Cikgu Ayu /lagu Khalifah berkumandang/

Ramadan Equation: VIXX Dapat Hidayah! + EXTEND [VIXXTRA!]

Pejam celik, dah masuk seminggu si lima jejaka terlajakkkkk bujang tak berbini ni berpuasa, kecuali Hongbin. 'Takkan takdak cerita pasal Leo kot?'. Ada ja! Ni yang si penaip nak taip ni. Sebelum ni ada bab dia balik lambat tu kan? Sebenarnya dia bekerja sebagai guru tadika di tadika swasta. Pelik bin benar sebab jaranggggg sangat nak tengok cikgu lelaki dekat tadika, tabika, taska, pasti. Ha'ah memang pasti tak ramai.

Nak dijadikan cerita, hari ni Leo dapat 'partner' baru setelah 2tahun seorang diri jadi cikgu tadika. Jadi, Kak Yuri merangkap pengasas 'Tadika Diharapkan Ceria Ceria Selalu', dah call Leo sebab bila-bila masa ja cikgu baru sampai.

"Okay semua! Cikgu ada something nak bagitau ni...", Kata Leo sambil melihat anak murid yang masih bermain-main. Maklumla, budak 5-6tahun ni banyak ragamnya. Leo mula mengambil cokelat KitKat dari poketnya sambil berkata, "Sapa diam, cikgu bagi cekelat-".

Bagaikan malaikat lalu, semua anak muridnya diam sambil memerhatikan cokelat di tangannya.

"Dengar sini naa. Hari ni berkemungkinan ada cikgu baru masuk. Jadi, cikgu harap hangpa semua tak buat macam-macam bila cikgu baru masuk nanti naa.", jelas Leo lagi. Lalu, bertubi-tubi soalan ditanya macam PC skandal rahsuah lembu Wan M Di-Bi.

"Cikgu tu cantik tak?".

"Cikgu tu single lagi tak?".

"Cikgu tu ada Bigo Live tak? Nak add.".

Eh? Ni PC skandal rasuah ke agen pencari jodoh? Macam-macam la budak zaman sekarang ni.

"Assalamualaikum~".

Kedengaran suara wanita dari luar pintu jelas menjawab spekulasi kanak-kanak Ribiena tadi. Dengan lafaz Bismillah, dia masuk ke dalam kelas yang dipenuhi 17 murid dan seorang guru yang bernama Muhamad Tajuddin Bin Abdullah.

"Waalaikumsalam.", balas Leo yang masih terpaku dengan keayuan si gadis yang sudah berada disebelahnya.

'Dari matamu~ Matamu~ Ku mulai, ku jatuh cinta~'.

Dan sejak bila pulak budak-budak Sterk buat shooting depan tadika nih?!

Leo tersedar dari lamunannya lalu memperkenalkan gadis di sebelahnya, "Ni cikgu nak perkenalkan. Nama cikgu kat sebelah cikgu ni Cikgu Mimi. Dia akan mengajaq sekali dengan cikgu dan macam biasa... Dipersilakan Cikgu Mimi untuk beri sepatah dua kata.".

Anak murid mereka mula bertepuk tangan sambil menjerit keriangan. Lalu Cikgu Mimi pun mula memberi sepatah dua kata, "Assalamualaikum semua! Saya Cikgu Mimi akan mengajar kamu semua bersama-sama Cikgu Tajuddin. Jadi, saya nak anak murid saya yang dikasihi supaya dengar cakap cikgu dan jangan hilangkan tupaware. Itu je.".

Begitulah ucapan dari cikgu Mimi cuma yang belakang tu, dengar macam lain je? Leo hanya bertepuk tangan sambil tersenyum kecil. Aww so bergula...



 

Sesi pertadikaan sudahpun berakhir dan Leo bergegas meninggalkan tadika tersebut sebab dapat pesanan dari pelangan. Dikesempitan ekonomi ni, Leo ada buat dua kerja. Disebelah pagi dia merupakan seorang guru, pada sebelah petangnya pulak dia adalah pemandu Uber. Mak ai! Pandai pulak dia naik kereta Proton Saga..

Dari belakang bangunan TADICELU (Tadika Diharapkan Ceria Ceria Selalu), Leo memandu sehingga ke simpang keluar menuju ke jalan besar. Disinilah tempat menunggu untuk ambik penumpang. Selalunya jarang orang pesan Uber kat area Taman Seria.

Terlihatnya seorang gadis berbaju kurung siap berpayung masuk ke dalam kereta Leo. Macam kenal je? Leo memandang cermin tengah dan terlihat Cikgu Mimi menutup payung lalu disimpan di dalam beg sandang miliknya. "Cikgu Mimi?".

"Eh? Cikgu Tajuddin?", tanya Cikgu Mimi kembali membuatkan mereka berdua ketawa kecil sambil tersipu malu.

"Alaa. Tak payah panggil saya Cikgu Tajuddin. Panggil ja Tajul.", ucap Leo lalu mula memandu kereta. Perasan hensem macam Tajul adik Arwah Achik Spin lettew. Leo bertanyakan lagi pada Cikgu Mimi, "Cikgu Mimi ni memang asal Kampung Permatang ka?".

"Ha'ah. Asal sana. Duduk kat rumah Pak Haji Sikyung...".

Secara tiba-tiba Leo meneguk air liurnya bila mendengar nama Pak Haji Sikyung. Kenangan tahun lalu mengingatkannya kembali. Tak sangka jugak Cikgu Mimi ni anak Pak Haji garang tu. Semuanya bermula dari halaman rumahnya...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Wonsik_Sai
tukaq tukaq.. 'last' bab akan dipos pada raya ke-2 sebab raya pertama mana ada orang nak baca. Semua pakat nak beraya. Hohoho

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
LovelyIna
#2
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
vixxobang #3
Chapter 24: Lol saya pun ada pernah buat reference pasal Yuta dan kurma Yusof Taiyob aka Yuta juga x'D
hanistar99 #4
Chapter 24: Ehh ada sambungan ke?? Yeayyy
hanistar99 #5
Chapter 21: Dah abes :") ttiba nak tau sapa berdakwah kat N laa hehe
ROVIXAYEE_96
#6
Chapter 21: Wow wow!! Daebak sungguh cerita nie!! Lain kali buat sequel tau! Saya tunggu... annyeong :D
marlia91
#7
Chapter 19: Selamat hari rayaa kpd penulis....

Baru hari ni, dan malam ni dapat baca smua update, yaa sibuk beraya la katakan.. XD (tpi syukur xdak kematian karan mcm abam2 vixx sekalian xD)

Janganlah ditamatkan cerita ini, teruskan hingga syawal tahun depan xD xD
ROVIXAYEE_96
#8
Chapter 19: Comeback lawak dengan baju melayu sedondon biru navy siap dengan sampin shining gold!! Baru baca bab nie sudah ketawa tengok 6 sekawan VIXX pakai baju ala gangster... heheheheheheh... lucu sangat VIXX oppa pakai baju melayu macam tu je... Gahahahahahaha!!!!
ROVIXAYEE_96
#9
Chapter 17: Waah!!! Akhirnya si Hongbin nie mula berpuasa... Jadi semua member VIXX nie 100% puasa!!!! Tepuk tangan!!!
hanistar99 #10
Chapter 17: Alhamdulillah, hati Hongbin lembut ㅠㅠ semoga dapat hidayah both dalam fanfic nie dan irl