CHAPTER 20 - I'm sorry...

Please Love Me...

Malam itu, Dae Hyun duduk di ruang tamu bersendirian sambil menangis teresak-esak sebelum dia membuat keputusan untuk menelefon ibunya menggunakan telefon rumah. Dia perlahan berhenti menangis dan mengesat air matanya sebelum mula mendail nombor rumah ibunya.

 

"Hello?" soal ibunya disebalik talian.

 

"Om..omma..." dengan itu Daehyun mulai menangis semula. Pn. Jung disebalik talian, dah mulai panik dan gelabah mendengar anak kesayangannya kini sedang menangis. Dia mengucapkan sesuatu untuk cuba memujuk Dae Hyun supaya tenang.

 

Setelah beberapa minit kemudian, Dae Hyun mulai tenang walaupun masih lagi kedengaran sisa tangisannya yang tersedu-sedan.

 

"Sekarang bagitau mak, apa masalahnya ni? Jong Up ada buat sesuatu kat kamu lagi, ke? Huh?" soal Pn. Jung.

 

"Mak, saya takut Jongie yang lama kembali semula. Saya takut. Saya tak sanggup nak hadapi semua ni lagi, mak. Tambah-tambah dalam keadaan saya macam ni, saya takut jadi apa-apa kat baby ni nanti kalau saya tertekan. Omma, eotteokhae?"

 

"Apa dah jadi? Apa maksud kamu dia dah jadi macam dulu balik? Agaknya, dia memang nak kehilangan kamu kot. Baiklah kalau macam tu, malam ni juga mak ajak ayah kamu ke sana. Mak nak bawa kamu balik ke sini dan stay dengan kami sampai bila-bila. Okey?"

 

"Mak, tak payah la. Saya call ni pun bukan nak suruh mak datang, saya cuma perlukan seseorang untuk saya luahkan perasaan saya sekarang ni. Itu jer. Okey la, sekarang saya dah okey. Mak tak perlu risau la. Bye!" Dae Hyun segera mematikan talian dengan meletakkan ganggang telefon. 'Kalau family aku masuk campur dalam hal ni, tentu haru biru jadinya. Tak boleh, aku kena hadapi sendiri macam...macam dulu balik...'

 

Dae Hyun duduk di lantai dengan merapatkan kaki ke dadanya. "Jongie...kenapa? Boleh tak awak bagitau saya apa masalah awak sebenarnya? Jangan la buat saya macam ni lagi...dulu awak janji yang awak takkan lukai saya lagi, tapi sekarang...kenapa tiba-tiba jer? Apa salah saya?" ngomel Dae Hyun sendirian dengan tangannya diletakkan ke perutnya. "Awak tak kesian kat baby kita, ke? Please Jongie, saya taknak kehilangan baby kita macam yang dulu tu...please...i'm begging you..." Dae Hyun membenamkan mukanya di lututnya dan dia mula menangis semula. "Kenapa begini seksa untuk saya mencintai awak, Jongie? Why? I really love you, but why it's so hard for you to realize that? I'm hurting now...not only me, but our baby also felt the misery. Jongie..."

 

Tanpa Dae Hyun sedari, Jong Up sedang berdiri tidak jauh dari tempat dia duduk dan Jong Up dah dengar segala yang dibebelkan oleh Dae Hyun dengan jelas walaupun bebelannya itu diselangi dengan bunyi tangisan. Jong Up mulai rasa bersalah kerana menyakiti Dae Hyun lagi. Dan dia sedar yang isterinya itu, betul-betul mencintainya. Tanpa disedarinya, air matanya mengalir ke pipi.

 

"Hyunnie..." tegur Jong Up sambil dia perlahan mengorak langkah ke arah isterinya.

 

Dae Hyun tersentak, lalu dia perlahan mendongakkan kepalanya hanya untuk melihat Jong Up dah terpacak di hadapannya. "Jj-Jongie..." tangisannya ditahan.

 

"Kenapa awak duduk atas lantai yang sejuk ni? Mari, kita masuk bilik. Tak elok la orang pregnant duduk atas lantai yang sejuk macam ni. Kesian baby kat dalam tu, mesti dah meremang bulu romanya." ucap Jong Up dengan nada gurauan, dengan harapan Dae Hyun tak bersedih lagi.

 

"Awak...bukan ke tadi..."

 

"Memang bukan." Jong Up tersenyum ke arah Dae Hyun sebelum dia mendukung isterinya dengan bridal style lalu dia menuju ke bilik mereka.

 

Dae Hyun merasa lega kerana Jong Up tidak seperti dulu lagi, dan dia tersentuh dengan keprihatinan Jong Up terhadapnya. Dia memaut leher Jong Up sambil kepalanya bersandar ke dada Jong Up dan tanpa disedari, dia terlelap.

 

"Saya minta maaf sebab dingin dengan awak tadi. Saya memang tak guna sebab selalu ragu-ragu dengan cinta awak kat saya sedangkan saya patut bersyukur sebab awak sanggup bagi peluang untuk saya tebus kesilapan lalu. Saya minta maaf, Hyunnie dan sayapun cintakan awak." dengan itu, Jong Up mengucup dahi Dae Hyun sebelum melangkah masuk ke dalam bilik.

 

Tubuh Dae Hyun dibaringkan di atas katil dengan penuh hati-hati, sebelum dia duduk di birai katil sambil membelai kepala isterinya itu. Sekali lagi kucupan mesra dihadiahkan ke pipi Dae Hyun sebelum tangannya perlahan diletakkan di perut isterinya.

 

"Baby ah, papa minta maaf yer sebab buat mama nangis. Lepas ni papa janji yang papa akan jaga baby dan mama sebaik mungkin. Dan papa takkan sekali-kali lukai perasaan mama lagi." Jong Up mengucup perut isterinya. "Papa sayang baby dan mama."

 

Jong Up menyelimuti Dae Hyun dan dia hampir bangun dari katil bila tangannya dicapai oleh Dae Hyun.

 

"Jangan tinggal saya, Jongie." ucap Dae Hyun yang masih berbaring.

 

"Baiklah." Jong Up berbaring di sebelah Dae Hyun sebelum Dae Hyun segera merapatkan tubuhnya dan memeluk Jong Up seeratnya. Jong Up hanya tersenyum dengan gelagat Dae Hyun yang comel itu. 'I love you my lovey wife!'

 

~~~~~~~~

 

Hyung Sik cuba memulihkan hubungannya dengan Young Jae. Dia pergi ke rumah Young Jae untuk meminta maaf atas keterlanjuran dia malam itu, namun tidak dilayan. Dia cuba menelefon Young Jae, namun panggilannya tak berjawab begitu juga mesej yang dihantar hampir 100 kali, masih juga tak berbalas. Hyung Sik bingung. Dia jadi tak tentu arah bila diabaikan oleh Young Jae. Entah kenapa dia mula rasa tak happy tanpa Young Jae di sisinya.

 

Dah hampir sebulan Young Jae masih lagi tak mahu memaafkannya atau berjumpa dengannya. Setiap kali terserempak, Young Jae mesti melarikan diri.

 

"Ini tak boleh jadi. Aku mesti buat sesuatu untuk pujuk dia." tegas Hyung Sik pada dirinya.

 

~~~~~~~~

 

Young Jae duduk di kerusi panjang di ruang tamu rumahnya sambil dia membaca mesej-mesej yang dihantar oleh Hyung Sik. Dia tersenyum tatkala membaca mesej-mesej itu yang berbaur sayang, rindu, risau dan penyesalan atas keterlanjuran dia yang lalu.

 

'I'm sorry, Hyungie...saya tau awak betul-betul menyesal dan sayapun dah lama maafkan awak cuma...saya tak layak untuk awak, Hyungie...walaupun awak tak kisah, tapi saya kisah...awak lelaki yang baik, manakala saya ni dah dicemari dan...saya tau awak suka budak-budak, tapi saya tak boleh...kita tak mungkin bersama...saya harap awak dapat cari orang lain untuk jadi pasangan hidup awak, dan lupakan saya...ini saja yang saya nak bagitau awak. So, please stop mesej saya atau hubungi saya...dan jangan datang jumpa saya lagi.'

 

Young Jae menekan button menghantar untuk membalas mesej-mesej Hyung Sik itu. Dia meletakkan handphonenya di meja sebelum berbaring di sofa dengan air mata yang tiba-tiba mengalir. "I'm sorry, Hyungie...kita tak ditakdirkan bersama..." dengan itu, Young Jae terlelap.

 

~~~~~~~~

 

Hyung Sik membaca mesej yang dihantar oleh Young Jae, kemudian dia mengeluh. "Hanya disebabkan ni dia taknak terima aku sedangkan aku tak kisah. Tak, Youngie. Saya bukan jenis yang mudah berputus asa, so saya akan terus cuba untuk dapatkan awak. Just wait..."

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

A/N: Lama dah tak update sebab ketandusan idea...sekarang ni idea tiba-tiba muncul, so saya nak berkongsi la dengan para pembaca setia saya...so semoga enjoyed! ^^

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
terima kasih kpd sume yg komen n subscribe citer ni >_

Comments

You must be logged in to comment
Bluetearsbluesorrow
#1
I'm sorry this story seems great will you make a English version I can tell a lot of people likes it
angel2001 #2
Can you write this in english?I'm sorry :( I really really really like arranged marriage fanfics..But I want happy ending..Can I authornim?Sorry :(
limchiayi
#3
Chapter 5: Hmm... Jong up tak layak untuk dae hyun
nalulol #4
Chapter 4: daehyun tu laki ke pompuan ? 0.0
ELFlisa #5
Chapter 9: nakal betul si zelo ni...
put_up
#6
Chapter 25: ahhaha XD sempat plk daehyun pengsan~