Kuih Circle, Makcik! Kuih Circle

Ramadan Equation: VIXX Dapat Hidayah! + EXTEND [VIXXTRA!]

Tak rasa awal ke pukul 4 petang beli kuih? Tapi itulah yang Jamal dan Sufian- ehh? Bukan. Ken dan Hyuk sebenarnya. Itulah yang dorang cari sekarang ni. Plan dorang, lepas beli kuih ni nak duduk kat taman tengok geng Bibir Ke Bibir test meriam buluh dorang. Tapi kena balik awal la sebab nak bagi kuih kat N.

Sampai ja kat sebuah kedai kuih bersebelahan pasar pagi, Ken terus matikan enjin dan dua jejaka tersebut berjalan dengan penuh gaya menuju kedai kuih makcik yang tidak dikenali.

"Ye Nak. Kuih lima, RM2 ja. Boleh pilih.", kata makcik bertudung bawal siap memakai beg pinggang ibarat tauke ikan di pasar. Oh lupa pulak. Memang area pasar pun.

"Makcik! Nak tanya sikit boleh?", Ken mula menanyakan soalan cepucemas kepada makcik tersebut. Bila dapat ja 'green light' dari peniaga aneka kuih tu, Ken bertanya lagi, "Makcik tau tak kuih gelung bulat?".

"Hah? Gelung bulat?".

Hyuk yang dari tadi menyepit kuih kegemaran N ke dalam plastik merah jambu terus berhenti lalu membantu abangnya yang ada masalah komunikasi "Makcik tau dak sebijik kuih bentuk bulat macam tayar beskal? Tapi besaq sikit macam tayar lori.".

"Kuih circle, makcik! Kuih circle-", Ken siap nyanyi lagu Circle lagi. Aippp. Kenang kisah lama nampak?

Lama jugak la makcik tu fikir. Dengan si Hyuk dan Ken melukis bulatan di tapak tangan. Dengan orang pun dah mula turun dari motor nak ke kedai makcik... Mungkin tak jugak? Tiba-tiba, "Ohhhhhhhh!".

mereka terkejut kaku. Serentak bertanyakan soalan yang maha dasyat ni, "Apa dia, makcik?".

Makcik terus tuding jari ke arah kuih yang diletak di dalam tupaware ais krim cap Dinding. Kecik molek disalut gula pulak tu. Terus si Hyuk ambik penyepit dan masukkan tiga kuih tersebut ke dalam plastik berasingan (plastik kuih untuk N). Hyuk terus mengangkat ketiga-tiga plastik tersebut lalu berkata, "Semua sekali 25biji, makcik.".

"RM8 ja, Nak.".

"Hoit? Bukan patutnya RM1O ka makcik?".

"Yang 5biji tu makcik bagi free.", kata makcik tersebut dengan senyuman. Masya Allah. Mulia sungguh hati makcik.

Hyuk membalas senyuman lalu memberikan duit RM1O kepada makcik. Begitu juga Ken sewaktu mengambil duit baki semula. Shuben sapa lah ni? Sebelum mereka pulang, sempat lagi Ken bertanya, "Nama makcik apa ehh? Nanti senang nak ingat.".

"Panggil Makcik Miran ja.", jawab makcik sambil memberikan plastik kepada pelanggan yang baru berkunjung.

"Trima-seh na Makcik Miran.", jawab Ken dan Hyuk seretak lalu bergegas ke motor untuk balik rumah. Tetiba...

"Bro, nak tak kita guna RM2 beli mercun?", tanya Hyuk yang membonceng di belakang.

"Boleh jugak. Alang-alang tu, jangan pulak bagitau Abang Hakim(N) kata ni duit dia.", cadangan Hyuk disokong pulak oleh Ken. Ingat dah taubat taknak kena macam last year.

Hyuk dengan riaknya mengangkat ibu jari tanda suka dengan usul yang diberi oleh Ken. Lalu mereka pun pergi ke bazar sebentar sebelum pulang ke rumah...



 

Sementara tu, N dan Hongbin dah siap sedia dengan pakai helmet, beg semua... Yang kerjanya si N sorang, yang Hongbin ni bawak beg dah kenapa?

"Haa! Sampai pun.", kata N sampai terkejut Hongbin kat sebelah. Sampai jugak moto Ken dan Hyuk kat rumah.

"Bro, kuih kau kami tinggal kat sini tau. Kami dah asingkan.", kata Hyuk lalu mereka berdua turun daripada motor milik sapa tah. Ingatkan motor Ken tadi.

"Hongbin, jom.", ucap N, ringkas. Punyalah ringkas kali ni.

Servis bertukar tangan. Maka dengan ini, Hongbin duduk dihadapan sebagai penunggang dan N sebagai pembonceng. Ken nampak Hongbin menggalas beg jadi dengan selamba Ken bertanya sewaktu motor dihidupkan, "Hongbin, kau nak pegi mana dengan beg bagai ni?".

"Pi Kepci.", jawab Hongbin lalu memulas pedal(ye ke pedal) motor. Bagos! N dengan Hongbin suka sangat buat ringkasan.

Ken sempat lagi pesan, "Tapau Weges (sejenis kentang) satuuuuu!".

"MAI DUIT!", teriak Hongbin disaat motor sudah keluar melalui jalan depan rumah.

"Malam ni dah boleh dah jalankan operasi main mercun.", bisik Hyuk sambil memandang Ken. Mereta ketawa secara ansuran nampaknya. Memang cari nahas ni.

Dasar laki-laki brengsh!t, awas lho! /zoom zoom bodo macam sinetron N selalu tengok./






 

|Sori agak lambat sikit sebab tengok "Battle Trip" tadi. Maklumla, ada ChaBin. Dah alang alang nak sahur ni, si penaip nak ucapkan selamat bersahur lah pada yang nak bersahur. Laa dah pukul 3.2Opagi, tidur jap aih.|

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Wonsik_Sai
tukaq tukaq.. 'last' bab akan dipos pada raya ke-2 sebab raya pertama mana ada orang nak baca. Semua pakat nak beraya. Hohoho

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
LovelyIna
#2
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
vixxobang #3
Chapter 24: Lol saya pun ada pernah buat reference pasal Yuta dan kurma Yusof Taiyob aka Yuta juga x'D
hanistar99 #4
Chapter 24: Ehh ada sambungan ke?? Yeayyy
hanistar99 #5
Chapter 21: Dah abes :") ttiba nak tau sapa berdakwah kat N laa hehe
ROVIXAYEE_96
#6
Chapter 21: Wow wow!! Daebak sungguh cerita nie!! Lain kali buat sequel tau! Saya tunggu... annyeong :D
marlia91
#7
Chapter 19: Selamat hari rayaa kpd penulis....

Baru hari ni, dan malam ni dapat baca smua update, yaa sibuk beraya la katakan.. XD (tpi syukur xdak kematian karan mcm abam2 vixx sekalian xD)

Janganlah ditamatkan cerita ini, teruskan hingga syawal tahun depan xD xD
ROVIXAYEE_96
#8
Chapter 19: Comeback lawak dengan baju melayu sedondon biru navy siap dengan sampin shining gold!! Baru baca bab nie sudah ketawa tengok 6 sekawan VIXX pakai baju ala gangster... heheheheheheh... lucu sangat VIXX oppa pakai baju melayu macam tu je... Gahahahahahaha!!!!
ROVIXAYEE_96
#9
Chapter 17: Waah!!! Akhirnya si Hongbin nie mula berpuasa... Jadi semua member VIXX nie 100% puasa!!!! Tepuk tangan!!!
hanistar99 #10
Chapter 17: Alhamdulillah, hati Hongbin lembut ㅠㅠ semoga dapat hidayah both dalam fanfic nie dan irl