CHAPTER 15 - I'm afraid of the dark...

Please Love Me...

 

Seperti yang djanjikan, Hyung Sik membawa Young Jae keluar malam itu. Mereka pergi ke Namsan Tower dulu sebab itulah tujuan utama mereka keluar. Untuk naik kereta kabel di situ.

 

"Wah, cantiknya pemandangan dari atas ni! Betul-betul macam yang saya bayangkan." ucap Young Jae dengan terujanya sambil melihat ke luar.

 

Hyung Sik hanya tersenyum melihat gelagat Young Jae itu. "Baguslah awak suka! Sayapun sebenarnya memang dah lama nak ke sini, tapi tak kesampaian."

 

Young Jae duduk berhadapan dengan Hyung Sik semula. "Kenapa? Hiong dah di blacklist dalam list pelawat kat sini, ke?" gurau Young Jae sambil tertawa kecil.

 

"Pandai la kamu tu." Hyung Sik pun tertawa juga. "Sebenarnya, hiong tak da teman untuk ke sini. Cuba kamu bayangkan kalau hiong naik benda ni sorang-sorang. Tak ke pelik tu? Tentu ramai yang usha hiong pelik nanti."

 

"A'ala kan. Kesian hiong. Tapi takkan hiong takda kawan? Ajak la kawan hiong temankan."

 

"Kamu dah lupa ke? Dae Hyun sorang je kawan yang hiong ada. So, takkanlah hiong nak ajak dia ke sini temankan hiong. Nanti apa pula kata Jong Up nanti."

 

"Hiong bergurau ke? Mustahil orang yang segak bergaya macam hiong ni, takda yang nak berkawan. Entah-entah, hiong yang sombong kot?"

 

"Kamu rasa hiong orang yang macam tu, ke?"

 

"Mula-mula saya tengok hiong, memang saya fikir yang hiong ni orang yang sombong. Tapi lepas saya dah kenal hiong...saya tengok hiong orang yang peramah dan baik hati."

 

"Kamu fikir macam tu?"

 

Young Jae mengangguk. "Kalau hiong sombong, takkanlah hiong nak belanja saya malam ni, kan? Hanya orang yang baik hati jer boleh layan orang lain dengan baik. Macam hiong."

 

"Thanks!"

 

"Untuk apa?"

 

"Untuk pujian kamu tu. First time saya dengar orang puji saya dengan seikhlas hati, selain Dae Hyun. Dan saya gembira sebab kamu temankan saya malam ni. Kalau tak, entah bila baru saya boleh naik benda ni."

 

Young Jae tertunduk malu dengan kata-kata Hyung Sik itu. Kemudian dia mengeluarkan sebatang permenant marker. Hyung Sik hanya memandangnya dengan hairan.

 

"Untuk apa?" soal Hyung Sik.

 

"Hiong pernah tengok drama 'Boys Over Flower' tak? Dalam drama tu, hero dan heroinnya buat tanda kat sini sebagai kenangan yang diorang pernah naik benda ni bersama." Jelas Young Jae lalu dia mula sign namanya di dinding.

 

"Eh, takper ke kita conteng kat sini? Yang tu dalam drama diorang dah bayar untuk buat macam ni."

 

"Kitapun dah bayar juga. Bayar atas harga tiket. Tak gitu." balas Young Jae. "Hiong, cepat la. Nah ambil marker ni." Young Jae menghulurkan marker itu kepada Hyung Sik.

 

"Okey." Hyung Sik mengambil marker itu dan sign namanya di sebelah nama Young Jae. Kemudian dia melukis bentuk 'love' di tengah-tengah antara nama mereka berdua.

 

Young Jae terlopong. Lalu dia memandang Hyung Sik. "Hiong, kenapa hiong tulis macam tu?"

 

"Kenapa? Tak boleh ke? Ia menggambarkan perasaan saya sekarang. 'Hyung Sik <3 Young Jae'... sweet kan?"

 

"Hiong, cinta bukan perkara main-main. Baik hiong padamkan balik perkataan tu."

 

"Saya tak main-main." Hyung Sik memandang Young Jae, lalu dia memegang tangan Young Jae.

 

"Hiong..."

 

"Saya tau ia terlalu awal untuk buat pengakuan, tapi saya nak cakap juga. I love you, Youngie!"

 

Young Jae tergamam.

 

"Sekarang baru saya percaya tentang cinta pandang pertama. Ia memang wujud."

 

"Hiong cakap apa ni?" meleraikan pegangan Hyung Sik. "Hiong bergurau, kan?"

 

Tiba-tiba kereta kabel itu terhenti sewaktu mereka masih dalam perjalanan ke perhentiannya. Dan semua lampu mula terpadam menyebabkan keadaan waktu itu gelap-gelita. Young Jae yang sememangnya takut gelap mulai panik.

 

"Hiong! Hiong kat mana?! Tolong saya!" teriak Young Jae sambil meraba-raba dalam gelap.

 

"Youngie, saya kat sini!" Hyung Sik mencapai tangan Young Jae, dan Young Jae segera memeluknya.

 

"Hiong, saya takut!" Young Jae mula menangis teresak-esak.

 

"Shh...saya ada Youngie. Jangan la menangis, ya?" Hyung Sik cuba memujuk Young Jae.

 

Young Jae takut gelap sebab dia pernah mengalami pengalaman pahit sewaktu dalam gelap.

 

Beberapa minit kemudian, lampu mula menyala dan kereta kabel itu bergerak seperti biasa. Dan sebaik sahaja kereta kabel itu berhenti di tempat turun, Young Jae segera melangkah keluar dari situ.

 

"Kamu okey?" soal Hyung Sik.

 

"Saya okey." balas Young Jae dengan perlahan.

 

"Kamu nak saya hantarkan kamu balik, atau kamu masih nak berjalan lagi?"

 

"Saya nak balik."

 

"Okey. Mari hiong hantarkan kamu balik. Muka kamu pun nampak pucat ni."

 

Young Jae hanya mengikut Hyung Sik dari belakang. Fikirannya masih melayang memikirkan pengalaman pahitnya dulu.

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
terima kasih kpd sume yg komen n subscribe citer ni >_

Comments

You must be logged in to comment
Bluetearsbluesorrow
#1
I'm sorry this story seems great will you make a English version I can tell a lot of people likes it
angel2001 #2
Can you write this in english?I'm sorry :( I really really really like arranged marriage fanfics..But I want happy ending..Can I authornim?Sorry :(
limchiayi
#3
Chapter 5: Hmm... Jong up tak layak untuk dae hyun
nalulol #4
Chapter 4: daehyun tu laki ke pompuan ? 0.0
ELFlisa #5
Chapter 9: nakal betul si zelo ni...
put_up
#6
Chapter 25: ahhaha XD sempat plk daehyun pengsan~