Bunga? Bunga Dah Datang!

Ramadan Equation: VIXX Dapat Hidayah! + EXTEND [VIXXTRA!]

"Baaaaagai bulan jatuh ke riba-".

"Nak duit. Nak duit...".

Paduan suara dari Ken dan Hyuk sambil menghulurkan tangan pada N seakan mengundang kemarahan N sekali lagi selepas Ken dikenakan 'Hirisan Maut' N subuh tadi. Tapi bila difikirkan kembali, dia bekerja syif malam. Tak salah suruh dorang berdua belikan sekali kuih. "Beli kuih untuk aku dengan korang punya sekali. Aku bagi duit RM1O ni, korang belikan kat aku kuih gelung bulat empat, karipap tiga, seri muka dua dengan kerak segi tiga, dua.".

Kuih bulat? Kerak segi tiga? Itulah yang bermain difikiran Ken sekarang yenneh! Ayoyoo... Belajar matematik ka?

"Hoit! Yang kerak segi tiga tu samosa kan?", tanya Hyuk setelah berjaya meneka kuih yang N sebut tadi.

"Haaa... Yang tu lah.", jawab N seringkas-ringkasnya. Maklumlah, tengah tengok sinetron. Dah macam makcik bawang si Hakyeon ni.

"Habis tu, kuit gelung bulat tu apa?", tanya Ken pulak acah-acah Sherlock Holmes (entah betul ke idok taipan si penaip ni).

Hyuk bertentangan mata dengan Ken sambil berkata dengan confident nya, "Entah.".

"Dah dah! Pegi beli cepat. Kang aku tak dapat merasa karipap pulak.", kata N sambil menghalau dua budak yang tak taulah yang mana muda, yang mana tua. Kacau je orang nak tengok drama zoom zoom bodo ni.

Serentak dengan itu, dua jejaka terus turun tangga, keluar dari rumah bersama duit not RM1O dan helmet masing-masing. Hyuk membonceng di belakang Ken yang terer tunggang moto kapchai sumbangan orang kampung. Sambil start moto, Ken menjerit "Kami pi dulu noh! Assalamualaikum!".

Serentak N di dalam rumah dan Ravi di bawah rumah (rumah kampung kang ada ruang besar kat bawah) menjawab salam. Sebenarnya, Ravi dengan Hongbin ni ambik upah untuk carik sabut kelapa. Maklumlah, kedai ikan bakar Haji Suho ni banyak nak pakai sabut kelapa diadun dengan arang untuk pembakaran ikan yang sempurna. Kelapa parut pulak nak dibuat santan lepastu Janda Meletop Hani nak buat ayam masak lemak cili api untuk dijual kat bazar ramadan. Penaip tau pembaca semua tengah lapaq bakkkkkkhang. Kita berbalik kepada Ravi dan Hongbin.

selang beberapa saat motor Ken meneru keluar dari kawasan rumah dorang, ternampak sebuah van Mini Cooper (ni lagi satu si penaip tak tahu nak eja) klasik selisih dengan mntor Ken tadi lalu memasuki perkarangan rumah Pak Haji Sikyung. Ravi dan Hongbin naik hairan. Dorang ni datang nak buat shooting 'Ketuk Ketuk Ramadan' ke? Nak kata Haji masak, dia rajin mengeteh kat kedai Haji Suho. Geng sehaji la katakan.

Dengan berhentinya van dihadapan rumah Pak Haji Sikyung, turunnya si pemandu, penumpang dihadapan, dan sebilangan penumpang dibelakang. Ravi dan Hongbin terpaku melihat 9gadis umpama duyung yang lebih cantik dari Maya Karin. Anak mata Ravi tertumpu pada pemandu yang turun dari van dan memandang Ravi...

"Cintaaaaa bukan hanya harapan~ Cintaaaaa tapi kepastian~ Cintaaaaa bukan menyakiti hati~~"

Entah dari mana datangnya lagu Asmara Band "Lagu Cinta" terpasang, Ravi terpegun dengan keayuan si gadis yang tinggi lampai. Mengingatkan dia pada kata kata nenek dia, "Jumpak ja pompuan kaki panjang, hang pi buat pickup line kat dia.".

"Cantik baqqqqqqqhang!", puji si Hongbin melihat bunga bunga yang cantik jelita lalu memandang semula si Ravi yang imannya tengah goyah. Sambil menggoncang bahu member sebelah, Hongbin berkata, "Woi! Batai posa satgi-".

Lamunan terhenti bak kata Aris Ariwatan, Ravi mula memandang wajah Hongbin yang 'sok' suci, "Astarghfirullahalazim... Aku tak tahu Pak Haji ada anak pompuan macam pasukan bola baling!".





 

|Alhamdulillah, dah berbukak posa. Amacam? Dah boleh agak kan sapa anak-anak Pak Haji Sikyung? Alaaaa... Takkan tak boleh agak kot? Takpa takpa. Bab seterusnya bakal menyusul dengan lebih banyak kemusykilan. Hohoho!|

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Wonsik_Sai
tukaq tukaq.. 'last' bab akan dipos pada raya ke-2 sebab raya pertama mana ada orang nak baca. Semua pakat nak beraya. Hohoho

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
LovelyIna
#2
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
vixxobang #3
Chapter 24: Lol saya pun ada pernah buat reference pasal Yuta dan kurma Yusof Taiyob aka Yuta juga x'D
hanistar99 #4
Chapter 24: Ehh ada sambungan ke?? Yeayyy
hanistar99 #5
Chapter 21: Dah abes :") ttiba nak tau sapa berdakwah kat N laa hehe
ROVIXAYEE_96
#6
Chapter 21: Wow wow!! Daebak sungguh cerita nie!! Lain kali buat sequel tau! Saya tunggu... annyeong :D
marlia91
#7
Chapter 19: Selamat hari rayaa kpd penulis....

Baru hari ni, dan malam ni dapat baca smua update, yaa sibuk beraya la katakan.. XD (tpi syukur xdak kematian karan mcm abam2 vixx sekalian xD)

Janganlah ditamatkan cerita ini, teruskan hingga syawal tahun depan xD xD
ROVIXAYEE_96
#8
Chapter 19: Comeback lawak dengan baju melayu sedondon biru navy siap dengan sampin shining gold!! Baru baca bab nie sudah ketawa tengok 6 sekawan VIXX pakai baju ala gangster... heheheheheheh... lucu sangat VIXX oppa pakai baju melayu macam tu je... Gahahahahahaha!!!!
ROVIXAYEE_96
#9
Chapter 17: Waah!!! Akhirnya si Hongbin nie mula berpuasa... Jadi semua member VIXX nie 100% puasa!!!! Tepuk tangan!!!
hanistar99 #10
Chapter 17: Alhamdulillah, hati Hongbin lembut ㅠㅠ semoga dapat hidayah both dalam fanfic nie dan irl