Hilang
Haters Gonna Love Mission
Hilang;
Kesian dia, aku patut tolong dia. Maaf, Chanyeol…
“Maafkan saya, Chanyeol. Terima kasih untuk hari ni.”
Apabila Chanyeol sudah pergi, anda terus bertanya kepadanya. “Dekat mana tempat terakhir awak berada?”
Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Saya tak pasti. Tapi, yang saya ingat tadi saya perlu membeli boxer untuk Kai.”
Muka anda merah sebaik saja dia menyebut perkataan yang tak sepatutnya. “Jadi, awak rasa ID awak hilang dekat situ?”
Dia mengangguk. “Entahlah.” Mukanya masam sudah.
Anda menepuk bahunya. “Awak jangan risau, saya tolong awak eh?”
Dengan pantas, kalian berdua pergi ke kaunter pertanyaan serta memberitahu pak guard yang ada di situ untuk menolong.
Entah kenapa, hari ni saja anda telah bertemu dengan dua manusia yang anda benci dan salah seorangnya, telah dibantu oleh anda. Mungkinkah ini kerana saling berkait dengan misi tersebut?
Apa patut buat?
AN: Hi korang! Do subscribe dan upvote kalau suka. Komen daripada anda amatlah dialu-alukan. Thanks.
Comments