Ho~! Sahur, Sahur. SAHURRRRRR~~!

Ramadan Equation: VIXX Dapat Hidayah! + EXTEND [VIXXTRA!]

Sepertimana yang dinyatakan di tajuk kita pada hari ini, lagu "Sahur" dari Radja membingitkan pagi di rumah 6 sekawan. N lah yang pasang radio Bersinar FM 'meng-bling bling hidupmu'. Sambil dia menyediakan makanan untuk sahur, N dengan confiden-nya karoke. Tau lah suara dia sedap...

"Ho~! Sahur, Sahur. SAHURRRRRR~~!".

"WOI! BISING ARHHHHHHHH!", dari jauh Ken menjerit macam ada kebakaran. Sekaligus buat N tertumpah air susu sebab terkejut.

Genggamannya makin kuat, matanya makin dipejam, amarahnya mula membahang. Habislah kau Ken kena 'hirisan leher' N.

"Errrrr.. Jyani pewgi panggil yang lain ye.. Heart-jjyu..." gagap Ken sebab dah mula takut dengan N.

"MUHAMAD JAMAL ABDULLAHHHH!!".

Serentak dengan kemaraan N menuju ke Ken ala-ala Hulk dengan Loki. (padahal Hulk tu nama samaran Hyuk), Ken mula memecut masuk ke dalam bilik Hyuk dan Ravi. Dengan selamba blur-nya dia 'lending' sebelah Ravi. Tau pun penakut.

Dengkuran Ravi terhenti tatkala Ken menghimpitnya ke dinding kayu yang sejuk namampos tu. Dengan sekali tolak, Ken jatuh terguling-guling 'Kuch Kuch Botak Head' ke arah katil Hyuk.

"Woi! Apa salah aku?!", tanya Ken sambil mengusap kepala yang terkena besi katil.

"Yang kau lending atas katil aku ni apehal?!", pekik Ravi pula sampaikan Hyuk yang lena diulik mimpi pun boleh terjaga.

Bagaikan beruk mat ye tersengih, Ken tersenyum hingga nampak gusi merah jambunya. Nampak benau dia rajin berus gigi.

"Bau telur goreng...", kata Hyuk yang masih mamai. Comel je dia dengan mata kuyu, rambut tutup dahi, baju pajama biru berukir bintang. Alahai... Si penaip pun terjatuh hati dengan budak ni.

"Eyyy.. Cepatlah bangun! Dah waktu bersahur ni. Kang terbabas pulak.", jerit Ken sambil menggongcang tubuh Hyuk di belakang.

Akhirnya, Ravi dan Hyuk masing-masing bangun bersama Ken menuju ke dapur. Turun je tangga dapur, tiga sekawan dah mula gelabah sebab nampak N dan Leo dah mula bersahur. Duduk je dihadapan meja yang penuh dengan air susu, kurma Haji Yusof Tanjung Bungah, sambal ikan bilis, 3biji telur dan sepinggan nasi setiap seorang.

"Bismillahirahmannirahim... (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)". Ken memulakan bacaan doa makan tatkala N dan Leo selesai menjamah nasi.

Budak bertiga tersebut terus berebut mengambil telur serta ikan bilis namun kemudian Hyuk mencelah, "Kalau ikut sunnah, makan kurma dengan air dulu.".

"Ye tak ye jugak ahh-", balas Ravi lalu terus mengambil sebiji kurma. Seteguk demi seteguk air diminum tiga jejaka tersebut. Tetapi!-

"Allahuakhbar Allahuakhbar~ (Allah Maha Besar 2x)".

Azan Subuh sayu kedengaran. Masa bagaikan terhenti sebentar. N dan Leo melihat tiga jejaka yang masih kaku dengan nasi disalut ikan bilis dan sedikit telur di tangan. Tiba-tiba Leo ketawa sambil berkata, "Depa tak habih makan lagi! Hahahah...".

"Ya Allah! Aku telah melakukan pembaziran di hari pertama berpuasa, Ya Allah~", jerit Ravi sambil tangan kanannya bergetar-getar. Khilaf akan kesalahan. Siap berkias lagi.

N geleng saja kepalanya. Dia sudah dua tahun berpuasa dan dia tahu mengenai azan di kampung ni. Sambil dia membasuh pinggan, N berkata, "Itu azan pertamalah. Azan kedua baru Azan Subuh.".

Mereka bertiga yang masih kaku dah macam The Closer MV ni mula mengeluh puas. Ken mula bertanya. "Laaaa. Kenapa tak cakap dari tadi?".

N dan Leo hanya melihat gelagat budak bertiga yang gelojoh makan sebab takut pishang berbuah kaler ungu. Lambat nak masak. Akhirnya, Ken, Hyuk dan Ravi selesai menjamu selera sebelum azan Subuh kedua berkumandang. Alhamdulillah, rezeki.

"Jap, bro. Kau ke yang masak sambal ikan bilis tadi?", soal Ken yang ditujukan khas buat N.

"Ha'ah. Nape?".

"Patut arr masin!".

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Wonsik_Sai
tukaq tukaq.. 'last' bab akan dipos pada raya ke-2 sebab raya pertama mana ada orang nak baca. Semua pakat nak beraya. Hohoho

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
LovelyIna
#2
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
vixxobang #3
Chapter 24: Lol saya pun ada pernah buat reference pasal Yuta dan kurma Yusof Taiyob aka Yuta juga x'D
hanistar99 #4
Chapter 24: Ehh ada sambungan ke?? Yeayyy
hanistar99 #5
Chapter 21: Dah abes :") ttiba nak tau sapa berdakwah kat N laa hehe
ROVIXAYEE_96
#6
Chapter 21: Wow wow!! Daebak sungguh cerita nie!! Lain kali buat sequel tau! Saya tunggu... annyeong :D
marlia91
#7
Chapter 19: Selamat hari rayaa kpd penulis....

Baru hari ni, dan malam ni dapat baca smua update, yaa sibuk beraya la katakan.. XD (tpi syukur xdak kematian karan mcm abam2 vixx sekalian xD)

Janganlah ditamatkan cerita ini, teruskan hingga syawal tahun depan xD xD
ROVIXAYEE_96
#8
Chapter 19: Comeback lawak dengan baju melayu sedondon biru navy siap dengan sampin shining gold!! Baru baca bab nie sudah ketawa tengok 6 sekawan VIXX pakai baju ala gangster... heheheheheheh... lucu sangat VIXX oppa pakai baju melayu macam tu je... Gahahahahahaha!!!!
ROVIXAYEE_96
#9
Chapter 17: Waah!!! Akhirnya si Hongbin nie mula berpuasa... Jadi semua member VIXX nie 100% puasa!!!! Tepuk tangan!!!
hanistar99 #10
Chapter 17: Alhamdulillah, hati Hongbin lembut ㅠㅠ semoga dapat hidayah both dalam fanfic nie dan irl