Lewat

Haters Gonna Love Mission

 

Lewat;

 

Selepas berjaya menemui ID mamat tadi, anda terus bergerak pulang.

 

Anda telah mengambil bas terakhir di mana bas itu hanya mempunyai dua penumpang, iaitu anda dan seorang lelaki yang anda rasa macam kenal tapi tak ingat.

 

Takut? Mestilah rasa takut. Siapa saja yang tak takut balik dengan seseorang yang kita tak kenal. Tak nak cakap, tapi faham-faham lah. Zaman sekarang macam-macam boleh berlaku.

 

Anda berasa menyesal pula kerana tidak pulang awal. Kononnya anda hendak patah balik membeli novel tadi tetapi sekarang dah pukul berapa.

 

Kalau di Korea, pukul 6 dah gelap dah. Bukan macam di Boston. Anda berasa kurang selesa apabila lelaki itu memandang anda dengan pandangan yang pelik.

 

“Ada apa-apa ke dekat muka saya ni?” anda cuba memulakan perbualan.

 

Dia hanya menggeleng. “Tak, tapi saya rasa macam pernah jumpa awak dekat mana-mana.”

 

Anda pula hanya mendengus. “Macam saya kenal awak.”

 

Anda cuba berlagak sombong tetapi berpada juga. Dalam dunia ni, kita tak boleh lah asyik nak sakitkan hati orang saja. Siapa tahu satu hari nanti dia nak balas dendam dekat kita… macam mana?

 

“Awak tak takut ke balik sorang-sorang ni? Dah nak malam dah.”

 

“Mestilah…” perlahan saja suara anda.

 

Anda tidak menyangka yang dia akan berhenti dahulu sebelum. Itu yang merisaukan anda. Tanpa berfikir panjang, anda mengikutinya kerana terlalu takut.

 

“Awak…” anda cuba memanggilnya namun langkahnya sangat laju.

 

Akhirnya, anda berlari ke arahnya. “Awak! S-saya… Xiumin?!”

 

Anda terkejut setelah melihat wajahnya dengan begitu dekat. Dia tersenyum nakal. “Kenapa? Terkejut atau wajah saya terlalu hensem?”

 

Anda memukul bahunya. “:Ish, perasannya. Saya tak mahu cakap panjang. Tapi, saya nak minta tolong awak…”

 

Xiumin tersengih. “Dengan syarat, dating dengan saya.”

 

“…saya nak awak teman saya balik. Apa? Dating?!” kata anda hampir separuh menjerit.

 

Xiumin menekup muka anda. “Wohoo, perlahanlah sikit. Kalau orang dengar macam mana, nanti diaorang ingat saya nak rogol awak pula.”

 

Anda terdiam seribu bahasa. “Maaf.”

 

“Jadi?”

 

Anda memandangnya hairan. “Jadi apa?”

 

“Awak setuju tak?”

 

Okey…

 

AN: Hi korang! Do subscribe dan upvote kalau suka. Komen daripada anda amatlah dialu-alukan. Thanks.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
*Dating EXO! : Sambung esok maybe? *

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 35: Wow! I got chen. Selamat 3 juta won saya.
xoxogirl2 #2
Wah daebak
Illynay_SEB
#3
Chapter 36: Ohmygucci!! Ade sequel!!! Urgghh!!! Can't wait!! Fighting author-nim!!
zelomine
#4
Chapter 15: Author nim... maaf tanya... saya cuma nak tahu character haters dalam ff ni ader berapa erkk... saya pening sebab kejap haters tu ngan luhan... kejap ngan suho... maaf bertanya..
hyemipark
#5
Chapter 36: sequel sequel sequel ^^
FIGHTING!!!
kyuhyunnie98
#6
Chapter 26: aaaahhhh!! Chanyeollie!! can you not!! ~>v<~
I hope this was real, chingu~~
hwa_min98
#7
Chapter 36: sequel juseyo..:)
Illynay_SEB
#8
Chapter 36: Sequel for sure!! Fighting!! :)
5days_fin
#9
Chapter 36: Sequel r author nim... biar giler asal gempak
GreenDecember #10
Chapter 8: Mcm sama dgn eng version punya aje...itu awk punya jugak ke author nim?