Shopping

Haters Gonna Love Mission

 

Shopping;

 

Aku patut pergi shopping dengan Mia! Mia kan kawan baik aku. Anda tersenyum manis lalu membalas mesej Mia.

 

To: Mia

Okey. Tunggu aku dekat Mall macam biasa.

 

“Noona!”

 

Anda hampir terhantuk dekat peti sejuk namun Taehyung cepat menangkap anda. Dia tersenyum menunjukkan giginya yang banyak kepada anda.

 

Anda dengan pantas menolak Taehyung ke tepi dan mengambil air the lemon ais di dalam peti sejuk dan menuangnya ke dalam gelas.

 

Taehyung mengambil tempat duduk di meja makan sambil menunggu anda menghidangkan sarapan untuknya.

 

Taehyung tersenyum riang apabila melihat pizza kesukaannya. “Noona, terima kasih!”

 

“Noona nak pergi Mall dengan Mia hari ni. Jadi, Noona tak sediakan makan tengahari. Nah ambil duit ni.”

 

Adik lelaki anda memandang anda dengan muka kasihan. “Ala, Noona! Baru je nak jimat duit tapi nasib baik Noona bagi duit lagi. Malam ni Noona masak kan?”

 

Anda mengangguk dan kedengaran suara Taehyung yang menjerit keseronokan. Sesungguhnya bagi Taehyung, masakan anda merupakan cinta hatinya.

 

 

Sesampai sahaja anda di Mall, anda mencari-cari rakan anda. Anda berjalan ke tempat biasa kalian berjumpa. Dengan langkah yang pantas, anda mendapatkan Mia.

 

“Mia!”

 

Sejurus itu, Mia pun memandang ke arah anda. “Babe!” Mia terus memeluk anda seperti sudah sepuluh tahun tidak bertemu.

 

“Sihat?” Itulah soalan pertama Mia.

 

Anda mengangguk sambil melemparkan senyuman manis. Tangan anda bermain-main dengan rambut Mia. “Mia, rindunya aku dekat kau!”

 

“Aku pun!” Mia mencubit pipi anda.

 

Tanpa melengahkan masa, kalian berdua pun memulakan misi membeli-belah!

 

Kedai pertama yang menjadi mangsa anda ialah kedai buku kerana anda sangat suka membaca buku. Mia awal-awal sudah ke sudut manga (komik Jepun) untuk mendapatkan manga edisi terbaru kesukaanya.

 

Anda pula lebih sukakan novel Inggeris. Sebuah novel berjaya menarik perhatian anda. Ketika anda ingin mengambil buku tersebut, anda telah tersentuh tangan seseorang.

 

Tanpa melihat orang tersebut, anda terus meminta maaf kepadanya lalu berlalu ke sudut lain. Anda mengurut dada anda perlahan kerana terlalu terkejut.

 

Akhirnya, anda tidak membeli sebuah novel pun manakala Mia membeli sebanyak 1 set manga.

 

Mia memberitahu anda bahawa dia akan bertunang tidak lama lagi. Anda mengucapkan tahniah dan tidak menyangka Mia sudah bertemu Mr. Rightnya setelah sekian lama Mia putus cinta. Anda berharap bahawa anda akan sentiasa setia kepada teman lelaki anda.

 

Sebagai tanda untuk meraikan pertunangan Mia, anda membawanya ke kedai kek Secret Recipe. Kalian berdua telah membeli sebanyak tiga potong kek (satu lagi untuk Taehyung.)

 

Semasa kalian selesai bershopping, Mia meminta izin untuk pulang dahulu kerana teman lelakinya sudah menunggu di hadapan.

 

Anda tidak mampu berkata apa-apa tetapi anda mengambil keputusan untuk menaiki bas sahaja. Anda tidak meminta kekasih anda mengambil anda kerana si dia sedang sibuk di gym.

 

Malang tidak berbau, anda terlepas untuk menaiki bas akibat termenung terlalu lama. Anda menyumpah diri sendiri kerana tidak mengambil perhatian.

 

Tiba-tiba, seorang pemuda telah datang menegur anda. “Cik okey?”

 

“Ya, saya okey.”

 

Anda tidak memandang pemuda tersebut tetapi hanya merungut sendirian. “Macam mana nak balik ni?”

 

Dengan berbaik hati, pemuda itu berkata, “Cik nak tumpang saya tak?”

 

Anda memalingkan muka ke arahnya.

 

Mungkin aku…

 

AN: Hi korang! Do subscribe dan upvote kalau suka. Komen daripada anda amatlah dialu-alukan. Thanks.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
*Dating EXO! : Sambung esok maybe? *

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 35: Wow! I got chen. Selamat 3 juta won saya.
xoxogirl2 #2
Wah daebak
Illynay_SEB
#3
Chapter 36: Ohmygucci!! Ade sequel!!! Urgghh!!! Can't wait!! Fighting author-nim!!
zelomine
#4
Chapter 15: Author nim... maaf tanya... saya cuma nak tahu character haters dalam ff ni ader berapa erkk... saya pening sebab kejap haters tu ngan luhan... kejap ngan suho... maaf bertanya..
hyemipark
#5
Chapter 36: sequel sequel sequel ^^
FIGHTING!!!
kyuhyunnie98
#6
Chapter 26: aaaahhhh!! Chanyeollie!! can you not!! ~>v<~
I hope this was real, chingu~~
hwa_min98
#7
Chapter 36: sequel juseyo..:)
Illynay_SEB
#8
Chapter 36: Sequel for sure!! Fighting!! :)
5days_fin
#9
Chapter 36: Sequel r author nim... biar giler asal gempak
GreenDecember #10
Chapter 8: Mcm sama dgn eng version punya aje...itu awk punya jugak ke author nim?