Chapter 13

Hello, Mr Ji-Chu !
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

“Aku nak dia balik. Aku nak dia muncul semula. Aku rindu dia.”

 

 

13

 

 

“Papa, Mama, Jisoo betul-betul tak tahu apa-apa. Artikel ni palsu. Trust me !” rayu Jisoo di hadapan kedua orang tuanya yang berang.

Tuan Hong dari tadi tak berhenti membentak manakala Puan Hong hanya diam dan mengalirkan air mata. Melihat keadaan orang tuanya, hati Jisoo luluh. Sekali lagi, dia kecewakan mereka. Walaupun memang betul bukan salahnya tapi sekarang ini, semua orang menuding jari ke arahnya.

Gambar dia dan Taehyung sewaktu mereka sedang berbual semalam begitu cepat tersebar bersama dengan artikel palsu yang mencemarkan nama Jisoo baik Taehyung. Gambar tersebut nampak begitu mencurigakan kerana jarak mereka berdua yang terlalu rapat. Tak dinafikan, beberapa keping gambar yang sedang tular di media itu memang nampak sangat ‘mesra’ kerana ia diambil dari sudut dan jarak yang tak sesuai dan boleh mengundang salah faham.

Memang ! Gambar itu asli dan tak diedit tapi orang ramai tersalah tafsir gara-gara artikel yang ditulis bersama gambar-gambar tersebut. Salah satu gambar yang mengundang kontroversi dan yang antara yang paling hangat dibualkan adalah gambar Taehyung yang kelihatan sedang mencium pipi Jisoo. Oh tidak ! Sangat-sangat menjengkelkan. Jisoo sendiri meremang saat melihat gambar tersebut.

Hakikat sebenarnya? Gambar tersebut diambil saat Taehyung sedang membisikkan sesuatu kepadanya waktu itu. Disebabkan ia diambil pada dari sudut yang jauh, ia kelihatan seperti Taehyung sedang mengucup pipi Jisoo. Benarlah kata orang, kadang-kadang gambar boleh jadi sumpahan bagi kita dan Jisoo terpaksa akui itu.

 

“Jina cintakan aku, Tuan Hong Jisoo. Aku harap kau sedar diri. Dia tak mungkin akan sukakan lelaki gay macam kau.”

 

Itulah apa yang Taehyung bisikkan padanya waktu itu. Sudahlah kata-katanya menikam kalbu, kini perbuatannya pula mengundang musibah besar. Siapa yang nak disalahkan? Taehyung?  Entahlah ! Fikiran Jisoo dah terlalu berserabut untuk memikirkan siapa dalang di sebalik semua yang terjadi ini.

 

“Percayalah Papa, Mama. Jisoo tak ada apa-apa hubungan dengan Taehyung ni. Semua ni rumours yang tak betul.” lelaki itu masih mempertahankan dirinya. Dia melutut di hadapan Tuan Hong yang masih belum reda dari kemarahannya. Wajah tua lelaki itu merah dek kerana terlalu marah.

 

“Cukup Jisoo ! Papa dah tak nak dengar apa-apa penipuan lagi. Kamu jangan nak perbodohkan kami. Kamu ingat kami tak tahu? Ada khabar angin yang kamu bagi hadiah dekat budak Taehyung ni beberapa minggu yang lalu. Betul kan?”

 

Jisoo terkedu. Berita itu ternyata sampai ke telinga Papanya. Nampaknya, Jisoo terlepas pandang. Mesti ada yang bercerita tentang dia yang memberikan bekal makanan kepada Taehyung dulu. Padahal, dia cuma menyampaikan bagi pihak Jina. Ah, sudah !

 

“Bukan tu saja. Baru-baru, kawan Mama dari hospital bagitau yang kamu ada derma darah untuk seseorang dan seseorang tu adalah si Jeonghan, bekas kekasih songsang kamu dulu ! Kamu masih berhubung dengan dia? Kamu masih belum berubah ! Kamu tipu kami ! Apa nak jadi ni, Jisoo ! Kamu betul-betul memalukan !” Tuan Hong semakin berang. Ditambah pula dengan Jisoo yang hanya diam menikus di depannya. Anak lelakinya itu langsung tak menjawab dan diam membisu.

Setahunya, dah menjadi kebiasaan bagi Jisoo untuk berdiam diri sekiranya buat salah. Sejak dari kecil, anaknya memang berperangai begitu. Apabila Jisoo diam sebegini, maka Tuan Hong yakin yang Jisoo memang ada lakukan kesalahan.

“Maafkan Jisoo.” hanya itu yang kedengaran setelah sekian lama berdiam diri.

Esak tangis Puan Hong menampar gegendang telinga Jisoo. Anak muda itu semakin tunduk menekur lantai. Tak berani menatap kedua wajah ibu bapanya. Rasa serba salah.

 

“Satu lagi, siapa Aster?” soalan kali ini lebih mengejutkan Jisoo. Pandangan Tuan Hong yang tajam menikam wajahnya yang pucat lesi.

Soalan si ayah tak dijawab. Dia tahu ada sesuatu yang tak kena. Apa lagi yang Papa nya tahu?

“Papa dengan Mama terserempak dengan seseorang yang mirip Aster beberapa hari lepas di Hotel Crystal. Mirip sangat-sangat. Gaya dan cara dia semuanya sama cuma…”

Tuan Hong berjeda dan merengus geram.

“Cuma dia gadis penghantar bunga. Aster kerja penghantar bunga ? Bukan kamu cakap dia dah balik California minggu lepas? Atau sebenarnya, kamu tipu? Hah?” melengking suara Tuan Hong membuatkan Jisoo tersentak. Dia terkedu.

“Jawab Jisoo !” kali ini, Puan Hong turut bersuara. Nadanya kedengaran sangat kecewa.

Jisoo mengetap bibirnya sebelum menghela nafas perlahan. Pembohongannya sudah terbongkar. Sudah masanya, dia akhiri segala-galanya.

“Mama, Papa…maafkan Jisoo. Betul…Jisoo tipu. Aster tak pernah wujud. Gadis yang selama ni Jisoo kenalkan sebagai Aster tu sebenarnya bukan Aster. Dia cuma Jisoo upah untuk jadi kekasih Jisoo supaya mama dengan papa percayakan Jisoo…Maafkan Jisoo. Aster memang tak pernah wujud, Jisoo tipu. Tapi, Jisoo buat ni untuk...”

 

PANG !

 

Belum sempat Jisoo habis menjelaskan segala-galanya, satu tamparan dari ayahnya sekali lagi singgah ke pipi. Peritnya tak terkata. Pipi Jisoo merah dan berpijar. Sakit tadi masih lagi berdenyut dan sekarang ia ditambah dengan penangan baru.

“Jadi memang betul yang selama ni kami ditipu? Anak tak guna ! Kamu tipu kami hidup-hidup. Kenapa? Sebab kamu masih cuba nak sembunyikan hakikat yang kamu tu songsang?Hah? Kamu ingat dengan guna cara ni, perangai sebenar kamu tu akan terlindung?” amukan Tuan Hong semakin galak. Suasana menjadi semakin tegang.

“Jisoo cuma tak nak kecewakan Papa dengan Mama lagi. Jisoo tahu Jisoo salah tapi Jisoo cuba untuk ubah semua ni. Jisoo cuma nak yang terbaik.” balas Jisoo cuba menenangkan Tuan Hong.

“Sudah !  Tak payah nak terangkan apa-apa lagi ! Kamu dah conteng arang dekat muka kami berdua. Maruah keluarga kita tercalar disebabkan perangai tak senonoh kamu. Memalukan ! Dari dulu tak pernah berubah. Sia-sia saja kami bagi peluang dekat kamu.”

Jisoo bungkam. Kata-kata Tuan Hong menikam jantungnya. Dia terasa sangat-sangat terpukul dengan apa yang diluahkan oleh bapanya.

“Jisoo tahu Jisoo bukan anak yang baik tapi Jisoo cuba untuk berubah. Tolong percayakan Jisoo. Jisoo dah tak buat benda songsang tu lagi. Tolong maafkan Jisoo.” rayu Jisoo. Dia bangkit dan cuba meraih tangan ibunya. Namun, wanita itu menepis dan menggeleng lemah. Riak hampa terpancar dari wajah Puan Hong. Tangisannya masih tak berhenti sehingga membuatkan Jisoo turut mengalirkan air mata lelakinya.

“Hong Jisoo, mulai hari ni, kamu bukan lagi anak kami. Kamu dah memalukan keluarga Hong ! Pergi ! Buatlah apa yang kamu suka ! Kamu dah bebas sekarang.”

Jisoo terkedu. Ucapan Tuan Hong umpama seketul batu besar yang menghempap tubuhnya. Sungguh ! Dia tak sangka yang kata-kata itu keluar dari mulut bapanya. Seluruh tubuhnya menggeletar dan akhirnya, dia jatuh melutut di situ.

“T…Tak…”

 

 

Taehyung tak bersalah. Ada banyak khabar angin yang cakap, Hong Jisoo tu memang gay. Saya syak yang dia cuba untuk goda Taehyung.

Taehyung mangsa keadaan. Mungkin CEO tak guna tu yang paksa dia buat benda tak senonoh macam ni. Our Taetae is innocent.

Hong Jisoo gunakan kuasa dia untuk dapatkan Taehyung. Disebabkan dia CEO Syarikat minuman yang gunakan BTS sebagai model, dia cuba ambil kesempatan dekat Taehyung.

Saya dengar cerita yang CEO tu memang seorang gay. Taehyung mungkin mangsa dia. Kita kena lindungi Taehyung.

 

Jina membaca setiap komen yang ditulis oleh netizen satu persatu sambil menahan rasa. Kes Jisoo dan Taehyung semakin hangat diperkatakan. Mana taknya? Kes ini melibatkan seorang idol terkenal dan seorang CEO syarikat pengeluar makanan terkemuka. Sememangnya, artikel dan gambar yang tular semalam kini menjadi buah mulut semua orang. Apatah lagi ia merupakan satu topik hangat yang mampu buat semua orang terkejut. 

Jina agak terkilan dan kecewa kerana rata-rata netizen menyokong Taehyung dan mengecam Jisoo. Mana keadilan untuk lelaki itu? Hanya kerana Taehyung seorang idola yang disayangi, maka segala yang buruk dituding ke arah Jisoo. Banyak tuduhan buruk yang kena pada Jisoo.  Lelaki tak guna. Salah guna kuasa. Memalukan. Menjengkelkan. Segalanya negatif dan menyakitkan. Jina risau emosi Jisoo akan jadi tak menentu gara-gara ini.

 

“Kakak !”

 

Tetingkap internet diminimizekan saat Seokmin menjengah masuk ke dalam biliknya. Jina berpura-pura sibuk merenung skrin komputer ribanya saat si adik muncul.

 

“Tak payah nak sorok. Seokmin dah tahu.” adiknya bersuara lantas mengambil tempat di sebelah si kakak. Gila tak tahu? Di kelasnya pun tak habis-habis membincangkan soal ini. Ditambah pula si Taehyung adalah bekas pelajar sekolah tersebut. Makin kecoh jadinya. Cikgu-cikgu turut bergosip rancak tentang berita itu.

 

Jina menghela nafas perlahan. Dahinya berkerut.

 

“Apa akak nak buat?” soal Seokmin dan itu membuatkan Jina mengeluh. Dia faham maksud adiknya.

 

Seokmin ikut mengeluh. Dia tahu yang kakaknya sekarang sedang dalam dilema. Jina pernah cerita tentang Jisoo kepadanya memandangkan mereka berdua selalu berkongsi rahsia dan masalah. Jadi, Seokmin memang dah tahu tentang hubungan cinta palsu kakaknya dengan CEO muda itu. Terkejut dia bila dapat tahu yang Hong Jisoo kononnya bercinta dengan Taehyung. Dua-dua lelaki yang ada dalam hidup kakaknya, tiba-tiba dikaitkan bersama? Kebetulan kah?

 

“Akak percaya ke berita ni?”

Jina menggeleng.

“Sebab apa?”

“Sebab akak dapat rasakan yang benda ni tak betul. Encik Jisoo…bukan macam tu.”

 

Seokmin merenung kakaknya seketika.

 

“Akak, akak sendiri cerita kat Seokmin yang Encik Jisoo akak tu gay. Jadi, tak mustahil kan?”

Jina menggeleng lagi. Kali ini lebih laju dan bersungguh.

 

“Itu dulu, Seokmin. Dia cakap dia nak berubah.” nafi Jina. Entah kenapa, perasaannya kuat mengatakan bahawa semua ini sekadar palsu dan Jisoo tak bersalah.

“Dan akak percaya?”

“Akak percaya. Akak nampak kesungguhan dia.” tutur Jina yakin.

“Akak, akak suka Hong Jisoo ni ke?”

 

Soalan Seokmin kali ini buat Jina terkedu. Mukanya tiba-tiba rasa panas dan mula merah padam. Wajahnya cuba dialih ke arah lain agar Seokmin tak dapat melihat reaksinya.

 

“Akak suka dia.” disebabkan soalannya tak dijawab, Seokmin buat kesimpulan sendiri. Lagipun, dari muka Jina dia dah boleh agak jawapannya. Jina tak perlu nak menipu. Mereka berdua dah hidup bersama sejak belasan tahun yang lalu. Semua benda tentang Jina ada dalam kocek hidup Seokmin. Dah nama pun kakak kesayangan.

Jina jeling Seokmin tajam namun tak lama bila Seokm

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
The best part dalam menulis fanfics adalah bila kita dapat tanda tick dekat kotak 'mark as complete'. xD
Thanks kepada semua yang setia dengan HMJ. Saya sangat hargai anda semua^^

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
This is the best fanfic yg sy pernah baca.Dh la cpt update and ohsem.cuwit jgn citer lh bersemut skin.Btw,fighting author nim !!!! Chaiyok!!!!
Aida_Rusdi
#2
Chapter 15: Best sangat sangat sangat! Langsung x menyesal baca. Kan best klu dpt lelaki mcm Jisoo. Huhu, sedih masa part Jisoo menghilang. Paling best, happy ending dan masa Youngjae baling batu. Tapi kan Jae kawen dgn sape? //GFriend's Summer Rain keeps playing non-stop masa baca//
Shadow_warriorangel #3
Chapter 15: Alooooo dh kawen pulak xD xpe ar.. Not available blek ar xD akhirnye.. Xde ape lah sy nk tunggu lepas ni.. Sy hrp aauthornim dpt truskn semua ff yg trgendala xD bye authornim :3
Shadow_warriorangel #4
Chapter 14: Sy dlm hutan.. Dngn line satu bar sy dpt noti xD bahagia.. Part surat tu sumpah sweet authornim.. Mcm masa jisoo tnye jina psl surat utk taehyung xD btw.. Pesan kt youngjae.. Sy single and not available.. Tp blh available utk de.. ( • ̀ω•́ )✧ xD
lilylunalove
#5
Chapter 15: Huwaaaa cerita ni dah complete! T.T Saya happy tapi dalam masa yang sama saya sedih jugak! Saya akan rindukan Jisoo dan Jina! :') Ohhh tak lupa jugak Seokmin, bakal husband saya *perasannya saya lol* XP
Ahhhh cerita awak tak pernah kecewakan saya! Walaupun part klimaks cerita ni sedih gila gila sampai menangis tarik hingus saya dibuatnya, oh yeahh akhirnya happy ending pun >.<
Ohhhh siap dapat baby boy Jiwoo yang kacak lagi tu! XD
Saya harap anak Jisoo, Jiwoo dengan anak Jeonghan, Ahri berjodoh hehe ;p
Kalau rajin, awak buat la sequel eh? Pretty please ~ Lambat pun takpe saya sanggup tunggu selamanyaaaaa :D
aquariusxpisces
#6
Chapter 15: AwwwwwXD dah complete! Nasib baik Youngjae dengan Jina jumpa Jisoo! And dah ada anak punXD tapi kenapa Jeonghan layan dia macam hambar, hahaahaha.. Tak kisahlah, Jisoo sekarang dah ada Jina yeayyy
TKeyAlex
#7
Chapter 15: Awwww... everything from the precious chapter semua sweet! Suka smgt cara Jina pujuk Jisoo. Jeles lak sbb saya ni x pandai pujuk org. Lawak jugak Youngjae (honeymoon huh? promote cb dorng la tu hahahaha anyway lagu dorng best gila! saya suka! saya suka!)

Chapter last ni pun smuanya comel2.. Mcm kesinambungan cite Jeonghan lakk. Dua2 pasangan dh ada anak hwehwe geramnyaaaa pikir muka anak dorng. Mesti comel2 gila. I like how you ended it nicely. Takde satu benda yg sedih pun. Like Taehyung pun still jdi kawan and time dia nyanyi for their wedding is funny! Seok pulak jdi anak ksyangan keluarga Hong jugak. And everyone is happy..

Walaupun sedih fic ni dah habis, I've enjoyed every one of it. It's simple yet senang nak difaham. Ayat2 yang digunakan semua cantik and gramatis (weh dh lama x guna perktaan tu). Thanks for the letter too *heart sign* FIGHTING AUTHORNIM! May authornim berjaya dlm pembelajaran hwehwehwe. ♡♡♡♡♡
Seasony
#8
Chapter 15: Whoaaaaa!! I cry I laugh at the same time!!!!
The ending is soooo sweet!! I'm soo happy.
Its okay Taehyung, i ada kekee XD
Tahniah awakk! Actually, this is my first fanfic yg saya baca tanpa tunggu dia complete dulu. Hahaha. I always waiting for your update!
All the best!! I love you!!
NoonaYoung
#9
Annyoung, pembaca baru di sini ^^
Sy tertarik gan description & foreword, meskipun sy xbaca lg crte lain drpd authornim, tp thumbs up dulu diberikan ya!
Tq gak sbb tulis crte ni =)