Sup Kambing Dan Mercun Legend

Ramadan Equation: VIXX Dapat Hidayah! + EXTEND [VIXXTRA!]

Hari makin gelap menandakan Maghrib makin dekat. Hah tu ja penaip nak taip. Dah tu, nak penaip taip ape? Hah? Yusuf Taip? Eh?! Tu tauke besar daun ketum dari Kedah Tengah. Okay, okay. Berbalik kepada waktu maghrib, hidangan lauk pauk dan kuih-muih menyerikan meja makan 4sekawan. Cuma air je belum sampai lagi sebab... Entah la kenapa Leo balik lambat pulak. Jadi, tinggal Ken, Ravi dan Hyuk. Hongbin pun tumpang sekaki dah alang-alang nak makan malam kan?

Sementara tunggu azan Maghrib berkumandang di TV3suku, sebab nak standby depan pinggan je tu. Ravi dan Ken lepak kejap, tengok TV sambil baring atas sofa yang dah nampak macam nazak tu.

"Assalamualaikum~".

Kedengaran suara gadis dari luar memberi salam sambil mengetuk pintu. Ravi terus buat gaya flip bangun dari sofa dan terus membuka pintu. Tetiba...

"Cintaaaaa bukan hanya harapan~ Cintaaaaa-".

Ahhhhhhhhh sodah! Berenti lah pasang "Lagu Cinta" tu. Tak nampak ke dah Maghrib?!

Kalau dah ada lagu ni maknanya ada 'Bunga' datang lah. Ravi masih tak percaya apa yang ada di hadapannya. Wajah ayu bertudung ala-ala Rosmah. Alhamdulillah 'Bunga' tu bukan Rosmah.

"Wa-Waalaikumsalam, awak...", gagap si Ravi sambil memandang tepat di mata si gadis jelita tu. Shy shy cat mamat ni.

"Saya ada bawakkan sup kambing ni. Tadi buat kat Walid tapi tak sangka terlebih pulak. Lagipun kami adik-beradik tak makan daging kambing.", kata si kambing- Ya Allah! Typo... Kata si gadis tersebut sambil tersenyum lalu dihulurnya semangkuk sup kambing.

"Terima kasih.", Ravi mengambil mangkuk tersebut dengan penuh kesengihan. Sambungnya untuk pickup line pertama pada hari ini, "Awak tahu tak persamaan awak dengan sup kambing?"

"Tak tahu...".

"Tengok sup kambing nampak sedap, tengok awak nampak masa depan kita di hari persandingan. Ciaaaaa~ ciaaaaaaaa~".

Tuuuudia! Makin teruk si 'Bunga' tersipu malu tatkala mendengar ayat pickup line dari Ravi. Malunya tak tahan lama apabila terdengar azan Maghrib berkumandang. "Alamak! Saya kena balik dulu. Dah masuk waktu berbuka.".

Tanpa berlengah, si 'Bunga' terus beredar dari perkarangan rumah Ravi lalu masuk ke dalam rumah. Mak ai! Macam The Flash dia lari. Yang si Ravi tu pun tak sempat tanya nama si 'Bunga' tu. Alahai Rahman, pegilah bukak posa.





 

Cerita ni pulak sebelum solat terawih. Dengar khabarnya Leo dah balik dari kerja tapi lambat sebab pergi tolong orang eksiden depan sekolah. Nasib baik yang eksiden tu cedera ringan. Sekarang, Leo dan Ravi keluar ke masjid. Tinggal Hyuk dengan Ken yang berada di halaman sementara Hongbin masih di sofa sambil scroll IG sahabat si Gongchan.

"Assalamualaikum jiran sebelah! Main mercun ke?", tegur seorang gadis bersama adik perempuannya di seberang pagar dawai sana yaqni rumah Pak Haji Sikyung.

"Dak aih! Tengah main masak masak...", jawab Hyuk sambil memerli. Amboi! Takkan terasa kot dengan perempuan?

"Aku Sejeong. Yang kat sebelah ni Mina.", kata gadis tadi sambil menuding jari di atas Mina. Mina melambai dengan senyuman.

"Hyuk", "Ken.", amboi! Virus ringkasan N rasanya dah merebak ke dua budak ni.

"Nak join boleh? Kat kiteorang ade 5 kotak.".

Mendengar sahaja kata-kata Mina, Ken dan Hyuk terus memandang mereka berdua di luar pagar rumah. Biasalah, lelaki pantang dicabar. "Baik. Ni kalah mati. Rumah sapa paling berasap, dia kalah. Setuju?".

Tanpa berlengah. Mereka berempat mencari barang untuk dibuat perisai, senjata rahsia dan tak lupa segengam mercun ditangan. "SERANGGGGGGG!!!".

Sementara tu, Hongbin bertenggek di tingkap berhadapan dengan dua puak yang... Comel? "Alahai. Macam perang tapi main mercun bawang (atau nama komesial nya, mercun pop-pop) ja? Macam-macam la.".

Secara tak sengaja, Hongbin terpandang seorang wanita yang turut melihat gelagat adik-adiknya di rumah Pak Haji Sikyung. Dengan kulit cerah gebu persis wanita cina, tipulah Hongbin tak terpikat dengannya- eh? Hongbin pun dah angau macam Ravi ke?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Wonsik_Sai
tukaq tukaq.. 'last' bab akan dipos pada raya ke-2 sebab raya pertama mana ada orang nak baca. Semua pakat nak beraya. Hohoho

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
LovelyIna
#2
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
vixxobang #3
Chapter 24: Lol saya pun ada pernah buat reference pasal Yuta dan kurma Yusof Taiyob aka Yuta juga x'D
hanistar99 #4
Chapter 24: Ehh ada sambungan ke?? Yeayyy
hanistar99 #5
Chapter 21: Dah abes :") ttiba nak tau sapa berdakwah kat N laa hehe
ROVIXAYEE_96
#6
Chapter 21: Wow wow!! Daebak sungguh cerita nie!! Lain kali buat sequel tau! Saya tunggu... annyeong :D
marlia91
#7
Chapter 19: Selamat hari rayaa kpd penulis....

Baru hari ni, dan malam ni dapat baca smua update, yaa sibuk beraya la katakan.. XD (tpi syukur xdak kematian karan mcm abam2 vixx sekalian xD)

Janganlah ditamatkan cerita ini, teruskan hingga syawal tahun depan xD xD
ROVIXAYEE_96
#8
Chapter 19: Comeback lawak dengan baju melayu sedondon biru navy siap dengan sampin shining gold!! Baru baca bab nie sudah ketawa tengok 6 sekawan VIXX pakai baju ala gangster... heheheheheheh... lucu sangat VIXX oppa pakai baju melayu macam tu je... Gahahahahahaha!!!!
ROVIXAYEE_96
#9
Chapter 17: Waah!!! Akhirnya si Hongbin nie mula berpuasa... Jadi semua member VIXX nie 100% puasa!!!! Tepuk tangan!!!
hanistar99 #10
Chapter 17: Alhamdulillah, hati Hongbin lembut ㅠㅠ semoga dapat hidayah both dalam fanfic nie dan irl