CHAPTER 17 - First night??

Please Love Me...

 

Malam itu, guruh berdentum dengan kuatnya sehingga Young Jae terjaga. Dia yang takut dengan guruh hampir menangis. Dia menarik selimut sehingga menutupi mukanya untuk mengelak dari cahaya kilat yang sabung-menyabung di luar tingkap biliknya. Semenjak dia tinggal bersendirian beberapa tahun ni, inilah kali pertama cuaca begini berlaku.

 

Apabila guruh berdentum dengan kuat kali ni, Young Jae segera berlari keluar dari biliknya sambil menangis. Dia ketakutan. Dia mulai teringat semula tentang kejadian yang berlaku padanya sebelum ini. Kejadian tu berlaku 2 tahun yang lalu, masa dia on the way pulang dari majlis perkahwinan Jong Up dengan Dae Hyun.

 

Flashback~

 

"Betul ke awak nak balik sendiri? Mari saya hantarkan." pelawa Jong Up yang risaukan keselamatan Young Jae.

 

"Jangan la risau. Saya okey. Lagipun, ini majlis perkahwinan awak, so tak elok la kalau pengantin lelaki tiba-tiba hilang. Awak kena layan tetamu bersama isteri awak tu. Kesian kat dia." Young Jae tersenyum.

 

"Awak tau saya tak suka dia. Saya suka awak. Biarlah saya nak hantarkan awak balik." tegas Jong Up.

 

"Awak jangan berdegil boleh tak?!" Young Jae meninggikan suaranya. "Suka atau tak, awak dah kahwini dia. Lupakan saya! Dan kalau awak tetap dengan kedegilan awak ni, baik awak jangan jumpa saya. Saya taknak jumpa dengan lelaki yang teruk macam awak ni! Arasseo?!" Young Jae segera menaiki teksi yang kebetulan lalu di situ. Jong Up hanya mampu melihatnya pergi.

 

Tiba-tiba teksi yang dinaiki Young Jae berhenti di tempat yang tidak diketahuinya. Dia mulai panik. Dan pada waktu tu, hujan mulai turun diikuti guruh yang kuat. Young Jae gelisah.

 

"Encik, kenapa berhenti di sini? Rumah saya jauh lagi." ucap Young Jae.

 

"Kat sini la baru seronok. Takda siapa pun yang boleh ganggu kita." balas drebar teksi itu, lalu dia mengunci pintu keretanya dan dia menuju ke tempat duduk belakang.

 

"Y-Yah! Apa awak nak buat ni? Lepas!" teriak Young Jae sambil meronta-ronta. "Yah! Lepaskan saya!"

 

"Diam!" drebar itu menampar Young Jae untuk mendiamkannya. "Aku suka flower boy cam kau. Memang taste aku." drebar itu ketawa jahat kemudian dia menanggalkan pakaian Young Jae.

 

Young Jae menangis dan terus menangis. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Rontaan demi rontaan, ditepis lelaki itu. Malam yang gelap, beserta hujan dan kilat sabung-menyabung menjadi saksi kepada peristiwa hitam Young Jae.

 

Selesai memenuhi keperluan nafsunya, drebar itu melempar Young Jae keluar dari keretanya dan dia memandu pergi meninggalkan Young Jae entah di mana. Young Jae hanya terbaring di situ, menahan sakit yang amat menyeksakannya. Dia cuba untuk berdiri, dan setelah mengumpul segala kekuatan yang ada, dia mula melangkah untuk pulang.

 

Seorang pemuda yang baik hati telah menolongnya. Dia yang kebetulan terlihat Young Jae di tepi jalan, segera membantunya. Pemuda itu menyelimuti tubuh Young Jae dengan bajunya, kemudian dia menghantar Young Jae pulang.

 

"Setakat ini saja saya mampu tolong. Saya ada hal lain lagi. Tapi kalau awak perlukan apa-apa, awak boleh contact saya di nombor ni. Dan untuk kebaikan awak, awak perlu buat laporan polis tentang ni. Biar orang itu ditangkap sebelum ada yang menjadi mangsanya lagi. Ya? Ataupun, awak nak saya bawa awak ke balai sekarang?"

 

Young Jae menggeleng kepalanya sebelum dia masuk ke dalam rumahnya dan terus mengunci pintu rumah. Dia seperti hilang arah.

 

"Awak okey tak?"

 

"Balik la!" teriak Young Jae dari dalam. Dia perlukan masa bersendirian. Dia bingung.

 

End Flashback

 

Young Jae berlari ke ruang tamu sehingga dia terjatuh akibat tersepak sesuatu. Keadaan pada waktu tu gelap. Lampu tidak dibuka. "Auch!" teriak Young Jae.

 

"Hei, siapa tu?!" soal seseorang dari arah dapur.

 

Young Jae tersentak. "Hyung Sik hiong ke tu?"

 

"Young Jae?" Hyung Sik membuka lampu dan dia terkejut melihat Young Jae berada di lantai. "Kenapa ni?" dia segera mendapatkan Young Jae.

 

"Saya tersepak kaki kusyen tu. Dalam gelap, mana nampak." ucap Young Jae sambil mengurut buku lalinya yang seperti terseliuh.

 

"Lutut awak berdarah ni. Kuat juga awak jatuh, ya? Apa dah jadi?"

 

"Saya..." Young Jae mulai malu. Takkan dia nak cakap yang dia takut guruh sebab kejadian lalu? Nanti Hyung Sik mesti lari sebab tak nak berkawan dengan orang yang 'kotor' macam dia. Bak kata pepatah, dah 'ditebuk tupai'? Kesian Young Jae.

 

"Apa-apa pun, kita kena rawat lutut awak ni. Mari." Hyung Sik memapah Young Jae berdiri namun Young Jae tak boleh berdiri dan dia hampir jatuh semula bila Hyung Sik sempat sambut dia tadi. "Biar saya dukung awak."

 

"Tak payah. Saya..."

 

"Jangan berdegil." tegas Hyung Sik lalu dia mendukung Young Jae dan dibawa ke bilik Young Jae. Dia membaringkan Young Jae di atas katil.

 

"Terima kasih." ucap Young Jae dengan malu-malu.

 

Hyung Sik tersenyum. "Takda apa la. Oh ya, mana first aid kamu?"

 

"Ada dalam almari."

 

Hyung Sik mengambil first aid dan mula merawat luka di lutut Young Jae dengan teliti. Young Jae hanya memerhati ketekunan Hyung Sik merawat lukanya.

 

'Segaknya dia dengan muka serius macam ni. Nampaknya, dia betul-betul risaukan aku.' fikir Young Jae lalu dia ketawa kecil.

 

"Kenapa awak ketawa? Ada yang lucu ke?"

 

"Takda la. Saja." dalih Young Jae.

 

"Dah siap! Tengok, pandaikan saya!" ucap Hyung Sik yang berpuas hati dengan hasil kerjanya itu. "So, kita seri la."

 

"Seri?" soal Young Jae sambil mengerutkan dahinya.

 

"Awak tolong saya dengan biar saya bermalam kat sini, dan sayapun dah tolong awak rawat luka awak, so kita saling tak terhutang budi dah. Kan?"

 

"Ya." Young Jae tersenyum.

 

"Manisnya..." Hyung Sik tergamam seketika.

 

"Apa?"

 

"Senyuman awak."

 

Young Jae blushing.

 

"Youngie..." Hyung Sik memalingkan muka Young Jae ke arahnya. Mereka saling berpandangan buat seketika sehingga sikit demi sikit jarak antara mereka semakin hilang. Dan tanpa disangka, mereka berkongsi ciuman.

 

Young Jae tidak melawan. Dia merasa ia adalah perkara yang sepatutnya dia buat. Dan Hyung Sik juga begitu.

 

Dan malam itu, menjadi saksi pada malam pertama mereka.

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Chapter tak berapa bagus...maybe ada pening2 sikit, or tak puas hati, tapi saya dah update setelah lama berdiam diri...so semoga enjoyed! :)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
terima kasih kpd sume yg komen n subscribe citer ni >_

Comments

You must be logged in to comment
Bluetearsbluesorrow
#1
I'm sorry this story seems great will you make a English version I can tell a lot of people likes it
angel2001 #2
Can you write this in english?I'm sorry :( I really really really like arranged marriage fanfics..But I want happy ending..Can I authornim?Sorry :(
limchiayi
#3
Chapter 5: Hmm... Jong up tak layak untuk dae hyun
nalulol #4
Chapter 4: daehyun tu laki ke pompuan ? 0.0
ELFlisa #5
Chapter 9: nakal betul si zelo ni...
put_up
#6
Chapter 25: ahhaha XD sempat plk daehyun pengsan~