CHAPTER 19 - The old him is back?? No...

Please Love Me...

Hyung Sik membawa Dae Hyun ke restoran Secret Recipe. Dae Hyun memandang Hyung Sik kehairanan. Yalah, selalu kalau orang lapar diorang pergi restoran makanan berat bukannya makan kek atau ais krim. Hyung Sik yang memahami maksud pandangan Dae Hyun itu hanya tersenyum. Dia memimpin tangan Dae Hyun dan membawanya masuk.

 

"Kamu akan berterima kasih kat hiong nanti." Hyung Sik membawa Dae Hyun ke meja yang masih kosong. Dan dia mendudukkan Dae Hyun sementara dia masih berdiri.

 

"Hiong nak ke mana? Kenapa tak duduk?" soal Dae Hyun.

 

"Hiong nak pergi order. Kamu tunggu, ya?"

 

"Saya tak cakappun apa yang saya nak. So, apa yang hiong nak order untuk saya?"

 

"Hiong tahu makanan kesukaan kamu. Tunggu ya?" ucap Hyung Sik sebelum beredar ke kaunter.

 

Beberapa minit kemudian, Hyung Sik kembali bersama menu yang dipesan. Dae Hyun membeliakkan matanya apabila dia terlihat kek keju yang terhidang di hadapannya.

 

"Hiong..."

 

"Hiong tau ini kek kegemaran kamu, kan? Makan la. Hiong belanja hari ni." ucap Hyung Sik lalu dia duduk di hadapan Dae Hyun.

 

"Gomawo, hiong!" ucap Dae Hyun sebelum dia mula menikmati kek tersebut dengan gembiranya.

 

Hyung Sik hanya tersenyum melihat gelagat Dae Hyun itu. Kemudian, fikirannya melayang ke lain. Gelagat Dae Hyun itu mengingatkan dia kepada Young Jae. Cara makan Young Jae juga kelihatan comel sewaktu temu janji mereka yang pertama yang diaturkan oleh JongDae couple beberapa hari yang lalu. Hyung Sik mengeluh.

 

Dae Hyun berhenti makan dan dia memandang Hyung Sik. "Kenapa hiong?"

 

"Hiong rasa bersalah sangat kat Jae. Hiong tau, hiong tak patut buat dia macam tu memandangkan kitorang baru jer kenal. Tapi, apa boleh buat. Masa tak boleh diundurkan."

 

"Hiong jangan la risau. Kan saya dah kata yang saya akan tolong hiong pujuk dia. Lagipun, dia kawan baik Jongie, so Jongie tentu boleh pujuk dia."

 

"Kamu nak suruh Jong Up yang pujuk dia? Kamu tak takut ke?"

 

"Takut apa?"

 

"Mana tau dalam tempoh dia nak pujuk Jae, perasaan dia terhadap Jae kembali semula. Berputih mata kamu nanti."

 

"Takkan la. Saya percayakan Jongie. Tapi kalau dia berani buat macam tu, saya akan pastikan dia takkan dapat jumpa saya atau anak kami ni, sampai bila-bila. Itu janji saya." tegas Dae Hyun dengan penuh yakin.

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 

Sementara itu di rumah Young Jae...

Young Jae terkejut apabila dia tengok Jong Up terpacak kat depan pintu rumahnya.

 

"Jongie, awak buat apa kat sini?" soal Young Jae.

 

"Kenapa awak nangis?" soal Jong Up semula.

 

"Bila saya nangis? Saya okey." jawab Young Jae sambil matanya melilau mencari seseorang. "Mana Dae Hyun? Tadi awak kata dia ada dengan awak."

 

Jong Up tidak menjawab, malah dia segera melangkah masuk ke dalam rumah Young Jae. Young Jae menutup pintu, lalu dia menuju ke ruang tamu.

 

"Kenapa ni? Awak gaduh dengan dia, ke?" soal Young Jae.

 

Jong Up hanya membisu. Dia duduk di sofa dan menonton televisyen.

 

"Jongie...kenapa ni?" Young Jae duduk di sebelah Jong Up.

 

Jong Up tidak mengendahkan pertanyaan Young Jae. Dia mengambil remote control dan mula mencari siaran.

 

"Yah Moon Jong Up! Apa masalah awak, ha?!" tengking Young Jae yang mula hilang sabar.

 

Jong Up segera menarik Young Jae lalu dia mengucupnya. Young Jae menolak Jong Up dengan kasar dan menamparnya.

 

"Awak dah gila, ke?!" marah Young Jae sambil mengesat bibirnya.

 

"Ya! Aku dah gila! Memang aku dah gila!" teriak Jong Up yang mula bangun dari sofa. "Suami mana yang tak berang bila tengok isterinya berpelukan dengan orang lain?! Dia kata dia sayang aku, tapi dia curang belakang aku!"

 

"Apa maksud awak? Dae Hyun takkan buat macam tu. Mungkin awak salah dengar."

 

"Salah dengar? Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri. Dia peluk Hyung Sik hiong depan aku!"

 

Young Jae tersentak. "What?!"

 

"Awak pun terkejut, kan? Tapi tu la yang saya nampak. Nampaknya diorang still bersama. Dan ni buat aku curiga."

 

"Curiga tentang apa?"

 

"Anak tu. Entah itu anak aku atau anak lelaki tak guna tu."

 

Young Jae cuba bersikap positif kerana dia tau Dae Hyun takkan buat macam tu sebab Dae Hyun hanya cintakan Jong Up. Dan diapun cuba nak percayakan Hyung Sik sebab dia dah mula ada hati kat Hyung Sik.

 

"Jongie, tak baik awak berprasangka buruk macam tu. Awak dah lupa ke, Dae Hyun sanggup bergadai nyawa untuk selamatkan awak. Kalau betul dia tak cintakan awak, buat apa dia nak selamatkan awak? Bukan ke lagi bagus dia biar awak mati supaya dia boleh bersama dengan Hyung Sik hiong. Awak patut bincang dengan dia baik-baik. Bukan main tuduh-tuduh macam ni. Kalau la dia dengar apa yang awak cakap ni, tentu dia kecewa."

 

Jong Up terdiam. Ada betulnya kata-kata Young Jae tu.

 

"Pergi la balik. Tentu Dae Hyun dok tunggu awak. Mesti dia risau sebab awak takda kat rumah." pujuk Young Jae.

 

~~~~~~~~~~~~~~~~

 

Di Kediaman JongDae...

Seperti yang dijangka Young Jae, Dae Hyun sedang menunggu Jong Up di ruang tamu dengan penuh kerisauan. Panggilan telefonnya tidak dijawab, mesejnya juga tidak dibalas. Dae Hyun begitu risau sehingga dia mundar-mandir di ruang tamu sambil menggigit jarinya.

 

"Mana Jongie ni? Dah lewat malam ni. Tapi dia still tak balik lagi. Dia tak pernah buat aku risau macam ni. Dan diapun tak pernah tinggalkan aku sendirian kat Shopping Mall macam petang tadi. Sampai hati dia..." air mata Dae Hyun mula mengalir. 'Jangan la dia buat perangai macam dulu. Aku tak sanggup nak hadapinya lagi. Cukuplah sekali...' fikir Dae Hyun. Dia mengesat air matanya yang tak berhenti mengalir.

 

Kemudian, dia duduk di sofa setelah penat mundar-mandir. "Baby ah, where's your appa? Omma risau tahap gaban dah ni." ucapnya sambil mengusap perutnya.

 

Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi pintu dibuka dari luar. Dae Hyun segera berdiri di muka pintu dengan senyuman. Dan sebaik sahaja pintu terbuka, dia dapat melihat suaminya yang mula melangkah masuk ke dalam rumah.

 

"Jongie ah...awak ke mana? Saya risau tau?" Dae Hyun memeluk Jong Up yang sedang mengunci pintu, dari arah belakang. "Saya risau sangat." ucap Dae Hyun manja.

 

Jong Up meleraikan pelukan Dae Hyun dan dia segera menuju ke bilik mereka tanpa mengendahkan isterinya itu.

 

'Tak...Jongie tak mungkin kembali macam dulu...tapi kenapa dia dingin? Sikap dia sama macam dulu...Jongie...' Dae Hyun terduduk di sofa. Dia menekup mukanya dengan kedua-dua telapak tangannya dan dia mulai menangis teresak-esak.

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
terima kasih kpd sume yg komen n subscribe citer ni >_

Comments

You must be logged in to comment
Bluetearsbluesorrow
#1
I'm sorry this story seems great will you make a English version I can tell a lot of people likes it
angel2001 #2
Can you write this in english?I'm sorry :( I really really really like arranged marriage fanfics..But I want happy ending..Can I authornim?Sorry :(
limchiayi
#3
Chapter 5: Hmm... Jong up tak layak untuk dae hyun
nalulol #4
Chapter 4: daehyun tu laki ke pompuan ? 0.0
ELFlisa #5
Chapter 9: nakal betul si zelo ni...
put_up
#6
Chapter 25: ahhaha XD sempat plk daehyun pengsan~