Kehangatan Pagi Raya (Bersama NU'EST)

Ramadan Equation: VIXX Dapat Hidayah! + EXTEND [VIXXTRA!]

'Semua insan sedang gembiraaaaaa di hari ini sayang~'

Sidang perli-memerli masih berterusan di pagi aidilfitri yang mulia ini dengan kedengaran lagu raya sedih yang datang dari mana pun taktau. Orang raya nak happy happy, tetiba pulak pasang lagu sedih. Dasar jiran tak goooona.

"Panas weh! Aku dah dapat rasa macam dok kat neraka namber dua.", keluh Leo sambil mengipas baju melayu yang tak berbutang diatas. Terdedah la dada ayam kepcinya yang mampat tu.

"Sabarlah sikit. Orang TNB tengah buat kerja tu.", tegur N yang berdiri sambil mengipas tangan.

Maka, bermulalah jugak syarahan Muhamad Rahman Abdullah yaqni Ravi, "Tu baru panas dunia, belum lagi panas neraka sebenar. Bersyukurlah anak-anak TNB datang buat kerja walaupun dorang tak beraya. Untuk kita jugak."

"Respek la sikit budak-budak TNB tu walaupun hang tua dari depa.", Hongbin mencelah di minit-minit terakhir sewaktu Ravi memberi syarahan.

Boleh dikatakan lah 6 sekawan ni berkumpul di tangga. N berdiri di belakang Leo yang sedang duduk kepit macam Jimbit Kepit. Ken dan Hyuk pulak berkepit berebut kipas Hello Kitty milik Leo. Ravi dan Hongbin pulak duduk berjauhan sikit sambil kongsi kipas mini. Alahh yang guna soket USB pasang kat powerbank tu.

Muncullah dua orang budak TNB yang dorang kenal. Maklumlah, duduk kat kampung yang sama. Si JR dan Baekho datang bersama topi digenggam kuat. Waduh! Muka ganas, kerja TNB.

"Haa! Jonghyun. Dah siap ke belum?", tanya N siap turn dari tangga macam Dato' Alif Syukri. Terlajakkkk turun tepijak tangan Ravi.

"Setelah dikaji dan diteliti oleh Minhyun yang pergi ke rumah geng Nak Satu tadi, berlaku litar pintas yang amat dasyat disebabkan terlampau banyak soket lampu raya yang dipasang. Ini yang buat saya marah ni! Disebabkan dorang lah, aku tak beraya hari ni. Sakit hati-".

Disebabkan rap yang lancar dari JR, si enam sekawan ni dah rupa blur macam Mark Adam. Blur sangat tu.

"SIAP DAH WOIIII", jerit Minki yaqni Ren diatas kren lori TNB sambil dikawal oleh Aron di dalam kenderaan yang sejuk dan dingin. Wuuuuu sejuknya penyaman udara lori TNB.

"Okay lah. Kami gerak dulu. Nak balik awal. Malam kang datanglah rumah. Ada buat lontong sikit.", ujar Baekho sambil bersalaman dengan geng VIXX.

"Miskin kaya memakai baju biruuuu TNB-", Ken sempat lagi menyanyikan lagu iklan raya TNB. Suka benau sakat orang.

Si JR pun apa lagi? Tampar lengan Ken dengan penuh kekasaran sambil berkata "Kau jangan lupa pulak pertandingan kompang peringkat daerah. Mentang-mentanglah lampu supply kat aku.".

Ken hanya tersengih malu. Ditemani oleh gelak ketawa Hyuk dan Leo yang boleh tahan lah sengaja menaikkan kemarahan Ken.

"Assalamualaikum~", kedengaran suara Pak Haji Sikyung bersama rombongan anak-anak gugu nya yang sedondon memakai baju biru muda pastel bercampur merah jambu pastel.

"Pak Haji! Selamat Hari Raya.-", ucap Baekho sambil bersalaman dengan Pak Haji. Disebabkan masa dah tak banyak dengan si Ren mengidam nak makan kuih Batang Buruk, maka si Baekho menarik JR sambil berkata, "Kami pergi dulu ye Pak Haji. Assalamualaikum.".

"Waalaikumsalam.".

Setelah pulangnya dua sekawan tu ke lori, Pak Haji Sikyung yang tadinya senyum dihadapan JR dan Baekho tetiba bermuka garang. Pulak dah~ Ni yang suspen ni. Maka, terbukalah mulut Pak Haji untuk berbicara, "Amboi korang. Mentang-mentanglah sedondon baju biru navy dengan sampin emas. Bukak butang baju macam gangster Sarip Dol.-".

Malu dengan bakal pak mertua dan penerima tulang rusuk kiri mereka, enam sekawan mula memperbetulkan apa yang tak betul. Butang baju lah, songkok lah, sampin lah, bulu ketiak lah apa lah...

"Ni takkan nak biarkan kami terjegat kat sini je? Takmau bagi masuk ke.".

Satu lagi das bebelan dari Pak Haji Sikyung membuatkan mereka tersentap sikit lalu memberi laluan pada mereka sekeluarga menaiki tangga rumah. "Masuklah semua. Masuklah.".

"Yang korang terjegat kat sini, apesal? Naik dulu! Kang pak haji lesing-". Kata Pak Haji sekali lagi sambil mengangkat siku kiri sebagai amaran. Comel la pulak Pak Haji ni.

Dengan segeranya geng VIXX masuk ke rumah dengan tergesa-gesa, takut kena lesing dengan Pak Haji Sikyung. Ye lah, bakal pak mertua, semua kena tip top. Geng gugu pulak ketawa je melihat telatah abang-abang sado ni kena sound dengan bapak dorang. Nampak benau dorang pun suka abang-abang jiran sebelah ni.

Maka, berakhirlah sudah kisah enam jejaka terhangat dalam jamban ni. Segala susah senang dorang hadapi. Macam-macamlah dorang ni.





 

Siapa kata cerita dah habis?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Wonsik_Sai
tukaq tukaq.. 'last' bab akan dipos pada raya ke-2 sebab raya pertama mana ada orang nak baca. Semua pakat nak beraya. Hohoho

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
LovelyIna
#2
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
vixxobang #3
Chapter 24: Lol saya pun ada pernah buat reference pasal Yuta dan kurma Yusof Taiyob aka Yuta juga x'D
hanistar99 #4
Chapter 24: Ehh ada sambungan ke?? Yeayyy
hanistar99 #5
Chapter 21: Dah abes :") ttiba nak tau sapa berdakwah kat N laa hehe
ROVIXAYEE_96
#6
Chapter 21: Wow wow!! Daebak sungguh cerita nie!! Lain kali buat sequel tau! Saya tunggu... annyeong :D
marlia91
#7
Chapter 19: Selamat hari rayaa kpd penulis....

Baru hari ni, dan malam ni dapat baca smua update, yaa sibuk beraya la katakan.. XD (tpi syukur xdak kematian karan mcm abam2 vixx sekalian xD)

Janganlah ditamatkan cerita ini, teruskan hingga syawal tahun depan xD xD
ROVIXAYEE_96
#8
Chapter 19: Comeback lawak dengan baju melayu sedondon biru navy siap dengan sampin shining gold!! Baru baca bab nie sudah ketawa tengok 6 sekawan VIXX pakai baju ala gangster... heheheheheheh... lucu sangat VIXX oppa pakai baju melayu macam tu je... Gahahahahahaha!!!!
ROVIXAYEE_96
#9
Chapter 17: Waah!!! Akhirnya si Hongbin nie mula berpuasa... Jadi semua member VIXX nie 100% puasa!!!! Tepuk tangan!!!
hanistar99 #10
Chapter 17: Alhamdulillah, hati Hongbin lembut ㅠㅠ semoga dapat hidayah both dalam fanfic nie dan irl