Baju Renang

Haters Gonna Love Mission

Finale Luhan;

 

“Luhan, saya tak bawak baju renang saya.” Anda mencuit lengan sasanya.

 

Luhan hanya tertawa sebelum memegang pipi anda. “Alah, kesiannya Ice Princess ni. Okey, jom kita beli.”

 

Anda mengangguk lalu menyambut tangan Luhan dan memegangnya erat. Terasa bahagia pula diperlakukan begini. Walaupun hanya untuk membalas budi, tetapi anda tidak mahu menjadikan ia sebagai kenangan manis.

 

Anda sedar, kita tidak sepatutnya menjadi haters atau membenci seseorang itu tanpa mengenalinya dahulu. Apa yang anda belajar di Boston, hanyalah cara-cara membuat bangunan dan sebagainya. Anda tidak pernah terfikir pula sifat nilai murni yang ada dalam diri anda.

 

Bak kata orang, kalau kita benci gila dengan orang itu, satu hari nanti kita lah yang akan sayang gila dekat orang tu. Anda termalu sendiri kerana sudah kalah dengan pernyataan tersebut. Mungkinkah anda sudah jatuh cinta dengan Luhan?

 

Anda mesti terfikir tentang teman lelaki anda… walaupun ini hanyalah satu misi, tidak salah untuk mencintai seseorang itu walau sesaat pun. Apa yang anda fikir sekarang ialah membahagiakan orang lain barulah bahagiakan diri sendiri.

 

Apabila mengimbas kembali perbuatan anda terhadap EXO, anda seolah-olah tidak percaya dengan diri anda sendiri. Anda bersifat kejam dan bertindak tidak berperikemanusiaan. Seolah-olah menghukum seseorang itu tanpa sebab.

 

Zaman kini bukanlah zaman seperiti dahulu yang pernah wujud raja berkuasa mutlak. Mungkin disebabkan itulah undang-undang diwujudkan serta kuasa mutlak raja atau pemerintah dimusnahkan. Hidup ini mesti adil.

 

“Awak, kita dah sampai ni…” kedengaran suara Luhan sedang memanggil anda.

 

Anda tersenyum lalu mula memilih baju yang sesuai dipakai. Cita rasa anda bukanlah seksi, tetapi cukup untuk buat dia bahagia… anda memilih baju renang wanita yang biasa saja,

 

Selesai membeli, kalian berdua kembali semula ke kolam renang. Anda bukanlah jenis yang reti berenang tetapi redah sahajalah…

 

“Luhan, kalau saya lemas awak kena selamatkan saya tau.” Pesan anda kepadanya sebelum melepaskan tangan Luhan.

 

“Kalau awak lemas, saya kena buat CPR untuk awak lah kan? Hehehe…” Luhan tersengih apabila anda menjelingnya.

 

Namun jelingan tersebut bukanlah jelingan benci, tetapi sebenarnya anda suka dengan usikan tersebut. Secara curi-curi, anda mencium pipi Luhan sebelum melarikan diri ke dalam kolam.

 

Luhan kelihatan terkesima dengan ciuman pantas itu sebelum dia kembali ke dunia realiti.

 

“Oh, main tipu!” jeritnya apabila anda sudah berada di dalam kolam renang.

 

Dia mula mendapatkan anda di air walaupun agak susah. Anda melancarkan perang air ke atasnya apabila Luhan mula mendekati anda.

 

Kalian berdua saling memercikkan air ke arah masing-masing. Tanpa disengajakan, anda tergelincir lalu tenggelam ke dalam kolam.

 

“Awak, tolong saya!” anda mula cuak.

 

Luhan pula hanya ketawa. “Oh, main-main eh?”

 

Anda cuba meyakinkannya bahawa anda tidak bermain-main. Anda sikit saja lagi hampir lemas. “Awak!”

 

Luhan panik apabila anda tidak muncul di muka air. Dia menyelam ke dalam kolam lalu mencari anda yang sudah kelemasan.

 

Dia membawa anda ke tepi kolam lalu menepuk-nepuk pipi anda dengan harapan anda akan bangun. Dia menekan dada anda untuk mengeluarkan air yang anda terminum semasa lemas tadi. Tetapi, masih tidak bangun.

 

Akhirnya, Luhan mengambil keputusan untuk melakukan CPR ke atas anda. Nampaknya dia berjaya apabila anda menunjukkan respon. Anda tidak mampu untuk bangun tetapi hanya mampu batuk saja.

 

Luhan membelai pipi anda sebelum memeluk anda erat. “Awak buat jantung saya hampir terhenti.”

 

Semasa dia memeluk anda, anda boleh merasai betapa kencangnya degupan jantung Luhan. Luhan meleraikan pelukan sebelum mengucup bibir anda.

 

“I love you.”

 

-Mission Accomplished-

FINALE

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
*Dating EXO! : Sambung esok maybe? *

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 35: Wow! I got chen. Selamat 3 juta won saya.
xoxogirl2 #2
Wah daebak
Illynay_SEB
#3
Chapter 36: Ohmygucci!! Ade sequel!!! Urgghh!!! Can't wait!! Fighting author-nim!!
zelomine
#4
Chapter 15: Author nim... maaf tanya... saya cuma nak tahu character haters dalam ff ni ader berapa erkk... saya pening sebab kejap haters tu ngan luhan... kejap ngan suho... maaf bertanya..
hyemipark
#5
Chapter 36: sequel sequel sequel ^^
FIGHTING!!!
kyuhyunnie98
#6
Chapter 26: aaaahhhh!! Chanyeollie!! can you not!! ~>v<~
I hope this was real, chingu~~
hwa_min98
#7
Chapter 36: sequel juseyo..:)
Illynay_SEB
#8
Chapter 36: Sequel for sure!! Fighting!! :)
5days_fin
#9
Chapter 36: Sequel r author nim... biar giler asal gempak
GreenDecember #10
Chapter 8: Mcm sama dgn eng version punya aje...itu awk punya jugak ke author nim?