Kebetulan

Haters Gonna Love Mission

 

Kebetulan;

 

Alah, telefon je pun. Anda fikir anda masih ada lagi satu telefon bimbit.

 

“Ah, takpelah awak. Saya nak kena pergi beli barang ni. Maaf.” Tanpa menunggu reaksinya, anda terus meninggalkannya dengan telefon bimbit yang sudah pecah itu.

 

Tidak lama kemudian, anda mendapat satu pesanan suara daripada Taehyung. Mujurlah anda sempat mengambil SIM Card anda tadi.

 

“Noona, malam ni masak sedap sikit. Jimin dengan Jungkook nak datang.”

 

Anda tersenyum mendengar pesanan suara itu. Tiba-tiba anda berasa bangga pula dengan kemahiran memasak yang anda miliki.

 

Anda berasa semangat pula nak pergi membeli barang. Susah nak nyatakan perasaan macam mana tetapi bila dah gembira macam ni.

 

 

 

Anda memilih untuk pergi ke pasar raya besar kerana di sana lebih banyak barang yang anda senang dapat. Kaki anda laju melangkah ke arah ruangan troli sebelum mengambil salah satu trolinya.

 

Semasa anda sedang khusyuk memilih ayam segar, seseorang telah berlanggar bahu dengan anda. Anda berasa amat terkejut lalu memarahinya.

 

“Oi, jalan tak guna mata ke?” Anda hampir menjerit tetapi anda tidak malukannya. Anda bukanlah jenis manusia yang suka malukan orang.

 

“Maaf, cik.” Lelaki itu menunduk. Anda terkejut melihatnya. Macam pernah anda kenal, tetapi anda seolah-olah lupa pula siapa orang ini.

 

“Cik? Cik?” Lelaki itu melambai-lambai tangannya di hadapan muka anda dan anda akhirnya kembali ke dunia realiti.

 

Dia tertawa kecil lalu menarik tangan anda. “Oh, pandai curi pandang muka saya ye. Meh sini teman saya beli barang.”

 

Anda tidak sempat berkata apa-apa tetapi lelaki tersebut telah membawa lari troli anda. “Awak…”

 

Lelaki itu saja buat tidak dengar. Anda pun mengeluh. “Okey, salah saya. Saya minta maaf.”

 

Akhirnya dia memandang anda dan memegang dagu anda. “Saya tak marahlah.”

 

“Awak, saya nak beli barang untuk masak ni.” Kata anda sambil menunjukkan jari anda ke arah troli yang sedang dipegangnya.

 

Dia tersenyum. “Kebetulan pula. Saya tengah beli barang juga ni. Apa kata awak tolong saya?” tanyanya.

 

Anda tahu anda tidak ada jalan lain lalu bersetuju.

 

 

Selepas selesai membeli barang, anda berfikir cara untuk mengenakan lelaki itu. Anda telah curi-curi mengambil dompetnya lalu memasukkan ke dalam jeans anda.

 

Kalian masih lagi berjalan bersama sehinggalah ke suatu tempat. “Terima kasih, awak.”

 

Dia memegang poket jeansnya. Kosong! Argh, sudah. Dia kelihatan gelabah sekali mencarinya. Anda tersenyum sinis.

 

“Awak nampak dompet saya tak?”

 

Anda menunjukkan dompetnya dengan tangan anda. “Awak!”

 

Dia cuba mendapatkannya daripada anda tetapi gagal. “Aish, nampaknya saya kena denda awak.” Katanya.

 

Anda sudah cuak. Denda apa?

 

 

Dendanya ialah..

 

AN: Hi korang! Do subscribe dan upvote kalau suka. Komen daripada anda amatlah dialu-alukan. Thanks.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
*Dating EXO! : Sambung esok maybe? *

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 35: Wow! I got chen. Selamat 3 juta won saya.
xoxogirl2 #2
Wah daebak
Illynay_SEB
#3
Chapter 36: Ohmygucci!! Ade sequel!!! Urgghh!!! Can't wait!! Fighting author-nim!!
zelomine
#4
Chapter 15: Author nim... maaf tanya... saya cuma nak tahu character haters dalam ff ni ader berapa erkk... saya pening sebab kejap haters tu ngan luhan... kejap ngan suho... maaf bertanya..
hyemipark
#5
Chapter 36: sequel sequel sequel ^^
FIGHTING!!!
kyuhyunnie98
#6
Chapter 26: aaaahhhh!! Chanyeollie!! can you not!! ~>v<~
I hope this was real, chingu~~
hwa_min98
#7
Chapter 36: sequel juseyo..:)
Illynay_SEB
#8
Chapter 36: Sequel for sure!! Fighting!! :)
5days_fin
#9
Chapter 36: Sequel r author nim... biar giler asal gempak
GreenDecember #10
Chapter 8: Mcm sama dgn eng version punya aje...itu awk punya jugak ke author nim?