CHAPTER 1 - I don't love you...

Please Love Me...

 

Petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tiada tanda-tanda untuk ia berhenti. Begitu juga dengan air mata Dae Hyun yang tidak berhenti mengalir tatkala dia memikirkan sikap dingin Jong Up terhadapnya. Hampir 2 tahun mereka berkahwin, namun Jong Up sedikitpun tidak menunjukkan perubahan sikapnya terhadap Dae Hyun. Dae Hyun mengeluh sambil memandang ke luar tingkap. Dia tahu Jong Up tidak menyukainya kerana Jong Up mencintai Young Jae. 

 

Habis waktu kerja, Jong Up tidak terus pulang ke rumah. Dia singgah di sebuah bar, tempat Young Jae bekerja. Dan disebabkan pekerjaan Young Jae inilah, ibu bapa Jong Up tidak menyetujui perhubungan mereka.

 

"Omma cakap apa ni? Saya takkan berkahwin dengan Jung Dae Hyun. Saya tak boleh!" bantah Jong Up.

 

"Kenapa tak boleh? Dae Hyun anak yang baik dan berpelajaran. Kerjanya juga bagus. Omma lebih suka kamu berkahwin dengan dia daripada kamu bersama Young Jae. Arasseo?" Tegas Pn. Moon.

 

"I love Youngie more than anyone. Sesiapapun tak boleh halang saya dari mengahwininya." balas Jong Up, lalu dia segera keluar dari rumahnya.

 

Di bar...

"Dengar kata awak dah nak kahwin. Chukahae!" Ucap Young Jae sambil mengelap gelas-gelas yang baru dicuci.

 

Jong Up memandangnya dengan hairan. "Apa maksud awak dengan 'Tahniah'? Awak gembira saya akan berkahwin dengan orang lain?" soal Jong Up dan Young Jae tersenyum.

 

"Mestilah gembira! Akhirnya kawan baik saya akan mendirikan rumah tangga dan bina keluarga baru! Saya tumpang gembira. So, bila tarikhnya?" soal Young Jae dan Jong Up memandangnya seperti tidak percaya.

 

"Kawan? Maksud awak, selama ni awak cuma anggap saya sebagai kawan?" soal Jong Up.

 

"Ya. Saya anggap awak seperti kawan sahaja. Jangan kata awak fikir saya sukakan awak. Please, Jong Up...jangan rumitkan keadaan." pinta Young Jae. Dia tidak mahu Jong Up membatalkan perkahwinannya dengan Dae Hyun. Walaupun, dia tidak mengenali Dae Hyun, tapi dia tahu jodoh yang ditentukan oleh ibu bapa adalah yang terbaik berbanding pilihan sendiri.

 

"Takkan takda langsung perasaan awak terhadap saya selama kita bersama, Youngie ah?" soal Jong Up sambil memegang tangan Young Jae. Dia tidak mahu menerima hakikat yang Young Jae tidak mencintainya. Dia begitu mencintai Young Jae.

 

Young Jae perlahan meleraikan pegangan tangan Jong Up. "Mianei...saya taknak jadi penghalang antara awak dan Dae Hyun. I don't love you. Terimalah Dae Hyun. Dia mungkin lebih baik daripada saya." 

 

"Awak bukan penghalang, tapi Dae Hyun. Saya tahu awakpun cintakan saya. Awak cuma rasa rendah diri disebabkan kerja awak ni. Tapi saya tak kisah, Youngie ah. I love you, the way you are!" tegas Jong Up yang tidak mahu mengalah.

 

"Saya memang tak cintakan awak! Terimalah hakikat! Tolong jangan paksa saya lagi!" tegas Young Jae lalu dia segera beredar.

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
terima kasih kpd sume yg komen n subscribe citer ni >_

Comments

You must be logged in to comment
Bluetearsbluesorrow
#1
I'm sorry this story seems great will you make a English version I can tell a lot of people likes it
angel2001 #2
Can you write this in english?I'm sorry :( I really really really like arranged marriage fanfics..But I want happy ending..Can I authornim?Sorry :(
limchiayi
#3
Chapter 5: Hmm... Jong up tak layak untuk dae hyun
nalulol #4
Chapter 4: daehyun tu laki ke pompuan ? 0.0
ELFlisa #5
Chapter 9: nakal betul si zelo ni...
put_up
#6
Chapter 25: ahhaha XD sempat plk daehyun pengsan~