Salah Kuih! (Bersama BTOB Minhyuk)

Ramadan Equation: VIXX Dapat Hidayah! + EXTEND [VIXXTRA!]

Kita ke tempat kerja N dimana motel diberi nama Meriam Motel yang kebanyakkan staf disitu majoritinya lelaki. Jangan cakap takdak hotel macam ni. Ada ja. Penaip penah la cari kerja kat hotel sejenis macam ni. Dan ya puan-puan dan tuan-tuan! Tak dak kerja kosong! Tipikal sangat.

"Weh. Kau ada tengok cerita 'Monalisa' tak?", tegur Minhyuk dari belakang N yang sedang tarik kerusi nak duduk kat lobi. Maklumlah, motel kecik ja, tapi gaji mashuk!

"Mona tak tengok. Kalau Lisa aku penah tegur. Siap dapat autograf lagi.", jawab N sambil duduk di hadapan kuih-muih yang masih berplastik di atas meja kayu buatan.

Lama jugak la si Minhyuk ni memikiorkan jawapan N ni. Tetiba, "Nak buat lawak pun tak payah la nak buat aku jeles... Aku cerita pasal drama. DE-RA-MA. Bukan pasal penah jumpa-".

Dengan cepatnya N dapat menangkap suara azan Maghrib berkumandang, N terus mengibas-ngibas tangan di hadapan Minhyuk yang baru saja duduk. Dah dah. Doa buka puasa, cepat".

"Bismillahirahmanirrahim-", lalu Minhyuk mula membacakan doa berbuka dan N hanya meng-aminkan doa. Sejuk mata memandang dua pemuda berbaju hitam hijau ni.

Mereka berbuka dengan air soya yang dibeli di kedai dan kurma dari stock tahun lepas. Ketika N membuka ikatan plastik, dia menaruh harapan yang tinggi sebab kadang-kadang budak berdua tu tak boleh diharap. Bila ikatan dibuka, hatinya lega melihat adanya kuih karipap, seri muka dan samosa. Namun, "Arrgggghhhhhh!".

Dengan tidak dijangka, Minhyuk tersedak air soya dan hampir-hampir menyembur ibarat spray nyamuk Shiltox Attack. Dia segera menelan lalu terbatuk-batuk macam orang tua. "Woi Hakim! Apesal tetiba kau jerit ni hah?!", jerit Minhyuk sambil memandang N.

N masih tergamam lalu mengangkat kuih yang dikatakan 'kuih gelung bulat' yang agak kecik dari yang dijangkanya "Dorang salah ambik kuih ni...".

"Kau tadi mintak apa?", tanya Minhyuk sambil makan kuih lapis.

"Aku bagitau dorang belikan kuih gelung bulat. Tapi dorang beli yang ni. Dah lah kecik!", jawab N sambil merungut.

"Maksud kau, kuih ni ke?", tanya Minhyuk lagi sambil mengangkat kuih donut dari dalam plastik kuihnya. Siap angkat kening ala-ala Ziana Zain lagi.

"Ha! Yang ni lah. Tapi aku lupa nama la-".

"Yang kau pegang tu kuih keria. Yang ni donut. Beza. Faham ke idok?", Minhyuk segera memberikan pencerahan. Krim DYXY pun tak cerah sepantas Minhyuk. "Makan je lah.".

N masih merungut sambil mencebik. Orang utara panggil 'sebik'. Redha je lah Muhamad Hakim oii... Choq keria sedap paa.





 

|Maaflah puan-puan dan tuan-tuan semua sebab kali ni tak sepanjang yang sebelum-sebelum ni. Dah nak bukak puasa la katakan. Apapun, selamat berbuka puasa ye. Malam karang In Sya Allah sambung.|

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Wonsik_Sai
tukaq tukaq.. 'last' bab akan dipos pada raya ke-2 sebab raya pertama mana ada orang nak baca. Semua pakat nak beraya. Hohoho

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
LovelyIna
#2
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
vixxobang #3
Chapter 24: Lol saya pun ada pernah buat reference pasal Yuta dan kurma Yusof Taiyob aka Yuta juga x'D
hanistar99 #4
Chapter 24: Ehh ada sambungan ke?? Yeayyy
hanistar99 #5
Chapter 21: Dah abes :") ttiba nak tau sapa berdakwah kat N laa hehe
ROVIXAYEE_96
#6
Chapter 21: Wow wow!! Daebak sungguh cerita nie!! Lain kali buat sequel tau! Saya tunggu... annyeong :D
marlia91
#7
Chapter 19: Selamat hari rayaa kpd penulis....

Baru hari ni, dan malam ni dapat baca smua update, yaa sibuk beraya la katakan.. XD (tpi syukur xdak kematian karan mcm abam2 vixx sekalian xD)

Janganlah ditamatkan cerita ini, teruskan hingga syawal tahun depan xD xD
ROVIXAYEE_96
#8
Chapter 19: Comeback lawak dengan baju melayu sedondon biru navy siap dengan sampin shining gold!! Baru baca bab nie sudah ketawa tengok 6 sekawan VIXX pakai baju ala gangster... heheheheheheh... lucu sangat VIXX oppa pakai baju melayu macam tu je... Gahahahahahaha!!!!
ROVIXAYEE_96
#9
Chapter 17: Waah!!! Akhirnya si Hongbin nie mula berpuasa... Jadi semua member VIXX nie 100% puasa!!!! Tepuk tangan!!!
hanistar99 #10
Chapter 17: Alhamdulillah, hati Hongbin lembut ㅠㅠ semoga dapat hidayah both dalam fanfic nie dan irl