Terus Berkelah

Haters Gonna Love Mission

Finale Suho;

 

“Tak ada apa-apa. Jomlah pergi berkelah sekarang.”

 

Anda sudah terlebih dahulu berlari-lari ke arah taman dengan membawa bakul perkelahan anda. Junmyeon membantu anda untuk membentangkan tikar manakala anda menyiapkan makanan.

 

Anda menghidangkan sajian pertama; iaitu sandwich! Junmyeon sempat mengusik anda untuk menyuapnya. Anda tidak menyuapnya tetapi memakan bahagian sandwich yang digigitnya tadi.

 

Anda terlihat muka Junmyeon kemerahan. Adakah dia malu? Anda mengusiknya dengan menyumbatkan sandwich tersebut ke dalam mulutnya. Junmyeon terbatuk kecil kesan daripada perbuatan anda.

 

Dia memandang anda dengan pandangan yang tajam. “Oh, main je dia tau.”

 

Anda menjelir lidah ke arahnya manakala dia menangkap anda lalu mula menggeletek badan anda. “Junmyeon-ah, geli lah!” anda cuba menolak mukanya.

 

Junmyeon melepaskan anda tetapi dia tersengih macam kerang busuk pula. Dia mengambil sandwich yang seterusnya lalu mengajak anda untuk melakukan pepero kiss. Tanpa berfikir panjang, anda bersetuju.

 

Malangnya, pepero kiss kalian tidak menjadi apabila habis segala isi sandwich tersebut jatuh. Kalian berdua tertawa sesama sendiri.

 

Tidak lama kemudian, anda menghidangkan sajian yang seterusnya; pepero! Junmyeon sudah mengenyit mata ke arah anda dan anda memahami maksudnya. Kali ini kalian berjaya apabila bibir anda tersentuh bibirnya. Anda tersipu malu lalu berpura-pura untuk menuang air untuk Junmyeon.

 

Junmyeon tidak membantu langsung malah hanya tertawa saja kerjanya. Anda berfikir bagaimana untuk mengenakan Junmyeon.

 

“Jun, kita main sorok-sorok nak?”

 

Junmyeon mengangkat sebelah keningnya. “Main sorok-sorok? Hurm, menarik.”

 

Anda melilitkan kain di matanya lalu mengikatnya di kepala Junmyeon. Anda memusingkan badannya sebanyak sepuluh kali sebelum melarikan diri dan menyorok.

 

Semasa menyorok, anda terfikir sesuatu. Nampaknya ahli EXO bukanlah seteruk yang difikirkan. Mereka juga manusia. Apalah kuasa yang anda ada untuk menghalang kebahagian dan kebebasan mereka.

 

EXO juga ingin hidup seperti orang lain. Mereka sebenarnya tidak suka dikejar peminat. Bukan inilah cara hidup yang mereka inginkan.

 

Anda sedar, kita tidak sepatutnya menjadi haters atau membenci seseorang itu tanpa mengenalinya dahulu. Apa yang anda belajar di Boston, hanyalah cara-cara membuat bangunan dan sebagainya. Anda tidak pernah terfikir pula sifat nilai murni yang ada dalam diri anda.

 

Bak kata orang, kalau kita benci gila dengan orang itu, satu hari nanti kita lah yang akan sayang gila dekat orang tu. Anda termalu sendiri kerana sudah kalah dengan pernyataan tersebut. Mungkinkah anda sudah jatuh cinta dengan Junmyeon?

 

Anda mesti terfikir tentang teman lelaki anda… walaupun ini hanyalah satu misi, tidak salah untuk mencintai seseorang itu walau sesaat pun. Apa yang anda fikir sekarang ialah membahagiakan orang lain barulah bahagiakan diri sendiri.

 

Apabila mengimbas kembali perbuatan anda terhadap EXO, anda seolah-olah tidak percaya dengan diri anda sendiri. Anda bersifat kejam dan bertindak tidak berperikemanusiaan. Seolah-olah menghukum seseorang itu tanpa sebab.

 

Tiba-tiba anda berasa seseorang menyentuh bahu anda, lalu anda melatah. “Oh mak kau!”

 

“Hahaha, I got you.” Junmyeon ketawa sebelum membuka ikatan di kepalanya. Anda pula masih malu akibat aktiviti berangan yang agak lama sampai lupa yang anda sedang merancang untuk mengenakan Junmyeon.

 

“Awak berangan eh?”

 

Anda cuba berdalih. “Mana ada.”

 

Pada ketika itu, anda menjelir lidah ke arahnya sebelum melarikan diri ke sebalik pokok. Kalian bermain kejar-kejar seperti scene filem hindustan. Sudah lama anda ingin berbuat begini bersama orang tersayang.

 

Akibat penat, anda menyandarkan badan anda di pokok manakala Junmyeon berbaring di atas riba anda. Anda bermain-main dengan mukanya. “Ni muka plastik ke betul ni?” anda cuba bergurau.

 

“Uish, muka betul lah ciptaan Tuhan.” Katanya seakan-akan merajuk. Anda ketawa kecil lalu menghadiahkan ciuman di pipinya.

 

Dia pun tersenyum. “I love you.”

 

 

-Mission Accomplished-

FINALE

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
*Dating EXO! : Sambung esok maybe? *

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 35: Wow! I got chen. Selamat 3 juta won saya.
xoxogirl2 #2
Wah daebak
Illynay_SEB
#3
Chapter 36: Ohmygucci!! Ade sequel!!! Urgghh!!! Can't wait!! Fighting author-nim!!
zelomine
#4
Chapter 15: Author nim... maaf tanya... saya cuma nak tahu character haters dalam ff ni ader berapa erkk... saya pening sebab kejap haters tu ngan luhan... kejap ngan suho... maaf bertanya..
hyemipark
#5
Chapter 36: sequel sequel sequel ^^
FIGHTING!!!
kyuhyunnie98
#6
Chapter 26: aaaahhhh!! Chanyeollie!! can you not!! ~>v<~
I hope this was real, chingu~~
hwa_min98
#7
Chapter 36: sequel juseyo..:)
Illynay_SEB
#8
Chapter 36: Sequel for sure!! Fighting!! :)
5days_fin
#9
Chapter 36: Sequel r author nim... biar giler asal gempak
GreenDecember #10
Chapter 8: Mcm sama dgn eng version punya aje...itu awk punya jugak ke author nim?