Namsan Tower

Haters Gonna Love Mission

Finale Baekhyun;

 

“Mana Baekhyun ni?”

 

Sudah lima minit anda berada di hadapan Namsan Tower. Baekhyun masih tidak kelihatan juga. Anda mula rasa dipermainkan. Mungkin Junmyeon menyuruhnya untuk membalas dendam terhadap anda?

 

Anda baru saja hendak melangkah pulang, tiba-tiba telefon bimbit anda berbunyi. Anda tidak mempedulikannya tetapi hanya terus melangkah pergi.

 

 

 

Flashback

 

Anda tidak ada pilihan lain tetapi mengangguk. Baekhyun memeluk bahu anda. “Kalau macam tu, dating la dengan saya.”

 

Keputusan terakhir: Dating dengan Baekhyun

 

Anda memandang Baekhyun dengan muka yang serius. Baekhyun terus meleraikan pelukan. “Kenapa ni?”

 

Anda menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum mengangguk. “Saya setuju untuk dating dengan awak. Tapi dengan satu syarat…”

 

Baekhyun terus memegang tangan anda. “Apa syaratnya?”

 

Anda mencari semula dimana anda meletakkan bakul perkelahan tadi. Anda menunjukkan bakul itu di depan muka Baekhyun. “Kita kena pergi berkelah dulu sebab penat saya masak. Saya terlupa nak kasi Junmyeon sikit tadi.”

 

Baekhyun hanya tertawa. “Awak suka buat suspens kan? Uish, marilah suap saya cepat.~”

 

Anda menolak muka Baekhyun. “Makan sendiri. Dating nanti baru sweet-sweet faham?”

 

Dia mula membuat muka comel. Memang betul kata fans EXO, muka dia comel macam anak anjing. “Ala…”

 

Anda mengeluh sebelum mengambil sandwich ayam itu lalu menyuapkan ke dalam mulut Baekhyun. “Yelah, saya nak suap la ni.”

 

Baekhyun menjerit kegembiraan lalu mencium pipi anda. “Terima kasih…”

 

Pipi anda pula sudah memerah seperti tomato. “S-sama-sama.”

 

End of Flashback

 

 

 

Anda berasa menyampah pula mendengar bunyi telefon bimbit anda yang tidak berhenti berbunyi dari tadi. Akhirnya, anda mengangkat panggilan tersebut dan pada masa itu juga, anda terlihat bunga api di langit.

 

“Bunga api? Ada perayaan apa pulak?” anda bertanya sendiri.

 

“Hello?” kedengaran suara Baekhyun di talian. Anda mula mencebik.

 

“Ada orang tu kan dia kata nak dating dekat Namsan Tower hari ni tapi dari tadi saya tak nampak dia pun. Penat saya tunggu…”

 

Baekhyun ketawa kecil. “Ala, siannya. Cuba awak tengok atas.”

 

Semasa anda pandang ke langit, muncul bunga api yang terbentuk nama anda, bentuk love dan ayat-ayat cinta, ‘You don’t know he loves you just because you don’t know he showed it. Love, Baekhyun.’

 

“Awak suka tak?” tanya Baekhyun. Anda mula berasa kolam air mata anda berasa panas. Wahai air mata, janganlah cepat sangat mengalah.

 

Akhirnya anda sedar, kita tidak sepatutnya menjadi haters atau membenci seseorang itu tanpa mengenalinya dahulu. Apa yang anda belajar di Boston, hanyalah cara-cara membuat bangunan dan sebagainya. Anda tidak pernah terfikir pula sifat nilai murni yang ada dalam diri anda.

 

Bak kata orang, kalau kita benci gila dengan orang itu, satu hari nanti kita lah yang akan sayang gila dekat orang tu. Anda termalu sendiri kerana sudah kalah dengan pernyataan tersebut. Mungkinkah anda sudah jatuh cinta dengan Baekhyun?

 

Anda mesti terfikir tentang teman lelaki anda… walaupun ini hanyalah satu misi, tidak salah untuk mencintai seseorang itu walau sesaat pun. Apa yang anda fikir sekarang ialah membahagiakan orang lain barulah bahagiakan diri sendiri.

 

Apabila mengimbas kembali perbuatan anda terhadap EXO, anda seolah-olah tidak percaya dengan diri anda sendiri. Anda bersifat kejam dan bertindak tidak berperikemanusiaan. Seolah-olah menghukum seseorang itu tanpa sebab.

 

“Baek… eh? Dia tutup telefon dah ke?” anda baru saja hendak….

 

Baekhyun datang ke arah anda dengan membawa sebuah buku lukisan. Anda hanya tersenyum melihat kelakuannya. Dia mula menyelak helaian pertama.

 

‘Saya suka senyuman awak. Jadi senyumlah selalu.’

 

Kemudian, helaian-helaian seterusnya.

 

‘Saya tau saya tak kaya tetapi saya ‘kaya’ dengan kasih sayang.’

 

Anda tergelak melihat kenyataan itu. “Okey, sorry. Teruskan.”

 

‘Awak pernah terfikir nak suka saya tak?’

 

Anda menggeleng kepala. Siapa yang pernah terfikir untuk menyukai orang yang anda benci?

 

‘Kalau saya kata saya suka awak macam mana?’

 

Anda menunduk malu. Baekhyun perlahan-lahan melangkah ke arah anda dan mencium tangan anda. “Hai, princess.”

 

Tak lama lepas tu, dia mengeluarkan sebuah kotak yang berisi cincin. “I love you.”

 

 

-Mission Accomplished-

FINALE

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
*Dating EXO! : Sambung esok maybe? *

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 35: Wow! I got chen. Selamat 3 juta won saya.
xoxogirl2 #2
Wah daebak
Illynay_SEB
#3
Chapter 36: Ohmygucci!! Ade sequel!!! Urgghh!!! Can't wait!! Fighting author-nim!!
zelomine
#4
Chapter 15: Author nim... maaf tanya... saya cuma nak tahu character haters dalam ff ni ader berapa erkk... saya pening sebab kejap haters tu ngan luhan... kejap ngan suho... maaf bertanya..
hyemipark
#5
Chapter 36: sequel sequel sequel ^^
FIGHTING!!!
kyuhyunnie98
#6
Chapter 26: aaaahhhh!! Chanyeollie!! can you not!! ~>v<~
I hope this was real, chingu~~
hwa_min98
#7
Chapter 36: sequel juseyo..:)
Illynay_SEB
#8
Chapter 36: Sequel for sure!! Fighting!! :)
5days_fin
#9
Chapter 36: Sequel r author nim... biar giler asal gempak
GreenDecember #10
Chapter 8: Mcm sama dgn eng version punya aje...itu awk punya jugak ke author nim?