My Knight

Haters Gonna Love Mission

 

Finale Jongin;

 

Disebabkan masih ada 15 hari lagi dan anda merasakan ianya tidak sempat, anda terima saja pelawaan Kai secara terpaksa.

“Dating jom?” ajak Kai tiba-tiba.

Anda menjelingnya tajam. “Dating? Huh… Dekat mana?”

Anda sudah berkira-kira mengatur rancangan untuk meninggalkan Kai semasa kalian berdating nanti.

“Dinner jom?”

Tanpa berkata apa-apa, anda cuma mengangguk. Ya, satu malam saja dan semuanya akan berakhir nanti.

 

 

Kai menjemput anda di rumah dengan kereta sportnya (seperti dalam Call Me Baby MV). Dia tersenyum melihat anda yang kelihatan anggun sekali dengan dress merah yang disepadankan dengan selendang merah jambu.

“Awak sangat cantik, sayang.” Katanya sambil menghulurkan tangan kepada anda.

Anda pun menyambut tangannya dengan penuh malu. Aish, muka ni cepat sangat nak merah la! Anda memarahi diri sendiri. “Erm, terima kasih.”

Sampai di restoran mewah itu, Kai menolong anda membuka pintu dan menyambut tangan anda dengan senyum manisnya. Anda kelihatan cair melihat Kai sebegitu lalu tunduk.

“Awak okey?” tanya Kai.

Anda mengangguk malu. Serius malu.

Kalian mengambil tempat yang agak tersorok supaya tiada peminat yang dapat mengecam kalian berdua. “Tempat ni okey?” anda pun mengangguk.

“Order?” datang seorang pelayan.

Anda memesan Fish and Chips manakala Kai memesan Steak. Setelah pelayan tadi meminta diri, anda merenung ke luar restoran. Anda mula berasa tidak selesa. Kai pula berdiam diri dari tadi. Anda hairan.

Anda memandang ke arah Kai tetapi… “Eh, mana Kai pergi?”

Anda mula berasa cuak. Tiba-tiba datang dua pemuda berjalan ke arah anda. “Hai, seorang saje? Boleh kami join?”

Anda menggeleng dan salah seorang pemuda itu mendekatkan mukanya kepada anda. “Kenapa? Tak suka ke?”

Dia mula menarik selendang merah jambu anda tadi sebelum…

“Hoi!”

Dua pemuda tadi mendengus sebelum melarikan diri. “…”

Air mata anda pula sudah mula mengalir. Kai kelihatan sangat risau. Dia pun memeluk anda. Anda menumbuk-numbuk dadanya. “Awak pergi mana tadi?”

Kai mencium dahi anda. “Saya minta maaf. Saya pergi ke tandas sekejap.” Dan anda menangis lagi.

Ketika menangis, anda sempat mencuri pandang wajah Kai.

 

“Awak tak apa-apa?” tanyanya dengan nada kerisauan. Mukanya pucat melihat keadaan anda sebegini. Dia mengambil kot hitamnya dan menutupi pakaian anda dengan kot tersebut.

Anda masih tidak berhenti menangis dan menangis dalam pelukan Kai pula. “Shh, tak ada apa dah. Maafkan saya sebab tinggalkan awak tadi. Saya minta maaf sangat-sangat.”

Dia mengusap lembut belakang anda untuk menenangkan anda. Kai seorang prihatin, itu apa yang anda dapat rumuskan sekarang. Tanpa segan silu, anda mencium pipinya dan menyorok dalam pelukannya.

Kai memegang pipinya. Dia kelihatan terkejut dengan tindakan anda. “A-awak…”

Anda cuma menutup malu. Anda melepaskan pelukan dan tunduk. “Awak, jom balik.” Anda mengajaknya pulang.

Kai hanya tersenyum sebelum menarik tangan anda.

 

 

Anda sedar, kita tidak sepatutnya menjadi haters atau membenci seseorang itu tanpa mengenalinya dahulu. Apa yang anda belajar di Boston, hanyalah cara-cara membuat bangunan dan sebagainya. Anda tidak pernah terfikir pula sifat nilai murni yang ada dalam diri anda.

 

Bak kata orang, kalau kita benci gila dengan orang itu, satu hari nanti kita lah yang akan sayang gila dekat orang tu. Anda termalu sendiri kerana sudah kalah dengan pernyataan tersebut. Mungkinkah anda sudah jatuh cinta dengan Kai?

 

Anda mesti terfikir tentang teman lelaki anda… walaupun ini hanyalah satu misi, tidak salah untuk mencintai seseorang itu walau sesaat pun. Apa yang anda fikir sekarang ialah membahagiakan orang lain barulah bahagiakan diri sendiri.

 

Apabila mengimbas kembali perbuatan anda terhadap EXO, anda seolah-olah tidak percaya dengan diri anda sendiri. Anda bersifat kejam dan bertindak tidak berperikemanusiaan. Seolah-olah menghukum seseorang itu tanpa sebab.

 

 

“Kai, saya minta maaf sebab layan awak dengan kasar.”

Kai kelihatan tenang ketika memandu. Dia mengeluh. “Saya dah lama dah tunggu awak tau tak?”

Anda pun menjegilkan mata anda. “A-apa?”

Kai tersenyum dan mengusap kepala anda. “Saya suka awak la, sayang oi.”

Ye ke? Oh tidak…

Semenjak kejadian itu, Kai menjadi seorang yang protective…

 

 

-Mission Accomplished-

FINALE

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
*Dating EXO! : Sambung esok maybe? *

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 35: Wow! I got chen. Selamat 3 juta won saya.
xoxogirl2 #2
Wah daebak
Illynay_SEB
#3
Chapter 36: Ohmygucci!! Ade sequel!!! Urgghh!!! Can't wait!! Fighting author-nim!!
zelomine
#4
Chapter 15: Author nim... maaf tanya... saya cuma nak tahu character haters dalam ff ni ader berapa erkk... saya pening sebab kejap haters tu ngan luhan... kejap ngan suho... maaf bertanya..
hyemipark
#5
Chapter 36: sequel sequel sequel ^^
FIGHTING!!!
kyuhyunnie98
#6
Chapter 26: aaaahhhh!! Chanyeollie!! can you not!! ~>v<~
I hope this was real, chingu~~
hwa_min98
#7
Chapter 36: sequel juseyo..:)
Illynay_SEB
#8
Chapter 36: Sequel for sure!! Fighting!! :)
5days_fin
#9
Chapter 36: Sequel r author nim... biar giler asal gempak
GreenDecember #10
Chapter 8: Mcm sama dgn eng version punya aje...itu awk punya jugak ke author nim?