CHAPTER 11 - Crazy couple!

Please Love Me...

Setelah hampir 3 bulan Dae Hyun dan Jong Up duduk di rumah keluarga Jung, akhirnya Dae Hyun terpaksa mengikut Jong Up balik ke rumah mereka semula, dan itupun setelah dipujuk oleh keluarganya dan keluarga mertuanya.

 

"Saya mengalah sebab saya taknak kecewakan diorang, dan bukannya sebab saya sayangkan awak. Faham?" ucap Dae Hyun sebaik sahaja mereka tiba di apartment mereka.

 

"Apa-apa jer la." ucap Jong Up dengan dingin sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik dengan beg pakaian mereka.

 

Dae Hyun hairan dengan perubahan sikap Jong Up. "Eh, kenapa dia dingin pula? Dia patut layan aku sebaik mungkin untuk pujuk aku. Bukannya buat tak endah macam tu." Dae Hyun menuju ke dapur. "Aku merajuk, dia balas dengan merajuk juga. Kalau macam ni, memang takkan berbaiklah nampaknya."

 

Dae Hyun mula mencari sesuatu untuk dimakan atau dimasak kerana dia berasa lapar. Sejak dari pagi sampai sekarang dia tidak makan apa-apa pun sebab terpaksa meluangkan masa mendengar 'ceramah' dari keluarganya dan keluarga mertuanya supaya pulang bersama Jong Up dan berbaik semula.

 

"Aku bagi masa selama sebulan untuk dia cairkan hati aku semula, dan kalau dia masih gagal, aku akan failkan perceraian." ngomel Dae Hyun sambil menyelongkar almari dapur dan peti sejuk. Kemudian dia mengeluh. "Takda apa untuk dimakan. Laparnya." rungut Dae Hyun. "Diorang memang tak sayang kat aku. Kalau nak 'berceramah' sekalipun, biarlah aku jamah makanan dulu. Lebihkan, Jongie jer."

 

Dae Hyun mengambil kunci kereta, dan Jong Up yang menyedarinya, mula menegurnya.

 

"Awak nak ke mana?" soal Jong Up yang melangkah keluar dari bilik.

 

"Suka hati sayalah nak ke manapun. Tak kacau hidup awakpun." perli Dae Hyun lalu dia melangkah keluar dari apartmentnya.

 

Jong Up hanya menggeleng-gelengkan kepalanya dengan karenah Dae Hyun itu. Dah puas dipujuk tapi masih berdegil. Tetap dengan keegoannya. Entah apa lagi yang nak dibuat untuk 'mencairkan' hati isterinya itu. Jong Up mengeluh sendirian.

 

~~~~~~~~~~~~~~

 

Dae Hyun menoleh belakang, namun hampa. Jong Up tidak mengejarnya seperti yang diharapkan. Dia mengeluh. "Nampaknya, dia dah tak sayangkan aku lagi. Baru 3 bulan aku merajuk, dia dah give up. Yang dia tak layan aku selama 2 tahun, aku tak give up pun. I hate you, Jongie!" air mata Dae Hyun mula mengalir di pipinya.

 

Dae Hyun duduk di bangku taman. "Saya cuma nak uji awak.*sob* Saya cuma nak balas balik apa yang awak buat kat saya dulu, sebab saya nak awak rasa apa yang saya rasa.*sob* Macam tu *sob* barulah adil." Dae Hyun mengesat air matanya yang tak berhenti mengalir. Dia menekup mukanya dengan kedua-dua tangannya dan dia mulai menangis teresak-esak.

 

~~~~~~~~~~~~~~~

 

Jong Up berbaring di atas katil dalam biliknya. Dan sesekali dia melihat jam dinding. "Dah hampir 11 malam ni. Mana Hyunnie, ni? Dari pukul 5ptg tadi keluar, tak balik-balik lagi. Ke mana dia pergi?" Jong Up turun dari katil dan mula mundar-mandir.

 

"Takkan dia balik rumah dia semula? Tak mungkinlah. Kami dah buat perjanjian yang dalam masa sebulan ni, dia kena tinggal dengan aku supaya aku senang nak pujuk dia semula." Jong Up menggaru kepalanya yang tidak gatal kerana bingung memikirkan ke mana Dae Hyun pergi.

 

"Tak boleh jadi ni. Aku kena cari dia juga." Jong Up segera melangkah keluar dari rumahnya untuk mencari Dae Hyun.

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~

 

"Hai, si manis! Sorang saja, ke?" tegur satu suara yang garau.

 

Dae Hyun yang sedang menikmati kek beras pedas, terkejut dengan teguran itu. Dia memandang orang itu dan kelihatan seorang lelaki yang berbadan sasa, sedang merenungnya.

 

"Awak siapa? Apa awak nak?" soal Dae Hyun sambil meletakkan makanan itu di atas bangku dan dia segera berdiri.

 

Lelaki itu tidak menjawab. Dia hanya memandang Dae Hyun atas bawah atas bawah seperti ada niat yang tak baik. Dae Hyun yang mulai tak selesa diperhatikan macam tu mula mengatur langkah untuk beredar namun lelaki itu segera mencapai tangannya.

 

"Yah! Let me go! Apa awak nak, ha?!" tengking Dae Hyun yang ketakutan.

 

"Aku nak kau!" ucap lelaki itu lalu dia mendukung Dae Hyun di bahunya dan dibawa pergi. Dae Hyun menjerit meminta tolong dan cuba melepaskan diri namun gagal. Dan disebabkan tiada sesiapa di situ, jeritan Dae Hyun hanyalah sia-sia sahaja. Rontaannya juga tidak berjaya.

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 

Jong Up mencari Dae Hyun sehingga dia tiba di sebuah lorong gelap yang sunyi. Kemudian, dia terdengar suara orang meminta tolong, dan dia mengenali suara itu.

 

"Hyunnie!" Jong Up segera berlari menuju ke arah suara itu dan dalam kesamaran malam, dia nampak seorang lelaki sedang melakukan 'sesuatu' kepada isterinya.

 

"Yah! Don't touch him!!" teriak Jong Up lalu dia segera menendang lelaki itu sehingga jatuh ke tepi.

 

"Jongie!" Dae Hyun segera bangun dan mendakap Jong Up seeratnya. "I'm scared!" Dae Hyun menangis ketakutan.

 

"Saya di sini. Takda apa yang awak perlu takut." ucap Jong Up.

 

Kemudian lelaki itu mengeluarkan pisaunya dan dia cuba menikam Jong Up dari belakang, namun Dae Hyun yang menyedarinya segera membawa Jong Up ke tepi.

 

"Tak guna!" marah Jong Up lalu dia meleraikan pelukannya dan membelasah lelaki itu berkali-kali. Lelaki itu tidak dapat melawan kerana Jong Up tidak memberinya peluang untuk melawan langsung. Jong Up menyerangnya bertubi-tubi dan dia kelihatan seperti sedang melepaskan semua kemarahannya kepada lelaki itu. Dae Hyun juga tidak melepaskan peluang untuk membelasah lelaki itu.

 

"Ambik ni! Berani sentuh aku?! Ambik ni!" Dae Hyun menendang dan memijak dan menumbuk dan memukul lelaki itu. "Padannnnnnnn mukaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!" teriak Dae Hyun kegeraman.

 

"So...sorry...saya tak...takkan buat lagi...sorryyyyyyy...." ucap lelaki itu yang tidak tahan dibelasah oleh pasangan yang seperti hilang akal itu. 'Diorang ni macam nak lepaskan semua tekanan kat aku jer...nyesal aku kacau pasangan jiwa kacau macam ni...' getus hati lelaki itu yang dah cedera teruk dibelasah mereka.

 

"Hyunnie, sudah!" ucap Jong Up sambil menghalang Dae Hyun dari terus membelasah lelaki itu.

 

"Kenapa nak sudah? Biar dia!! Dia cari pasal dengan orang yang salah!" Dae Hyun memijak-mijak lelaki itu.

 

"Cukuplah lepas geram tu. Kita patut hantar dia ke balai polis."

 

"Ya! Ya! Ya! Hantar saya ke balai polis." rayu lelaki itu sambil menahan sakit. 'Polispun tak belasah orang macam ni. Hantar aku ke balai polis...please...'

 

Dae Hyun berhenti membelasah lelaki itu dan dia kelihatan puas. "Padan muka!" marah Dae Hyun.

 

"Ya, memang padan muka saya...so, tolong hantar saya ke balai polis. Saya rela duduk dalam lokap dari dibelasah pasangan sewel cam korang ni."

 

Dae Hyun mulai berapi semula. "Pasangan sewel?! Yah! Berani awak kutuk kitorang pasangan sewel?! Nah!" Dae Hyun menyepak lelaki itu. "Kutuk lagi!"

 

Jong Up hanya menggeleng. 'Kawan dok tengah angin, kau pi tambah lagi apinya. Nasib kau la...' getus hati Jong Up yang tak dapat halang api kemarahan Dae Hyun itu. Dia hanya membiarkan Dae Hyun melepaskan semua amarahnya sebelum lelaki itu dibawa ke balai oleh pihak polis.

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 

Itulah padahnya kalau kacau orang yang tengah ada masalah...ish ish ishhh...

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
terima kasih kpd sume yg komen n subscribe citer ni >_

Comments

You must be logged in to comment
Bluetearsbluesorrow
#1
I'm sorry this story seems great will you make a English version I can tell a lot of people likes it
angel2001 #2
Can you write this in english?I'm sorry :( I really really really like arranged marriage fanfics..But I want happy ending..Can I authornim?Sorry :(
limchiayi
#3
Chapter 5: Hmm... Jong up tak layak untuk dae hyun
nalulol #4
Chapter 4: daehyun tu laki ke pompuan ? 0.0
ELFlisa #5
Chapter 9: nakal betul si zelo ni...
put_up
#6
Chapter 25: ahhaha XD sempat plk daehyun pengsan~