BONUS

Please Love Me...

 

 

Young Jae duduk di dalam bilik dengan muka yang masam. Dia sebenarnya baru lepas bergaduh dengan Hyung Sik. Dia duduk di birai katil sambil memandang ke luar tingkap. Tanpa disedarinya, Hyung Sik melangkah masuk ke dalam bilik dan menghampirinya.

 

"Youngie, awak masih marahkan saya, ke?" soal Hyung Sik.

 

"Taknak cakap dengan awak." rajuk Young Jae tanpa memandang suaminya itu.

 

"Youngie, saya minta maaf. Saya tak sengaja tinggikan suara tadi. Saya cuma risaukan awak. Awak..."

 

Young Jae menekup kedua-dua telinganya dengan kedua-dua tangannya bagi elak mendengar kata-kata Hyung Sik itu. "Saya taknak dengar apa-apa pun dari awak. Semua tu alasan."

 

"Youngie, jangan la macam ni. Saya betul-betul risaukan awak, tau? Please, jangan la berdegil."

 

Young Jae menurunkan tangannya, lalu dia memandang tajam ke arah Hyung Sik yang kini berdiri di depannya.

 

"Ya, saya memang degil! Ini memang perangai saya! Kalau awak tak suka, awak boleh pergi! Tinggalkan saya sendirian." marah Young Jae.

 

"Tinggalkan awak? Awak tau saya tak boleh tinggalkan awak. Saya sayang awak dan baby! Please, i'm sorry..." rayu Hyung Sik sambil dia berlutut di hadapan Young Jae.

 

"Sorry naik lorry la...semuanya dah terlambat! Awak patut fikir semua tu sebelum awak cakap sesuatu yang boleh sakitkan hati saya! Saya benci awak!" marah Young Jae dengan berlinangan air mata.

 

"Youngie, janganlah nangis...awak tau hati saya sakit bila tengok awak macam ni...saya tak sengaja okey? Kalau saya tau apa yang saya cakap tadi boleh sakitkan hati awak, saya takkan cakap. Tapi, ia untuk kebaikan awak juga. Saya taknak nanti..."

 

"Salah ke saya nak buat sesuatu untuk awak? Awak dah banyak bersabar dengan saya, layan semua karenah saya, dan beri semua yang saya nak...tapi saya, apapun tak buat untuk awak. So, biar la saya nak buat perkara ni untuk awak. Saya nak awak tau yang saya betul-betul hargai semua yang awak buat untuk saya. Saya nak awak rasa dihargai." ucap Young Jae yang dah mulai tenang sedikit. "Please, Hyungie..."

 

"Saya tak perlukan semua tu untuk sedar yang awak hargai saya. Cukup la dengan kewujudan baby ni. Dialah bukti kukuh cinta kita. Saya tak perlukan bukti yang lain. I know that you love me..."

 

"Awak tak faham, Hyungie. Saya nak juga buatkan majlis hari lahir untuk awak kat restoran mewah tu. Takda tapi-tapi lagi." tegas Young Jae.

 

"Youngie, awak jangan degil boleh tak? Okey, saya tak kisah awak nak sambut birthday saya, tapi apa salahnya kalau kita buat majlis tu kat rumah ni? Kan senang. Due awak tu dah makin hampir, so awak patut duduk di rumah saja. Saya taknak nanti masa dok sambut birthday saya kat sana, awak tiba-tiba nak beranak. Tak ke kecoh semuanya nanti? Kan? Kita celebrate kat rumah je, ya?" Hyung Sik cuba memujuk.

 

"Hospital kan ada. Apa susah? Kalau saya sakit nak beranak nanti, awak boleh bawa saya ke hospital. Kereta sendiri kan ada?"

 

"Kalau sempat ke hospital saya tak kisah, tapi macam mana kalau awak dah tak boleh tahan and terberanak kat restoran tu? Tak ke malu macam tu?"

 

Young Jae terdiam memikirkan kata-kata Hyung Sik.

 

"Kalau kat rumah, bila-bila masa awak nak beranak pun tak jadi masalah sebab rumah kita. Tak la awak malu sangat nanti." sambung Hyung Sik lagi. 

 

"Melampau la awak ni...suka hati awak la." Young Jae menyilang tangannya sambil mencebik. Masih merajuk sebab keinginannya untuk menyambut birthday suami tersayang di restoran yang ditempahnya tak menjadi. 'Orang nak buat birthday party kat tempat special, taknak! Suka hati la! Tapi, ada betulnya cakap Hyungie tu...' fikir Young Jae.

 

*****

 

"Happy birthday, hiong!" ucap Dae Hyun dan Jong Up serentak sebaik sahaja diorang melangkah masuk ke dalam rumah pasangan HyungJae itu.

 

"Thanks for coming! Jemput la duduk!" pelawa Hyung Sik.

 

"Mana Young Jae?" soal Dae Hyun yang duduk di meja makan bersebelahan dengan Jong Up.

 

"Ada dalam bilik. Still merajuk." balas Hyung Sik.

 

"Merajuk?" Dae Hyun dan Jong Up saling berpandangan. "Kenapa?" soal mereka.

 

"Ada la hal sikit. Tapi dah okey sikit dari tadi. Kejap yer, hiong pi tengok. Kamu berdua jemput la makan dulu." ucap Hyung Sik sebelum beredar.

 

Dae Hyun dan Jong Up meletakkan hadiah yang dibawa ke atas meja bersebelahan mereka.

 

"Thanks sebab datang!" kedengaran suara Young Jae dari jauh.

 

"Orang dah jemput, kena la datang. Kan?" balas Jong Up.

 

"Iya." ucap Young Jae.

 

Setelah mereka berempat duduk di meja makan, majlis pun dimulakan. Selesai memotong kek, Dae Hyun dan Jong Up menyerahkan hadiah masing-masing kepada Hyung Sik.

 

"Mana si kembar? Kenapa tak bawa sekali?" soal Young Jae yang kelihatan hampa sebab tak dapat jumpa anak-anak JongDae couple. Dia suka bermain dengan mereka.

 

"Ada kat rumah, tidur. Parents kitorang yang jaga." balas Dae Hyun ringkas.

 

"Oo..." ucap Young Jae.

 

"So, korang bila plak?" soal Jong Up.

 

"Youngie dah cukup bulan. Doktor kata, bila-bilapun baby boleh keluar. Tu yang hiong taknak bawa dia pi mana-mana dah. Takut nanti terberanak tak kena tempat, kes naya tu." jelas Hyung Sik yang sesekali menjeling ke arah isterinya. Dia tahu, Young Jae mesti terasa.

 

"Yer la tu." balas Young Jae lalu dia mencubit lengan Hyung Sik.

 

"Aduh! Sakitlah!" Hyung Sik mengaduh.

 

Jong Up dan Dae Hyun tertawa melihat telatah mereka.

 

"Thanks atas hadiah tu! Sebenarnya, kamu berdua tak payah la belikan hiong hadiah sebab hiong bukannya budak-budak lagi. Dah nak jadi bapa orangpun." ucap Hyung Sik.

 

"Takper la, hiong. Tak susahpun." ucap Dae Hyun.

 

"Awak pula, hadiah apa yang awak bagi kat husband sendiri?" soal Jong Up kepada Young Jae.

 

"Takda apa. Macam yang dia cakap tadi. Dia bukan budak-budak lagi, so tak payah la nak bagi hadiah." perli Young Jae.

 

"Dia ingat birthday sayapun dah cukup. Tak perlu hadiah." ucap Hyung Sik dengan senyuman.

 

"Urm, excuse me! Saya nak ke tandas sekejap. Akhir-akhir ni selalu sangat buang air kecil. Maaf, ya..." ucap Young Jae sebelum dia perlahan bangun dari sofa dengan bantuan Hyung Sik.

 

"Nak saya temankan?" soal Hyung Sik.

 

"Saya okey. Awak jangan la risau." dengan itu, Young Jae beredar dari situ.

 

Beberapa minit kemudian, mereka bertiga terdengar jeritan Young Jae dari bilik air lalu mereka bergegas ke situ.

 

"Youngie, kenapa ni?" teriak Hyung Sik dari luar.

 

"Hyungie, tol...long...argh!!" Young Jae mengerang dari dalam.

 

Hyung Sik menolak pintu tandas dengan kuat sehingga terbuka. "Youngie, kenapa ni?" soal Hyung Sik lalu dia mendapatkan isterinya yang berdiri sambil memegang perutnya.

 

"Air ketumban saya dah pecah! Baby dah nak keluar..." ucap Young Jae sambil menahan sakit.

 

Mereka bertiga mulai gelabah. Hyung Sik segera mendukung Young Jae keluar dari situ.

 

"Youngie bertahan, ya? Saya bawa awak ke hospital." ucap Hyung Sik.

 

"Saya tak rasa saya boleh bertahan sampai ke hospital...saya rasa baby dah nak keluar sangat ni...ah..."

 

Mereka bertiga tersentak.

 

"Habis macam mana ni? Takkan awak nak beranak kat rumah? Kami tak pandai bab-bab jadi bidan ni." ucap Hyung Sik dengan cemasnya.

 

"Bawa dia ke bilik, saya akan cuba setakat yang saya mampu." arah Dae Hyun.

 

"Awak tahu?" soal Jong Up kehairanan.

 

"Dah takda masa. Cepat, hiong!" arah Dae Hyun.

 

Sebaik saja Young Jae dibaringkan di atas katil, Dae Hyun mula mengarah Jong Up dan Hyung Sik untuk bawakan apa-apa yang diperlukan. Dae Hyun sebenarnya tak tahu dalam hal jadi bidan ni, tapi melalui pengalamannya 2 bulan yang lalu, dia tahu apa yang dialami Young Jae sekarang ni. Dan dia akan cuba untuk membantu.

 

"Baby awak memang dah sedia nak keluar. So, awak cuma ikut arahan saya dan semuanya akan okey, ya?" ucap Dae Hyun.

 

Young Jae hanya mampu mengangguk lemah sebelum dia mula meneran mengikut arahan Dae Hyun.

 

"Okey, sikit lagi!" ucap Dae Hyun.

 

Beberapa minit kemudian, kedengaran suara tangisan anak kecil dari dalam bilik. Jong Up dan Hyung Sik yang menunggu di luar dengan penuh debaran segera menuju ke bilik itu.

 

"Youngie!" teriak Hyung Sik yang muncul di muka pintu bilik.

 

"Hyungie, anak kita..." ucap Young Jae yang memangku seorang bayi lelaki dalam pangkuannya.

 

"Anak kita..." Hyung Sik tak terkata. Dia melangkah perlahan menuju ke arah katil dan duduk di sebelah Young Jae sambil melihat bayi itu dengan senyuman.

 

"Hyunnie, awak berjaya!" ucap Jong Up kepada Dae Hyun.

 

"Ya, sayapun tak sangka yang saya boleh...nasib baik..." ucap Dae Hyun sambil menghembus nafas lega.

 

"Cepatnya baby keluar. Dia memang tak sabar." ucap Hyung Sik.

 

"Kan saya dah kata, saya tak boleh tahan dah. Kalau nak ke hospital, beranak dalam kereta la jawabnya." ucap Young Jae. "Thanks, Dae Hyun! Awak memang hebat."

 

"Takda apa la. Biasa jer." balas Dae Hyun malu-malu.

 

"Thanks, Hyunnie! Hiong terhutang budi dengan kamu." ucap Hyung Sik.

 

"Takper, hiong. Takda masalahpun." balas Dae Hyun.

 

Kemudian, Young Jae dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans sebab keadaannya dan babynya masih perlu diperiksa. Hyung Sik menemaninya.

 

"Awak memang hebat, Hyunnie! Tak sangka awak ni pandai juga jadi bidan terjun." puji Jong Up dengan bangganya.

 

Dae Hyun tersenyum sebelum dia tiba-tiba pengsan. Well, untuk seketika dia lupa yang dia sebenarnya takut darah. Tapi sekarang bila dia ingat balik proses kelahiran tadi, dia mulai terasa pening lalu pengsan...XDD

 

..................................................................................

So, macam mana dengan chapter bonus ni? Saya tau ia tak berapa best, tapi terima kasih sebab sudi membaca juga ^^

Have a nice day! :D

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
terima kasih kpd sume yg komen n subscribe citer ni >_

Comments

You must be logged in to comment
Bluetearsbluesorrow
#1
I'm sorry this story seems great will you make a English version I can tell a lot of people likes it
angel2001 #2
Can you write this in english?I'm sorry :( I really really really like arranged marriage fanfics..But I want happy ending..Can I authornim?Sorry :(
limchiayi
#3
Chapter 5: Hmm... Jong up tak layak untuk dae hyun
nalulol #4
Chapter 4: daehyun tu laki ke pompuan ? 0.0
ELFlisa #5
Chapter 9: nakal betul si zelo ni...
put_up
#6
Chapter 25: ahhaha XD sempat plk daehyun pengsan~