

"Awak cakap apa ni? Baby apa yang awak sebut ni?" soal Young Jae kebingungan.

 

"Awak tak tau atau awak buat-buat tak tau? Ke awak saja taknak bagitau saya sebab saya tak layak jadi ayah pada baby awak tu? Huh?"

 

"Ap-apa awak cakap ni, Hyungie? Saya tak faham. Baby? Baby apa? Awak jangan bergurau. Tak mungkin saya boleh hamil. Kan saya dah bagitau awak sebelum ni. Dan kalau saya boleh, saya takkan tinggalkan awak. Tentu saya terima lamaran awak tu. Saya..."

 

"You're 2 months pregnant already! Jangan nak berdalih la!" Hyung Sik meninggikan suaranya, menyebabkan Young Jae tersentak.

 

"Apa?! Tak mungkin la..."

 

"Betul ke awak tak tau?" soal Hyung Sik yang mulai tenang semula.

 

"Saya betul-betul tak tau, Hyungie..." jelas Young Jae sambil memandang Hyung Sik dengan pandangan innocent.

 

"Tapi sekarang awak dah tau, kan? So, macam mana?"

 

"Betul ke saya...Hyungie, saya macam tak percaya. Saya..." Young Jae menyentuh perutnya dan dia mulai menangis kegembiraan.

 

Hyung Sik memegang tangan Young Jae dan memandangnya. "So, awak terima lamaran saya tu? Tolong benarkan saya jaga awak dan baby, ya? Boleh?"

 

"Mesti la boleh! Saya memang nak bersama awak, Hyungie! Maaf sebab saya tipu awak sebelum ni. Saya cintakan awak, Hyungie! Saranghae!"

 

Mereka berpelukan.

 

"Thanks, Youngie! Saranghaeyo!" Hyung Sik juga mengalirkan air mata kegembiraan.

 

.............................................................................

Citer ni dah hampir tamat...

Semoga awak semua terhibur dengan chapter baru ni ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
terima kasih kpd sume yg komen n subscribe citer ni >_

Comments

You must be logged in to comment
Bluetearsbluesorrow
#1
I'm sorry this story seems great will you make a English version I can tell a lot of people likes it
angel2001 #2
Can you write this in english?I'm sorry :( I really really really like arranged marriage fanfics..But I want happy ending..Can I authornim?Sorry :(
limchiayi
#3
Chapter 5: Hmm... Jong up tak layak untuk dae hyun
nalulol #4
Chapter 4: daehyun tu laki ke pompuan ? 0.0
ELFlisa #5
Chapter 9: nakal betul si zelo ni...
put_up
#6
Chapter 25: ahhaha XD sempat plk daehyun pengsan~