Chenta

Haters Gonna Love Mission

 

Chenta;

 

“Junmyeon… saya mahu berundur sekarang.”

 

Dengan langkah yang hiba, anda meninggalkan Junmyeon yang masih terpinga-pinga. Anda sempat lagi mengambil bakul berkelah anda sebelum berlari ke arah taman.

 

Anda menangis apabila mengingatkan tindakan kejam anda terhadap Junmyeon. Anda sendiri tidak tahu mengapa.

 

Semasa anda sedang menangis, anda terasa ada benda sejuk menyentuh kepala anda. Anda tidak mempedulikannya sehinggalah anda merasa ada seseorang duduk di sebelah anda. Anda menyangka itu Junmyeon…

 

“Maafkan saya, Junmyeon. Saya tak boleh terima awak.”

 

Dia tergelak kecil. “Saya bukan Junmyeon.”

 

Anda terus mengangkat muka dan mendapati seorang lagi ahli EXO sedang berada di sebelah anda. Anda terus bergegas untuk meninggalkan taman itu.

 

Dia sempat memegang tangan anda dan menariknya. “Awak ni kenapa?” anda bertanyanya.

 

Dia tidak menjawab tetapi berdiri dan membelai rambut anda. “Awak menangis?”

 

Anda hanya diam. Malu nak bercerita yang anda sudah jatuh cinta dengan Junmyeon tetapi apabila mengingatkan diri anda sebagai haters EXO, anda merasakan diri anda tidak layak.

 

Tiba-tiba, Baekhyun memeluk anda. Anda terbisu seribu bahasa di dakapannya lalu terus menangis di dadanya.

 

Habis basah baju Baekhyun anda buat. Anda berasa malu pula. Anda tidak menyangka ahli EXO baik semuanya. Anda memang silap kerana menjadi haters mereka.

 

“Dah okey?” dia bertanya sambil menghulurkan setin air sejuk. Anda mengambilnya dengan senyuman manis.

 

“Terima kasih.”

 

“Jadi, kenapa awak menangis sebab Suho hyung?”

 

Anda mengeluh perlahan. “Dia terlalu kaya untuk saya.”

 

Baekhyun tertawa. “Tu je?”

 

Anda tidak ada pilihan lain tetapi mengangguk. Baekhyun memeluk bahu anda. “Kalau macam tu, dating la dengan saya.”

 

Keputusan terakhir

 

AN: Hi korang! Do subscribe dan upvote kalau suka. Komen daripada anda amatlah dialu-alukan. Thanks.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
*Dating EXO! : Sambung esok maybe? *

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 35: Wow! I got chen. Selamat 3 juta won saya.
xoxogirl2 #2
Wah daebak
Illynay_SEB
#3
Chapter 36: Ohmygucci!! Ade sequel!!! Urgghh!!! Can't wait!! Fighting author-nim!!
zelomine
#4
Chapter 15: Author nim... maaf tanya... saya cuma nak tahu character haters dalam ff ni ader berapa erkk... saya pening sebab kejap haters tu ngan luhan... kejap ngan suho... maaf bertanya..
hyemipark
#5
Chapter 36: sequel sequel sequel ^^
FIGHTING!!!
kyuhyunnie98
#6
Chapter 26: aaaahhhh!! Chanyeollie!! can you not!! ~>v<~
I hope this was real, chingu~~
hwa_min98
#7
Chapter 36: sequel juseyo..:)
Illynay_SEB
#8
Chapter 36: Sequel for sure!! Fighting!! :)
5days_fin
#9
Chapter 36: Sequel r author nim... biar giler asal gempak
GreenDecember #10
Chapter 8: Mcm sama dgn eng version punya aje...itu awk punya jugak ke author nim?