Pantai

Haters Gonna Love Mission

Finale Chanyeol;

 

Nak tak nak, anda mengajak Chanyeol untuk membantunya mencari ID yang hilang itu. Setelah menjumpainya semula, kalian berdua bercadang untuk pulang ke rumah masing-masing.

 

Semenjak Chanyeol mendapat nombor telefon anda, dikatakan setiap jam dia akan menghantar ayat-ayat cinta. Sungguh anda tidak menyangka Chanyeol seromantik ini.

 

From: Channie Darling

You don’t know how he loves you just because he didn’t show it

 

 

Sepuluh minit kemudian…

 

From: Channie Darling

Awak, esok saya nak bawa awak pergi pantai. Jangan lewat tau! Miss you. :(

 

 

Anda hanya mampu ketawa sebelum membalasnya. Tetapi anda juga terfikir, kenapa Chanyeol mahu membawa anda ke tepi pantai.

 

 

To: Channie Darling

Okey. Jangan lewat apa bendanya… awak tu yang sepatutnya ingat; jangan lupa ambil saya di rumah. I don’t mish you. :P

 

Send!

 

 

 

Keesokannya, Chanyeol menjemput anda dengan motorbike-nya. Anda mendapati bahawa anda suka memeluk Chanyeol setiap kali membonceng motorbike ini.

 

Sampai di pantai, mata anda tertumpu ke arah laut. Laut sangat tenang pada ketika itu oleh kerana hari masih muda.

 

Anda khusyuk bermain dengan air laut tanpa menyedari ke manakah Chanyeol pergi. Anda hampir terjatuh ke dalam air tetapi dang! Anda terminum air masin.

 

Anda berjalan ke arah pantai lalu duduk di atas pasir. Anda mula menconteng nama anda dan Chanyeol di situ.

 

Anda sedar, kita tidak sepatutnya menjadi haters atau membenci seseorang itu tanpa mengenalinya dahulu. Apa yang anda belajar di Boston, hanyalah cara-cara membuat bangunan dan sebagainya. Anda tidak pernah terfikir pula sifat nilai murni yang ada dalam diri anda.

 

Bak kata orang, kalau kita benci gila dengan orang itu, satu hari nanti kita lah yang akan sayang gila dekat orang tu. Anda termalu sendiri kerana sudah kalah dengan pernyataan tersebut. Mungkinkah anda sudah jatuh cinta dengan Chanyeol?

 

Anda mesti terfikir tentang teman lelaki anda… walaupun ini hanyalah satu misi, tidak salah untuk mencintai seseorang itu walau sesaat pun. Apa yang anda fikir sekarang ialah membahagiakan orang lain barulah bahagiakan diri sendiri.

 

Apabila mengimbas kembali perbuatan anda terhadap EXO, anda seolah-olah tidak percaya dengan diri anda sendiri. Anda bersifat kejam dan bertindak tidak berperikemanusiaan. Seolah-olah menghukum seseorang itu tanpa sebab.

 

“Mana pula Chan…”

 

Anda terdengar bunyi petikan gitar. Mungkinkah itu daripada Chanyeol? Anda memusingkan badan anda dan Chanyeol sudah bersedia dengan gitarnya. Dia sempat memberikan sejambak bunga kepada anda. Anda menyambutnya dengan gembira.

 

“Terimalah lagu I’m Yours khas untuk Princess saya.”

 

I’m Yours. Anda sangat menyukai lagu itu dan pernah berharap suatu hari nanti akan ada lelaki yang anda sayangi menyanyikan lagu romantik tersebut. “Dream comes true.”

 

Anda hampir sahaja menangis akibat terlalu gembira. Bukannya anda tidak pernah dilakukan sebegitu tetapi kali ni cuma suasananya yang berubah. Apabila haters menjadi lovers…

 

“Saya tak sangka awak pandai main gitar…” anda cuba mengusiknya. Chanyeol meletakkan gitar itu ke tepi sebelum memeluk anda.

 

Anda tersipu malu apabila berada dalam pelukannya. Dia mula membelai-belai rambut anda lalu mencium dahi anda. “Awak nangis eh?”

 

Anda menggelengkan kepala. “M-mana ada. Awak tu yang salah nampak. Mata saya terkena air laut tadi. Pedih tau.” Kata anda sambil teringatkan peristiwa tertelan air masin. Buat malu saja.

 

Kalian berdua tidak sedar betapa lamanya kalian berpeluk sebelum seseorang tiba-tiba saja menegur. “Sudah-sudahlah tu. Lepas kahwin nanti macam-macam boleh buat.”

 

Anda terpana mendengar suara itu. Anda meleraikan pelukan dan menjegilkan mata. “Kim Taehyung!”

 

Agaknya Taehyung membaca diari anda sebab itulah tiba-tiba je Chanyeol boleh nyanyi lagu I’m Yours ni. Anda mula mengejar Taehyung yang sudah berada di gigi air.

 

Chanyeol pula sibuk menghalang anda daripada menangkap adik lelaki anda. Anda menggigit tangannya dan setelah dia melepaskan anda, anda menjelir lidah pula kepadanya.

 

“Oh, dah pandai eh nak gigit orang. Meh sini!” jeritnya lalu memercikkan air kepada anda.

 

Chanyeol menarik bahu anda sebelum merendam anda ke dalam air. Nak baik tak lemas, anda menjeling kepadanya.

 

Tiba-tiba anda merasa bibir anda seperti disentuh. “Love you.”

 

Anda tidak menjawab tetapi hanya mampu tersenyum.

 

 

-Mission Accomplished-

FINALE

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
*Dating EXO! : Sambung esok maybe? *

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 35: Wow! I got chen. Selamat 3 juta won saya.
xoxogirl2 #2
Wah daebak
Illynay_SEB
#3
Chapter 36: Ohmygucci!! Ade sequel!!! Urgghh!!! Can't wait!! Fighting author-nim!!
zelomine
#4
Chapter 15: Author nim... maaf tanya... saya cuma nak tahu character haters dalam ff ni ader berapa erkk... saya pening sebab kejap haters tu ngan luhan... kejap ngan suho... maaf bertanya..
hyemipark
#5
Chapter 36: sequel sequel sequel ^^
FIGHTING!!!
kyuhyunnie98
#6
Chapter 26: aaaahhhh!! Chanyeollie!! can you not!! ~>v<~
I hope this was real, chingu~~
hwa_min98
#7
Chapter 36: sequel juseyo..:)
Illynay_SEB
#8
Chapter 36: Sequel for sure!! Fighting!! :)
5days_fin
#9
Chapter 36: Sequel r author nim... biar giler asal gempak
GreenDecember #10
Chapter 8: Mcm sama dgn eng version punya aje...itu awk punya jugak ke author nim?