Pulang Ke Kampung, Kita Di Kampung (Bersama BTOB)

Ramadan Equation: VIXX Dapat Hidayah! + EXTEND [VIXXTRA!]

Ramadan~ Ramadan~~ Ramadan dihatiiii~~

Bunyi runut "Ramadan" dari Maher Zain, anak kepada Zain Malik kedengaran dari telefon N.

Ramadan~ Ramadan~~ Kumohon usah pergiiii~~~

Kedengaran juga nyanyian merdu Ken yang sebenarnya kipas-susah-mati Anuar- eh? Maher Zain sebenarnya. Selamat tak sebut Ziana Zain tadi.

N terima panggilan video dari Minhyuk, member sekerja yang sama-sama masuk air tebu. Dia terus menjawab panggilan dengan wayar lampu raya berwarna pelangi pelangi alangkah indahmu, merah kuning hijau di langit yang biru-

"Assalamuaikum Muhamad Hakim Rosdi Ramlee Congcode!". Si Minhyuk merapu meraban sambil tersenyum manis bak madu. Sweet tuan-tuan bak kata Denial Timun

"Waalaikumsalam, Muhaimin Toya Mat Amin. Dah kenapa senyum semacam kambing hanyir ni?", gurau N dengan penuh kekasaran. Dah la carut.

"Saja. Laa ni aku OTW balik kampung kat Shah Alammm-", kata Minhyuk lalu menghalakan kamera telefon ke arah rakan-rakan serumahnya di tempat duduk belakang. Apalagi? Peace sign sambil bersorak ala-ala DAC, "PEACE YOO!!!".

Dengar je ayat Maharaja Lawak Mega, terus si Ken dan Hyuk yang tadi pasang lampu raya, datang berdiri disebelah N. Ken ataupun diberi gelaran 'Samseng Ken' terus buat lagak Shark di dalam KL Gangster, "Lu sudah langgar gua punya tempat, lu mau apa panggil ini tailong?".

"Jaehwannnnn~", suara manja si Eunkwang bergema disebelah Minhyuk.

Ken melopong disaat melihat Eunkwang yang juga geng kompang di kampung lalu menjawab, "Oh hi abang arnab. Alololo tomeynya abang kitew~".

N yang hairan melihat Paniel di belakang Eunkwang, sebaris dengan Sungjae dan Changsub. N mula bertanya, "Si Peniel join korang jugak ke?".

"Bukan Paniel sorang ja, aku heret sekali dengan Hyunsik balik kampung!", jawab Minhyuk lalu menghalakan telefonnya ke hadapannya. Terlihat Hyunsik yang sedang memandu ditemani Ilhoon disebelahnya.

"WOOOOOO!". Jerit geng BTOB bagaikan tujuh Spongebob yang sedang seronok dengan Craby Patty.

"Dah dah. Kita dah nak berbuka ni, aku off dulu.", ujar N yang seronok melihat telatah rakan-rakannya.

"Alright, bro. Nanti kiteorang rojer lagi yo!", kata Paniel sambil meletak tangannya diatas bahu Sungjae.

"Woi, Sungjae! Jangan lupa tapau Laksa Johor tau.", pesan Hyuk sambil menuding jari ke arah kamera. Sempat jugak la N tepis takut melekat jari kat telefon dia.

"Tau lah. Macam la aku lupa.", jawab Sungjae sambil menatap tajam pada kamera. Teringat pulak Sungjae ada buat 'gaze like a king' waktu sukan tara sekolah dulu.

Minhyuk menghala kamera telefon ke arahnya semula lalu mengakhiri perbualan, "Gerak lu, pape rojer.".

"Yoooolah~", jawab N lalu menutup telefonnya.

"Untungla depa balik kampung.", sindir Hyuk yang kemuraman.

"Kannnn.", Ken pun mengangguk sendu.

N memandang Ken dan Hyuk sambil berkata, "Takpe, ni pun dah macam kampung kita. Ada jugak sawah padi. Ada lembu kerbau. Ada-".

"Hangpa ni dah lupa nak bukak posa ka? Dah nak azan Maghrib ni.", tazkirah si Hongbin sambil memeluk tubuh di hadapan pintu melihat tiga sekawan masih di tangga. Nampak bersemangat sungguh Hongbin ni. Pes taim la katakan.

"Allah.. Aku lupa.", dengan serentak muka mereka bertiga macam kalah Piala Dunia. N mula berkata, "Dah. Japgi kita sambung.".


 

"Woi! Pengumuman raya nak start!".

Dengar saja jeritan nyaring dari Leo, Ravi yang berada dari jamban mula keluar dengan pantas. Diikuti N dan Ken yang berlari naik ke hall. Entah macam mana nak sebuk hall dalam melayu. Tinggal Hongbin dan Hyuk saja di luar yang masih memasang lampu raya.

"Dah nak raya dah.. Dah nak raya dahhh..", nyanyi si Ken sambil menggoyangkan tangannya.

Daaaannn tiba-tiba keadaan semakin tegang ditemani suara lagu raya berkumandang di TV3Suku.

"Dengan ini, bahawasanya. Tarikh Hari Raya Aidilfiti jatuh pada hari-".

Blupppp!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Wonsik_Sai
tukaq tukaq.. 'last' bab akan dipos pada raya ke-2 sebab raya pertama mana ada orang nak baca. Semua pakat nak beraya. Hohoho

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
LovelyIna
#2
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
vixxobang #3
Chapter 24: Lol saya pun ada pernah buat reference pasal Yuta dan kurma Yusof Taiyob aka Yuta juga x'D
hanistar99 #4
Chapter 24: Ehh ada sambungan ke?? Yeayyy
hanistar99 #5
Chapter 21: Dah abes :") ttiba nak tau sapa berdakwah kat N laa hehe
ROVIXAYEE_96
#6
Chapter 21: Wow wow!! Daebak sungguh cerita nie!! Lain kali buat sequel tau! Saya tunggu... annyeong :D
marlia91
#7
Chapter 19: Selamat hari rayaa kpd penulis....

Baru hari ni, dan malam ni dapat baca smua update, yaa sibuk beraya la katakan.. XD (tpi syukur xdak kematian karan mcm abam2 vixx sekalian xD)

Janganlah ditamatkan cerita ini, teruskan hingga syawal tahun depan xD xD
ROVIXAYEE_96
#8
Chapter 19: Comeback lawak dengan baju melayu sedondon biru navy siap dengan sampin shining gold!! Baru baca bab nie sudah ketawa tengok 6 sekawan VIXX pakai baju ala gangster... heheheheheheh... lucu sangat VIXX oppa pakai baju melayu macam tu je... Gahahahahahaha!!!!
ROVIXAYEE_96
#9
Chapter 17: Waah!!! Akhirnya si Hongbin nie mula berpuasa... Jadi semua member VIXX nie 100% puasa!!!! Tepuk tangan!!!
hanistar99 #10
Chapter 17: Alhamdulillah, hati Hongbin lembut ㅠㅠ semoga dapat hidayah both dalam fanfic nie dan irl