Si Kekacang Dan 4 Dosanya (Hongbin) (Bersama EXO Suho)

Ramadan Equation: VIXX Dapat Hidayah! + EXTEND [VIXXTRA!]

|Bab ini mengandungi unsur-unsur pepejal air syaiton, maksiat, fitnah dan tak lawak. Diharaplan membaca sebelum sahur dan selepas solat terawih. Jangan kata penaip tak payung|



 

Disebabkan kesuntukkan masa, si penaip terpaksa skip ke minggu terakhir puasa diamana N akhirnya dapat cuti 5hari sebab kerja-kerja penaiktarafan di Motel Meriam, Leo dah tentu-tentu cuti sekolah. Kan dia cikgu tadika. Ken dengan Hyuk pun cuti sebab Giatmara bagi cuti 3 hari. Ditambah sabtu ahad dapatlah cuti 5hari. Ravi? Hongbin? Ni lah si penaip nak taip ni.

Di suatu hari dimana Hongbin memang tak tahu nak buat apa kat rumah. Stok kelapa pun dah habis sebab Haji Suho dengan Janda Hani mula tutup kedai. Aik? Macam dah berjanji ja?

"Bam Cha! Aku nak keluaq ni. Malam nanti aku balik.", kata Hongbin yang keluar dari biliknya bersama telefon pintar dan dompet di poket seluar jeannya.

"Kau tak join makan japgi ke?" tanya N yang sedang menggantung langsir baru bersama Hyuk dan Ken. Leo? Bawak Uber la, apa lagi? Raya dah nak dekat. Cari duit extra la namanya.

Tak kot, sebab nak lepak kat Stabak sat.", jawab Hongbin lalu mengambil kunci motor dan turun dari rumah sambil berkata, "Aku pi dulu!".

"Bawak leklok woi! Pape rojer!", pekik Hyuk sambil merenung ke luar jendela menghadap motor Hongbin yang sedang berjalan keluar dari perkarangan rumah.

Ketika Hongbin sedang menunggang motosikal Honda Bon Siew lama di laluan motosikal, fikirannya mula bercelaru. Dia terasa sunyi dan kosong. Hidupnya seolah-olah tiada hala tuju. Dia bagaikan menghitung menunggu hari~ Agar kau jumpa yang dinanti~

Telefon bimbitnya berdering namun tidak diendahkan. Mat jiwang rupanya mamat ni. Dah la jiwang, jambu pulak tu.

Setibanya dipersimpangan menuju ke kawasan perumahan, kelihatan dua buah kereta bertembung betul-betul dihadapannya. Dia cuba mengelak daripada terkena dan berjaya namun dibelakangnya gagal mengawal motornya dan terperosok dibawah kereta yang bertembung tadi. Hongbin cuba melihat cermin sisi dan secara tiba-tiba dia merasa bersalah. Mungkin sebab tak tolong orang yang eksiden tadi? Namun, dia masih meneruskan perjalanan ke tempat yang dia selalu release tention. Tidak jauh dari rumah tapi tak dekat jugak la. Kona 3 lap, masuk simpang kanan kiri. Tu je. Tapi, apakah tempat itu?



 

"Turn on the beat!".

Terlihat 3botol air syaiton yaqni arak jenama Asahi dan Tiger bersama semangkuk kecil snek maruku yang dibeli entah dimana di atas meja. Paluan bunyi lagu EDM kalah lagu ciptaan Marshmellow dan Steve Aoki menggegarkan bilik karaoke milik Tao The Panda. Tao buat pusat karaoke. Patotleee senyap je.

Lebih menyedihkan bagi si penaip, ada dua perempuan cun melecun-lecun kalah awek Bigo Live. Pandai-pandailah korang fikir sapa dua perempuan di samping Hongbin.

Bilik karaoke semakin hangat dengan tarian para perempuan yang lincah serta Hongbin yang mendekatkan wajahnya di pipi mereka, sudah mabuk barang kali.

PANGGGGGGG!!

"Jangan bergerak! Kami (dari) Jabatan Agama Islam...".

Serta-merta Hongbin terkejut arnab. Bukan setakat dia, dengan Ravi sekali terkejut. Eh? Ravi mai dari celah mana?

"Haji... Dia ni bukan muslim, haji.", kata Ravi yang berdiri bersama Haji Suho dan dua yang lain. Haji Suho lagi?! Dia ni memang kuat betul laa..

"Laaa. Kenapa tak cakap dari tadi? Dah kita pi tengok kat bilik lain.", keluh si Haji Suho lalu mengarahkan yang lain menyerbu di bilik sebelah.

Hanya tinggal Ravi, Hongbin dan dua perempuan bersebelahannya. Ravi memandang rakannya dengan penuh sayu. "Kalau kau seorang muslim, kau dah buat 3 kesalahan sekarang ni. Satu, kau ponteng puasa. Dua, kau minum arak. Tiga, kau bersama perempuan yang bukan mahram dan ni semua boleh jadi maksiat dan jatuh fitnah kau tau tak?!".

Hongbin diam seribu bahasa. Bahasa Korea pun dia dah lupa, inikan pulak Bahasa Melayu. Mamun matanya masih melihat Ravi yang kesal dengannya. Dia tahu, Ravi bukan seorang alcoholic sebelum peluk Islam, nak sentuh perempuan pun dia takut. Dia tahu, Ravi yang dulu sama yang sekarang. Seorang rakan yang menasihati dan suka buat kebaikan. Mungkin sebab itulah dia dapat hidayah nak masuk Islam. Dia nampak indahnya Islam.

"Rahman! Mai cepat! Ada 4orang ni...", kedengaran suara Haji Suho di bilik hujung memanggil Ravi bersama-sama menangkap Geng Plastik Hitam.

Melihat Ravi berlalu begitu saja telah membuatkan Hongbin serba salah dengan dirinya. Apa yang aku buat ni? Kenapa aku buat semua ni?! Kekusutan mula melanda tatkala melihat rakanya yang begitu kiciwa dengannya.

Sesungguhnya, aku yang bersalah...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Wonsik_Sai
tukaq tukaq.. 'last' bab akan dipos pada raya ke-2 sebab raya pertama mana ada orang nak baca. Semua pakat nak beraya. Hohoho

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
LovelyIna
#2
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
vixxobang #3
Chapter 24: Lol saya pun ada pernah buat reference pasal Yuta dan kurma Yusof Taiyob aka Yuta juga x'D
hanistar99 #4
Chapter 24: Ehh ada sambungan ke?? Yeayyy
hanistar99 #5
Chapter 21: Dah abes :") ttiba nak tau sapa berdakwah kat N laa hehe
ROVIXAYEE_96
#6
Chapter 21: Wow wow!! Daebak sungguh cerita nie!! Lain kali buat sequel tau! Saya tunggu... annyeong :D
marlia91
#7
Chapter 19: Selamat hari rayaa kpd penulis....

Baru hari ni, dan malam ni dapat baca smua update, yaa sibuk beraya la katakan.. XD (tpi syukur xdak kematian karan mcm abam2 vixx sekalian xD)

Janganlah ditamatkan cerita ini, teruskan hingga syawal tahun depan xD xD
ROVIXAYEE_96
#8
Chapter 19: Comeback lawak dengan baju melayu sedondon biru navy siap dengan sampin shining gold!! Baru baca bab nie sudah ketawa tengok 6 sekawan VIXX pakai baju ala gangster... heheheheheheh... lucu sangat VIXX oppa pakai baju melayu macam tu je... Gahahahahahaha!!!!
ROVIXAYEE_96
#9
Chapter 17: Waah!!! Akhirnya si Hongbin nie mula berpuasa... Jadi semua member VIXX nie 100% puasa!!!! Tepuk tangan!!!
hanistar99 #10
Chapter 17: Alhamdulillah, hati Hongbin lembut ㅠㅠ semoga dapat hidayah both dalam fanfic nie dan irl