Awak Kat Mana?

Haters Gonna Love Mission

 

Finale Kyungsoo;

 

Sebaik saja Kyungsoo mendapat ID-nya, dia terus meminta alamat rumah anda. Anda berasa sungguh hairan sekali. Bukankah sepatutnya Kyungsoo mengajak anda pergi dating?

 

Sudah lima hari berlalu, anda masih menunggu sebarang berita, ajakan ataupun mesej daripada Kyungsoo namun hampa. Anda mula merasakan bahawa kerja anda selama ini hanya sia-sia.

 

Anda sedar, kita tidak sepatutnya menjadi haters atau membenci seseorang itu tanpa mengenalinya dahulu. Apa yang anda belajar di Boston, hanyalah cara-cara membuat bangunan dan sebagainya. Anda tidak pernah terfikir pula sifat nilai murni yang ada dalam diri anda.

 

Bak kata orang, kalau kita benci gila dengan orang itu, satu hari nanti kita lah yang akan sayang gila dekat orang tu. Anda termalu sendiri kerana sudah kalah dengan pernyataan tersebut. Mungkinkah anda sudah jatuh cinta dengan Kyungsoo?

 

Anda mesti terfikir tentang teman lelaki anda… walaupun ini hanyalah satu misi, tidak salah untuk mencintai seseorang itu walau sesaat pun. Apa yang anda fikir sekarang ialah membahagiakan orang lain barulah bahagiakan diri sendiri.

 

Apabila mengimbas kembali perbuatan anda terhadap EXO, anda seolah-olah tidak percaya dengan diri anda sendiri. Anda bersifat kejam dan bertindak tidak berperikemanusiaan. Seolah-olah menghukum seseorang itu tanpa sebab.

 

 

Pada hari keesokannya…

 

“Oit, termenung ingat kat pakwe ke?” sergah Taehyung dari belakang. Nasib baik anda tidak membuka langkah silat tadi.

 

Anda mengurut-urut dada anda. “Ish, Tae ni! Biarlah. Salah ke Noona ingat kat pakwe pun? Yang orang tu tak reti nak pergi sekolah ke?”

 

Taehyung menggaru lehernya yang tidak gatal. “Sebenarnya kan, Tae nak tanya mana sarapan pagi?”

 

Serentak itu, anda terus bangun dari kerusi dan bergegas ke dapur sepantas kilat. Ini semuanya gara-gara Kyungsoo. Manchester United dah menang liga Inggeris pun dia tak muncul-muncul lagi. Mungkinkah dia mahu menunggu Liverpool menang kut?

 

Anda memandang kosong ke arah pankek blueberry. Anda sangat menantikan Kyungsoo selama lima hari ini. “Kyungsoo, dimanakah awak berada?”

 

Tidak lama lepas tu, anda menerima sepucuk surat yang tidak bersetem. Surat itu amat menimbulkan persoalan ke atas diri anda. Siapa pula yang hantar surat? Adakah dari syarikat SMGila itu lagi?

 

Anda termenung melihat surat yang diletakkan di atas meja itu. Anda membelek-belek seolah-olah mencari klu siapa penghantarnya.

 

Anda menarik nafas dengan malasnya sebelum membuka sampul itu. Lipatan surat itu kelihatan begitu kemas dan wangi. Macam surat cinta je… tapi dari siapa?

 

 

Kehadapan Princess Kim…

Entah luapan rasa apa yang harus kutulis di secarik kertas ini
Diriku tak bisa menuangkannya walaupun hanya setetes rasa hati
Tiada yang bisa mewakili diri yang sedang gundah dengan cinta ini

Jujur.. saat ku pertama melihatmu, aku tertarik dan terpesona denganmu
Kulihat pandangan pertama betapa indah dirimu dan cantik rupamu
Semua perasaan dihati ini terjadi karena begitu indahnya kau dimataku

Tapi entahlah tiba-tiba muncul dihatiku apakah pantas aku mendampingimu.
Kau bagaikan bidadari jelita dengan lirik mata yang penuh arti
Sedangkan aku hanya pria biasa yang hanya mampu tuk mengagumimu

Tapi saat ini kuberanikan diri tuk meluapkan isi hati ini
Aku nyatakan bahwa aku mencintaimu
Dan terserah apa katamu
Yang pasti ku menyayangimu

Kuharap kau membalas sepucuk suratku ini
Dengan berita yang menyejukan hati
Dapat menjawab semua gelisah hati selama ini
Kutunggu jawabanmu.. wahai kekasih hati..

Yang selalu mengagumimu,
Do Kyungsoo

 

p/s: Jom pergi date?

 

Hampir mengalir air mata anda membaca surat tersebut. Anda menyangka Kyungsoo sudah melupakan anda tetapi tidak rupanya.

 

Pada masa itu juga, loceng di pintu berbunyi. Cepat-cepat anda mengelap air mata. Anda melonjak kegembiraan apabila melihat orang yang anda nantikan selam ini.

 

“Hai, awak.” Dia menghulurkan sejambak bunga ros putih kepada anda lalu anda menyambutnya.

 

Dia menggaru lehernya yang tidak gatal sebelum berkata, “Erm, jom pergi dating sekarang boleh?”

 

Anda tertunduk malu dan mengangguk. “Err, saya pergi tukar baju dulu ye?”

 

Dia hanya mengangguk. Anda mengajaknya untuk masuk ke dalam rumah namun dia menolak. Suci sungguh hati Kyungsoo ini.

 

Anda kelihatan bergaya dengan dress merah jambu dan mengikat rambut ke atas agar kelihatan lebih matang. Dia seakan-akan terpaku melihat anda.

 

Kyungsoo berjalan mendekati anda sebelum berbisik lembut. “Cantiknya awak.”

 

Anda terbatuk sedikit. “Terima kasih.”

 

Anda ingin mengambil kasut namun dia pula menarik tangan anda. “Saranghae, princess.”

 

Sungguh! Anda terdiam seribu bahasa.

 

 

-Mission Accomplished-

FINALE

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
*Dating EXO! : Sambung esok maybe? *

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 35: Wow! I got chen. Selamat 3 juta won saya.
xoxogirl2 #2
Wah daebak
Illynay_SEB
#3
Chapter 36: Ohmygucci!! Ade sequel!!! Urgghh!!! Can't wait!! Fighting author-nim!!
zelomine
#4
Chapter 15: Author nim... maaf tanya... saya cuma nak tahu character haters dalam ff ni ader berapa erkk... saya pening sebab kejap haters tu ngan luhan... kejap ngan suho... maaf bertanya..
hyemipark
#5
Chapter 36: sequel sequel sequel ^^
FIGHTING!!!
kyuhyunnie98
#6
Chapter 26: aaaahhhh!! Chanyeollie!! can you not!! ~>v<~
I hope this was real, chingu~~
hwa_min98
#7
Chapter 36: sequel juseyo..:)
Illynay_SEB
#8
Chapter 36: Sequel for sure!! Fighting!! :)
5days_fin
#9
Chapter 36: Sequel r author nim... biar giler asal gempak
GreenDecember #10
Chapter 8: Mcm sama dgn eng version punya aje...itu awk punya jugak ke author nim?