CHAPTER 3 - Dinner with Hyung Sik hiong...

Please Love Me...

 

3 bulan kemudian...

 

"Hyunnie ah, macam mana hubungan kamu berdua? Jong Up dah terima kamu?" soal Hyung Sik sewaktu dia dan Dae Hyun berada di sebuah restoran. Hyung Sik ialah kawan baik Dae Hyun sejak kecil. Dan disebabkan Hyung Sik 2 tahun lebih tua darinya, Dae Hyun menganggapnya sebagai abang.

 

Dae Hyun mengeluh. "Dia cakap, dia takkan terima saya sampai bila-bila. Dia cuma cintakan Young Jae sehingga sayapun dia nampak macam Young Jae." ucap Dae Hyun apabila dia teringat kembali kejadian 3 bulan yang lalu. Kejadian yang Jong Up anggap hanya satu kesilapan.

 

"Kalau susah-susah sangat, kamu minta cerai saja dari dia." cadang Hyung Sik yang tidak sanggup melihat Dae Hyun merana lagi.

 

"What?" soal Dae Hyun yang tidak percaya dengan apa yang didengarnya. 

 

"Kamu berdua tak serasi bersama. Kalau perkahwinan ini diteruskan, kamu yang paling terluka dan hiong taknak kamu terluka lagi, Hyunnie ah." jelas Hyung Sik sambil memegang tangan Dae Hyun dan memandangnya.

 

Dae Hyun mulai rasa tidak selesa. Dia perlahan menarik tangannya itu, dan diletakkan di bawah meja. "A-Apa maksud hiong?" soal Dae Hyun.

 

"Nado saranghae, Hyunnie!" ucap Hyung Sik dan ini membuatkan Dae Hyun tercengang.

 

"Hiong, please don't do this! You know i love him and i can't live without him. Tolong jangan rumitkan keadaan, hiong." Pinta Dae Hyun. Dia tidak mahu persahabatan mereka selama ini terganggu disebabkan luahan hati Hyung Sik. "Saya anggap hiong sebagai abang saya. Tempat untuk saya bergantung. Jangan kerana soal hati ini, hubungan kita renggang. Saya taknak macam tu, hiong. Saya masih perlukan sokongan hiong untuk saya terus menambat hati Jongie. Please..." sambung Dae Hyun dengan panjang lebar.

 

"Okey, i understand...mian...tapi kalau kamu dan dia ditakdirkan terpisah juga, i'll be right here waiting for you. Arasseo?" ucap Hyung Sik yang tidak mahu mengalah.

 

"Dae, arasseo..." balas Dae Hyun dengan perlahan.

 

Beberapa minit kemudian, makanan yang dipesan telah dihidangkan. "Wah! Semuanya nampak sedap! Hmm, yang mana satu saya nak makan dulu, ya?" Dae Hyun menunjuk-nunjuk makanan itu dengan chopsticknya untuk mengira yang mana satu harus dimakan dahulu. Hyung Sik hanya tersenyum melihat gelagatnya yang comel itu. 

 

"Mmm, mashida!!" ucap Dae Hyun dengan cerianya, sambil makan. "Hiong tak makan?" soalnya dengan mulut yang penuh.

 

"Hiong tengok kamu makanpun macam tak cukup. Kalau hiong makan, lagi kamu tak cukup." gurau Hyung Sik sambil mengesat sisa makanan yang terlekat di mulut Dae Hyun. "Makanlah slow-slow sikit."

 

"Hiong, betullah. Saya rasa, saya boleh habiskan semua makanan ni sendiri. Saya lapar sangat." balas Dae Hyun yang tidak berhenti makan.

 

"Makanlah. Kalau tak cukup, pesan lagi. Hari ni kan hiong belanja. Hiong suka tengok kamu makan." ucap Hyung Sik dan Dae Hyun tersenyum memandangnya.

 

"Terima kasih hiong! Sebab sudi temankan saya makan malam-malam buta camni. Dan saya minta maaf sebab ganggu hiong." ucap Dae Hyun.

 

"Hiong tak kisah, tapi Jong Up tak marah ke, kamu keluar malam-malam, ni?" soal Hyung Sik.

 

"Peduli apa saya. Biarlah dia nak marah. Dia bukannya suami saya, kalau dia tak terima saya sebagai isterinya. Jadi, dia takda hak nak halang saya dari buat perkara yang saya suka." tegas Dae Hyun.

 

"Suka hati kamulah..." balas Hyung Sik sambil melihat Dae Hyun yang masih makan. "Wow! Banyaknya kamu makan. Habis semua hidangan. Setahu hiong, kamu ni jenis yang suka jaga badan. Sekarang apa dah jadi? Takkanlah selera makan kamu bertambah lepas kahwin?" tegur Hyung Sik yang terkejut dengan perubahan Dae Hyun.

 

"Entahlah hiong. Sejak akhir-akhir ni, saya selalu lapar, terutama pada waktu malam. Sayapun tak tau apa sebabnya. Dan setiap kali saya makan, mesti saya makan banyak macam ni." balas Dae Hyun dengan manjanya.

 

"Kalau laparpun, janganlah makan banyak sangat. Nanti berat badan kamu naik, terus Jong Up lari. Dari dia nak mula suka kamu, terus jadi tak suka." gurau Hyung Sik yang mula tertawa kecil.

 

"Itulah hiong. Sayapun rasa saya makin berisi. Tapi, kalau saya tak makan, saya lapar. Lapar yang teramat sangat. Dan kalau saya makan sikit, rasa cam tak cukup." balas Dae Hyun yang sudah selesai makan.

 

"Okeylah...kamupun dah habis makan. Jom, hiong hantarkan kamu balik. Dah lewat malam, ni. Tentu Jong Up risaukan kamu, walaupun dia masih belum menerima kamu." ucap Hyung Sik, lalu dia berjalan menuju ke keretanya diikuti Dae Hyun.

 

Dae Hyun mula merasa mual dan pening. Langkahnya terhenti. "Hiong..." Dae Hyun menekup mulutnya dengan kedua-dua tangannya. Hyung Sik segera beralih ke arahnya.

 

"Kenapa?" soal Hyung Sik sambil menghampiri Dae Hyun. "Hyunnie, kenapa ni? Kamu berpeluh dan muka kamu nampak pucat. Kamu tak sihat, ke?" Dae Hyun tidak menjawab pertanyaan Hyung Sik itu. "Yah, what's wrong?" soal Hyung Sik lagi.

 

Tiba-tiba Dae Hyun muntah. Dia memuntahkan segala yang dimakannya tadi. Hyung Sik mengurut-urut belakangnya dengan rupa yang risau. "Itulah kamu makan banyak sangat tadi." tegur Hyung Sik. Dae Hyun memandang Hyung Sik sebelum dia rebah tidak sedarkan diri. Hyung Sik segera mendukungnya, dan membaringkannya di dalam kereta.

 

"Yah! What's wrong with you? Wake up, Hyunnie!" ucap Hyung Sik sambil merenjis-renjiskan air mineral ke muka Dae Hyun. "Hyunnie ah, jangan takutkan hiong! Bangunlah!" Hyung Sik cuba menggerakkan Dae Hyun.

 

"Hiong..." ucap Dae Hyun yang mulai sedar. Hyung Sik memapahnya bangun.

 

"Are you okey? Nak pergi klinik, tak?" soal Hyung Sik.

 

"Tak payahlah. I'm fine, just...I'm hungry again." balas Dae Hyun sambil memegang perutnya. Hyung Sik tersenyum.

 

"Mana tak lapar, kamu dah muntahkan semua yang kamu makan tadi. Hiong tak kisah nak temankan kamu lagi. Mari..." ajak Hyung Sik, namun Dae Hyun enggan.

 

"Tak payahlah, hiong. Saya taklah selapar tadi. Masih boleh bertahan lagi. Jomlah balik." Dae Hyun turun dari kereta dan duduk di tempat duduk di sebelah pemandu. Hyung Sik hanya menurut, dan mula memandu.

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
terima kasih kpd sume yg komen n subscribe citer ni >_

Comments

You must be logged in to comment
Bluetearsbluesorrow
#1
I'm sorry this story seems great will you make a English version I can tell a lot of people likes it
angel2001 #2
Can you write this in english?I'm sorry :( I really really really like arranged marriage fanfics..But I want happy ending..Can I authornim?Sorry :(
limchiayi
#3
Chapter 5: Hmm... Jong up tak layak untuk dae hyun
nalulol #4
Chapter 4: daehyun tu laki ke pompuan ? 0.0
ELFlisa #5
Chapter 9: nakal betul si zelo ni...
put_up
#6
Chapter 25: ahhaha XD sempat plk daehyun pengsan~