Misteri Kehilangan Ais Krim Hakim (N)

Ramadan Equation: VIXX Dapat Hidayah! + EXTEND [VIXXTRA!]

Selepas pulangnya Leo dari menilau mencari customer Uber, dia segera naik ke atas rumah sebab taknak terserempak dengan Pak Haji Sikyung. Sampai je Leo ke atas, tiba-tiba...

"WOI! MANA AIS KRIM AKUUUU?!!".

Jauh kedengaran jeritan N di dapur. Aik? Dah kenapa pulak ni? Lalu Leo pun berlari-lari anak kucing ke dapur. Terlihat lima sekawan disana dan peti sejuk yang terbuka luas.

"Haaa! Dah alang-alang semua haiwan dah ada kat sini, boleh aku nak tanya soalan.-", kata N sambil memegang setupaware ais krim strawberry yang penutupnya dibuka. Dia memandang tiap-tiap wajah adik-adiknya dan menyambung, "Siapa yang makan ni mengaku cepat!!".

Burung gagak semakin kuat berbunyi. Orang tua-tua kata kalau burung gagak berbunyi depan rumah, maknanya ada orang nak arwah hari ni. (dengar boleh percaya jangan. Takut jatuh syirik). Hari ni kompom ada yang arwah sebab kena 'Hirisan Maut' N.

Ini telah mengingatkan Leo kembali pada waktu dia curi-curi makan makanan N sampailah suatu hari dia terkantoi sebab dia minum air Sprike depan N. Dan ketika itu jugaklah dia menerima balasan. Jadi puan-puan dan tuan-tuan, janganlah mencuri sebab harommm~

"Hongbin, kau ada makan ais krim aku?", soal N sambil memulakan siasatan.

Hanya disebabkan dia seorang saja yang tak berpuasa maka N memuduh dia dengan membuta-tuli. Namun, disebabkan sudah masak dengan perangai N, Hongbin terus menjawab, "Eleh! Daripada makan hang punya ais krim Malaysia, baik aku pi beli ais krim Magnum. Lagi puas.".

N memandang sinis sesinis-sinisnya lalu mengalihkan pandangan ke wajah Leo. "Ni kau punya kerja, kan?".

Aku dah agak! Mesti aku yang kena. Leo meluahkan jeritan batinnya sambil menggelengkan kepala.

"Tak payah nak tipu arhh! Kau nak kena potong tangan dengan aku ke?-".

"Aku baru ja balik rumah. Kalau aku ada dari tadi, dah lama aku bedal benda lain daripada ambik ais krim kau!", balas Leo yang geram dengan tindakan melulu N.

Maka dengan itu, bermulalah perang bibir diantara N dan Leo. Ravi dengan Hyuk cuba tenangkan mereka berdua namun tak berjaya. Ingat senang ke nak jinakkan Bbaepsae dan Haemjji ni?

"Assalamualaikum~ Kami datang nak bagi balik ais krim ni.", kedengaran suara gadis dari luar pintu dapur. Sebaik sahaja mereka dihadapan pintu dapur, mereka melihat N yang member 'Hirisan Maut' dan Leo menggigit lengan N. Serta-merta 6sekawan kaku berdiri melihat Hana dan Hyebin bersama plastik yang berisi ais krim Malaysia berharga RM3 untuk 1O batang.

Tipulah kalau takde BST (Background Sound Track), ada ja yang pasang lagu Sajat 'Wanita Penggoda'. Rasa nak muntah pulak bila dengar lagu tu.

"Kau cakap apa tadi? Bagi balik ais krim aku?!-", tanya N lalu menurunkan tangannya dari leher Leo. Leo masih lagi dalam posisi menggigit walaupun isi lengan N tidak terasa lagi. N terus ke hadapan pintu dapur lalu menghadap wajah Hana yang halus mulus berseri. Dia memandang tajam ke dalam mata Hana sambil berkata, "Jadi kau lah yang ambik ais krim aku?".

Hana mengerut dahi sambil berkata, "Eh? Bukanlah. Adik saya yang ambik. Tadi kan dia ada datang rumah bagi nasi kerabu...".

"So. Dia la yang curi ais krim aku?".

Mendangarkan kata-kata yang agak menyakitkan hati dari N, Hana mula meninggikan suara, "Eyy! Besyukurlah sikit aku bagi jugak ais krim kau yang tak sedap siap bagi extra lagi kau!".

"Hey! Sebab kau lah aku gaduh besar dengan member aku. Kau tau tak?!".

"Eyy!".

"Heyy!".

Maka, bermulalah pergaduhan yang mahakarya diantara abang kawasan dan akak kawasan. Tapi takdak la sampai bertepuk tampar. Kan haram lelaki dengan perempuan bukan mahram bersentuhan. Tak kisahlah sentuh tangan ke, kaki ke, apa-apa je lah. Jadi ini telah melibatkan perbalahan yang melampau hinggakan Pak Haji Sikyung terpaksa meleraikan pergaduhan. Hanya kerana ais krim N.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Wonsik_Sai
tukaq tukaq.. 'last' bab akan dipos pada raya ke-2 sebab raya pertama mana ada orang nak baca. Semua pakat nak beraya. Hohoho

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
LovelyIna
#2
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
vixxobang #3
Chapter 24: Lol saya pun ada pernah buat reference pasal Yuta dan kurma Yusof Taiyob aka Yuta juga x'D
hanistar99 #4
Chapter 24: Ehh ada sambungan ke?? Yeayyy
hanistar99 #5
Chapter 21: Dah abes :") ttiba nak tau sapa berdakwah kat N laa hehe
ROVIXAYEE_96
#6
Chapter 21: Wow wow!! Daebak sungguh cerita nie!! Lain kali buat sequel tau! Saya tunggu... annyeong :D
marlia91
#7
Chapter 19: Selamat hari rayaa kpd penulis....

Baru hari ni, dan malam ni dapat baca smua update, yaa sibuk beraya la katakan.. XD (tpi syukur xdak kematian karan mcm abam2 vixx sekalian xD)

Janganlah ditamatkan cerita ini, teruskan hingga syawal tahun depan xD xD
ROVIXAYEE_96
#8
Chapter 19: Comeback lawak dengan baju melayu sedondon biru navy siap dengan sampin shining gold!! Baru baca bab nie sudah ketawa tengok 6 sekawan VIXX pakai baju ala gangster... heheheheheheh... lucu sangat VIXX oppa pakai baju melayu macam tu je... Gahahahahahaha!!!!
ROVIXAYEE_96
#9
Chapter 17: Waah!!! Akhirnya si Hongbin nie mula berpuasa... Jadi semua member VIXX nie 100% puasa!!!! Tepuk tangan!!!
hanistar99 #10
Chapter 17: Alhamdulillah, hati Hongbin lembut ㅠㅠ semoga dapat hidayah both dalam fanfic nie dan irl