Tragedi Oktober Tajuddin (Leo)

Ramadan Equation: VIXX Dapat Hidayah! + EXTEND [VIXXTRA!]

Kisahnya bermula, mulut orang kampung! Eh tak tak tak.. Kisahnya bermula apabila-

"Leo, kau nak pergi pekan kan?", tanya N sambil menyeduk nasi untuk dimakan bersama sayur kangkung dan ikan goreng. Maklumla, waktu tu kangkung turun harga bak kata si Jimbit Kaki Kepit.

"Ha'ah. Ada nak pesan apa-apa ka?", tanya Leo kembali sambil mengunyah makanan yang sedia terhidang dihadapannya.

N letak pinggan bersama segelas air kosong di hadapan Leo lalu melabuhkan punggungnya yang mantop di atas kerusi. Dengan sesuap nasi bersama kangkung, N menjawab, "Tolong belikan beras Cap Dacing dengan telur ayam gred C sepuluh biji."

"Umm...", jawab Leo sambil mengangguk kepala.

Selesai sudah memuaskan nafsu makan, Leo terus mengambil kunci di rak dan terus turun menuju ke arah kereta yang dia dapat cabutan bertuah kedai Seng Hang Pi Mana. Ingat senang ke nak beli Proton Saga baru?

Ketika menukar gear ke Reverse(R) untuk dibawa keluar dari bawah rumah, tiba-tiba Hyuk dan Ken mendepakan tangan dihadapan. "Kami nak ikut! Kalau tak, kami halang abang keluar pegi kedai.".

Dengar sahaja rengetan Hyuk, Leo terus membuka tingkap sambil melihat dua jejaka nakal, "Takdak maknanya aku nak bawak hangpa dua. Tepi sebelum aku langgaq hangpa dua ekoq!".

Ingat Ken dengan Hyuk nak mengalah macam tu ke? Eleh. Makin menyakat lagi, adalah.

Macam semua orang tau lah, Leo ni pantang dicabar. Dengan kuasa bulan~ dia menekan pedal. Tanpa. Tukar. Gear... Korang tau apa akan jadi, kan?

"GEDEBUSHHHHHHHHHH".

Ken dan Hyuk mendepa kaku sambil terlopong. Leo menggigil pegang stearing. Keadaan tiba-tiba menjadi beku. Kecuali lagu "I Am Me" dendangan DSV kuat dipasang entah dari rumah siapa.

"Ya Allah!!! Pagaq kayu aku!". Jerit Pak Haji Sikyung dari dalam rumah. Macam ada instint ja Pak Haji ni.

Leo dengan gelabahnya meneru keluar dari keretanya. Mujur kereta tak teruk mana cuma pagar penghalang antara rumah VIXX dan rumah Pak Haji. Hampir-hampir terkena beberapa pasu bunga. Kalau kena, lagi menggelabah si Leo ni.

Dengan garangnya, Pak Haji yang berkaca mata, berbaju putih, berpelikat kotak-kotak, tinggi dan besar agam macam pokok durian datang ke arah Leo yang terpinga-pinga. Ken dengan Hyuk? Tak boleh pakai. Nampak Pak Haji terus lari naik atas rumah macam Naruto.

Leo mula merayu kegagapan sambil berkata, "Maafkan saya, Pak Haji. Saya tak sengaja. Saya nak drive keluaq tapi lupa nak tukaq gear-".

"Laa ni, hang nak buat pa? Hang boleh buat balik ka pagaq tu?! Selama 53tahun aku hidup, tak penah pun pagaq tu roboh. Hangggg lah orang pertama yang bagi roboh pagaq-".

Dek kerana 'syarahan' Pak Haji Sikyung, Leo terpaksa menahan telinga dari berdarah. Punyalah padu Pak Haji tu cakap. Kalau penaip nak senaraikan, takut tak cukup untuk type cerita seterusnya. Tapi adalah dia cakap "Bawak reta pakai hidung ka?", "Budak laa ni tak boleh diharap", "Dapat lesen pakai dukun Umie Aida ka", dan lain-lain yang panjang lebar ayatnya.

Dengan itu, maka berakhirlah tragedi pagar roboh di bulan Oktober. Adalah unsur-unsur sedih tu, tapi lagi sedih bila beras dengan telur tak beli.



 

"Disini sembanggg~ Disana sembangggg~" "Membaaaawaaaang~ Disini lembuuuu~ Disana lembuuu~" "Sebuuuuuluuuu~"

Leo dan Cikgu Mimi sempat lagi karoke sewaktu mereka sampai ke jalan rumah mereka. Ye lah, duduk sebelah-menyebelah. Apabila sampai di hadapan rumah Pak Haji Sikyung, Leo terus memberhentikan kereta untuk memberi laluan kepada Cikgu Mimi turun pulang ke rumah.

"Trima kasih ye Abang Tajul sebab hantarkan saya.", ucap Cikgu Mimi sambil tersenyum riang.

"Sama-sama Cikgu Mimi.", jawab Leo sambil memandang tepat pada wajah nan ayu. Dah la lawa macam bidadari.

"Alaaa. Kan dah cakap, panggil je Mimi.", kata Mimi yang masih tersenyum. Sambungnya, "Jumpa esok ye Bang.".

Berbunga-bunga hati Leo mendengar kata-kata Mimi. Dia terus memerhati Mimi dari dia turun dari kereta hingga dihadapan pintu rumah. Dan disitu dia ternampak Pak Haji Sikyung melihat tajam ke arahnya.

"Pak lembu- Eh? Pak Haji!", jerit Leo sambil mengangkat tangan kanannya. Dia tahu dia tersalah sebut lembu tadi, terus dia pecut laju kedepan untuk keluar dari jalan kampung. Lembu pun lembu lah Leo.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Wonsik_Sai
tukaq tukaq.. 'last' bab akan dipos pada raya ke-2 sebab raya pertama mana ada orang nak baca. Semua pakat nak beraya. Hohoho

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
LovelyIna
#2
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
vixxobang #3
Chapter 24: Lol saya pun ada pernah buat reference pasal Yuta dan kurma Yusof Taiyob aka Yuta juga x'D
hanistar99 #4
Chapter 24: Ehh ada sambungan ke?? Yeayyy
hanistar99 #5
Chapter 21: Dah abes :") ttiba nak tau sapa berdakwah kat N laa hehe
ROVIXAYEE_96
#6
Chapter 21: Wow wow!! Daebak sungguh cerita nie!! Lain kali buat sequel tau! Saya tunggu... annyeong :D
marlia91
#7
Chapter 19: Selamat hari rayaa kpd penulis....

Baru hari ni, dan malam ni dapat baca smua update, yaa sibuk beraya la katakan.. XD (tpi syukur xdak kematian karan mcm abam2 vixx sekalian xD)

Janganlah ditamatkan cerita ini, teruskan hingga syawal tahun depan xD xD
ROVIXAYEE_96
#8
Chapter 19: Comeback lawak dengan baju melayu sedondon biru navy siap dengan sampin shining gold!! Baru baca bab nie sudah ketawa tengok 6 sekawan VIXX pakai baju ala gangster... heheheheheheh... lucu sangat VIXX oppa pakai baju melayu macam tu je... Gahahahahahaha!!!!
ROVIXAYEE_96
#9
Chapter 17: Waah!!! Akhirnya si Hongbin nie mula berpuasa... Jadi semua member VIXX nie 100% puasa!!!! Tepuk tangan!!!
hanistar99 #10
Chapter 17: Alhamdulillah, hati Hongbin lembut ㅠㅠ semoga dapat hidayah both dalam fanfic nie dan irl