Menari Bersama

Haters Gonna Love Mission

 

Finale Yixing;

 

Untuk kali yang ke tujuh, anda terjatuh ke atas lantai studio. Anda sudah mengalah. Anda merasakan bahawa anda memang tidak pandai menari.

 

Anda mencangkung lalu menekup muka anda. Lay yang baru sahaja pulang dari membeli air, duduk di sebelah anda. “Dear, awak okey?”

 

Anda menggeleng kepala. Dia mengeluh lalu memeluk anda. “Awak pasti boleh punya. Masih ada peluang lagi. Ingat apa saya kata? Jatuh 7 kali, bangun 8 kali.”

 

Lay memegang tangan anda dan menyuruh anda bangun. Anda tidak senyum langsung masam memanjang. Dia membelai pipi anda dengan niat untuk memujuk.

 

“Senyum la sikit. Saya ajar perlahan-lahan okey?”

 

Anda mengangguk lalu menyambut tangan Lay dan memegangnya erat. Terasa bahagia pula diperlakukan begini. Walaupun hanya untuk menari, tetapi anda tidak mahu menjadikan ia sebagai kenangan manis bersama.

                        

Anda sedar, kita tidak sepatutnya menjadi haters atau membenci seseorang itu tanpa mengenalinya dahulu. Apa yang anda belajar di Boston, hanyalah cara-cara membuat bangunan dan sebagainya. Anda tidak pernah terfikir pula sifat nilai murni yang ada dalam diri anda.

 

Bak kata orang, kalau kita benci gila dengan orang itu, satu hari nanti kita lah yang akan sayang gila dekat orang tu. Anda termalu sendiri kerana sudah kalah dengan pernyataan tersebut. Mungkinkah anda sudah jatuh cinta dengan Lay?

 

Anda mesti terfikir tentang teman lelaki anda… walaupun ini hanyalah satu misi, tidak salah untuk mencintai seseorang itu walau sesaat pun. Apa yang anda fikir sekarang ialah membahagiakan orang lain barulah bahagiakan diri sendiri.

 

Apabila mengimbas kembali perbuatan anda terhadap EXO, anda seolah-olah tidak percaya dengan diri anda sendiri. Anda bersifat kejam dan bertindak tidak berperikemanusiaan. Seolah-olah menghukum seseorang itu tanpa sebab.

 

Zaman kini bukanlah zaman seperiti dahulu yang pernah wujud raja berkuasa mutlak. Mungkin disebabkan itulah undang-undang diwujudkan serta kuasa mutlak raja atau pemerintah dimusnahkan. Hidup ini mesti adil.

 

Sebaik sahaj lagu Erase dimainkan, Lay mula mengatur langkah untuk mengajar. Anda agak kekok apabila terlalu dekat dengan lelaki. Takut pula kalau-kalau Lay terdengar bunyi degupan jantung anda yang kencang seperti angin taufan ini.

 

Semuanya berjalan lancar apabila anda mula mendapat rentak tarian tersebut. Selesai saja lagu dimainkan, anda terus terjatuh namun Lay sempat menangkap anda.

 

Dan akhirnya anda terbaring di atas badan Lay sebelum tertidur akibat terlalu penat. Lay hanya mampu tersenyum sebelum mengangkat anda perlahan-lahan dan meletakkan kepala anda di atas ribanya.

 

Dia membelai-belai rambut anda dan mencium dahi anda. Lay mengambil Ipodnya yang tidak jauh dari situ sambil membaca novel Mandarin.

 

 

 

“Yixing-ah, kalau misi saya dah tamat nanti jangan lupakan saya tau. Saya nak awak ingat saya sampai bila-bila.”

 

Lay hanya mampu tersenyum. Anda menyambung lagi. “Lepas tu, saya teringin sangat nak tidur dekat riba awak. Saya dah lama idamkan untuk tidur di atas riba kekasih saya.”

 

“Okey, saya janji dear.” Dia mencium pipi anda yang mulus itu.

 

Anda terkejut melihat siling. Ini bukan siling rumah anda… dimanakah anda berada sekarang? Anda terasa aneh.

 

“Dah bangun dear?” tanya seseorang.

 

Anda pun menjenguk ke atas. Lay! Cepat-cepat anda bangun dari ribanya.

 

Anda tertunduk malu. Aku tertidur ke lepas menari tadi? Aish, teruknya. Anda teringat pula mimpi anda yang tadi.

 

Memang wujud rupanya dream comes true tu. Anda tersenyum sendirian.

 

Lay memandang anda dengan penuh hairan. “Oit, termenung apa tu?”

 

“Takde apa.”

 

Dia pun berdiri sebelum menarik tangan anda. “Kita kena cepat ni. Takut terlambat pula.”

 

Anda tidak tahu apa yang Lay katakan namun hanya mengikuti Lay daripada belakang.

 

Anda terkejut apabila Lay membawa anda ke taman lalu menyuruh anda berdiri di tengah-tengah taman itu. Anda menggaru leher anda yang tidak gatal.

 

Tidak lama kemudian, anda terdengar seperti lagu dimainkan. Lagu Erase…

 

Lay muncul dari belakang anda dan mengajak anda menari. Anda berasa yakin dengan diri sendiri dan melakukan yang terbaik.

 

Tamat saja lagu tersebut, Lay pun mencium pipi anda. “Good job, dear.”

 

Anda terpaku di situ sambil memegang pipi anda. Tiba-tiba, Lay mengundur ke belakang sambil mengira, “3…2…1!”

 

Anda terkejut apabila tiba-tiba saja air pancut sekeliling anda. Anda tidak menyangka Lay seorang yang romantik.

 

Dari luar, anda mendengar suara Lay seperti membaca sesuatu dalam bahasa Mandarin. Anda tidak begitu fasih dengan bahasa tersebut namun anda seakan-akan mengerti apa yang ingin Lay sampaikan.

 

Setelah air pancut itu berhenti, Lay terus memeluk anda dan berbisik lagi. “I love you, baobei.”

 

Love you too… namun waktu itu jugalah suara anda tidak terkeluar!

 

 

-Mission Accomplished-

FINALE

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
*Dating EXO! : Sambung esok maybe? *

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 35: Wow! I got chen. Selamat 3 juta won saya.
xoxogirl2 #2
Wah daebak
Illynay_SEB
#3
Chapter 36: Ohmygucci!! Ade sequel!!! Urgghh!!! Can't wait!! Fighting author-nim!!
zelomine
#4
Chapter 15: Author nim... maaf tanya... saya cuma nak tahu character haters dalam ff ni ader berapa erkk... saya pening sebab kejap haters tu ngan luhan... kejap ngan suho... maaf bertanya..
hyemipark
#5
Chapter 36: sequel sequel sequel ^^
FIGHTING!!!
kyuhyunnie98
#6
Chapter 26: aaaahhhh!! Chanyeollie!! can you not!! ~>v<~
I hope this was real, chingu~~
hwa_min98
#7
Chapter 36: sequel juseyo..:)
Illynay_SEB
#8
Chapter 36: Sequel for sure!! Fighting!! :)
5days_fin
#9
Chapter 36: Sequel r author nim... biar giler asal gempak
GreenDecember #10
Chapter 8: Mcm sama dgn eng version punya aje...itu awk punya jugak ke author nim?