CHAPTER 22 - What happen?

Please Love Me...

 

 

Kini, dah hampir seminggu keadaan Young Jae masih lagi tak berubah. Malah, penyakit muntahnya semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini terutama pada waktu pagi. Young Jae mulai mengesyaki sesuatu, tapi dia cuba menafikannya sebab ia sesuatu yang mustahil baginya.

 

Hyung Sik pula masih tidak berputus asa untuk menjadikan Young Jae miliknya yang sah. Setiap hari, setiap masa ada saja caranya untuk menambat hati Young Jae sebab dia yakin, Young Jae sememangnya ada perasaan yang sama terhadapnya.

 

'Dia cuma ego. Aku tau diapun cintakan aku seperti aku cintakan dia. So, aku akan buat dia mengaku yang dia memang cintakan aku.' Itu la yang sering bermain dalam fikiran Hyung Sik setiap kali dia direject atau dihalau oleh Young Jae.

 

Seperti biasa, Hyung Sik akan berjumpa dengan Young Jae di tempat kerjanya. Sedang Young Jae sibuk melayan pelanggan yang datang ke bar, Hyung Sik pula sibuk memerhatinya bekerja. Hyung Sik seperti orang yang angau lagaknya. Young Jae pula tetap tak endahkan Hyung Sik seperti Hyung Sik tak wujud di situ.

 

Sedang Hyung Sik dok angau sambil tengok Young Jae yang tekun bekerja, tiba-tiba salah seorang pelanggan di situ mula mengganggu Young Jae yang sedang mengemas meja-meja di situ. Pelanggan itu menampar punggung Young Jae menyebabkan Young Jae terjerit sebab terkejut.

 

"Encik, sila jaga kelakuan." ucap Young Jae dengan sopan. Walaupun orang itu kurang ajar dengannya, tapi orang itu tetap pelanggannya. So, nak taknak, dia kena bersabar.

 

Hyung Sik menggenggam penumbuknya bila dia tersentak melihat kelakuan pelanggan itu. Disebabkan Young Jae kelihatan tenang hadapi situasi tu, Hyung Sik pun cuba bertenang.

 

'Kurang ajar! Siap kau kat luar nanti!' getus hati Hyung Sik kegeraman.

 

Young Jae tidak mengendahkan pelanggan itu lalu dia mula mengangkat gelas-gelas yang ada di meja lain yang tidak jauh dari situ. Pelanggan itu masih lagi memandang Young Jae dengan pandangan yang miang. Dia bangun dari tempat duduknya, dan menghampiri belakang Young Jae sebelum meraba tubuh Young Jae.

 

Young Jae terkejut dengan tindakan lelaki itu. "Encik, apa encik buat ni?"

 

"Aku nak kau. Ikut aku!" lelaki itu menarik Young Jae dengan kasar dan membawanya keluar dari bar itu.

 

"Yah! Lepaskan saya! I'm a waiter, not a ! Lepaskan!" Young Jae cuba melepaskan dirinya.

 

Hyung Sik mulai bengang. Dia bingkas bangun dari kerusinya lalu dia mengejar mereka sampai ke luar. "Yah, lepaskan dia!" teriak Hyung Sik.

 

"Hyungie!" teriak Young Jae sambil dia cuba meleraikan genggaman lelaki itu.

 

"Kau siapa ha?! Baik kau jangan masuk campur urusan aku kalau kau taknak diapa-apakan!" lelaki itu memberi amaran.

 

"Kau tu yang patut lepaskan dia kalau kau taknak cedera!" balas Hyung Sik.

 

Lelaki itu terasa dicabar lalu dia melepaskan Young Jae dan mula menyerang Hyung Sik dengan pisau lipat yang dikeluarkan dari poket seluarnya. Hyung Sik sempat mengelak dan mereka mula bertumbuk dan berlawan disaksikan Young Jae yang kelihatan risau akan keselamatan Hyung Sik.

 

Lelaki itu menumbuk Hyung Sik hingga jatuh ke jalan dan dia cuba menikam Hyung Sik, namun Young Jae dengan pantas menghadang tikaman itu dan mengenainya.

 

"Youngie!" teriak Hyung Sik sebelum dia segera menyambut tubuh Young Jae yang hampir rebah ke jalan.

 

"H-Hyungie..." ucap Young Jae lemah.

 

"Oh no!" teriak lelaki itu sebelum dia segera melarikan diri ke arah jalan raya yang penuh sesak dengan paniknya dan tanpa diduga dia dilanggar oleh sebuah trak.

 

Hyung Sik terkejut melihat kejadian itu, namun dia lebih mementingkan keadaan Young Jae sekarang ni. Tikaman itu mengenai perut Young Jae dan darah mengalir tanpa henti.

 

"Bertahan la Youngie! Saya akan selamatkan awak!" Hyung Sik segera mendukung Young Jae dan dibawa ke keretanya sebelum dia mula memandu ke hospital.

 

*****

 

Dae Hyun tak berhenti tersenyum sambil melihat gambar sonogram yang baru diambil tadi. Dia dan Jong Up datang ke hospital untuk pemeriksaan bulanannya.

 

"Kembar! Cam tak caya la Jongie! Kita akan dapat anak kembar, boy and girl!" ucap Dae Hyun dengan girangnya sambil diorang menyusuri koridor hospital itu.

 

"Saya tau awak happy. Tapi, jalan tu, tengok depan la. Kang langgar orang plak. Dah, simpan gambar tu dulu. Bukannya nak hilangpun." ucap Jong Up seraya mengambil gambar sonogram dari tangan Dae Hyun dan disimpan ke dalam sampulnya semula.

 

"Ish, awak ni. Saya tak puas tengok lagi la." ngomel Dae Hyun sambil mencebik.

 

"Ada banyak masa lagi boleh tengok. Kat rumah nanti, awak tengok la puas-puas. Sekarang ni, kita dok berjalan, kang terlanggar orang tak ke naya." jelas Jong Up dengan senyuman. Dia memimpin tangan Dae Hyun.

 

Dae Hyun diam membisu. Merajuk agaknya. Jong Up yang menyedari kelakuan isterinya itu cuba menceriakannya.

 

"Sayapun happy sangat dapat anak kembar, Hyunnie. Untuk pengetahuan awak, saya memang suka kembar." Jong Up cuba memujuk.

 

"Really?" soal Dae Hyun.

 

"Yup! Dan saya tak sabar nak jumpa mereka." Jong Up menyentuh perut isterinya itu. Langkah mereka terhenti, dan mereka berhadapan. "I love you, Hyunnie."

 

"I love you too!" balas Dae Hyun dengan cerianya apabila dia melihat riak muka Jong Up yang menenangkan itu.

 

*****

 

Hyung Sik masih menunggu di ruang menunggu dengan penuh debaran. Dia begitu risaukan Young Jae yang masih dirawat di dalam wad kecemasan.

 

'Please be safe, Youngie! Please...kuatkan semangat awak. Jangan tinggalkan saya. Saya merayu...' bisik hati Hyung Sik dengan harapan Young Jae akan mendengarnya.

 

"Hyung Sik hiong?" tegur satu suara.

 

Hyung Sik mendongakkan kepalanya dan dia dapati orang yang menegurnya itu ialah Dae Hyun yang kebetulan melalui ruang itu. Dia bangun dari kerusinya.

 

"Dae Hyun. Kamu buat apa kat sini?" soal Hyung Sik.

 

"Saya ada pemeriksaan bulanan hari ni. Hiong tau, kami akan dapat baby kembar. Boy and girl!" ucap Dae Hyun dengan riangnya.

 

"Iya ker? Tahniah...hiongpun tumpang gembira untuk kamu." Hyung Sik tersenyum pahit.

 

Jong Up dan Dae Hyun menyedari riak muka Hyung Sik yang seperti orang susah hati.

 

"Hiong plak buat apa kat sini? Siapa yang sakit?" soal Jong Up.

 

"Youngie..." jawab Hyung Sik perlahan.

 

"Youngie?! Kenapa dengan dia? Apa yang hiong dah buat kat dia?" Jong Up mencengkam kolar baju Hyung Sik dengan berangnya. "Saya amanahkan dia kat hiong bukan untuk disakiti! Hiong ni tak guna!" Jong Up menumbuk Hyung Sik.

 

"Yah, Jongie! Hentikan!" teriak Dae Hyun sambil menghalang Jong Up dari menumbuk Hyung Sik lagi. "Kenapa dengan awak ni?! Takkan awak still ada perasaan kat Young Jae? Kot ya pun nak marah, agak-agak la! Biar Hyung Sik hiong jelaskan dulu!" marah Dae Hyun. Sedikit sebanyak, dia terkilan juga sebab ternyata Young Jae masih lagi dalam hati Jong Up.

 

Jong Up terkedu. Dia sedar kelakuannya tadi tak berasas.Dia membantu Hyung Sik bangun dari lantai akibat jatuh tadi.

 

"Kawal sikit panas baran awak tu! Ini hospital, bukan gelanggang gusti. Kot ya pun ada sesuatu yang jadi kat Young Jae, ia takda kaitan dengan awak. Hyung Sik hiong yang patut risaukan dia, bukan awak. Yang awak nak melebih sangat apsal? Dia kekasih awak ke? Isteri awak ke? Kot ya pun awak still ada hati kat dia, control la sikit. Tak payah nak tunjukkan sangat. Awak ingat saya tak terasa ke?" air mata Dae Hyun mula mengalir. "Awak teman la dia. Biar saya balik sendiri!" dengan itu, Dae Hyun segera beredar dari situ.

 

Jong Up hanya berdiri kaku di situ. Dia bingung. Kini giliran Hyung Sik pula menumbuk Jong Up sebab sakitkan hati Dae Hyun.

 

"Kau tunggu apa lagi?! Pergi la kejar dia! Kau tak payah risaukan Youngie. Dia milik aku, bukan kau. Dae Hyun yang kau patut risaukan. Jangan sampai jadi apa-apa kat dia, atau kau aku takkan lepaskan!" Hyung Sik memberi amaran sekerasnya.

 

Jong Up tersedar dari kebingungannya lalu dia segera mengejar Dae Hyun. "Hyunnie!"

 

Beberapa minit kemudian, doktor mula melangkah keluar dari wad itu dan Hyung Sik segera mendapatkannya.

 

"Macam mana dengan Youngie?" soal Hyung Sik dengan cemasnya.

 

"Dia..." doktor itu melepaskan keluhan.

 

.............................................................................

A/N: Saya akan cuba update lagi nanti ya...sementara itu, semoga terhibur dengan chapter ini ^^

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
terima kasih kpd sume yg komen n subscribe citer ni >_

Comments

You must be logged in to comment
Bluetearsbluesorrow
#1
I'm sorry this story seems great will you make a English version I can tell a lot of people likes it
angel2001 #2
Can you write this in english?I'm sorry :( I really really really like arranged marriage fanfics..But I want happy ending..Can I authornim?Sorry :(
limchiayi
#3
Chapter 5: Hmm... Jong up tak layak untuk dae hyun
nalulol #4
Chapter 4: daehyun tu laki ke pompuan ? 0.0
ELFlisa #5
Chapter 9: nakal betul si zelo ni...
put_up
#6
Chapter 25: ahhaha XD sempat plk daehyun pengsan~