Festival Meriam Buluh (Bersama EXO & BIGSTAR)

Ramadan Equation: VIXX Dapat Hidayah! + EXTEND [VIXXTRA!]

Pada hari yang sama disebelah malamnya pulak. Hyuk yang mendapat mesej dari group 'Team Penyangak Tak Pernah Ninggal (PTPTN)' di Whatsapp yang menyatakan bahawasanya ada pertunjukan meriam buluh dekat Kuala Muda sabtu ni. Eh? Maksudnya besok lah. Hyuk yang dari tadi baring di atas katilnya bersama Ken yang berada di katil Ravi. Setiap tahun dia pergi tengok pertunjukkan tu sebab geng dia semua join pertunjukkan tu. Cuma Hyuk ja yang tak boleh join sebab N dah bagi warning takdak baju baru kalau join. Jadi dia hanya boleh datang dan menengok ja. Alalalalaaa cian budak ni.

"Bro Ken.".

"Yoo! Kennapa?", tanya Ken yang masih memegang handphone.

"Besok boleh teman aku pegi tengok festival meriam buluh tak?", tanya Hyuk pulak sambil mengiring ke arah Ken.

"Aku tak boleh lah. Besok nak practice kompang dekat rumah Haji Suho. Minggu depan ada marhaban kat masjid.".

Pelik pulak alasan Ken ni. Tak penah bagitau pun dia join kompang? Bisik hati Hyuk yang sedang bergelora. Kalau ajak Ravi atau Hongbin, konpom dorang tolak sebab sabut kelapa lebih penting daripada bekalan air di dalam negara. Kalau Leo, penakut mercun. MEMANG TAK AHH!

"Kalau kau pegi nanti, kirim salam kat Bat (Baekhyun) dengan ucapan 'hutang aku bila nak bayar?'.", kata Ken yang masih scroll IG.

Dengan penuh ketidak puas hatian, Hyuk mengambil bantal kepala lalu baling sekuat otot ke arah Ken. Amekkau!



 

Keesokkan harinya, Hyuk yang sedang duduk di kerusi malas di bawah rumahnya sambil termenung jauuuh terbawa lukisan hatimu, hilangggg-.

"Tak main mercun dah ke?", Sejeong datang ke pagar dawai bersama lagu Akim & The Majestret "Portrait" yang dipasang di telefon pintar Samsung miliknya. Samsung? Eww...

"Tak-", jawab Hyuk yang masih mengelamun. Kejap.. Sejeong! Jerit hati Hyuk yang tetiba terfikir sesuatu. Dia bingkas bangun dari kerusi malas dan terus berlari ke arah Sejeong di hadapan pagar rumah. Ye! Pagar dawai yang Pak Haji pasang. Hyuk mula memperlahankan suaranya dan berkata, "Kau takut meriam buluh tak?".

"Tengok lengan lah. Heh! Setakat bom Hiroshima pun aku tak takut, inikan pulak meriam buluh.", jawab Sejeong bongkak seriak-riaknya sambil menunjuk lengan keciknya.

"Cheh!", sindir Hyuk sambil menjeling lalu bersambung, "Kalau macam tu, jom pegi tengok orang main meriam buluh. Amacam?"

"Okay! Jom. Bila?".

"Malam ni".

"Malam ni?!".



 

Malam yang cukup meriah lagikan membingitkan malam isnin di kuala bersama puluhan orang berkumpul untuk melihat peserta yang mengambil bahagian dalam pertunjukkan meriam buluh. Terlihat seorang lelaki yang menunggu seseorang yang tidak berkunjung tiba. "Kata nak mai. Ni dah nak pukoi berapa dah ni?".

Kelihatan sepasang 'kekasih' bak merpati putih patah sayapnya di udara, berlari awan nano menuju ke arah si pemuda bersama 3 rakan yang lainnya di hadapan meriam buluh milik mereka. "Sorry sorry, Mihun. Aku tumpang si Sapik tadi. Dia buat shuttle free naik van sekolah.".

Oh Sehun ataupun dikenali sebagai Mihun dalam geng PTPTN kerana obsesnya terhadap Milo mula mengeluh, "Hang ni Pian.. Saja buat aku naik darah. Sat, sebelah ni sapa? 'Gelpren' hang ka?".

"Ni jiran aku. Anak Pak Haji Sikyung...".

Maka, terjawablah sudah siapakah pasangan 'kekasih' tu. Rupanya Hyuk dan Sejeong. Tapi macam mana boleh terlepas eh? Bukan Pak Haji tak bagi keluar rumah ke?

"Kalau awak nak tau, ni la geng meriam buluh yang paling berjaya kat Sungai Petani.", kata Hyuk yang tetiba jadi manly semacam. Eyyy.. Ada hati kat Sejeong ehh?

"Para peserta diminta berada di meriam masing-masing kerana RM5OO menanti anda! Ditaja khas oleh Restoran Ikan Bakar Haji Suho.".

Kedengaran si MC Lay memberi isyarat terakhir untuk semua pesta berada di meriam buluh masing-masing. Hyuk dan Sejeong berada di barisan hadapan untuk memberi semangat buat Sehun bersama Kai, D.O dan Chanyeol. Setelah pasukan lawan diwakili Chen, Baekhyun, Xiumin dan Sunghak (BIGSTAR) memulakan 'tembakan', giliran pasukan lawan yang lain yang diketuai Baram bersama Raehwan, Feeldog dan Jude 'membedal' meriam buluh mereka.

Di ketika itu Kai perasan ada sesuatu yang tak kena dengan meriam buluh dorang lalu berbisik di telinga Sehun, "Mihun, aku nampak buluh ni macam tak tahan lama la..".

Ketika Hyuk dan Sejeong terpinga-pinga melihat muka berkerut Sehun, telinga mereka terasa dipulas, terasa sampai ke saraf tangan. Macam ada yang memulas telinga di belakang...

"Ni lah kerja korang bedua eh?!".

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Wonsik_Sai
tukaq tukaq.. 'last' bab akan dipos pada raya ke-2 sebab raya pertama mana ada orang nak baca. Semua pakat nak beraya. Hohoho

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
LovelyIna
#2
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
vixxobang #3
Chapter 24: Lol saya pun ada pernah buat reference pasal Yuta dan kurma Yusof Taiyob aka Yuta juga x'D
hanistar99 #4
Chapter 24: Ehh ada sambungan ke?? Yeayyy
hanistar99 #5
Chapter 21: Dah abes :") ttiba nak tau sapa berdakwah kat N laa hehe
ROVIXAYEE_96
#6
Chapter 21: Wow wow!! Daebak sungguh cerita nie!! Lain kali buat sequel tau! Saya tunggu... annyeong :D
marlia91
#7
Chapter 19: Selamat hari rayaa kpd penulis....

Baru hari ni, dan malam ni dapat baca smua update, yaa sibuk beraya la katakan.. XD (tpi syukur xdak kematian karan mcm abam2 vixx sekalian xD)

Janganlah ditamatkan cerita ini, teruskan hingga syawal tahun depan xD xD
ROVIXAYEE_96
#8
Chapter 19: Comeback lawak dengan baju melayu sedondon biru navy siap dengan sampin shining gold!! Baru baca bab nie sudah ketawa tengok 6 sekawan VIXX pakai baju ala gangster... heheheheheheh... lucu sangat VIXX oppa pakai baju melayu macam tu je... Gahahahahahaha!!!!
ROVIXAYEE_96
#9
Chapter 17: Waah!!! Akhirnya si Hongbin nie mula berpuasa... Jadi semua member VIXX nie 100% puasa!!!! Tepuk tangan!!!
hanistar99 #10
Chapter 17: Alhamdulillah, hati Hongbin lembut ㅠㅠ semoga dapat hidayah both dalam fanfic nie dan irl